Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 54 - Paksa.

94.2K 1.4K 171
By nabaella

Aku tak tahu aku kena gembira atau sedih sekarang ni.

"Awak mengandung Saffiya"

Kata kata Haris masih bermain main dalam otak fikiranku. Nak rasa gembira pun tak boleh. Nak rasa sedih ? Ini anak aku dengan Haris.

Betul, aku gembira. Yela tak lama lagi aku akan dapat anak lagi. Aku dapat bagi Hadiff adik kut. Perempuan mana tak gembira dapat anak kan lagi lagi anak dalam kandungan, anak lelaki dia sayang pula tu.

Tapi masalahnya aku dan Haris akan berpisah tak lama lagi. Nak gembira pun tak boleh sekarang ni bila fikir aku dan Haris akan berpisah. Takkan aku nak besarkan anak ni tanpa seorang ayah ? Cukuplah Hadiff kena anggap Syafik ayah dia.

Kenapa hidup aku ni rumit sangat ?

"Saffiya awak okey tak ? Saya dah agak awak tak rela kan ? Saffiya ?" Panggilan dari Syafik terus menyedarkan aku dari memikirkan masalah baru yang menimpa aku sekarang ni.

Aku pandang Haris. Aku tahu Haris marah dengan soalan Syafik. Dan syafik takde hak langsung nak cakap macam tu dekat aku.

"Syafik, Haris tu suami saya yang sah. Rela tak rela ini anak saya dengan Haris. Saya nak awak hormat Haris." Kataku perlahan. Tanganku terus menggosok perutku yang masih kempis.

Ah aku diberi peluang sekali lagi akan bawa nyawa. Yang lagi menggembirakan aku, ini adalah bukti cinta aku dan Haris. Dan aku suka gelaran bukti cinta Haris.

"Aku dah buat keputusan, aku akan still dengan saffiya." Akhirnya Haris mengeluaran suaranya selepas dia memberitahu aku yang aku lagi sekali berpeluang baginya zuriat.

Maknanya aku tak jadi pisah dengan Haris ? Jauh dalam lubuk hatiku, aku rasa bahagia. Rasa lega.

Syafik terus memandang Haris. "Apa ni Haris, hari tu kau janji lain sekarang lain" kata Syafik.

"Kau mengarut apa. Waktu sekarang aku mana boleh cerai saffiya. Dia mengandung. Saffiya mengandung anak aku!" Terus Haris menjawab sambil tepat matanya memandang Syafik.

Kira betul lah ni Haris tak jadi nak ceraikan aku ? Haris dapat terima anak ni juga ? Kiranya aku dan Haris tak jadi berpisah lah kan. Bisik hatiku dan terus bibirku terukir satu senyuman lega.

"Okey kiranya sebab dia mengandung jela ? Kau memang sengaja kan Haris" bidas Syafik lagi. Sengaja di tinggikan suara berkata pada Haris.

Haris memandang wajahku buat seketika dan terus memandang Syafik. "Dia isteri aku. Suka hati akulah nak buat dia mengandung ke apa. Apa hak kau nak mempertikaikan aku pula ni ?" Suara Haris semakin meninggi membalas.

"So sekarang macam mana ? Kau jangan lupa aku pernah jaga Saffiya masa mengandungkan Hadiff. So aku rasa aku lagi layak jaga dia masa mengandung ni." Syafik membalas.

"Betul aku mangaku kau jaga dia masa Hadiff dalam kandungan. Itu peluang kau. Tapi sekarang aku tahu dia mengandung dan ini peluang aku. Jadi aku harap kau terima takdir, ini peluang aku. Kali ni aku akan jaga Saffiya dan anak aku. Aku harap kau faham" Haris berkata dengan nada mendatar. Mungkin Haris sudah penat melayan kata kata Syafik tadi.

"Bila kau akan ceraikan Saffiya?" Soalan Syafik mengejutkan aku.

"Maybe lepas saffiya lahirkan anak aku" senyuman yang terukir di bibirku tadi terus lenyap.

Apa maksud Haris dia akan ceraikan aku juga ? Aku ni takde makna ke dalam hidup Haris. Kiranya dia tak nak ceraikan aku sebab anak dalam kandungan ni jela ? Sebab anak dalam kandungan ni je ke ?

Kenapa kejam sangat takdir hidup aku kali ni.

"Okey aku pegang janji kau kali ni"

Itu suara terakhir aku dengar dari syafik. Mataku terus kabur dengan air mata. Aku tak tahu berapa lama mereka berdua berbincang, yang aku tahu hati aku terluka. Hati aku terluka dengan ayat Haris. Dia hanya nak anak dalam kandungan ini sahaja. Dia cuma nak jaga anak dalam kandungan ni sahaja.

"Saffiya, awak dengar tak. Saffiya" panggilan Syafik terus menyedarkan aku kembali. Aku terus sapu air mataku yang ingin berguguran dari kelopak mata.

