Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 55 - Bayangan

86.4K 1.4K 89
By nabaella

Aku tersedar bila terasa pelukan hangat Haris makin longgar. Aku membuka sedikit kelopak mata dan cuba memalingkan tubuhku agar menghadap Haris.

"Haris"

Panggilku lemah. Masih mamai kerana tidurku tadi terganggu dengan kelonggaran pelukkan Haris. Haris yang baru saja ingin bangun dari katil kami berpaling memandangku.

"Awak dah bangun. Sorry ganggu tidur awak"

"Sekarang pukul berapa?"

Soalku sambil menarik tangan Haris agar tidak jauh dari katil. Haris terus memalingkan wajahnya memandang jam dinding. Cahaya dari lampu meja yang memang sengaja tidak di tutupku semalam membantu Haris mengenal pasti jarung jam di dinding.

"Pukul 6 suku. Bangunlah. Solat subuh"

"Lambatnya awak bangun. Biasanya pukul 5 lebih dah bangun" kataku sambil bermalas malas di katil.

Ah susah betul mata nak buka waktu subuh ni.

Haris diam. Terus aku tersenyum mengingati kemungkinan kenapa Haris bangun lambat pagi ini. Mesti kes aku semalam yang buat Haris susah nak tidur.

"Haris kenapa awak nak tidur dekat sofa pula. Katil cukuplah nak tampung saya dengan awak" kataku apabila Haris menghampiri katil untuk mengambil bantal saja, bukannya mahu tidur di sampingku.

"Awak tidurlah sana, biar saya tidur sini" jawab Haris sambil menepuk bantalnya dan membaringkan tubuhnya di sofa yang tersedia ada di bilik kami.

"Kalau macam tu saya tidur sana jugalah" kataku sambil turun dari katil dan membawa bantal bersamaku.

Haris mengeluh. Penat melayan isterinya yang makin menjadi jadi pada pandangnya. "Saffiya saya penat sangat hari ni. Boleh tak awak tidur je sana. Saya nak tidur dengan Hadiff awak tak bagi" Haris terus menarik isterinya ke katil dan di baringkan tubuh Isterinya itu.

"Saya tak nak tidur sorang. Boleh tak awak teman saya. Kesian anak saya nak tidur dengan awak" kata Saffiya sambil menarik tangan Haris agar turut baring bersamanya.

"Yela saya tidur sini. Kejap saya ambil bantal saya" Saffiya tersenyum. Lagi sekali dia dapat membuat Haris mengikutnya tapi hatinya sedikit terasa bila terfikir Haris mengikut katanya apabila dia mengunakan anak dalam kandungannya sahaja.

"Memang perempuan mengandung dia akan mengada macam ni eh?" Soal Haris apabila berbaring di sisi isterinya itu.

Amboi perli aku Haris ni. Nak tengok tahap mengada aku lagi ke ni. Desis hatiku bersama senyuman nakal.

"Mungkin tahap mengada perempuan mengandung ni lagi teruk bila waktu tidur dia dengan suami dia kut" kataku lembut penuh menggoda di sisi wajah Haris. Di hembus nafas hangat pada pipi Haris. Saja aku mengiringkan badan menghadap Haris.

Aku terus menarik tubuh Haris agar menghadapku. Tubuh Haris yang tidak terduga akan di tarik oleh tanganku terus mengiringkan badannya menghadap badanku juga. Kami memandang sesama sendiri. Kakiku terus di naik dan di singgahkan betul betul pada pinggang Haris. Haris terus mendesah bila kejantangannya menegak menyentuh pahaku yang terdedah. Mulutku juga selari mendesah apabila bersentuhan dengan Haris.

Ah walaupun berlapit dengan seluar Haris tetap menaikkan ghairah dalam tubuh aku.

"Saffiya boleh tak jangan macam ni." Haris cuba mengawal suaranya agar sensasi yang di rasainya tadi tidak kedengaran.

"Macam mana eh? Macam ni ke" Saja aku mengusiknya sambil menggerak gerakkan pahaku yang bersentuhan dengan kemergahannya yang sudah sedia menegak.

