Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 53 - Masalah

83.1K 1.5K 199
By nabaella

Awalkan malam ni ? Haa saje je. Nak tidur awal malam ni. Hahaha

××××××××××××××××××××××××××××××××

Aku hanya tundukkan wajah sahaja dari tadi. Aku tak tahu nak bagi tindak balas apa pada Manissa. Bertubi tubi soalan dia bagi aku kali ni.

Kenapa nak cerai ?

Tak fikirkan Hadiff ke ?

Ingat perkahwinan ni macam main pondok pondok ke ?

Dan banyak lagilah. Fikirkan balik Angah Manissa ni kahwin pun belum lagi tapi fikiran mengenai perkahwinan dia lagi matang dari aku!

"Kak Chik dengar tak ? Asal tiba tiba nak berpisah pula ni ?" Soalan Angah Manissa yang entah ke berapa kali. Tapi belum sempat mulutku menjawab, suara dari luar bilik menjawab.

"Takdir Ngah. Nak buat macam mana jodoh kami tak panjang"

Haris.

"Oh kira kau salahkan takdir la ni Achik ? Eh takdir boleh ubah Achik. Korang dua tak cerai lagi pun. Boleh elak kan ?" Manissa teruskan membebel lagi, kali ini Haris pula kena.

Aku mengeluh. Apalah nasib aku sekarang ni.

"Kak Chik cakaplah. Kak Chik pun salahkan takdir juga la ni ?" Manissa kembali memandangku.

Aku hanya mampu diam.

"Angah, orang dah tak sudi dengan kita. Buat apa nak paksa pula kan" sindir Haris.

Aku tahu Haris sindir aku tapi mulut ni tak reti nak menjawab kali ni. Mungkin otak dah kena sapu bersih oleh bebelan Manissa tadi.

"Tak sudi ? Kau nak cakap Kak Chik tak sudi dengan kau ? Habis tu buat apa dia balik sini balik lepas tinggalkan kau?" Soal Manissa mendatar. Suaranya semakin perlahan. Sudah lemah kut dari tadi membebel. Sekarang nak bebel dekat Haris pula kan.

"Itu la sebab dia balik Ngah. Balik sebab nak bercerai. Sebab tak nak terikat dah dengan aku" balas Haris.

Aku tertunduk sambil tersenyum. Aku balik sini sebab nak cerai ? Mudahnya Haris buat kesimpulan lepas dengar keputusan Syafik. Desis hatiku.

"Fikir logik boleh tak Achik. Kalau balik sebab nak cerai baik Yaya terus pergi mahkamah buat surat cerai hantar dekat kau. Tak payah dah nak menghadap kau" semakin tinggi pula suara Manissa membalas ayat main lepas adik lelakinya itu.

Haris senyum. "Mana tahu dia sengaja datang balik. Saja nak sakitkan hati dulu baru mintak cerai." Berlagu lagu pula kali ni ayat Haris.

Teruk betul Haris tuduh aku kali ni.

"Kak Chik cakap sesuatu boleh tak ? Diam je kenapa?" Manissa yang terlampau geram dengan adiknya meminta adik iparnya membela diri.

"Biarlah dia nak cakap apa pun Angah. Kak Chik yang salah" jawabku.

"Kau tengok Ngah. Dia fikir semua akan faham dia. Aku bukan malaikat boleh faham apa dia rasa, apa dia nak" kata Haris tanpa memandangku.

"Kau tu lelaki Achik. Cuba selami, cuba faham perasaan perempuan lah"

"Aku je nak faham. Dia tak tak nak pula faham aku ?" Terus Haris membalas.

Tak pasal pasal sebab aku, dua adik beradik ni gaduh pula.

"Okey kenapa Yaya balik sini. Kenapa dia nak balik sini kenal kan Hadiff pada keluarga kita ? Kalau betul balik sini sebab nak cerai je, baik dia tak payah bagi tahu pasal Hadiff. Baik dia simpan je sendiri" Manissa tidak mahu kalah dari adiknya. Dia perlu sedarkan adiknya juga.

