Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 35 - Salah Orang

80.3K 1.3K 70
By nabaella

Aku dan Haris bergegas ke hospital yang menetapkan Ibu dan Makcik Yati, jiran yang turut terbabit dalam kemalangan itu. Sekarang ini aku masih menunggu di luar bilik kecemasan. Ibu di masukkan ke dalam.

"Sayang..sabar okey. Janganlah nangis"pujuk Haris apabila isteri masih menangis tersedu-sedu di sisinya.

"Kalau jadi apa-apa pada ibu macam mana ? Saya dah takde siapa-siapa Haris. Keluarga lain pun takde" balas Saffiya.

Air matanya kembali mengalir laju apabila mengingati hanya ibu sahaja dia ada selepas Arwah ayahnya pergi meninggalkan dia dulu.

"Safiyya masih ada Haris. Suami Saffiya. Papa mama pun ada. Family Haris pun masih ada. Tolonglah jangan macam ni sayang"

Pujukan Haris tidak ada satu pun dapat menenangkan Saffiya buat sekarang ni.

Tadi dia hanya dapat tahu Ibu dan makcik Yati keluar selepas maghrib dan pada waktu perjalanan balik ke rumah, kereta mereka terbabas kerana ingin mengelak dari kereta yang datang dari arah bertentangan. Menurut sumber lagi pemandu itu mabuk dan memasuki salah lorong. Kenderaan yang ibu naiki itu tidak dapat mengelak.

Saffiya tidak tahu ingin berkata apa lagi. Semua benda itu pun dia dengar dari Haris. Semua perkara Haris yang selesaikan bagi pihak ibunya.

Em dia nak berdiri pun susah inikan pula mahu memyeselaikan masalah ini.

"Saffiya tunggu kejap. Mama papa dah sampai. Haris jemput diorang jap" kata Haris sambil mencium dahiku dan keluar dari kawasan kecemasan yang masih belum ada khabar berita dari doktor yang merawat ibu.

Makcik yati sudah di masukkan ke dalam wad biasa. Dengarnya makcik yati juga teruk keadaannya.

Paling merunsingkan Saffiya ialah ibunya. Dia pernah dengar cerita yang selalunya dalam kemalangan si penumpang akan mendapat bahaya lebih sikit dari si pemandu. Tapi itu bukanlah faktar sepenuhnya kan ?

Beberapa minit selepas Haris meninggalkan aku, Doktor keluar dari bilik kecemasan yang menetapkan ibu. Terus aku mendapatkan doktor tersebut. Dalam hati hanya berdoa agar ibu selamat.

"Doktor ibu saya macam mana?" Tanyaku kepada lelaki yang sedikit berumur berbaju serba putih ini.

Dia memandangku lama. Riak wajahnya sedikit penat. "Kamu ni anak kepada puan Sofea ya?" Tanya Doktor itu.

Jangan sampai aku maki doktor ni. Sah sah tadi aku cakap ibu kan ?

Okey saffiya sabar. Angguk je dulu.

"Ibu saya macam mana doktor?" Tanyaku tanpa ada niat untuk membalas soalannya tadi. Angguk tu dah cukuplah kan ?

"Saya harap kamu sabar ya. Kamu tahukan kemalangan tu teruk?"

"Apa maksud doktor ni? Cakap terus terang boleh tak ? Saya tak suka putar belit ni?" Sedikit melenting aku membalas.

"Saya harap kamu sabar. Kemalangan tu telah menyebabkan kepala Puan Sofea terhentuk dengan kuat dan pendarahaan berlaku. Jadi kami sudah berusaha..-" kata-kata Doktor itu terus aku potong.

"Apa yang cuba doktor sampaikan ni?"

"Puan Sofea..tak dapat diselamatkan. Maafkan kami"

Kata-kata doktor yang merawat ibu seperti pisau menghiris hatiku kali kedua. Kali pertama semasa aku mendengar khabar berita tentang arwah ayah..

"Yaya ibu harap kamu tabah ya"

"Laa kenapa ibu ? Cakap jela cepat.. Yaya tak sabar ni nak jumpa ayah pagi ni. Dahlah semalam sibuk belajar masak. Ayah la ni suruh belajar masak. Kita nak jaga dia pun susah. Dari lepas SPM sampai sekarang tau yaya kena belajar masak ni" balasku kepada ibu apabila menghalangku dari ke bilik ayah.

