Masih Aku Cinta

Por nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... Mais

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 50 - Lelaki Simpanan

115K 1.6K 210
Por nabaella

"Saffiya"

Terus Haris melingkarkan tangannya padaku semasa aku sibuk di dapur menyediakan sarapan untuknya dan Hadiff. Kepalanya di singgahkan di bahuku. Di cium pantas batang leherku yang terdedah.

"Haris dah siap mandi dah ?" Soalku sambil merelakan Haris memelukku dari belakang.

"Dah sayang. Buat apa tu?"

"Buat sarapan untuk awak dengan Hadiff la. Sorry saya sediakan roti bakar je. Bangun lambat pagi tadi"

"Hmm kenapa bangun lambat? Buat apa semalam?" Soal Haris sambil mengetatkan lagi pelukkannya.

Aku terus pusingkan badan dan menghadapnya. "Mengadakan awak tanya soalan. Pergi tengokkan Hadiff jap boleh?" Tanyaku sambil meletakan tanganku pada bahu Haris.

"Boleh sayang tapi bagi morning kiss dulu" sambil menunjukkan pipi kanannya padaku.

Aku dengan relanya terus mencium pipi Haris. "Ni" Haris menunjukkan pipi kirinya pula. Aku hanya relakan bibirku pula menyentuh pipi kiri Haris.

"Sini tak nak ?" Haris menjuihkan bibirnya ke depan pula. Amboi lebih lebih pula Haris pagi ni.

"Semalam tak cukup ke Haris Hakimi?" Soalku sambil berpeluk tubuh depan Haris.

Haris tersenyum nakal "Tak cukup lagi la baby" jawab Haris.

Aku terus membutangkan mata. Takkan tak cukup lagi kut ?

"Kuatnya nafsu awak Haris"

Haris terus melekatkan dahinya dengan dahiku. Hidungnya mengelus mesra hidungku. "Haris pun tak tahulah. Asyik nak je dengan awak Saffiya" bisik Haris betul betul di bibirku.

Aku hanya tersenyum. "Jangan gatal cari yang lain tau" balasku.

"Ish awak ni, saya selera dengan awak je" jawapan Haris terus membahang mukaku. Merah padam rasa muka aku sekarang ni. Tapi belum sempat Haris merapatkan bibirnya dengan bibirku, Hadiff memanggil.

"Mama..mama dekat dapur ke?" Jerit Hadiff.

Aku yang terkejut dengan jeritan Hadiff terus menolak dada Haris jauh dariku. Haris yang turut terkejut itu terus melangkah kebelakang.

"Anak awak pangggil. Ya sayang, mama dekat dapur" terus aku membalas.

"Papa, yeay papa hantar hari ni" apabila Hadiff melihat Haris terus dipeluk papanya. Mungkin masih rindu papanya.

"Kan papa dah janji semalam. Jom makan nanti papa hantar" selepas Haris membalas pelukan Hadiff, terus di tarik anak tunggalnya itu ke meja makan.

Selepas sarapan, kami bertiga keluar dari rumah tapi sebelum sempat sampai ke kereta Haris yang di parking kawasan rumah, ada kereta yang berhenti di luar kawasan rumah.

Syafik.

"Morning papa syafik" terus Hadiff menyapa Syafik sopan.

"Hadiff nak pergi sekolah dah?" Soal syafik.

"Yes. Papa Haris hari ni hantar Hadiff. Papa Syafik tak payah hantar hari ni."

"Oh kenapa susahkan papa Haris datang pagi pagi ni ? Kan papa Syafik selalu datang sini ambil kamu"

"Papa Haris tidur sinilah semalam. Kan mama kan ?" Hadiff membalas sambil memandangku.

Aku angguk.

"Kenapa dia nak tidur sini ? Dia dah takde rumah ke? Lepas ni nak bercerai dah kan ?" Syafik terus menerpa ke arahku dan bersoal.

Aku yang berdiri di antara syafik dan Haris hanya tundukkan wajah. Kenapa dengan dia pula ni ?

"Sorry eh. Saffiya still isteri aku. Tak salah kut nak tidur satu bumbung dengan dia" Haris menjawab sambil menolakku perlahan ke tepi.

"Aku tak cakap salah tapi aku tak suka. Aku bakal suami dia. Aku tak suka"

"Bakal suami ? Kau bukan sepupu dia je ke ?"