"Saffiya" Haris terus mendesah menyebut namaku. Entah macam mana aku suka mendengaran desahan Haris yang bagiku sungguh seksual pada pendengaranku, lagi lagi apabila erangannya hanya menyebut namaku.

Aku terus menggosok sehinggakan Haris tidak senang bersamaku tapi tidak pula di tolak tubuhku jauh darinya. Tangan Haris automatik terus naik ke puncak dadaku dan di ramas lembut. Giliran aku pula mendesah betul betul di bibir Haris.

Aku yang tidak tahan dengan sentuhan lembut Haris dia buah dadaku terus mengucup bibir Haris dengan rakus. Haris tidak menolak malahan terus saja bermain dengan lidahku. Lidah Haris terus menari nari dalam rongga mulutku lama.

Aku tersenyum bila aku pula yang tidak tahan pada Haris. Permulanya hanya ingin mengusik Haris tapi diri sendiri pula yang terkena.

"Saffiya, boleh solat ke tak ni?" Soalan Haris terus menyedarkan aku dari mengingati peristiwa di mana aku mengusik Haris semalam.

Aku tersenyum memandang Haris. "Orang mengandung mana datang period lah. Kejap tunggu saya. Saya nak berjemaah dengan awak" kataku dan terus bangun dari pembaringan menuju ke bilik air.














"Saffiya, awak buat apa dekat dapur ni?"

Aku yang baru ingin memasukan serbuk kopi ke dalam jag minuman terus terhenti. Ish Haris ni kacau betul lah, orang baru nak buat air.

"Buat breakfast lah. Habis tu kita nak makan apa" balasku sambil mengacau air panas yang baru aku campurkan bersama serbuk kopi tadi.

"Awak mengandung Saffiya. Jangan buat kerja berat boleh tak. Kita boleh makan dekat luar" kata Haris sambil berdiri di sampingku.

Fikirkan anak dia dalam perut aku ni lagilah tu. Bisik hatiku.

Aku memandangnya sekilas. Pakaiannya masih sama. Rambutnya yang kusut tanda baru sahaja bangun. Betul betul tidur lepas subuh tadi Haris ni. Selalunya susah nak tidur balik lepas subuh, mungkin mengantuk sangat.

Semalam kena kacau sikit je, alah Haris pun suka. Pakaian kami berdua pun pagi tadi elok je dekat badan tanda yang semalam antara kami berdua takde apa apa yang berlaku. Asal Haris penat ?

"Kenapa awak tak mandi lagi ni Haris. Tetiba pula bangun dah ni ? Cukup ke tidur tu ?" Soalku sambil memandang kembali air minuman yang aku tengah sediakan ini.

"Saya tengok awak takde. Ingatkan awak pun sambung tidur lepas subuh tadi"

"Saya bukan macam awak. Semalam awak tak boleh tidur ke ? Kenapa sampai tak boleh tidur ni" Tersenyum nakal aku memandang Haris sambil bertanyakan soalan. Wajah Haris terus membahang mungkin malu.

Makin comel Haris ni.

"Bukan masalah awak" tegas Haris sambil menyandar pada dinding.

Aku tersenyum. Eleh nak cover malulah tu. Bisik hatiku. Kakiku terus ringan menghampiri Haris. Terus tangan kananku melingkar pada batang leher Haris. Rambutnya yang masih kusut aku belai dengan tangan kiriku.

"Kalau berkaitan dengan awak semua jadi masalah sayalah Haris" bisikku perlahan pada telinga Haris dan mencium cuping telinganya. Haris yang terkaku menerima kehadiranku hanya membiarkan aku membelai rambutnya. Mungkin Haris dah boleh terima sentuhan ku.

"Macam masalah awak tak reti nak iron baju kerja awak sendiri. Apa masalah eh ?" Soalku apabila mengingati rungutan Melissa padaku. Merungut apabila adik lelakinya masih tidak pandai mengurus diri sendiri walaupun dah bergelar suami.

