Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 56 - Permintaan

89.9K 1.5K 215
By nabaella

Sudah sebulan aku dan Hadiff tinggal bersama Haris. Dan hampir nak masuk bulan kedua kandungan aku sekarang. Aku macam biasalah kacau je Haris tiap malam. Tapi iman dia kuat kut sampai tak pernah mintak yang lebih lebih dari aku tapi mungkin dia tak berani nak sentuh aku masa mengandung kut.

Pagi ni aku seperti biasa sediakan makan minum Haris dan Hadiff. Tapi tiap kali masuk dapur tiap kali tu lah Haris ingatkan aku supaya hati hati. Takut kandungan aku jadi apa apa.

Macam biasa anak dia di utamakan. Dah lali dah hati aku ni makan hati sorang sorang. Tapi Haris takde la sampai tak hiraukan aku langsung.

"Haris saya nak cakap sikit dengan awak ni" kataku semasa kami bertiga sarapan pagi bersama sama.

"Cakap jela" terus Haris menjawab.

Aku senyum dan mula pandang Hadiff. "Hadiff dah habis makan kan ? Hadiff pergi pakai kasut dulu. Lepas tu tunggu papa dalam kereta eh." Kataku pada Hadiff.

"Okey mama. Salam" terus Hadiff menghulurkan tangannya dan disambutku, lalu aku mencium kedua belah pipi Hadiff.

Aku hanya melihat Hadiff yang hilang dari pandangan. Cepat tinggilah Hadiff ni, ikut Haris kut. Muka pun nak hampir sama dengan Haris juga. Bisik hatiku. Mata tidak lepas memandang kelibat Hadiff yang dari tadi sudah hilang.

"Petang nanti baliklah Hadiff tu. Ni nak cakap apa sampai halau Hadiff bagai" suara Haris terus melenyapkan bayangan Hadiff dalam kepalaku. Aish Hadiff baru nak keluar rumah. Dah rindu.

"Saya nak buat permintaan sikit. Tak besar sangat pun" kataku pada Haris.

Haris angguk. Aku pun mula susun ayat yang aku dah bina dari minggu lepas lagi. Benda ni aku memang dah fikir lama dah.

"Saya nak mintak awak balik tiap tengah hari boleh?" Kataku pada Haris. Nasib baik lancar.

"Kenapa?" Soal Haris pelik sambil memandang tepat ke arah mataku.

"Nak suruh awak makan tengah hari dengan saya"

Haris memandangku berserta kerutan di dahinya. "Saya tak faham" balas Haris.

Aku tarik nafas. Hembus. "Macam ni saya nak sebelum kita pisah ni, saya nak spent time yang ada dengan awak" kataku senafas.

Lega.

"Nanti awak tak penat ke nak masak tiap hari untuk saya ?"

Aku gelengkan kepala. Ini kan permintaan aku. Mestilah aku dah fikiran risiko kena tanggung. "Memanglah awak dah bagi saya guna swift awak untuk ambil Hadiff. Tapi kalau awak ada masa awak ambil Hadiff, boleh tak awak jemput dia dan lepas tu kita makan tengah hari sama sama. Tu je permintaan saya."

"Oh kira awak nak tiap hari kita lunch sama samalah ni ?" Ulang Haris.

Aku angguk tanda mengiyakan soalannya. "Tapi kalau awak ada kerja ke apa, takpe. Ni kes kalau awak tak makan tengah hari dengan siapa siapa." Terangku lagi.

"Tapi awak kena masak. Larat ke awak nak masak tiap hari ? Makan malam pun awak masak juga. Kalau awak penat ?"

"Takpe saya okey. Saya masak perlahan-lahan. Saya ingat, saya kena jaga kesihatan. Yang tu jangan risau."

"Tapi saya risau. Kalau awak penat macam mana ? Doktor dah cakap awak jangan buat kerja berat"

"Masak jela. Tak berat pun. Jadi awak setuju eh balik tiap tengah hari makan dengan saya dan Hadiff" Tanyaku teruja.

