Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 52 - Perbuatan

84.9K 1.4K 243
By nabaella

Sudah 2 minggu aku tidak berjumpa dengan Haris. Bukan sahaja tidak bertemu malah panggilan dan mesej aku juga tidak di balasnya. Haris akan menalifonku apabila ingin bercakap dengan Hadiff sahaja. Bila aku mahu bercakap dengannya satu pun tidak di layan.

Sejak malam itu aku selalu menunggunya datang. Aku menyesal cakap macam tu dekat Haris. Aku tahu aku amat pentingkan diri sendiri. Sekarang bukan aku je merana, Hadiff pun sama. Dari semalam lagi Hadiff demam rindukan Haris. Bukan aku tak bagi tahu Haris tapi dia tak angkat pun call dari aku. Selalunya Haris yang akan call sendiri kalau dia nak bercakap dengan Hadiff.

"Mama hari ni papa tak call lagi ke ?" Soal Hadiff sayu. Kesian Hadiff, sebab aku yang sakitkan hati Haris dia pula tak boleh jumpa Haris.

"Tak sayang tapi mama dah mesej papa. Nanti dia call eh" balasku kepada Hadiff. Harap harap Hadiff faham.

"Kenapa papa tak datang ? Bukan selalunya hari minggu macam ni papa datang ke ?" Tanya Hadiff lagi. Aku terus mengangkat Hadiff dan letakkan di atas ribaanku. Di belai pipinya yang sedikit panas.

Kesian anak aku demam panas rindukan Papanya. Desisku.

"Papa sibuk kut sayang. Nanti papa datang juga. Papa mesti rindukan Hadiff juga kan." Pujukku lagi. "Hadiff deman sebab rindukan papa la kan ?" Soalku pula.

Hadiff tersenyum. "Oh kira mama pun rindukan papa juga la ?" Soal Hadiff. Aku kerutkan dahi dengan soalan Hadiff.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Tadi mama makan ubat. Mama pun tak sihat jugalah kan rindu papa?" Baru aku faham. Entahlah, aku pun dah dua minggu tak sihat. Badan macam lemah je mungkin terlampau banyak nangis. Fikirku.

"Badan mama macam lemah sikit sayang. Sihat je lagi. Mama mana boleh sakit. Nanti siapa nak jaga Hadiff pula"

"Hadiff sayang mama. Kesian mama kena jaga Hadiff"

Aku tersenyum. Pandai anak aku ni. Kenapalah mama asyik sakitkan hati papa je sayang ? Kesian papa kena layan peragai mama ni.

"Mama phone mama bunyi. Papa call kut" kata Hadiff teruja. Aku pun berharap begitu. Tak nak buat Hadiff sedih lagi.

Aku memandang phone aku.

Hensem.

Siapa lagikan hensem tu. Bersyukur aku akhirnya Haris call juga. Aku terus berikan phone ku kepada Hadiff. Biarlah Hadiff yang cakap, nanti kalau aku cakap Haris badmood pula dengar suara aku.

"Papa! Hadiff rindu papa. Mama pun rindu" kata Haris setelah menekan butang terima.

Ah Hadiff ni saja je buat aku blushing. Aku senyum memandang Hadiff. Biarlah aku terima semua balasan aku.

"Mama, papa kata nak datang teman Hadiff makan malam ni. Mama masak nasi ayam boleh" kata Hadiff setelah habis bersembang dengan Haris. Tengok nak cakap dengan aku pun Haris tak nak.

"Okey mama masak nasi ayam. Tapi makan ubat dulu eh. Nak sihat kan ?" Pujukku.

Hadiff angguk. "Baik mama tapi potong dulu eh" tersenyum senyum Hadiff meminta.

Ah anak dengan bapak sama je peragai. Jenis tak suka makan ubat. Ubat cecair tak boleh nak telan katanya. Alasan betul.

"Mama tahu. Kamu dengan papa kamu sama je peragai. Takut ubat" kataku dan terus bangun mengambil ubat. Biarlah takut nak makan, asal nak makan pun kira okey dah.











"Mama, papa dah sampai" jerit Hadiff ketika aku sibuk memasak di dapur. Kehendak Hadiff aku perlu turutkan. Lagipun dia suruh masak masakan kegemaran Haris juga. Aku senyum.

"Jemputlah papa masuk. Mama tak siap masak lagi ni" jawabku.

Terus aku mendengar pintu hadapanku di buka. Aku biarkan saja, mungkin Hadiff ingin bersendirian melepaskan rindu pada Haris.

"Mama, papa dah sampailah. Mama kan rindukan papa juga" kata kata Hadiff terus memberhentikan tanganku yang sedang memotong tomato menggunakan pisau. Aku pandang Hadiff yang berdiri di samping Haris. Aku mula mengalihkan mataku mencari wajah yang aku rindui itu.

Haris.

Masih sama. Berdiri tegap memandangku tapi satu sahaja yang tidak cukup pada pandanganku. Senyuman Haris.

Hari ni Haris memandangku tanpa senyumannya dan itu membuatkan hatiku sakit. Inikah balasan untuk aku hancurkan hati Haris ?