"Hah saya mana pernah buat semua tu. Memanglah saya tak reti" balas Haris sambil memeluk tubuhnya memandangku.

"Habis tu awak susahkan mama balik iron baju untuk awak, pilih tie untuk awak dan belajar balik nak ikat tie macam mana lepas saya takde ?" Soalku lagi serta menarik tangan Haris agar melingkar pada pinggangku. Haris tidak membantah terus saja mengikut arahan tanganku.

Aku terus mendekatkan diri pada badan Haris. Haris hanya memandang tepat pada mataku. "Haris mana pernah pilih pakaian sendiri. Biasanya Saffiya kan pilih bila Haris nak ke kolej. Tie pun dah lama Haris tak ikat sendiri. Sebab tu belajar balik tu" bela Haris sambil memeluk erat pinggangku.

Kesian Haris. Aku terlampau manjakan dia dulu sampaikan dia terpaksa tinggal kembali bersama mama dan kakaknya. Lepas tu aku pula pergi tinggalkan dia sampai tak tahu nak urus diri sendiri.

"Salah saya manjakan awak dulu kan. Sorry" kataku sayu.

"Tapi saya kan mintak awak manja kan saya. So takpe" kata Haris.

"Awak sudi lupakan semua dulu tak Haris ?"

"Saffiya semua tu jadi sebab Haris. Haris kata bukan bukan dekat Saffiya sampaikan Saffiya pergi jauh dari sini. Dahlah tak payah ingat pasal tu. Awak ni mengandung emosi teruk sangat" kata Haris sambil tersenyum.

Aku terus lentokkan kepalaku pada dada Haris. Mukaku, ku rapatkan ke dada bidang Haris. Mataku aku pejam rapat menikmati pelukan hangat Haris. Kali ini Haris tidak berkata apa malah turut membalas pelukanku. Lama keadaan kami berpelukan begini sehingga kepalaku mendengar sesuatu memanggilku

"Mama"

Suara Hadiff. Terus aku mengundurkan diri jauh dari Haris. Macam mana aku boleh lupakan anak aku yang sorang tu.

"Mama, kenapa tak kejutkan Hadiff" soal Hadiff sambil menggosok gosok matanya.

"Ala mama masak dulu baru kejutkan Hadiff. Nanti Hadiff lapar pula" pujukku. "Jom mama mandikan eh" sambungku lagi selepas meletakkan air minuman di atas meja makan.

Selesai. Bisik hatiku setelah selesai menyediakan sarapan untuk Haris dan Hadiff.

"Kejap. Awak nak pergi mana Saffiya?" Soal Haris sambil menarik tanganku. Haris sudah selamat duduk di meja makan.

Amboi kalau makan cepat!

"Saya nak mandikan Hadiff lah"

"Kenapa awak nak mandikan dia pula?" Soal Haris lagi tapi belum sempat aku menjawab terus Haris berpaling memandang Hadiff pula. "Yang Hadiff ni, tak reti ke nak mandi sendiri. Dah 5 tahun kan ? Dah besar dah" sambung Haris lagi.

Aish Haris dah guna suara veto dia mengarah dah. Tadah telingalah anak aku ni.

"Alaa salah ke suruh mama mandikan Hadiff, papa?" Tanya Hadiff pada Haris.

"Bukan salah tapi Hadiff kan dah besar. Mandilah sendiri lainlah kalau Hadiff kecil lagi. Nanti Hadiff jadi abang tau, kenalah jadi abang yang kuat"

Belum sempat Hadiff bertanya pada Haris lagi aku terus memintas kata kata Hadiff. Kalau biarkan dia menjawab lagi ayat ayat Haris, kena marah juga anak lelaki aku ni. "Hadiff naik atas dulu. Kejap lagi mama datang mandi kan eh. Mama nak cakap dengan papa kejap" kataku dan terus menyuruh Hadiff pergi ke bilikknya.

"Manjakan lah anak awak tu." Perli Haris sambil menyuapkan nasi goreng yang baru di cedokkan ke pinggannya.