"Ayah ada sebab suruh kamu belajar masak.." terus kata-kata ibu aku potong.

"Iyaa tahu nak suruh yaya perfect serba serbi kan ? Ish yaya bukan nak kahwin awal pun. Yaya nak belajar habis sampai dapat degree dulu dan kerja. Baru kahwin" balasku sambil melompak keriangan. Ah tak sedar diri umur dah 22 tahun.

"Yaya..ibu nak tanya, yaya masih ingat pesan ayah kan ?"

"Ish ibu ni yaya ingatlah. Alah yaya memang betul dah lupakan danial tu. Yaya tak ingat dah dekat dia. Yaya takkan meroyan ingat dekat lelaki tu. Iya yaya janji jadi perempuan melayu terakhir hahaha macam-macam ayah nak yaya jadi kan ?" Balasku sambil menarik ibu mengikutku ke bilik ayah.

"Pesan semalam?" Tanya ibu lagi.

"Suruh yaya ikut semua wasiat ayah ? Alaa bukanya ayah dah..-" aku terus terfikir adakah ibu nak sampaikan perkara yang paling aku takutkan selama ayah menghidap penyakit lemah jantung ini ?

Tapi belum sempat aku menyambung kata-kataku ibu telah memelukku dengan air mata yang mencurah-curah keluar.

"Ayah dah tinggalkan kita sayang.. ibu sedih sangat sangat sayang.. ibu rindukan ayah"

"Saffiya Aliya.."

Aku terus memeluk gerangan yang memanggil namaku itu. Hatiku sakit apabila kedua orang tua ku telah meninggalku sendiri. Air mataku jatuh seperti ibu yang menangis semasa ayah meninggalkan kami semua dulu.

"Haris...ibu tinggalka saffiya. Ibu ikut ayah. Ibu tinggalkan saffiya sorang-sorang dalam dunia ni. Macam mana saffiya nak hidup lepas ni ? Haris tolong Saffiya ya." Kataku tersedu-sedu. Aku hanya memeluk gerangan yang memanggilku itu tanpa memandang.

Gerak hatiku hanya fikirkan Haris. Aku sapu air mataku. Cuba untuk berbicara lagi dengan Haris.

"Saya sayangkan awak. Tolong jangan tinggalkan saya macam ibu dan ayah. Saya sayangkan awak Haris" kataku sedikit kuat. Aku sangat berharap Haris tidak meninggalkanku juga.

"Saffiya.. Ha-haris kat sini" satu suara dari arah belakang gerangan yang memelukku kini.

Haris di belakang manusia yang peluk aku sekarang ? Jadi siapa pula aku tengah peluk ni ?

"Yaa" suara gerangan yang memelukku kini kembali bersuara.

Yaa ? Bukan ke Danial je ke yang panggil aku dengan panggilan pendek tu ? Jangan cakap...

What Danial ?

Terus aku menolak tubuh Danial jauh dari ku. Aku mencari wajah Haris. Aku ingin mengatakan yang aku tidak sedar siapa yang aku terpeluk tadi.

Haris hanya memandangku dengan wajah kecewa ? Riak wajah Haris menunjukkan yang dia sungguh kecewa. Adakah Haris kecewa dengan aku ?

Mataku hanya bertentang dengan Haris. Tiada niat mataku untuk beralih arah. Tapi apabila matanya tidak menunjukkan riak yang selalu di tunjukkan kepadaku, aku mula beralih pandangan mataku. Aku tak kuat kiranya Haris mula tidak mempercayai dengan diri aku.

Mataku terus ku alihkan ke sisinya di mana Mama, Papa dan Angah turut memandangku. Apabila mataku mula beralih kepada Mama Haris, aku mula teringat kepada ibu!

"Mama...ibu yaya mama..ibuu.." meleret-leret aku aku berkata dan memandang Mama Haris.

"Kenapa dengan ibu sayang ? Cakap dekat mama" Balas Mama Haris sambil menarikku dalam pelukannya.

"Ibu tinggalkan Yaya. Ibu ikut ayah pergi" tersedu-sedu aku membalas pelukan Mama Haris.

"innalillah iwainna ilaihirojiun"

Serentak aku mendengar balasan Mama dan papa.

