Rindu Dendam [Completed]

Galing kay maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... Higit pa

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 19

10.2K 194 17
Galing kay maslily

"Weh seriouslah tu Ammar?" Soalku tidak percaya. Lin menganggukkan kepalanya.

"Jom tengok dia. Apehal doh macam tu." Aku sudah bangun daripada kerusi. Namun Lin pantas menarik tangan aku agar duduk semula di kerusi.

"Biar jelah dia."

"Weh mana boleh biar member kita tu." Aku tetap bangun daripada kerusi dan berjalan menuju ke arah Ammar. Lin terpaksa mengekori aku daripada belakang.

"Ammar?" Aku menyapa Ammar. Ammar menoleh ke arah aku dengan riak terkejut. Dia pantas mengalihkan pandangan nya. Aku duduk di hadapan nya diikuti dengan Lin.

"Woi apehal Iz sampai macam ni sekali?" Soal Lin. Ammar kelihatan serba salah untuk bercakap.

"Kena denda doh wei." Kata Ammar perlahan. Lin sudah gelak terbahak-bahak. Aku juga ingin ketawa tetapi aku tahan sahaja kerana melihat muka Ammar yang sudah monyok. Aku menyiku lengan Lin menyuruh dia supaya berhenti ketawa. Lin pantas menekup mulutnya.

"Awak buat apa Ammar sampai kena denda ni?" Aku bertanya lembut. Ammar mengangkat pandangan nya.

"Saya ingatkan kelas start esuk.. saya tidur jelah sampai pukul 8. Tengah sedap tidur tup tup dapat whatsapp dari member, dia tanya saya tak pergi kelas ke? Saya buka balik jadual tengok pagi ni ada class Pn.Rosmah. Memang masak lah.. dia suruh budak-budak tu conteng muka saya dan halau saya keluar." Ammar melepaskan keluhan berat.

Kasihan pula melihat keadaan dia sekarang. "Ammar, awak cuci lah muka dulu. Kebetulan ada pencuci muka dalam beg saya sebab tadi tak sempat nak keluarkan. Nah." Aku menghulurkan pencuci muka itu kepada Ammar. Dia lantas mengambilnya dan menuju ke sinki.

"Tak baik tau Lin, kau gelakkan dia." Ketika itu Lin sedang asyik bermain handfone di tangan.

"Ala salah dia juga kan? Careless." Jawab Lin bersahaja.

"Eh Lin, kau dah kawan lama ke dengan Ammar?"

"Lama juga lah.. dah 6 bulan."

"Ish main-main lah Lin." Aku membentak kerana geram dipermainkan sebegitu.

"Lah apa benda main-main nya? Betul lah aku cakap.. aku kenal dengan Iz tu masa mula-mula masuk NU. Iz tu kawan dengan Acap dari sekolah menengah tu yang senang kamcing." Aku mengangguk faham.

"Eh dah lah, aku nak pergi jumpa Acap jap. Kau tahu kan jalan nak balik bilik?" Lin mengangkat punggung nya daripada kerusi.

"Tahu lah ingat aku budak kecil ke." Aku merengus.

"Jangan salah bilik pula hahahahha" Lin mencuit pipi aku dan berlalu pergi daripada situ.

"Cehh tak guna punya budak."

"Siapa tak guna? Saya ke?" Ammar sudah duduk di hadapan aku ketika ini. Mukanya bersih tidak berconteng lagi seperti tadi.

"Eh bukan awak lah.. Si Lin tu ha suka sangat menyakat saya." Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Oh ya, mana Lin?" Soal Ammar hairan.

"Dia pergi jumpa Acap." Ammar mengangguk kan kepalanya sahaja.

"Lia, awak dah makan?" Soal Ammar lembut. Aduh kenapa perlu dilembutkan suara itu Ammar.

"Err ha emm dah. Dah tadi dengan Lin." Tergagap-gagap aku menjawab pertanyannya. Ammar hanya tersenyum.

"Teman saya makan boleh?"

"Eh ha sure, why not? Boleh.." Ya Allah apa kena dengan aku ni. Tak boleh lah dengar suara Ammar yang lembut tu mula lah nak gagap. Penyakit apakah ini.

Ammar memanggil pekerja di cafe itu untuk mengambil order. Sepanjang dia makan aku hanya memerhatikannya sahaja. Dia juga tidak perasan aku sedang perhatikan dia kerana dia kelihatan berselera menikmati makanan di hadapan nya.

Hensem juga Ammar ni, tapi kenapa aku macam tiada perasaan terhadap dia? Kadang hati ini berdebar juga apabila dia tenung aku dengan mata biru nya itu. Tapi aku sendiri tidak pasti apa maksud debaran itu yang sebenarnya.

----------------------------------------

Tukk! Tukk!