"Yes memang sepupu tapi aku dah plan akan kahwin dengan dia. Aku akan jaga dia"

Hadiff tiba tiba datang berdiri di depan ku, berdiri betul betul di antara Haris dan Hadiff. Di pegang tangan Haris dan tangan Syafik.

"Papa Haris dengan Papa syafik gaduh ke?" Soal Hadiff sambil memandang Haris dan syafik silih ganti.

Aku mengeluh. Kesian anak aku. "Hadiff jom mama hantar pergi sekolah ya" aku memegang bahu Hadiff dan menariknya keluar dari kawasan rumah ibu. Tapi belum sempat aku dan Hadiff beredar, Haris memanggil.

"Saffiya saya hantar Hadiff. Awak pergilah kerja dengan SEPUPU awak ni. Saya tak kerja hari ni" Haris berkata sambil saja di tekankan perkataan sepupu sambil menjeling Syafik.

Hadiff yang di tarik Haris hanya mengikut. Aku hanya sempat mencium pipi Hadiff dan berlalu ke kereta Syafik.

"Kenapa biarkan Haris tidur sini ?" Soal Syafik ketika kami dalam perjalanan ke pejabat. Aku bekerja bersamanya. Aku hanya membantu apa yang patut sahaja. Ini pun aku belajar dengannya ketika di German.

"Dia nak jumpa Hadiff. Tak salah apa pun."

"Perlu ke sampai tidur sana. Saya pun tak tidur sana."

"Syafik awak sedar ke tak ni ? Kita mana boleh duduk satu bumbung. Haris suami saya tak salah"

"Sebab tu saya cakap saya nak kahwin dengan awak Saffiya. Saya cintakan awak Saffiya. Saya pun sayang Hadiff"

Aku mengeluh. Entah berapa kali aku mengeluh hari ini. Masalah dengan Haris pun tak selesai lagi. Ni tambah dengan Syafik yang nak ikut kepala dia pula.

"Haris datang nak bincang pasal cerai tu." Aku berbohong. Aku malas nak panjangkan pergaduhan yang entah bila nak selesai.

"Okey. Tapi saya still tak suka kalau dia tidur sana." Kata Syafik lagi. Aku hanya diam tanpa membalas. Aku tak larat nak gaduh.












Malam itu aku hanya menonton tv selepas tidurkan Hadiff tadi. Aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Jadi aku terus bangun dan keluar dari bilik dan menuju ke depan untuk menonton tv. Aku pandang phone aku yang dari tadi tidak berbunyi apa apa.

Sebenarnya aku tunggul panggilan dari Haris. Selepas dia pergi hantar Hadiff tadi dia langsung tak memandang aku. Aku rindukan Haris sebenarnya. Satu mesej pun takde dari Haris.

Aku pandang jam di dinding dan 10 minit lagi akan menunjukkan ke angka 12. Aku mengeluh, adakah aku yang kena buat panggilan pada Haris tapi kalau aku ganggu dia ?

Haris tak kisah pun saffiya nak call.

Ayat Haris semalam bermain dalam ingatanku. Aku senyum. Apa salahnya kalau aku turunkan ego aku. Call je pun. Bisik hatiku pula.

Aku terus membuat panggilan. Satu saat. Dua saat. Tiga saat...

"Hmmm"

Suara Haris. Aku senyum.

"Tidur ke?" Soalku. Ceh kalau tidur takkan dia angkat call aku kut.

"Siapa ni?"

Hah dia tak kenal aku ke ? Takkan dia marah aku kut sampai buat buat tak kenal pula ?

"Haris ni fiya" aku menjawab. Aku cuba tahan suara kecewa aku ni.

"Jap" aku mengeluh. "Laa sayang ke ? Sorry sorry. Haris ingat siapa tadi. Haris mamai sayang. Sayang kenapa ni ? Asal tak tidur lagi?" Banyak pula soalan Haris ni.

"Awak tidur ? Takpela kalau macam tu. Tidurlah. Maaf ganggu Haris" aku mengalah. Aku pun satu nak cari dia masa ni. Tadi taknak cari.

Haris diam. Tapi belum sempat aku meletakkan panggilan Haris ini, Haris kembali bersuara. "Sayang tunggu tau. 15 minit Haris sampai" kata Haris.

Aku tergamam. Eh aku tak pula suruh datang. Tapi belum sempat aku berkata Haris mematikan panggilan kami.

Ish dia ni kan. Suka tiba tiba tau. Desisku.

Hampir 20 minit juga aku menunggu akhirnya Haris sampai. Aku membuka pintu untuknya. Dia hanya tersenyum memandangku.