"Mama sedapnya bau. Hadiff tak sabar nak makan" teguran Hadiff terus menyedarkan aku dari terus memandang wajah Haris.

Aku terus mengalihkan pandangan kepada Hadiff. Aku senyum kepada Hadiff. Kalau aku boleh buat simpulan, Hadiff lah penyebab aku boleh menantap lagi wajah Haris. Tak dapat aku bayangkan kalau aku takde Hadiff mesti aku dah tak boleb pandang Haris. Mungkin Haris takkan menalifonku tadi kalau aku tak merayu memberi alasan yang Hadiff begitu ingin berjumpanya.

"Kejap dah nak masak ni. Hadiff mandi dulu eh." Kata ku sambil mengemas apa yang patut. Aku ingin mandikan Hadiff pula. Tapi bicara Hadiff terus memberhentikan pergerakan tanganku

"Papa mandikan Hadiff boleh?" Hadiff memegang tangan Haris.

"Eh biar mama jela. Kesian papa penat. Papa baru sampai..-" Haris terus memotong percakapanku.

"Takpe. Okey jom papa mandikan Hadiff" terus Haris menarik Hadiff mengikutinya.

Benci kah Haris padaku sampaikan nak bercakap pun setakat sepatah je ?

Aku senyum. Nasib baik dia nak cakap juga. Kalau satu patah pun tak nak ? Ha lagi merana mungkin aku.











"Kita tunggu Syafik dulu. Saya ada bagi tahu dia yang saya ada datang sini. Ada benda sikit nak bincang" aku yang baru ingin menyendok nasi ke pinggan Haris terus terhenti.

Kenapa panggil syafik ? Bukan dia tak suka dekat syafik ke ? Nak bincang apa pula malam malam macam ni ?

"Papa syafik nak datang ke mama ?" Soal Hadiff. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"Okey dia dah sampai. Boleh awak sambut dia masuk" kata Haris sambil menjuih bibir ke pintu.

Aku memandang tingkap dan memandang pakaianku pula. Aku hanya memakai seluar pendek paras paha dan tshirt kecil. Depan Haris memang aku tak kisah tapi depan syafik tak pernah pula aku pakai macam ni.

Aku memandang Haris kembali. Dia tak perasan pakaian aku ke ? Benci sangat ke sampai aku pun dia memang tak perasan ?

"Awak boleh tak jemput. Saya nak tukar pakaian dulu. Takkan nak pakai macam ni depan dia" kataku mendatar dan terus berjalan menuju ke bilik.

Benci aku pun agak agaklah. Pakaian aku pun dia tak tegur. Kalau bagi tahu awal awal Syafik nak datang kan senang. Membebel sendiri aku sebelum masuk ke bilik.

Setelah aku rasa pakaianku cukup tertutup, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke meja makan kembali. Hanya mulut Hadiff yang bising bercakap di meja makan.

"Makanlah" kataku memberhentikan percakapan Hadiff. Hadiff hanya tersenyum.

"So bila kau nak siapakan semua tu Haris. Kita dah bincangkan dua hari lepas" Syafik mulakan bicaranya semasa aku melayan Hadiff makan. Dah berapa malam dia mahu aku menyuapnya makan. Malas mahu makan sendiri katanya.

"Nanti esok ke lusa ke, keluarlah surat tu" balas Haris.

Aku memandang silih ganti Haris dan Syafik. Pelik dengan bicara mereka. Mereka ada berjumpakan sebelum ini ? "Surat apa ni?" Soalku.

"Surat cerai awak dan Harislah Saffiya"

Terkaku aku mendengar balasan syafik. Tanganku yang ingin menyuap Hadiff berhenti.

Surat cerai ?

"Boleh tak kita jangan bincang depan Hadiff" kataku berbeza dengan soalan yang aku ingin utarakan kepada Haris.

"Hadiff kena tahu. Nanti takde dia banyak tanya nanti" balasan Haris lagi sekali membuatkan aku tergamam. Jadi betulah Haris nak lepas kan aku ?

Ah bodohnya kau Saffiya. Sah sah malam tu aku sendiri yang bagi tahu Haris, aku nak fikirankan dulu pasal cerai. Memang Haris fikir aku setuju nak bercerailah. Tapi aku hanya bagi alasan mahu berfikir balik bukan mahu terus bercerai.

"Tapi Hadiff kecil lagi nak faham pasal ni"

"Sama jugakan ? Still awak nak berceraikan saffiya" kata Haris. Aku tahu Haris saja ingin mendugaku.

Aku hanya diam tak membalas. Tiada guna aku membalas kata kata Haris. Biarlah dia mahu buat apa pun keputusan. Nanti mulut aku lancang pula keluarkan kata kata menyakitlan Haris. Cukuplah malam tu aku menyesal sampai tak tidur aku menangis.











"Nanti apa apa call ya Saffiya. Saya balik dulu. Bye Hadiff" kata syafik semasa ingin meminta izin pulang. Aku hanya menganguk membalas.

"Bye juga papa Syafik. Nanti jumpa lagi" balas Hadiff.