"Dan yaya pun. Tak boleh ke fikirkan perasaan sendiri. Tak boleh ke fikir kebahagian sendiri. Jangan nak bahagia kan perasaan orang lain je sampai biarkan hati sendiri sakit" Melissa kembali memandang adik iparnya.

"Hadiff tu tanggungjawab aku Angah. Mestilah dia kena bagi tahu aku." Terus Haris melangkah ke tingkap. Matanya hanya menyaksikan anak lelakinya yang asyik bermain dengan adiknya Mia.

"Tanggungjawab ? Haa tahu tu tanggungjawab. Kalau dah tahu tanggungjawab kau, kenapa perlu berpisah pisah. Kau nak tengok anak kau membesar tanpa ayah hah" Manissa yang tidak dapat tahan lagi amarahnya terus membalas kata-kata Haris.

"Kau tak faham Angah. Semua jadi ada sebab Angah" Haris membalas lemah. Matanya terus memandangku. Mataku yang dari tadi hanya melihat Haris hanya tertunduk.

"Angah tak faham ? So fahamkan lah Angah. Perlu ke sampai cerai ? Bukan kau sayangkan Kak chik separuh mati ke Achik ?" Soal Manissa sambil berjalan mendekati Haris.

Sedikit tersenyum aku mendengar soalan dari Angah Manissa. Separuh mati ? Lepas ini perasaan Haris masih begitu ke dengan aku ? Walaupun kami bakal bercerai nanti ?

"Biarlah kami berdua je faham Angah. Achik tak nak susahkan Angah dengan masalah kami" jawab Haris.

"Okey kalau tak nak susahkan Angah juga, macam mana nak menjawab dengan Mama dan Papa nanti ? Nak bagi alasan apa ? Takdir juga ?"

"Pasal mama dan papa biar Achik handle"

"Achik kenapa degil sangat ni ? Kamu berdua tahu kan kenapa kamu berdua di satukan dulu ? Penyebab utama kamu di satukan dulu ?" Soalan Angah Manissa kali ini sungguh menyentapkan jiwaku.

"Kamu berdua pun tahu kan kenapa kamu berdua di satukan. Habis tu sebab masalah korang yang korang tak nak selesaikan tu korang nak hancurkan hubungan keluarga kita. Nak cakap tak sayang, tipulah. Dengan pandangan halus aku ni pun nampak kasih sayang korang tu, lagi nak tengok guna mata kasar ?" Tambah Manissa lagi.

Aku dan Haris sama sama diam. Ah aku memang diam dari tadi tapi Haris, kali pertama dia diam tak menjawab kata kata kakak dia ni.

"Achik tak menjawab ke kali ni ?" Perli Angah Manissa bersama senyuman sinis di wajahnya.

"Arwan ayah akan faham kut Ngah" kali pertama aku menjawab dan terus Haris tersenyum sinis.

Ceh aku tolong jawab kira bersyukurlah.

"Kalau dia ada, mesti dia macam Angah juga. Cuba selesaikan masalah kamu berdua ni tanpa cerai. Boleh tak ?" Manissa tidak mengalah memberi nasihat untuk adiknya.

"Achik, Achik tahukan mama sayangkan Yaya macam mana. Mama dah anggap Yaya ni anak kelima dalam keluarga kita dah. Kau tahukan macam mana dia bersyukur bila yaya balik lepas 5 tahun. Kau nak kecewa kan mama lagi ke Achik?" Sayu suara Manissa kali ini.

"Betul kata Haris, Angah. Kami berdua takde jodoh panjang. Bukan kami tak nak ubah takdir kami berdua Angah tapi kalau memang dah takde jodoh, takdir tu memang tak boleh nak ubah"

"Mudahkan kamu berdua ni fikir. Tak fikir orang sekeliling ke ?" Manissa tidak mudah mengalah dengan alasan alasan aku dan Haris.

"Sebab fikirkan orang sekelilinglah terpaksa jadi macam ni" Mata Haris tajam memandang wajahnya.

Ah Haris dari tadi lagi tak puas hati dengan aku kalau aku balas kata kata kakaknya.