"Hi sayang" sapa Haris sambil memelukku. Aku hanya membalas pelukan Haris. Cuba menghilangkan rindu aku.

Selepas berpelukkan beberapa saat Haris melepaskan aku. "Kenapa tak tidur lagi ni?" Soal Haris sambil membelai mesra pipiku.

"Tak boleh tidur" balasku sambil memegang tangan Haris yang membelai pipiku.

"Kenapa rindu Haris eh ? Gian la tuh" kata Haris sambil tersenyum.

Aku yang faham maksudnya terus membahang rasanya wajahku. Nampak sangat ke ? Ceh.

"Haris pun rindu" kata Haris sambil memelukku kembali.

Aku hanya mampu tersenyum. Haris ni memang tau.

"Baby.. ada makanan tak. Lapar" rengek Haris sambil menarikku duduk di sofa.

Aku hanya mengikut langkah Haris duduk di sofa tetapi belum sempat punggungku jatuh ke sofa, Haris telah menarik pinggangku dan menyuruh punggungku jatuh ke atas pahanya.

"Haris nanti lenguh paha awak pula" kataku sambil mengurut bahunya lembut.

"Hmm tak lenguhlah. Punggung sayang bukan besar pun" kata Haris sambil di benamkan wajahnya ke leherku.

"Haris tadi kata lapar. Jom saya masak untuk awak nak ?" Kataku sambil mengangkat wajahnya memandangku.

"Saya laparkan awak lagi" kata Haris.

"Eleh yela tu. Kalau awak terbangun malam malam ni memang awak akan lapar kan ?"

Haris gelak. "Memang pun. Sayang rajin tak nak masak?"

"Rajin je. Maggie boleh?"

"Maggie kari telur ?" Soal Haris teruja.

"Amboi suka betul awak eh. Yela, itu je ada malam malam ni pun" kataku sambil bangun dan menarik Haris mengikutku ke dapur.

"Selalunya siapa masakkan awak maggie ?" Tanyaku semasa aku menunggu air di dalam periuk cukup masak untuk memasukkan maggie.

"Mana ada. Saya tak makan maggie dah selama ni."

Aku pandang Haris pelik. Takkan la masa aku tinggalkan dia selama ni dia takde sentuh maggie langsung.

"Betul betul la Haris. Takkan tak makan langsung kut?"

"La betul la. Mana ada makan. Tahu tak saya menyesal masa awak tawarkan maggie 5 tahun lepas. Sebab ego saya, saya tolak macam tu je maggie awak. Aish" Haris tertunduk mengingati kejadian 5 tahun lepas.

"Haris cerita lama la. Alah tak nak lah dengar cerita lama lama tu. Awak teman saya masak maggie untuk awak eh. Nak dua telur tak ?" Soalku riang. Tidak mahu hilangkan mood Haris.

"Haruslah dua sayang. Tak cukuplah satu" kata Haris sambik mendekatkan dirinya dengan diriku.

"Haris saya nak masaklah"

"Masak jela. Saya nak peluk awak je"

Aku mengalah. Gaduh pun bukan aku boleh menang pun.

"Saya rindu fantasi dalam dapur dengan awak sayang" bisik Haris betul betul di telingaku. Aku yang tergamam terus melepaskan senduk di tangan. Nasib baik jatuh dalam periuk je. Takdelah kuat sangat bunyi. Setakat aku dan Haris jela dengar.

"Ish sayang kenapa ni ?"

"Awak tu cakap bukan bukan. Terkejut saya tau"

"Eleh macam tak pernah sembang macam ni sebelum ni."

Aku hanya biarkan saja Haris memperlakukan aku di dapur ini. Alah setakat dekat dapur apalah dia boleh buat.















"You're beautiful sayang" bisik Haris tepat di telinganku sambil tangannya melingkar di pinggangku

Aku terus memusingkan badanku menghadap badan Haris.

"Puas dah ?" Tanyaku sambil membelai pipi Haris manja.

"Gila tak puas. Saffiya memang nakal tau tadi. Sampai Haris pun tak tahu macam mana nak handle sayang tadi. But i like it." Bisik Haris nakal. Aku hanya menutup wajahku dengan telapak tanganku.

Malu.

"Alaa baby, kita dua je dalam bilik ni. Tu pun nak malu" kata Haris sambil menarik tanganku jauh dari wajahku.