"Ap-apa?" Soalku tanpa memandang mereka berdua. Hati aku sakit sekarang ni. Entah kenapa hati yang mula gembira tadi mula sakit dengan kata kata Haris.

"Saffiya kena setuju. Aku masih suami dia. Dia kena ikut aku" Aku mengangkat wajah memandang Haris.

Apa maksud Haris, aku kena ikut dia ?

"Haris akan jaga awak selama awak mengandung dekat rumah dia. So kiranya awak akan hidup dengan dia selama awak mengandung ni. Awak setuju ?" Syafik berkata seakan akan memahami keadaanku sekarang.

Mungkin ini keputusan terbaik. Biarlah kalau Haris ingin menjagaku sebab anak dalam kandunganku ini sahaja.

Aku di beri peluang lagi hidup dengan Haris pun aku bersyukur. Peluang yang aku sia sia kan selama 5 tahun ni. Biarlah kalau Haris hanya ingin hidup dengan aku disebabkan anak dalam kandungan ni. Ini peluang aku. Aku perlu ambil peluang terbuka ini.

"Saffiya setuju" jawabku sambil menggosok perutku lagi.

Terima kasih sayang bagi mama peluang hidup dengan papa lagi. Biarlah kalau papa hanya nak jaga anak mama ni je. Asal mama boleh hidup dengan papa lagi. Bisik hatiku sambil memandang perut kempisku.

"Kalau saffiya dah cakap macam tu, syafik okey je." Syafik palingkan wajahnya pula ke arah Haris. "Ini kali terakhir Haris. Aku tak nak kau buat saffiya sedih lagi" sambung Syafik lagi.

Habis sahaja ayat Syafik itu, terus dia keluar dari bilik yang aku duduki ini. Aku terus baringkan kepalaku ke katil. Cukuplah hari ni hati aku sakit.

"Saffiya awak nak makan apa apa ? Dari tengah hari awak tak makan ni" kata kata Haris terus membuat aku tersenyum.

"Kalau saya tak nak makan takpe ?" Soalku menduga.

"Habis tu anak dalam per..-" belum sempat Haris menghabiskan ayatnya terus aku bangun dari pembaringan.

"Awak takut anak awak lapar la ni ?" Soalku pada Haris.

"Yes" dan jawapan sepatah Haris makin menyakitkan hati aku.

Ah sedarlah saffiya, Haris risaukan anak dalam kandungan sahaja bukan risaukan kau. Dia tak nak cerai pun sebab anak dalam perut ni bukan kau.

"Okey saya makan." Aku menjawab lemah. Aku kena terima kenyataan ini.

Haris nak jaga aku yang tengah mengandung ni pun kira untung. Biarlah aku kecapi kebahagian dulu sebelum aku di tinggalkan. Itu pun dah cukup.














"Mulai hari ni Hadiff akan tinggal dengan papa tau" kata Haris semasa kami bertiga berada di dalam kereta menuju ke rumah Haris.

Selepas aku keluar dari hospitas semalam, Haris telah membuat keputusan akan menjaga aku dan Hadiff di rumah lama kami berdua. Aku hanya mengikut sahaja. Lagi pun aku dah tak kerja lagi dengan syafik. Itu permintaan Haris.

"Betul ke mama ?" Soal Hadiff padaku.

Aku mengangguk. "Ya sayang, kita akan tidur rumah papa mulai hari ni" kataku.

"Bukan rumah papa. Rumah kita" Haris memandangku sambil berkata.

"Yeay sukanya. Kiranya nanti Hadiff pergi sekolah papa hantar juga la ?" Soal Hadiff lagi.

"Yela takkan mama kut" aku menjawab.

"Habis tu mama Hadiff tidur makan je ke dekat rumah ?" Sindir Haris. Matanya hanya di hala ke arah hadapan saja.

Aku tersenyum. Aku tahu apa kelemahan Haris. "Okey kalau macam tu Mama hantar Hadiff pergi taska eh. Naik moto dengan Mama tau" kataku dan terus Haris membantah.

"Jangan nak menggedik Saffiya. Saya takkan pernah bagi awak naik moto lagi. Awak ingat awak nak pergi kolej. Lagi pun ingat ada nyawa dalam perut awak tu" balas Haris.

Dah agak dah Haris pentingkan anak dalam kandungan ni je. Aku ni kira bertuah sebab aku perempuan yang terpilih kandungankan anak dia kali kedua sahaja.

"Kalau macam tu saya tidur makan jela dekat rumah"

"Awak ada lesen kereta tak Saffiya ?" Soal Haris tiba tiba. Aku hanya anggukkan kepala tanda ada.

"Okey nanti saya ambil kereta dekat rumah Mama. Ke awak nak guna kereta ni" soal Haris.

Kereta Haris ni ? Kereta kesayangan Haris ni ? Memang tak la weh.

"Tak nak saya kereta awak ni. Saya hempas pintu terlebih sikit pun bising, ni nak bagi saya guna. Tak nak lah"

"Okey okey. Nanti awak guna swift saya lah."