Harap sangat Haris sudi. Aku nak Haris luangkan masa dengan aku sebelum kami sah bercerai nanti.

"Okey. Tapi kalau penat cakap dekat saya" aku tersenyum.

Nasib baik Haris terima permintaan aku. Aku kena manfaatkan 9 bulan ni bersama Haris.

"Tapi hari ni tak boleh sebab saya dah ada temu janji. Esok saya janji saya ambil Hadiff lepas tu awak masak okey" balas Haris lembut.

Aku hanya tersenyum membalas. "Okey kalau macam tu. Oh sebelum tu saya nak mintak izin nak bawa Hadiff keluar petang nanti boleh ?"

"Boleh tapi hati hati"

"Iya Haris saya akan hati hati jangan risau. Dahlah, Hadiff dah tunggu lama awak tu"

"Okeylah saya pergi dulu" Haris terus berjalan meninggalkan aku.

Tapi belum sempat kaki Haris melangkah ke pintu rumah, aku terus menarik lengah Haris menghadapku. Terus aku menarik tangan Haris dan menciumnya.

Aku angkat wajah memandang Haris, Haris hanya tersenyum. "Sorry lupa pula" kata Haris sambil menarik wajahku ke arahnya. Dicium dahiku dan kedua belah pipiku.

Ini juga permintaanku. Aku nak semua aktiviti kami sebelum berpisah dulu berjalan seperti biasa. Sebelum keluar dari rumah kami akan bersalam. Dan Haris akan mencium dahi dan kedua belah pipiku.

Tapi hari ni lain bila bibir Haris cepat saja menyentuh bibirku. Ciuman pantas Haris di bibirku membuat mukaku sedikit membahang seketika.

"Itu permintaan dari saya. Kiss your strawberry" Haris terus kenyitkan matanya dan berpaling membelakangiku.

Aku hanya membiarkan saja Haris sambil memengang bibirku.

Aku yang nak goda Haris tapi aku terlebih dulu tergoda dengan layanan Haris. Desis hatiku.

"Oh sebelum terlupa. Strawberry awak still sama. Luscious. Nanti balik saya nak lagi okey" kata Haris semasa memakai kasutnya.

Aku hanya membiarkan tanpa balasan.

















Petang itu seperti yang aku janjikan pada Hadiff akan membawanya ke taman.

"Mama Hadiff pergi main buaian tu dulu eh" kata Hadiff sambil menunjukan ke arah buaian yang tergantung elok saja dalam kawasan taman ni.

Hanya terdapat beberapa orang budak sahaja. Mungkin bukan hari minggu jadi tak ramai sangat yang ada di taman ini. Aku pun memang selalu bawa Hadiff pada bukan hari minggu. Kalau hari minggu terhad sangat Hadiff nak main pula.

"Saffiya" satu teguran terus membuatkan wajahku berpaling memandang ke arah suara tersebut.

Aku kerutkan dahi. Apa pula dia buat dekat sini.

"Syafik buat apa dekat taman ni ?" Soalku pada Syafik.

"Jogging" jawab Syafik sepatah.

"Tak pernah pernah pun jogging. Asal tetiba ni ? Taman ni kan ramai budak. Kenapa tak pergi taman dekat dekat rumah Syafik je? Tak kerja ke hari ni ?"

"Amboi banyak betul soalan dia. Saya jawab satu satu eh. Sebab ramai budaklah syafik datang jogging sini. Boleh cuci mata tengok budak budak. Dekat rumah Syafik tu tak best nak jogging. Hari ni kerja half day je"

"Peliknya bukan cuci mata istilah lelaki pandang perempuan ke ?" Soalku ragu.

"Haa Saffiya salah tu, ingat semua lelaki macam tu ke. Syafik suka dengan budak budaklah. Sebab tu syafik suka bila jadi papa Hadiff tu"

"Nanti awak boleh jadi papa pada budak kecil ni pula" kataku gembira sambil meggosok gosok perutku.