"Kau Achik dah sedia nak alami kemurungan kali kedua ? Tak ingat macam mana Mama jaga kamu dulu masa kemurungan kena tinggal dengan Kakchik" kata kata Angah Manissa mengejutkan aku.

Haris pernah alami penyakit kemurungan ? Kenapa aku tak tahu. Kenapa aku tak tahu dia alami semua tu sebab aku ? Bisik hatiku.

Kaki aku ringan sahaja berjalan kearah Haris. Hati aku risaukan Haris. Kenapa dia tak bagi tahu aku pasal semua ini.

"Haris awak sakit ? Kenapa kena sakit. Tak makan ubat ke? Awak tak cakap dengan saya pun" Entah kenapa ringan saja mulut aku bertanya kepada Haris sambil memengang tangannya risau.

"Masa mula mula awak tinggalkan saya. Saya rasa bersalah sangat masa tu. Merata rata saya cari awak Saffiya. Tapi awak tak pernah cerita yang awak ada family dekat sana" balas Haris sambil tepat memandang mataku. Keadaan kami berdua begitu dekat apabila kaki Haris melangkah lebih dekat denganku. Tangannya terus melingkar pada pinggangku. Aku hanya membiarkan sahaja malah tanganku membalas dengan memengan lengan Haris yang berada di pinggangku

Aku terkaku memandang Haris. Aku ingat aku saja yang terseksa kehilangan Haris tapi Haris pun sama denganku. Mungkin aku lebih baik dari Haris sebab aku ada tanda cinta kami berdua, Hadiff.

"Amboi scene romantik saja Achik dengan Kak chik ni. Ada peluang bagi adik dekat Hadiff ni" tiba tiba satu suara menyedarkan aku yang hanyut dengan pandangan Haris.

Terus aku palingkan wajah ke pintu masuk. Mia berdiri sambil tersenyum senyum. Terus Haris melarikan tangannya pada pinggangku.

"Kau nak apa dik ?" Soal Angah Manissa.

"Mama panggil turun makan. Lama dah kami tunggu korang tiga. Jom ah" kata Mia dan terus keluar bersama Angah Manissa.

Tapi belum sempat Manissa keluar sempat lagi dia memalingkan wajah memandang kami berdua.

"Macam ni korang cakap korang nak cerai ? Heh budak macam Mia pun nampak korang ni lovey dovey couple" habis sahaja bicaranya, Manissa terus keluar dari biliknya. Di ikuti Haris pula turut keluar. Aku yang terakhir keluar dan terus ke meja makan.

Sampai di meja makan entah kenapa kepala aku rasa berat sangat. Aku fikir aku terlampau banyak fikir jadi terus pandanganku kabur. Yang terakhir di kepalaku hanya kedengaran suara Hadiff memanggilku.

"Mama.." dan terus duniaku gelap.













Aku buka mata perlahan lahan. Sakit mataku apabila cahaya masuk sikit demi sedikit. Bila kelopak mataku terbuka luas, mataku terpandang figura yang duduk di sampingku. Bila aku amati(?) manusia yang duduk sambil kepalanya di sandarkan pada bahuku ialah Haris, aku terus menggerakkan tanganku dan memanggilnya perlahan.

"Ha-haris" panggilku dan terus Haris mengangkat kepalanya memadangku.

Aku hanya memandang sayu wajah Haris yang sedikit runsing pada pandanganku. Kata kata Angah Manissa kembali bermain dalam fikiranku.

Kesian Haris. Bicara hatiku.

"Angah ada. Kejap eh" Haris terus bangun tanpa menunggu balasanku.

Tidak sampai sesaat Manissa masuk ke bilik yang di huni aku bersama senyuman manisnya. "Kak Chik okey tak ni ? Ish macam macam kamu berdua ni" kata Manissa.

"Hadiff mana Angah?" Tanyaku. Baru teringat suara cemas Hadiff tadi memanggilku.

"Mama dah bawa balik Hadiff. Angah pun nak balik sebenarnya ni tapi Achik panggil tadi. Jangan risaukan Hadiff, kami jaga dia." balas Manissa.

Aku hanya tersenyum lega. "Angah nak balik dulu ni. Achik akan jaga kamu dekat sini eh Yaya" sambung Manissa lagi.