"Haris kalau saya cakap ni jangan marah pula tau"

"Kenapa awak nak satu round lagi ke ? Kuatnya"

Aku terus memukul dada Haris. "Auch sakitlah sayang. Gurau je. Nak cakap apa?" Tanya Haris sambil mengurut mesra buah dadaku di bawah selimut tebal yang menutup badan kami berdua.

"Saya taknak Syafik tahu awak tidur sini. Saya serabut" dan seperti hari biasa lain pasti wajahnya terus berubah kalau nama Syafik di sebut.

Haris terus berhenti menyentuh buah dadaku. "Kira awak nak halau saya balik ke ni?" Soal Haris.

Aku anggukkan kepala perlahan lahan dan kembali menarik tangan Haris ke dadaku. Tanganku mengarahkan tangan Haris kembali meramas buah dadaku. Haris hanya menurut.

"Tak nak. Saya nak tidur dengan awak. Lagipun dah pukul 2 sayang" rengek Haris sambil mencium kedua belah pipiku.

"Haris tolonglah faham saya. Nanti kantoi dengan Hadiff. Hadiff tak reti tipu la"

Haris terus memelukku rapat. Di sandarkan wajahnya ke dadaku. "Saya nak tidur dengan awak juga. Saya janji esok saya balik pagi eh"

"Dengilah awak ni Haris. Pukul berapa pagi tu ? Hadiff jenis bangun awal la"

"Memang pun. Mama dia je suka bangun lambat"

Amboi kenakan aku pula.

"Okeylah. Meh tidur, esok kerja pula" akhirnya aku mengalah. Terus di balas pelukan Haris.















"Baby dah pagi ni. Haris balik dulu eh" bisik Haris tepat di telingaku.

Aku terus buka mata dan memandang Haris. "Pukul berapa ni?" Soalku.

Haris senyum dan mencium kedua belah mataku yang sedang terbuka seluas luasnya. "Pukul 5 pagi. Sayang tidurlah. Takpe Haris turun sendiri"

"Saya teman. Tapi boleh tak ambilkan baju tidur saya tu dulu" kataku sambil menghalakan tanganku ke lantai.

"Oh tak pakai apa apa ke?" Usik Haris sambil turun dari katil.

"Dah tahu tanya pula. Siapa yang buka kan" kataku dan terus memakai baju tidurku.

Haris hanya ketawa. Bahagia sangat ke apa lelaki ni pagi pagi buta ni ?

"Dah jom saya teman. Kesian awak mesti mengantuk lagi"

"Takpe sayang. Awak tidurlah. Saya tahu awak ni gila tidur kan" kata Haris sambil berjalan keluar dari bilik denganku.

"Takpe. Kejap lagi saya sambung. Awak okey tak ni nak drive pagi pagi ni?" Tanyaku sambil memaut mesra lengan Haris. Haris terus mengelus tanganku di lengannya.

"Okey je. Malam nanti Haris datang lagi eh"

Aku pandang Haris. Takkan la dia sanggup nak bangun tiap pagi lepas tu nak drive balik rumah ?

"Susahkan awak nanti Haris"

"Tak kisah. Nanti mesej kalau Hadiff dah tidur okey"

"Haris..awak bukan lelaki simpanan sayalah"

Haris ketawa. "Aah la macam lelaki simpanan pula. Datang tengah tengah malam balik pagi pagi buta. Tapi ni versi halal punyalah sayang" kata Haris tidak lepas dari senyuman. Bahagia sangat mungkin boleh jadi lelaki simpanan.


×××××××××××××××××××××××××××

Ada juga ke reader yg sekolah dan krja ?
Sory2 klau tlampau lmbat update eh. Ksian kome plak.

Ramai dah start benci Saffiya eh ? Hahahaha comel la komen2 korg ni. Maaf tak smpat balas tapi sya baca tau. Sibuk sikit hri ni. Maaf 🙏🙏🙏🙏

Okeylah goodnight. Sweetdream 😍

Continuar a ler

Também vai Gostar

217K 9.5K 56
Seperti tajuk, Valen Angel merupakan isteri kepada Ammar Firas. Tetapi, perkahwinan mereka dirahsiakan atas sebab tertentu. Pada awalnya, Valen fiki...
Kita Berdua✔️ Por a’s

Ficção Adolescente

55.8K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...
16K 418 48
Hanya senario harian bagi sang putera dan puteri di alam perkahwinan. A love story between Daniel Harriz & Hana Aira.
359K 27.4K 39
Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di ma...