"Saffiya lain"

Aku alihkan pandangan memandang Syafik. "Apa yang lain ?" Soalku.

"Masa Hadiff dalam kandungan Saffiya dulu, syafik tak pernah nampak saffiya bahagia macam ni" kata Syafik sambil tersenyum.

Aku hanya ketawa. "Mungkin sebab dah merasa ada Hadiff, sekarang orang lain pula. Lagi best la rasa."

"Bukan tu tapi sebab ada Haris"

Aku terkaku. "Apa maksud awak, Syafik?"

"Yela dulu masa awak tahu awak mengandung reaksi awak bukan macam ni. Saya nampak saffiya. Tiap kali awak pegang perut, tiap kali tu juga air mata awak jatuh. Kan ?"

"Mungkin sebab saya..-" belum sempat aku membalas, Syafik terlebih dahulu memotong.

"Banyak alasanlah awak ni saffiya. Susah sangat ni kenapa nak cakap awak pun nak selalu ada di samping Haris. Saya nampak pandangan awak pada Haris, saffiya"

Aku tundukkan wajah. Aku tak tahu nak balas apa. Memang. Memang aku nak selalu ada di samping Haris. Aku mengaku tu.

"Kenapa awak tak cakap yang awak tak nak bercerai dengan Haris ? Tapi mungkin juga semua ni salah syafik kan ?"

"Syafik tak salahlah"

"Syafik selalu paksa saffiya. Mungkin sebab syafik ego. Syafik terlampau sayangkan saffiya sampai tak ambil peduli perasaan Saffiya."

Aku pandang Syafik. Syafik tersenyum.

"Syafik mengaku yang syafik terlampau nak miliki saffiya dengan Hadiff sampai tak nampak saffiya terseksa dengan keadaan macam ni. Syafik mintak maaf saffiya" sayu suara Syafik berkata.

Aku hanya mampu memandang Syafik. Aku tak tahu nak riaksi macam mana sekarang ini.

"Saffiya balik pada Haris okey. Cari kebahagian saffiya ya"

"Syafik ?"

"Syafik bahagia kalau saffiya bahagia. Cuma syafik tak faham kenapa saffiya tak mengaku yang saffiya nak Haris. Kenapa eh? Bukan saffiya dah maafkan semua salah Haris ke. Ke tak lagi ?"

Aku tersenyum. "Saffiya takut Syafik. Saffiya takut jadi macam dulu. Bila saffiya lafaskan cinta dan kasih pada Haris, takut dia kianat kepercayaan Saffiya. Sama macam Danial dulu" aku berhenti apabila Syafik memandangku pelik.

"Danial cinta monyet saffiya tu ke ?" Soal Syafik. Aku tersenyum lantas mengangguk.

"Dialah. Dulu masa dia tackle saffiya, saffiya tak nak tapi dia tak mudah mengalah. Dari situ saffiya terpikai dengan dia dan layan dia baik je. Tapi masa dia cakap dia sayang saffiya dan nak jadikan saffiya kekasih dia, saffiya terharu sangat yela budak sekolah masa tu. Tapi saffiya tak terima pun lagi. Danial tak mengalah dia still cuba sampai saffiya balas sayang dia. Tapi lepas Saffiya balas sayang dia, jadi kekasih dia saffiya tahu semua tu tipu. Dia cuma nak dekat dengan saffiya untuk jatuhkan ayah" terangku panjang lebar.

"Jadi sebab tu susah sangat nak mengaku cinta lagi sekali ni ?" Soal Syafik.

"Tak habis lagilah cerita saffiya" kataku geram. Aish potong betul Syafik ni.

"Oh pasal Haris pula. Haa apa salah Haris pula ?"

"Semua ni bukan salah Haris pun tapi sebab kurang percaya Haris tu buat Saffiya kecewa. Tu yang lari jauh tu. Tapi hati..-"

"Tapi hati still pada Haris kan ? Biarlah dia buat apa pun dulu dekat Saffiya tapi still cintakan Hariskan ?" Aku tersenyum membalas kata kata Syafik.