"Bukan swift tu kereta Mia ke ?"

"Oh dia pinjam je tu. Tu kereta saya masa belajar dulu. Awak guna kereta tu nanti nak pergi mana mana. Saya takut saya tak sempat nanti nak ambil Hadiff"

"Ikut awaklah."

"Okey kita dah sampai. Jom turum" Haris terus menarik Hadiff menggikutnya masuk.

Tapi belum sempat aku ingin membuka pintu kereta penumpang hadapan, tangan Haris terus membuka pintu untukku. "Jom. Boleh jalan tak ?" Soal Haris.

"Kalau tak boleh, awak nak dukung ke ?" Dugaku pula.

"Saya tak kisah pun. Saya kuat lagi kut" balas Haris.

Aku tersenyum. Apa salahnya kalau aku nak Haris layan aku macam ni kan ? Masa ni jela aku boleh bahagiakan hati sendiri kan ? Bisik hatiku.

"Okey dukunglah" kataku pada Haris.

Terus wajah Haris berubah dengan balasanku. "Awak serius ke suruh saya dukung awak ni?" Soal Haris.

"Saya bergurau jela" balasku sambil tersenyum.

Walaupun terselit sikit perasaan terguris dekat hati ni, biarlah. Diberi peluang hidup dengan Haris sekarang ni pun kira bertuah sangat.

Tapi belum sempat kakiku bersentuh dengan lantai, terus terasa kakiku kaku. Aku pandang Haris. Wajahku begitu dekat dengan batang leher Haris. Ah dia betul betul angkat aku.

"Haris saya gurau je" bisikku perlahan.

"Saya dah angkat dah pun" balas Haris sambil tersenyum sinis padaku.












"Awak tidur dengan saya juga malam ni Haris" kataku tegas apabila Haris mati matian mahu tidur dengan Hadiff di bilik lain.

"Kenapa saya kena tidur dengan awak pula ?" Soal Haris sambil berjalan terus melepasi bilik kami berdua.

"Siapa nak jaga anak awak dalam perut ni ?" Soalku pada Haris.

Haris terus memalingkan wajahnya menghadap aku. "Saffiya kandungan awak masih dalam peringkat awak. Takkan awak dah lemah kut" kata Haris.

Aku terus mendekatkan diri pada Haris. Ini sahaja yang aku boleh bahagiakan hati aku. Ini peluang yang telah di beri kepada aku untuk hidup dengan Haris semula. Biarlah kalau hanya setakat aku mengandungkan anak Haris, Haris ingin melayanku baik. Aku redho dengan ketentuan kalau selepas ini aku terpaksa berpisah dengan Haris. Biarlah aku kecapi kebahagian dulu.

"Awak nak apa?" Soal Haris apabila aku melingkarkan tanganku pada lehernya.

"Saya nak tidur dengan awaklah. Kata nak jaga anak ni. Kenalah teman saya tidur" kataku bersahaja. Tidak pula Haris membantah tindakan berani aku.

"Saya nak teman Hadiff tidur malam ni"

"Habis tu siapa nak teman saya. Saya tak nak tidur sorang"

"Awak pergilah tidur dengan Hadiff. Biar saya tidur sorang" kata Haris sambil cuba melepaskan diri dari pelukkan ku.

Aku juihkan bibirku pada Haris. "Tapi saya nak tidur dalam bilik ni" kataku sambil menjuih bibir pula ke arah bilik kami berdua tinggal dulu.

"Hadiff kan dah tidur dalam bilik awak tu. Takkan nak kejut dia balik masuk bilik kita ni" soal Haris pelik.

"Kesian Hadiff pula. Takkan awak tak kesiankan Hadiff kut. Lagi pun bukan awak dah bagi bilik saya tu pada Hadiff ke ?"

"Habis tu macam mana ? Saya tak fahamlah."

"Awaklah kena teman saya tidur"

"Mengada ngadalah awak ni saffiya. Yela saya teman awak tidur. Pergi masuk dulu, saya nak tengok Hadiff kejap" kata Haris sambil terus berjalan ke arah pintu bilik Hadiff.

Aku tersenyum. Akhirnya berjaya juga paksa Haris. Aku tersenyum.

Paksa ? Ah aku masih tak bercerai dengan dia pun sebab terpaksa juga. So apa bezanya sekarang.

×××××××××××××××××××××××××××××

Okey nak bgi tahu ni mungkin story ni rehat kjap kut. Sbb otak sya tngah blank ni. Update kali ni pun pendek je saya buat. Tapi dlm minggu ni jugalah update 55. Cuma nak bina balik plot strusnya ni.

Harap tak lupa haris dgn saffiya tau.

Malam semua. Sweetdream 😍

Continue Reading

You'll Also Like

154K 9.1K 25
RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go, if it return,its your, if it looked awa...
55.5K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
980K 30.2K 42
Kenapa tolak pinangan saya?" "Allahu akhbar" Aku yang sedang elok minum di sebuah kafe dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki. "Awak ni memang t...