Aish kalau lapar pun tunggulah aku dengan Hadiff dulu. Tadi bukan main marah aku masak untuk dia. Desis hatiku.

"Ala apa salahnya. Mandi je pun"

"Saffiya, Hadiff dah besarlah. Jangan manjakan sangat. Nanti kalau dia tak reti nak mandi sendiri macam mana ?"

"Oh takut dia jadi macam awak. Manjakan awak sampai ikat tie pun dah lupa macam mana ?" Perliku lagi.

Haris diam tidak membalas malah mencedok lagi nasi goreng dan di letakkan dalam pinggannya. "Haa itu contoh terdekat. Bukan salah saya. Awak yang tiap hari ikat tie untuk saya kan. Manalah saya nak reti dah lepas tu" kata Haris.

"Apa apalah Haris. Tapi tak payahlah marah sangat Hadiff tu. Dia budak lagilah. Biarlah saya manjakan dia dulu. Nanti yang ni keluar susah nak manjakan" kataku sambil menggosok perutku.

"Ambil kan air kopi tu untuk saya Saffiya"

Hmm asyik makan je Haris ni. Pantang ada makanan depan mata.

"Haris, Saffiya nak cakap ni. Hadiff kan dah 5 tahun. Nanti awak ajar dia solat eh" kataku sambil menuangkan air pada cawan Haris.

"Tak rasa awal sangat ke ?" Soal Haris.

"Takpelah awal awal. Biar dia tahu dari kecil lagi benda ni"

"Syafik tak boleh ajar ke ? Yela nantikan dia kah..-" belum sempat Haris berkata lagi terus aku memotongnya.

"Saffiya nak Haris yang ajar semua. Hadiff ada ayah kandung dia sendiri"

Malas mahu menimbulkan isu Syafik di depan Haris. Aku mahu selama aku berpeluang hidup bersama Haris adalah hari terindah yang aku mahu kenang. Jadi, aku tak nak ada perkara yang menbenci kan Haris dalam kenangan aku ni.

"Okey nanti saya ajar. Tak payahlah nak serius sangat pagi pagi ni"

Ish Haris ni. Dia yang buat aku jadi serius lepas tu bising aku jadi serius.

"Dahlah malas layan awak, saya nak mandikan Hadiff kejap"

"La nak mandikan juga ke ? Degil lah awak ni saffiya"

"Saya taknak anak saya busuk macam papa dia yang busuk tak mandi juga"

"Kalau macam tu mama mandikan lah juga papa. Papa pun nak juga kena mandi dengan Mama"

"Malas" kataku dan berlari lari anak menuju ke tangga tapi belum sempat kakiku meminjak tangga pertama, Haris kembali bersuara.

"Saffiya jangan lari. Ingat sikit awak mengandung" aku terus berhenti bergerak.

Haris hanya fikiran anak je ke ? Kalau aku jatuh dia tak kisah ke ?

"Haris anak awak baru berapa minggu kan. Dia okey jela. Kalau tak boleh masak tak boleh berlari, habis tu nak buat apa ?" Soalku sedikit kuat. Yela aku dengan Haris jauh. Jadi hanya mampu menjeritlah nak balas kata kata Haris.

"Awak rehat je" jerit Haris.

Aku mengeluh. Bosannya. Dah nampak bayangan dah kehidupan mengandung aku dalam jagaan Haris ni.

××××××××××××××××××××××××××××××××

Hai!

Okey sorryyyyyyy 😭😭

Sya rasa sya dah dpt plot dy balik so bedtime story is back Hahahaha over.

Jgn lupa Saffiya dgn Haris oke.

Goodnight. Sweetdream 😍

Continue Reading

You'll Also Like

79.5K 4.3K 32
☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak har...
46.6K 4.4K 65
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
979K 30.2K 42
Kenapa tolak pinangan saya?" "Allahu akhbar" Aku yang sedang elok minum di sebuah kafe dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki. "Awak ni memang t...
2.8M 254K 87
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...