"Tengok senyum. Saffiya ni terlampau pendam. Cuba ambil risiko tu. Tak salah mengaku sayang dekat orang kita sayang. Syafik tengok Haris tu bukan main sayangkan Saffiya. Syafik percaya Haris takkan buat macam tu lagi dekat Saffiya. Kalau tak takdenya dia sanggup tunggu Saffiya sekarang ni. Sampai bencikan Syafik la sebab nak cantas isteri dia" kata Syafik tersenyum senyum.

Aku mengangguk setuju. Haris memang cemburukan syafik. Nampak sangat.

"So buat keputusan elok elok. Nak ke berpisah lagi dengan Haris ? Lagipun surat cerai dia cerita tu, Syafik tahu Haris tak buat pun. Haris tu cakap je besar tapi bila tanya banyaklah alasan dia. Tertinggalah, rosaklah. Macam macam suami saffiya tu" aku tersenyum mendengar rungutan Syafik.

Ah Haris memang mengada ngada pun!

"Ke nak suruh syafik cakap dekat Haris. Boleh je." Sambung Syafik lagi.

Aku terus gelengkan kepala. "Eh tak payah. Biar saffiya selesaikan sendiri. Jangan cakap dekat Haris tau pasal kita tak nak kahwin pun tau" kataku.

Dah terbayang plan nak goda Haris balik ni. Bisik hatiku.

"Suka hati saffiyalah. Haa ni Syafik nak cakap yang syafik tengah nak tackle someone ni. Nak moving on dari hati tak kesampaian dapat saffiya" kata Syafik tersenyum.

"Ala syafik ni tapi jap siapa perempuan tu ?" Soalku.

"Rahsia tapi syafik rasa syafik rugikan masa lah. Syafik dah kenal dia lama tak lamalah tapi sebab masa tu hati lekat dekat Saffiya tu yang tak masuk jarung" kata Syafik. Aku hanya tersenyum.

"Dia suka Syafik juga ke ?" Soalku cuba alihkan isu aku dalam cerita syafik.

"Syafik pun rasa macam tu tapi syafik cakap dekat dia yang hati syafik ada dekat orang lain. Jadi rasanya dia dah move on kut dari syafik"

"Dekat siapa pula ?" Tanyaku pelik.

"Dekat saffiya la tapi Syafik tahu hati saffiya dekat Haris je. Jadi syafik dah kena balik. Syafik suka dekat saffiya tapi hati saffiya dekat Haris. So Syafik kena terimalah" kata Syafik.

"Syafik cuba terima dia. Mana tahu dia belum move on lagi dekat syafik"

"Itulah yang jogging ni"

"Kaitan?"

"Perempuan tu suka lelaki tough" Syafik terus tersenyum.

Aku hanya ketawa. Amboi sanggup syafik ni.

"Papa syafik" jeritan Hadiff terus menyedarkan kami berdua yang galak ketawa.

"Eh Hadiff, Oh nampak buaian terus tak nak tegur papa Syafik eh"

"Mana ada. Papa syafik boleh tak belanja Hadiff aiskrim tu" sambil di hala jarinya ke arah pak cik yang membawa gerabak ais krim.

"Oh baru cari papa syafik la kira ni ? Okeylah jom." Terus syafik membawa Hadiff bersama samanya. Aku hanya mengikutnya saja.

××××××××××××××××××××××××××××××

So sya dah buang syafik ni.
As your wish my dears
Hahahahahhahahaha

Okeylah.

Goodnight. Sweetdream 😍😍

Continue Reading

You'll Also Like

376K 14K 59
Bergaduh , buli , tepuk tampar . Tak , gurau je . Tak adalah sampai bertepuktampar . " Yang kau tergedik-gedik report kat cikgu Aina tu kenapa ? Meng...
2.3M 67.7K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...
16.4K 564 58
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a...
Stalker-Ish By syaz

Teen Fiction

13.4K 2.3K 46
Kecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi...