Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 30 - Couple
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 33 - Dating

91.1K 1.4K 43
By nabaella

Akhirnya masa-masa yang ditunggu tunggu oleh semua pelajar tahun akhir di kolej tiba. Segala paper yang kena hadap akhirnya tamat.

"Weh Fiya bila lagi kita boleh jumpa lepas ni" tanya Fatin apabila kami bertiga keluar dari dewan peperiksaan.

"Haah laa weh bila nak jumpa lagi lepas ni" soalan Fatin terus mendapat sokongan Mira.

"Kenapa pula ? Lepas ni kita masih dalam negara ni kan ? Takyah nak over" kataku. Apa masalah dua orang ni.

"Lepas ni aku dah plan dengan mama aku nak travel. Lebih kurang 3 bulan macam tu. Saja sebab lama sangat tak travel. Asyik duk ulang alik kolej je kan" balas Fatin.

"Amboi lamanya 3 bulan. Lepas tu kau mira pergi mana?" Tanyaku lagi.

"Aku balik kampung. Tolong mak saudara aku. Dia buka restoran dekat sana" balas Mira pula.

"Oh kira korang tinggal aku kontang kanting dekat sini sorang-soranglah?"

"Alaa 3 bulan je aku pergi. Lepas tu kita lepak sama. Kita dua pergi kampung Mira lepas aku balik travel nak" ajak Fatin apabila aku mula buat ayat sedih. Yela kawan baik aku semua nak pergi jauh. Sedih la aku.

"Yela. Aku pun nak spent time dengan ibu" dan Haris.

Okey perkataan last tu dalam hati jelakan. Belum masanya lagi nak buka rahsia. Mungkin lepas 3 bulan ni aku buka rahsia ni dekat diorang.




--




"Saffiya.. kenapa tak menyahut Haris panggil?" Tanya Haris sambil melingkarkan tangannya di pinggangku dari arah belakang.

"Oh sorry. Sayang dekat dapur. Tak dengarlah" kataku sambil tersenyum-senyum memandang Haris.

"Amboi senyum-senyum. Tahulah budak tu dah bukan budak kolej. So best dah bebas dari semua beban tu?" tanya Haris sambil merapatkan lagi pelukannya.

"Mestilah best. Lepas ni no more assigment. No more kuliah and paling penting no more lecturer"

"Laa Saffiya tak suka ke lecturer Saffiya. Dengar cita Saffiya ada lecturer Hot. So takkan tak best juga kut"

"Dia bajet hot je. Dahlah cerewet" usikku. Tahu sangat lecturer mana yang Haris maksudkan tu.

"Cerewet macam mana eh?"

"Cerewet laa. Semua nak ikut dia je" kataku lagi.

"Cerewet macam ni ke?" Terus tangan Haris yang berada di perutku di masukkan ke dalam baju dan di naikkan tangannya sehingga terkena baju dalam ku.

Aku terus memengang tangan Haris untuk memberhentikan pergerakan tangannya.

"Bie buat apa ni. Not now lah kalau nak merayap." Kataku. Merah padam mukaku. Memanglah sudah biasa Haris menyentuh buah dadaku. Tapi agak-agaklah masa aku tengah memasak ni.

"Siapa cakap nak merayap. Bie nak tunjuk side Bie yang cerewet tu" kata Haris sambil tersenyum. "Bie cerewet tang bra sayang ni. Susahlah nak merayap kalau sayang pakai. Boleh tak kalau lepas ni dalam rumah tak payah pakai?" Sambung Haris lagi.

Ni bukan cerewet dah ni. Ni dah mengada sangat!

Terus aku mengeluarkan tangannya yang berada dalam bajuku. Aku pusingkan badanku menghadapnya.

"Suka-suka hati Bie je eh. Dah pergi mandi. Busuk-busuk peluk orang pula"

"Hari tu cakap badan Bie paling best lepas balik kerja. Apa bau dia lain em" tersenyum senyum Haris berkata.

"Still busuk. Dah pergi. Tak panyah nak mengayat dekat sini. Tak laku" balasku.

"Alaa takut tak tahan dengan Bie la tu. Okey lepas bie mandi, bie mengayat lagi eh. Bye girlfriend saya yang dah bukan budak uni. Em akhirnya saya tak bercinta dengan budak sekolah" terus Haris kenyitkan mata dan berlalu sambil bersiul siul.

Ish suka-suka hati je kenakan aku balik.

----


"Sayang lepas ni sayang buat apa?" Tanya Haris apabila kami sedang makan tengah hari.

Hari ni Haris rindu nak makan tengah hari dengan aku katanya. Itu yang di suruh aku masak dan dia sanggup balik tengah hari dari kolej.

"Lepas ni tidurlah. Bie kerja kan" balasku acu tak acu. Macamlah dia tak tahu aktiviti aku lepas habis sem ni.

"Tak bosan ke. Jom dating" ajak Haris.

"Lepas ni Bie takde class ke ?" Soalku kepada Haris.

"Aish ajak dating ni takde class la sayang. Jom ah."

"Asal tetiba ajak dating. Saffiya bukan bosan sangat pun dekat rumah ni"

"Aktiviti couple kan dating. Sekarang kita couple kan ? So dating paling penting kita kena buat"

"Dalam rumah ni kita boleh je dating. Apa masalah"

"Tak real la sayang. Jomlah tengok wayang lepas tu makan-makan. Lepas tu lepak sampai malam. Jom teringinlah"

"Ish mengarutlah bie ni. Budak couple, dating macam tu ke?"

"Yes macam tu la dating. Tengok wayang, lepas tu makan dan lepak sampai lebam"

"Budak couple takde life eh dating macam tu?"

"Jom jela. Mempertikaikan orang lain dating kenapa ? Jomlah tengok wayang. Lama tak tengok wayang" pujuk Haris lagi.

"Okey-okey jom"

Dan seperti yang Haris mahu. Petang itu terus kami keluar dating. Mula-mula tengok wayang lepas tu makan. Haris cakap orang dating masa makan dia akan manfaatkan tempat makan tu dengan lepak lama sangat.

Sampai ais dalam minuman pun turut cairlah.

Overkan cerita Haris. Tapi aku mengiyakan sahajalah permintaan ni. Nak dating macam pasangan-pasangan lain sana kan. Aku turut je. Sampai ke malam jugalah aku dating dengan Haris. Walaupun penat tapi best.

Yela habiskan masa dengan boyfriend apa yang tak bestnya.

"Haris boleh tak esok Saffiya nak pergi rumah ibu. Nak tinggal dengan ibu satu hari. Lama tak spent time dengan ibu" kataku apabila kami selesai makan malam di salah satu buah restoran.

"Kalau macam tu kita terus pergi rumah ibu. Esok bie kerja so petang esok baru bie jemput sayang"

"Haris tak penat ke? Takpela esok Saffiya pergi sendiri"

"No, tak boleh. Malam ni terus kita pergi rumah ibu. Lagi pun sekarang baru pukul 8. Ibu tak tidur lagi kan ? Kita dua tidur sana. Esok petang bie jemput sayang. Cukuplah kan satu hari rumah ibu ?" Tanya Haris lagi.

"Kalau macam tu okey je. Ibu tak tidur lagi. Saffiya call ibu eh. Nak bagi tahu kita nak bermalam sana" kataku dan mendapat anggukkan dari Haris.

---


Dan seperti janji Haris. Haris membawaku bermalam di rumah ibu. Satu hari luahkan masa dengan ibu palinglah bahagia dalam hidup.

Dari pagi sampai petanglah aku dengan ibu.

Masak, bercerita, bergosip. Terasa macam dulu-dulu semasa aku masih anak tunggal ibu. Masa aku tak kahwin lagi.

Macam biasalah ibu asyik nasihat je memanjang. Membebel hobi ibu. Biasalah tu cuma masa nasihat tu asyik duk cakap masa dia dalam dunia dah tak lama. Aku fikir mungkin ibu terlampau rindukan arwah ayah. Mungkin ibu tak sabar mahu berjumpa arwah ayah.

Masa rumah ibu juga macam-macam mesej aku dapat dari nombor private. Tiba-tiba kan ? Nombor yang aku tak kenal pun aku tak layan ni kan nombor private. Tapi aku tak tahu apa tujuan mesej tu. Aku syak dia salah hantar kut sebab tak menunjukkan dia tuju kepada aku.

Tapi kalau dah hantar dekat nombor phone aku kira untuk aku juga la kan ?

Aku terus membuka kembali mesej dari private number itu di HTC ku.

From : private number
Kau bahagialah puas-puas. Aku bagi kau masa dulu.

Kau bersoronoklah. Nanti seronok kau tukar jadi benda paling menduka kan kau.

Kebahagian kau tu milik aku. Kau rampas dari aku.

Jangan ingat kau dah dapat dia kau boleh miliki dia sepenuhnya pula.

Aku tak nak kau mati tapi aku nak kau terseksa macam aku terseksa juga.

Macam tak ada motifkan ? Dahlah hantar sikit-sikit macam tu je. Tak sayang kredit ke ? Tapi aku tak hiraukan.

Pergi matilah sana. Aku rasa aku tak pernah rampas kebahagian orang lain.

"Sayang fikir apa tu?" Tiba-tiba Haris bersuara semasa kami sedang dalam perjalan balik ke rumah. Tadi aku mintak extend nak tinggal rumah ibu sampai ke malam sikit. Nasib baik Haris tak kisah nak balik rumah malam-malam macam ni.

Aku tak tahulah kenapa aku nak luahkan masa lama sikit dengan ibu. Rindu sangat dengan ibu walaupun ibu asyik duk mempersoalkan cucu dia bila nak hadir.