"Takpe Ngah kau balik lah. Nanti bagi tahu mama, saffiya okey je dengan aku" Kata Haris pula.

"Yela nak baliklah ni. Ingat pesan aku. Buat keputusan dengan betul. Kak Chik pula, bincang elok elok. Fikirkan masa depan dia nanti" Kata Manissa.

Keputusan apa ? Nak bincang apa lagi. Ish kakak Haris ni, aku yang kena tahan hospital pun masih nak bincang hal tadi lagi. Tadi tak cukup bincang ke ? Masa depan ?

"Okey Angah" balas Haris sambil menghantar Manissa ke pintu. Katanya tunang Angah ada dekat luar dan akan hantar Angah balik nanti.

"Bila saya boleh keluar Haris?" Soalku kepada Haris.

"Malam ni pun boleh keluar agaknya. Sebab saffiya bukan terus sangat pun" balas Haris.

Aku angguk. Terasa dahaga pula, aku terus pandang meja di sisi katil aku. Tangan aku yang masih lemah terus ku hala ke gelas untuk mengambilnya tapi belum sempat tanganku sampai ke gelas tersebut, ada tangan lain dulu menyambanya.

"Susah sangat ke nak mintak tolong saya Saffiya" kata Haris sambil mengangkat sedikit tubuhku agar memudahkan aku untuk minum.

Aku hanya memandang wajah Haris yang begitu dekat dengan wajahku. Tangannya melingkar di pinggangku. Hembusan nafas Haris juga menampar-nampar wajahku. Sungguh aku rindukan Haris.

Haris yang juga terasa nafasku di pipinya memandang tepat ke arah mataku. "Saya mintak maaf." Kataku kepada Haris.

"Saya tak nak susahkan.." belum sempat aku mengahabiskan ayatku bibirku terkaku. Mulutku di sekat oleh mulut Haris. Aku yang tergamam dengan situasi ini hanya membiarkan saja mulutku di cium Haris. Haris menggigit bibir bawahku lembut sahaja. Aku hanya menikmati sentuhan Haris di bibirku.

"Awak tak pernah susahkan saya saffiya" kata Haris setelah melepaskan pautan bibirnya pada bibirku.

Haris terus melepaskan tangannya pada pinggangku. Terus Haris menghalakan gelas yang mengandungi air kepadaku. Aku hanya minum tanpa bantahan.

"Saya dah call syafik. Kejap lagi dia sampai.." dan kata kata Haris terus tersekat bila pintu bilik ini dibuka dari luar.

Syafik.

"Kau buat apa dekat Saffiya, Haris" terus saja Syafik menarik Haris kedinding hospital ini. Di cekek kolar baju Haris dengan kedua dua belah tangannya.

Aku terkejut dengan tindakan Syafik. "Syafik lepaskan Haris. Haris tak salah. Saya memang tak sihat dari minggu lepas lagi. Tadi mungkin tak tahan sebab tu pitam" aku terus membela Haris sebelum syafik mengapa apakan Haris.

"Saffiya isteri aku. Tak salah apa yang aku buat dekat dia tu" balas Haris apabila syafik melepasakn tangannya pada badan Haris.

"Apa semua ni ? Kenapa dengan saya?" Soalku pelik. Aku ada penyakit ke ? Kalau ada pun bukan salah Haris kalau aku sakit.

"Awak tak tahu ke Saffiya ?" Soal Syafik.

"Tak. Kenapa dengan saya syafik, Haris" aku terus menyoal mereka berdua. Aku baru sahaja sedar. Apa yang aku tahu pun.

"Awak mengandung Saffiya" jawab Haris



××××××××××××××××××××××××××××××××××

Tak pernah habis dgn masalah dua manusia ni.
Komen membina please. Ceh.
Malam ni awal sbb nk balas komen awak awak semua sbnarnya. Takde makna nk tidur awal pun.

Tpi nak kasi jga goodnight. Sweetdream 😍

Continue Reading

You'll Also Like

719K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
2.8M 257K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.2M 60.2K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
362K 19.2K 41
Lya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris men...