Aku terus menutup pintu hadapan dan kembali menyertai Haris dan Hadiff berbual bersama sama. Sungguh kekok aku rasa setelah tahu aku akan bercerai tidak lama lagi dengan Haris. Apalah nasib aku lepas ini.

"Nanti bolehlah awak kahwin dengan Syafik. Dan bolehlah kalau nak pakai seluar pendek depan dia" tiba tiba Haris berkata semasa aku melayan perasan di samping Hadiff.

Aku memadang Hadiff. Oh dah tidur ke ? Sebab tu dia cakap ikut sedap mulut dia pun. Ah memang mulut Haris sedap pun. Ceh

"Kalau saya cakap tak nak bercerai dengan awak Haris, macam mana ?"

"Sudahlah saffiya mainkan perasaan saya. Sakit Saffiya tahu kenyataan awak tak cintakan saya"

Aku mengeluh. Macam mana aku nak cakap yang aku cintakan dia juga ?

"Awak tidur sini eh malam ni" aku terus menghiraukan isu cinta tadi. Aku takde mood lepas tahu aku akan bercerai dengan Haris.

"Kenapa ? Nak suruh saya jadi lelaki simpanan awak lagi ?"

Aku diam.

"Saya banyak kerja nak buat malam ni" sambung Haris lagi.

"Malam malam pun kerja ? Nak kerja apa lagi ?"

Haris mengeluh. "Kenapa saffiya ? Kenapa awak masih tak boleh terima saya lagi ? Saya tahu saya salah dulu. Tak boleh ke awak terima saya seadaanya" kata Haris sayu.

Aku hanya memandang Haris. Aku tahu aku terlampau sakitkan hati Haris.

"Saffiya mintak maaf"

"Saya bukan nak dengar maaf dari awak saffiya. Saya sentiasa maafkan awak. Saya cuma nak awak" Haris terus menarik tanganku dan meletak seutas rantai yang mempunyai cincin.

Cincin nama aku.

"Haris kenapa bagi saya ?" Soalku pelik apabila mengetahui cincin itu ada nama aku. Cincin yang pernah di tunjukkan aku 5 tahun lepas. Aku pun ada satu tapi atas nama Haris.

"Awak kan bukan milik saya dah. Saya tak layak nak pegang cincin ni lagi" kata Haris dan terus bangun.

Belum sempat Haris menuju ke pintu aku sempat menariknya. "Haris tidurlah sini. Dah malam ni." Kataku sedikit merayu.

"Saya ada hal. Sebelum tu esok saya datang ambil awak. Esok ada meeting dengan family nak bincang pasal perkahwinan Angah. Mama ajak awak join sekali. Selamat malam" kata Haris dan terus keluar.

Air mataku kembali jatuh sambil menggenggam kemas cincin yang terukir nama aku. Aku tetap milik Haris. Kenapa Haris tak pernah faham perasaan aku pada dia ? Tak cukup ke apa aku tunjukkan pada dia ? Tak cukup bukti ke aku sanggup bawa balik Hadiff jumpa dia sebab nak kembali pada dia ?

Cinta tak semestinya terucap kan ? Dengan perbuatan pun mampu tunjukkan kita cinta juga kan ?










"KakChik boleh kita cakap sikit tak ? Dalam bilik Angah jom"

Sesampai aku di rumah Mama Haris terus tanganku di tarik Angah Manissa. Apa pula ni ?

"Jap Angah, nak jumpa Mama dulu lah" kataku.

"Nak ikut juga boleh tak Mak Ngah" soal Hadiff.

Manissa terus menunduk memandang Hadiff. "Hadiff pergi main dengan MakSu Mia eh. Mak Ngah nak cakap sikit je dengan mama Hadiff" pujuk Manissa lagi.

Apa yang nak di cakapkan sampai Hadiff pun tak bagi dengar juga ni ? Pasal perkahwinan dia je kan ?

"Kak Chik duduk ah." Sampai sahaja aku di bilik Manissa terus dia menutup rapat pintu biliknya.

"Kenapa serius sangat ni Angah ? Sampai sembang dua je. Aish seram pula Kak Chik ni."

"Betul ke Angah dengar kamu akan bercerai dengan Achik?"

Seperti terhempas batu aku rasa sekarang ni. Macam mana Angah Manissa tahu ? Takkan Haris dah bagi tahu keluarga dia pasal ni ?

Tak mustahil lepas Angah Manissa, Mama dan Papa Haris pula tahu. Dan maknanya percerai aku dengan Haris kira memang betul betul akan berlaku la ?


×××××××××××××××××××××××××

Sory typo tau

Goodnight.
Sweet dream.
😙😙

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 67.7K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...
16.5K 565 58
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a...
428K 12.1K 45
Logik tak kalau cikgu culik anak murid dia sendiri?? Mestilah tak logik kan?? Tapi itulah perasaan nurain dewi hasnita apabila tengku rayyan zafriel...
4.4K 299 9
• short story • EBOOK SYED DARIEL HAKIEM'S FAMILY kisah gelagat anak-anak kecil bernama Darren dan Dhea berpuasa dan raya ♥️ ; raw publish. ebook. c...