Aish balik rumah ibu pun cucu. Kalau balik rumah mama Haris lagilah nak cucu. Ingat aku kilang cucu ke apa ? Em usaha pun tak pernah. Ceh aku dah rela ke nak bagi benda paling berharga aku dekat Haris. Kalau lepas aku bagi mahkota aku dekat Haris dan Haris tinggal kan aku macam mana ? Boleh gila juga aku.

"Saffiya.. Haris tanya ni. Kenapa ni ? Rindu ibu lagi?"

"Rindulah tapi ibu tu dari ke pagi sampailah kita nak balik asyik duk tanya cucu je. Dahlah balik rumah mama awak pun mintak cucu" aku mengeluh. Em malas nak cakap pasal mesej tu dekat Haris. Aku rasa betul dia salah nombor kut.

"Laa fikir tu ke. Apa susah bagi jela cucu. Tak tanya dahlah lepas ni"

"Senanglah awak cakap tapi saya kena hadap"

"Baik sikit cakap. Mama asyik tanya juga tau dengan saya bila nak bagi dia cucu. Kempunan sangat nak cucu katanya. Tiap kali saya call mesti tanya yaya dah ada isi ke? Penat juga tau saya menjawab" bela Haris.

"Macam mana kalau nak ada isi kalau em" aku hanya mampu berkata dengan perlahan. Tak naklah bagi Haris dengar tapi jangkaanku meleset bila Haris tersenyum.

"So jom kita realisasikan impian ibu dengan mama"

"Kalau kita realisasikan impian ibu dengan mama lepas tu awak tinggalkan saya la?"

Tidak terduga persoalan ku terus membuat Haris memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dengan tiba-tiba. Aku terus melihat keadaan jalan raya. Nasib baik tak banyak kereta.

"Awak kenapa pula ni berhenti tiba-tiba ni. Ish terkejutlah" kataku dan terus menghadap Haris. Pandangan Haris kepadaku lain. Seperti menahan amarah.

"Saffiya ingat lepas Haris dah dapat, dah miliki Saffiya sepenuhnya Haris tinggalkan Saffiya lah ? Oh jadi itu lah Saffiya fikir pasal Haris ? Sebab tu sampai sekarang Saffiya tak boleh terima Haris sepenuhnya ?" Soal Haris bertubi-tubi.

Aku tak tahu apa yang Haris fikirkan tapi tak salahkan aku beringat dahulu.

"Saya takut Haris. Kalau awak tinggalkan saya. Macam mana kehidupan saya lepas ni. Sekarang ni saya cuma awak dan ibu je"

"Kenapa saffiya fikir macam tu ? Ingat Haris jahat sangat ke? Haris sayang Saffiya lebih dari Haris sayangkan nyawa Haris sendiri. Haris cintakan Saffiya sepenuh hati Haris. Susah sangat ke Saffiya nak percayakan Haris?"

"Bagi Saffiya masa okey" hanya itu mampu ku balas.

Aku terkedu sebenarnya dengan luahan hati Haris. Malam ini Haris kembali meluahkan cintanya kepadaku. Sungguh aku terharu. Aku tak menyaka lelaki yang aku kahwin pada mulanya disebabkan keluarga akhirnya jatuh cinta kepadaku.

"Haris akan tunggu Saffiya. Lama pun sanggup Haris tunggu. You're my love sayang. Bie cinta sayang sangat-sangat tau" kata Haris sambil membelai pipiku. "Jangan fikir bukan-bukan pasal Haris okey. Janji?" Sambung Haris lagi.

"Janji." Sambil mengangguk aku membalas.

"So kalau sayang sedia nak bagi cucu dekat ibu dan mama, sayang cakap je Bie dah sedia dah. Lama dah sedia. Cuma tengah tunggu green light dari sayang" sambung Haris lagi.

Merah padam wajahku apabila Haris menyataankan hal sedemikian. Membahang rasa tubuhku.

"Jangan merah sangat muka tu. Bie terkam kang. Bie dahlah cepat teransang dengan sayang" kata Haris sambil cuba mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

Cepat-cepat aku tolak bahunya menjauh. "Dalam keretalah. Drive lah dulu bie" kataku.

"Okey kalau macam tu dekat rumah bolehlah ni?" Soal Haris sambil terus menfokuskan kembali kepada pemanduannya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 256K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
719K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
32K 2.5K 10
Dahlia Adeeba. 'Mr Spicy' Amir Dzikry. Kiss of 14 days... kisah si introvert bertemu si extrovert dalam keadaan dunia sedang diuji dengan ujian yang...
2.9M 47.2K 74
(TAMAT) SINOPSIS AKU pernah memujanya dalam diam. Dalam kata mudah, dia 'crush' aku sejak sekolah. 10 tahun terpisah tanpa khabar, aku anggap bukan...