"Yaya tabah okey" Angah Haris pula mula bersuara.

"Yaya tak kuat angah. Yaya dah takde siapa-siapa dalam dunia ni..-" kata-kataku terus dipotong.

"Yaya angah kan ada. Mama papa pun ada. Kenapa cakap macam tu. Kami sayang kamu yaya" Balas Angah dan mendapat anggukkan Mama dan papa.

Aku bersyukur sangat ketika ini mempunyai keluarga Mentua sebegini. Betulah pilihan arwah ayah dulu.

Angah mula menyambung kata-katanya. "Tuu Haris pun ada juga" kata Angah lagi.

Aku pun mula memandang Haris kembali. Haris hanya tersenyum memandangku.

Aku takut Haris mula membenciku tetapi apabila dia tersenyum aku mula berani memanggilnya. "Haris" aku memperlahankan suara memanggil Haris.

"Ya Haris ada sayang. Come" terus Haris menarikku dalam pelukkannya. Aku yang terkejut dengan sapaan Haris tapi terus memeluknya.

Air mataku kembali mengalir laju apabila berada dalam pelukkan Haris.

"Nangis sayang kalau itu yang boleh legakan hati Saffiya. Haris ada untuk Saffiya okey" kata Haris sambil menggosok belakang badanku.

Pujukkan Haris makin membuatkan air mataku mengalir lagi laju. Terus kata-kataku hilang. Sekarang hanya air mata sahaja aku hadiahkan kepada Haris. Aku taburkan semua air mataku di dada Haris.






Keesokkannya itu arwah ibu telah selamat dikebumikan. Semua perkara diselesaikan oleh Haris dan turut dibantu papa Haris. Air mataku dari malam ibu meninggalkan aku tidak pernah kering di pipi. Sungguh aku tidak kuat menghadapi ini semua.

Adik kepada ibu telah aku hubungi untuk memberitahu mengenai ibu. Katanya dia akan sampai secepat mungkin tetapi apakan daya aku tidak mampu menahan mayat ibu terlampau lama.

"Yaya..sudahlah tu. Ibu yaya dah selamat dikebumikan. Yaya janganlah nangis nak" pujuk Mama Haris apabila aku masih mengalirkan air mata di bilik ibu.

Aku terlampau rindukan ibu. Kenapa aku perlu kehilangan orang tersayang ? Dosa aku terlampau besar ke sampai aku di uji begini ?

"Mama..yaya rindu ibu" air mataku kembali mengalir laju.

"Yaya..jangan macam ni sayang. Nanti ibu kamu tak tenang di sana. Redho sayang dengan pemergian ibu kamu ni" pujuk mama Haris sambil memelukku.

"Kenapa ibu pergi mama ? Yaya tak layak untuk bahagia ke ? Ke yaya degil sangat sampai yaya jadi yatin piatu ? Takdir kejam dengan yaya mama"

"Syuu yaya kenapa cakap macam tu. Siapa cakap yaya tak layak bahagia ? Yaya tak degil sayang. Allah tengah uji yaya sekarang ni. Takdir tak kejam sayang. Kalau takdir kejam kenapa dia temukan kita ? Kenapa yaya dapat miliki Achik ? Yaya masih ada keluargakan ? Ada papa, ada mama, dan yaya pun dah ada adik beradik lain. Tengok semua ada hikmah sayang. Mama sayang kamu sayang" makin deras air mataku mengalir.

"Kenapa mama baik sangat dengan yaya?"

"Kamu kan anak perempuan mama. Arwah ayah dan ibu kamu bagi peluang dekat mama jadi mama kamu. Mama bahagia sangat terpilih dapat jaga yaya, jadi mama kepada yaya. Yaya tak bahagia jadi anak mama?" Tanya mama Haris lagi.

"Bahagia sangat mama. Yaya sayang sangat dekat mama. Mama kan mama Haris"

"Amboi kira sayang mama sebab mama ni mama kepada Haris jela ? Yelaa sayang jela suami kamu tu. Siapa laa mama ni" rajuk mama Haris sambil memuncungkan bibir.

Aku tersenyum. Comel la mama Haris ni. Macam Haris.

Rindunya aku pada Haris.

"Bukan sebab Haris la mama" kataku dan mengetatkan lagi pelukan mama Haris.

"Macam ni la mama nak. Senyum. Yaya cantik bila senyum. Redho dengan pemergian ibu ya sayang?" Pujuk Mama Haris lagi.

"Yaya cuba mama. Bagi yaya masa" aku membalas. Akan aku cuba. Macam ibu pujukku redho dengan pemergian arwah ayah dulu.

"Yaya sayang. Janganlah nangis. Kalau kamu nangis ibu tak kuat sayang" ibu cuba memujukku.

Sudah seminggu ayah meninggalkan kami. Aku tidak dapat terima kenyataan ayah meninggalkan aku. Mungkin kerana aku terlampau rapat dengan ayah berbanding dengan ibu.

"Yaya rindu ayah, ibu"

"Ibu pun rindu ayah. Lagilah ibu isteri ayah tau. Cinta hati ibu dari dulu lagi. Bertahanlah sayang" pujuk ibu lagi.

"Kenapa ayah tinggalkan yaya ? Yaya tak habis belajar lagi. Ayah cakap nak tengok yaya habis belajar. Lepastu kerja jadi orang berjaya. Tapi belum apa-apa ayah dah tinggalkan yaya. Yaya takkan berjaya eh?"

"Sayang kenapa cakap macam tu ? Kalau kamu tak berjaya kamu sanggup kecewa kan ayah ? Walaupun ayah takde dalam dunia ni ayah masih ada dalam hati kamu. Ingat pesan ibu ni. Kamu kena berjaya. Itu harapan ayah kepada kamukan"

"Baik ibu. Yaya ingat semua tu. Yaya akan jadi anak yang taat, dengar cakap ibu. Sama macam ayah nak kan ?" Kataku sambil memeluk ibu.

"Bagus anak ibu ni. Redho dengan pemergian ayah sayang" pujuk ibu dan aku hanya mampu anggukkan kepala sahaja.

"Amboi kak chik dengan mama berpeluk sakan" suara Angah terus melenyapkan bayangan ibu.

Ibu..yaya rindu.

"Alah biarlah. Mama ada kak chik dah" kata mama sambil memeluk bahuku pula.

Kak chik ? Aku ke ?

"Siapa kak chik mama ?" Tanyaku.

Mama dan Angah hanya tersenyum memandangku.

"Yaya lah kak chik. Yaya kan isteri Achik. Jadi yaya dapatlah gelaran tu" kata angah sambil duduk di sisiku.

"Ya sayang. Kamu kan anak mama. Jadi kamulah kak chik keluarga mama" mama Haris pula membalas.

Ini ke dinamakan hikmah ? Aku kehilangan ayah dan ibu sekarang aku di gantikan dengan mama papa dan keluarga baru ?

"Assalamualaikum" jerit satu suara yang aku rindu.

Haris.

"Haa achik balik dah. Macam mana ? Semua dah selesai?" Tanya mama kepada Haris.

Aku hanya memandangnya sayu. Terasa lama aku tak bercakap dengannya.

Ya sejak malam itu Haris tidak bercakap denganku, sejak dia memujukku pada malam Danial memelukku. Aku tidak sempat beritahu Haris mengenai isu terpeluk itu.

"Semua dah settle mama. Tahlil berjalan seperti biasa." kata Haris.

Rindunya aku pada suara Haris. Sejak malam dia memujukku Haris sudah tidak mengendahkan ku. Bila aku mencarinya, mama kata Haris sibuk menguruskan semua mengenai arwah ibu.

Sekali pun aku tidak ada peluang berbicara dengannya. Mungkin betul dia sibuk tapi kenapa sampai tidur pun bukan denganku. Kenapa perlu tidur di sofa bilikku kalau ruangan katil masih muat untuknya ?

×××××××××××××××××

Okey.
Malam nanti kita sambung balik.
Keep reading....

Continue Reading

You'll Also Like

55.5K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...
510K 28.6K 65
Highest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak per...
408K 36K 81
| #1 in teen fiction | 🎠 ❝Do you still remember your childhood friend?❞ Tak mudah untuk aku sebenarnya pun...
109K 6.6K 18
Tyara Series: Book 3 (End) Dia yang salah faham. Dia yang sudah melupakan. Dia yang meninggalkan kekasih lemas dalam memori. "Who are you to me, and...