"Lia pergi tengok siapa ketuk pintu tu." Aku menuruni katil dan menuju ke pintu. Tombol pintu aku pulas dan di hadapan aku kini berdiri seorang gadis daripada bilik yang berhadapan dengan bilik kami.

"Yes?" Aku menyoal hairan apabila mendapati gadis itu hanya memandang aku tanpa riak.

"Aku Sara, kau Lia kan?" Soalnya pula. Aku hanya mengangguk kecil.

"Aku nak jumpa kau kejap." Katanya masih tidak beriak.

"Where?"

"Here."

"Oh- okay. Kenapa ya?" Aku keluar daripada bilik dan menutup pintu supaya tidak mengangu Lin yang sedang belajar.

"Hmm takde apa. Aku datang ni cuma nak tanya sesuatu. Apa hubungan kau dengan Ammar Izham? Sebab aku selalu tengok kau asyik berkepit je dengan dia. Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Soalnya serius. Dan aku serius tak faham datang jumpa aku semata-mata nak cakap pasal... Ammar?

"Oh- Ammar Izham.. Kitorang cuma kawan biasa. Kenapa ya?"

"Kau jangan tipu aku lah. Kau ingat aku tak tahu yang kau dengan Ammar tu bercinta?!" Sara sudah meninggikan suaranya kepada aku dengan andaian yang bukan-bukan.

"Sekejap ya Cik Sara. Awak ni siapa ya sebenarnya? Datang bilik saya malam-malam semata-mata nak tengking saya dengan tuduhan yang bukan-bukan. Saya rasa saya tak ganggu pun hidup awak?" Aku mengepal tangan tanda geram.

"Masalahnya sekarang ni.. kau dah ganggu Ammar Izham aku. Kau faham tak?"

"Woww surprise. Tak pernah pula Ammar cakap dengan saya yang dia sudah berpunya." Aku tersenyum sinis memandang nya.

"Memang lah dia tak pernah cakap sebab dia nak rahsia kan daripada kau dan jadikan kau sebagai tempat dia hilangkan bosan je." Perlahan dan penuh sarkastik suara Sara ketika itu. Aku memandangnya tidak berkelip.

"Apa benda berdua je dekat luar ni?" Kata Lin yang sudah berdiri di belakang aku.

"Kau datang bilik kitorang malam-malam ni nak apa Sara?" Sambung Lin lagi dengan suara yang tidak senang.

"Takde apa.. saja nak berkenalan dengan kawan sebilik kau ni. Ok lah, night." Sara terus berlalu daripada situ. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman sinis kepada aku.

"Macam budak-budak je perangai." Aku mengeluh kecil.

"Masuk lah Lia. Kau tak payah layan sangat Sara yang bajet diva tu." Lin terus menarik tangan aku masuk dan menutup pintu bilik. Aku mengambil handfone yang berada di bawah bantal.

2 new message from Whatsapp

Ammar: Hey sweetie. Dah tidur ke tu?

Aku melihat sahaja chat itu tanpa ada rasa ingin membalasnya. Kata-kata Sara sebentar tadi sedikit sebanyak mempengaruhi aku. Agaknya memang betul lah tu Ammar cuma cari aku masa dia bosan je kan?

Muqris: Uit

aku: Hey

Muqris: Hii beb.

Muqris: Buat apa tu?

aku: Baring2 je. Awak buat apa tu?

Muqris: Baru balik kerja.

Muqris: Aik? Tak chat pakwe ke

aku: Saya mana ada pakwe.

Aku memejamkan mata dan menekan button Send. Ya, aku mana ada pakwe. Yang ada cuma datang untuk menghilangkan bosan saja.

Muqris: Hahahah ok lah tu.

aku: Ok? Apa yang ok nya?

Ting!

Ammar: Lia, are you okay?

Ammar: Pencuci muka awak ada dekat saya lah hehehe.

Oh iya lah aku lupa nak ambil balik pencuci muka dekat dia siang tadi.

aku: Esuk saya ambil.

Ammar: Macam mana awak nak cuci muka pagi nanti?

aku: Pinjam Lin.

Ammar: Hey sweetie, what's wrong?

Ting!

Muqris: Okay lahtu.. ada can.

aku: Mengade lah Muqris.

aku: Awak tu takkan takde awek?

Muqris: Hahahahaha

aku: Gelak pula?

aku: Ada lahtu kan

Muqris: Tak main lah awek.

Aku biarkan saja chat itu tidak berbalas. Aku meletakkan handfone di bawah bantal dan memejamkan mata untuk tidur. Semoga bangun pagi nanti aku akan lupakan semuanya yang menyakitkan hati.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

172K 12.7K 70
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
14.3K 1.9K 11
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
55K 2.6K 26
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
68.3K 2.2K 64
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...