Masih Aku Cinta

By nabaella

7.3M 109K 5.8K

Hampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya... More

Bab 1- Malam Pertama
Bab 2 - Baru
Bab 3 - Call Me Bie
Bab 4 - Nyanyi
Bab 5 - Lipas Terbang
Bab 6 - Tahi Lalat
Bab 7 - Pujuk
Bab 8 - Kusut
Bab 9 - Mengandung Seksi
Bab 10 - Pensyarah Hot
Bab 11 - Fokus
Bab 12 - Ice Breaking
Bab 13 - Cinta itu Monyet
Bab 14 - Tak Tahu
Bab 15 - Perang Hati
Bab 16 - Kotor
Bab 17 - Bajet Sweet
Bab 18 - Tak Diundang
Bab 19 - Getback
Bab 20 - Besar Sangat
Bukan Update :)
Bab 21 - Karnival
Bab 22 - Luahan
Bab 23 - Jatuh Cinta
Bab 24 - Berlakon
Bab 25 - Gosip
Bab 26 - Status
Bab 27 - Heartless
Bab 28 - Young and Beautiful
Bab 29 - Duet
Bab 31 - Cucu
Bab 32 - Telur
Bab 33 - Dating
Bab 34 - Strawberry
Bukan Update :((
Bab 35 - Salah Orang
Bab 36 - Emosi Terganggu
Bab 37 - Bunuh Jiwa
Bab 38 - Gedik
Bab 39 - Bermesej
Bab 40 - Merayu
Bab 41 - Menyesal
Bab 42 - Selamat Tinggal
Bab 43 - Kembali
Bab 44 - Lepas Rindu
Bab 45 - Mia
Bab 46 - Bulat Mata
Bab 47 - Sama Size
Bab 48 - Tujuan Utama
Bab 49 - Cerai
Bab 50 - Lelaki Simpanan
Bab 51 - Tak Semestinya
Bukan Update :))
Bab 52 - Perbuatan
Bab 53 - Masalah
Bab 54 - Paksa.
Bab 55 - Bayangan
Bukan Update :\
Bab 56 - Permintaan
Bab 57 - Seksa
Bab 58 - Mama
Bab 59 - Kucing Jadian
Bab 60 - Maaf
Bab 61 - Haidar
Bab 62 - Masih Cinta (Last)
Bebel.

Bab 30 - Couple

89.9K 1.6K 48
By nabaella

"Nah nasi bungkus saya beli. Saya naik mandi dulu" sambil meletakkan bungkusan makanan di meja makan, Haris terus menujur ke bilik.

Hish terkejut aku. Nasib baik tak ada sakit jantung. Bagilah salam dulu ke. Kalau malas sangat bagi salam, bagilah hint dulu ke. Ni tak terus bagi ayat penyata dia tu.

"Em membebel dalam hati tak guna juga. Laparr ni beb" terus aku membuka bungkusan yang Haris tinggal tadi. Ada dua bungkusan.

Kira Haris tak makan lagilah ni. Kena tunggu dialah ni nak makan. Kalau tak tunggu merajuk cakap tak sudi makan dengan dia pula.

"Lagi sekali aku membebel dalam hati. Tengok tv dululah. Haris mandi mengalah perempuan lambat dia. Pembersih sangat" aku terus menuju ke ruang tamu. Niat nak tunggu makan malam dengan Haris.

Biasanya macam ni lah. Kalau aku ada kuliah Haris larang aku masak makan malam. Katanya kesian dekat aku. Nampak baik kan ?

Tapi hakikatnya kalau aku tak ada kuliah Haris akan dera aku dengan suruh masak pagi, tengahari dan malam. Bayangkan dia sanggup balik rumah tengahari sebab nak makan aku masak!

Tiba-tiba terasa sakit dengan telinganku apabila ditarik kasar. "Jom makan" suara Haris memecah suasana.

"Auch sakitlah" jeritku sambil mengosok telingaku yang di tarik Haris tadi. Mesti dah merah. Ish dia ni kan.

"Alah tarik sikit pun sakit ke ? Mengada" balas Haris sambil terus menarik tanganku mengikutnya ke dapur.

"Haris kejaplah. Sakitlah tarik-tarik" mengaduku lagi. Tapi semasa aku ditarik Haris tiba-tiba...

"Auch" aku pegang kepala aku pula. Sejak bila tengah-tengah jalan ada dinding pula ni.

Owh dada Haris ke aku langgar. Ceh suka berhenti tiba-tiba Haris ni.

"Yang berhenti tiba-tiba ni kenapa ? Sakitlah kepala saya. Tahulah dada dia bidang keras"

"Tadi kata sakit saya tarik tangan. Ni saya tak tarik pun dia sakitkan kepala dia pula langgar badan kita. Memang suka sakit eh?" Perli Haris sambil mengosok tanganku yang di tarik tadi. Telingaku yang ditarik tadi turut di gosoknya. Selepas di gosok dicium telingaku pula.

"Ish apa cium orang ni"

"Asal nak suruh cium bibir awak pula ke ? Boleh je kalau nak..-" terus bibirnya mendarat di bibirku.

Tidak tunggu lama aku terus menolak bahu Haris bagi menjauh dariku. Ish nanti aku yang tak tahan pula. Baik aku tolak dulu.

"Tak cakap pun nak kan. Saya laparlah" kataku dan terus melepaskan diri dari Haris untuk menuju ke dapur.

"Malu lah tu. Macam tak biasa pula"

Bukan tak biasa Haris tapi takut diri ni tak dapat nak kawal nafsu pula. Bisik hatiku.









SELESAI makan kami terus menonton tv bersama. Macam biasa tengok drama-drama melayu. Haris suka dengan drama melayu ni tapi malam ni beza sikit sebab dari tadi dia menghadap Iphonenya. Biasanya kalau dia duduk dengan aku Iphone dia terus di letak jauh-jauh darinya.

"Ada apa dalam Iphone tu sampai tersengih sorang-sorang? Tengok video kotor eh" tanyaku apabila Haris mula tersenyum sorang-sorang melihat Iphonenya.

"Ish otak awak kuning betul. Ingat semua lelaki macam tu ke?"

"Lelaki lain saya percaya tapi awak susah sikit. Otak awakkan selalu kuning" balasku selamber.

"Amboi sedap mengata saya. Kalau saya otak kuning, kuning dekat awak je. Awakkan suka buat saya horny"

"Eh agak sikit. Bila masa saya buat awak horny. Ish gatal"

"Eleh hari-hari awak buat saya gersang dengan awak"balas Haris tapi tidak lepas dari memandang Iphonenya.

Apa ada dalam phone dia sampai tak pandang muka aku ? Kata aku selalu buat dia gersang!

Terus kakiku melangkah ke arah Haris senyap-senyap. Nak juga tengok apa yang lagi menarik dari aku ni.

"Hah mana awak dapat video ni?" Tanyaku apabila mengetahui apa yang di tonton Haris dari tadi.

"Ish sibuklah dia ni. Suka hati sayalah. Biarlah saya ada video ni, awek saya menyanyi dekat saya kut" kata Haris dan cuba menjauhkan Iphonenya dari pandanganku.

Aku salah dengar ke dia cakap apa tadi ? Awek ? Em dia nak cakap perempuan yang menyanyi dalam video tu awek dia ?

Masalahnya tu video aku nyanyi lagu Young and Beautiful kut.

"Saya syak kan awek ni nak tackle saya tau" tambah Haris lagi.

"Mana ada saya nak tackle awak"

"Ceh betulah ni nak tackle saya ?" Tanya Haris dan terus menarikku dalam pelukannya.

"Ish apa peluk-peluk ni. Tak malu betul"

"Saffiya..Haris nak cakap sikit boleh?" Tanya Haris dan makin mengeratkan pelukkannya.

"Cakap jela. Tak payah peluk"

"Sayang tak rindu bie ke ? Kita dah lama tak macam ni tau"

"Salah bie lah. Siapa suruh merajuk dengan sayang" balasku.

"Dah tinggal bie sorang-sorang dekat sini. Tak best tau tidur sorang-sorang"

"Alah satu malam je sayang tidur sana. Tu pun sebab nak practice..-" kata-kataku terus dipotong Haris.

"Nak practice tackle saya dengan nyanyian kan ? Saya tak cakap lagi eh yang memang saya dah terpikat dengan awak dari dulu lagi"

Hah Haris dah terpikat dengan aku dari dulu lagi ?

"Habis tu awek model awak yang selalu datang tu macam mana pula?" Tanyaku dan ingin melepaskan pelukan dari Haris. Sebut pasal perempuan tu terus hati aku takde mood.

"Sayang..kan bie dah cakap bie dengan dia tak ada apa-apa pun. Kami kawan je sekarang ni..-" Aku terus memotong percakapan Haris.

"Dulu ?" Tanyaku.

"Okey sayang nak dengar tak cerita bie ? Kisah silam bie?"

"Kisah pasal awek model tu?" Tanyaku. Hati aku nak tahu pasal Awek model tu je!

"Hahaha tak habis-habis cakap awek model. Dia bukan awek Bie dan dia memang model. Nama dia Melina" terang Haris sambil mengeluh.

"Dia siapa bagi bie?" Tanyaku berani.

"Dia first love bie"

Hah first love ? Jadi betulah diorang pernah bercinta ?

"Kite orang bercinta dari Form 4 lagi sampailah Bie habis degree. Lama kan ?" Tanya Haris sambil tangannya menyelak rambutku. Tangan sebelahnya lagi menggosok lembut pingangku.

Tangan Haris ni kalau tak merayap satu hari tak sah tau.

"Bie cerita jela. Tangan tu duduk diam-diam boleh" kataku sambil menjauhkan tangannya dari badanku.

Tersenyum Haris membalas kata-kataku. "Sayang tahukan bie tak boleh je pandang sayang. Tangan ni gatal nak merayaplah" kata Haris.

"Okey bie sambung cerita okey.." kata Haris dah tangannya terus merayap di sengenap badanku yang ditutupi baju nipis putih.

"Kita orang dah plan nak kahwin lepas bie dah habis degree..-" terus aku memotong

"What kahwin ? Habis tu kahwinlah ?" Tanyaku sambil memandang tepat kearah Haris.

"Ish dengarlah dulu. Kalau bie kahwin dengan dia macam mana bie boleh kahwin dengan Sayang pula." Aku mengangguk. Betul juga cakap Haris. Aku terus mendengar dan tak mahu dah potong. Nanti kena bebel dekat Haris pula.

"Bie kenal sangat Melina macam mana. Yela kita orang rapat dari form 4 lagi. Sayang tahu papa galakkan anak-anak diorang masuk asrama masa sekolah menengah. Along dengan Angah kena masuk asrama tau tapi bie bantah cakap taknak masuk. Sebabnyaa Melina" mengeluh lagi Haris mengingati cerita lamanya itu.

"Nasib papa tak kisah sangat. Jadi bie terus duduk sekolah harian biasa je. Lepas habis SPM papa juga galakan kami adik beradik sambung belajar luar negara tau. Papa sanggup tanggung pelajaran kita orang sebab nak suruh kami adik beradik take over syarikat papa nanti. Tapi lagi sekali Bie bantah. Bie nak belajar dalam negara je. Kalau papa tak nak tanggung pelajaran Bie dekat luar negara pun Bie boleh je minta scholarship sebab result SPM Bie antara terbaik. Lagi sekali sebab..-" kata Haris terus aku bantah.

"Sebab Melina?" Tanyaku dan mendapat anggukkan dari Haris.

"Melina tak sambung belajar sebab lepas SPM dia terus dapat offer jadi Model tetap. Kegilaan model dia tu dari bangku sekolah lagi. Dia bertuah sebab masa sekolah dia dah jadi model sambilan dan sangat laku masa tu. Jadi sebab offer tu dia taknak sambung belajar. Bie pun buat keputusan nak belajar dalam negara sebab nak selalu dekat dengan dia" sambung Haris lagi.

Haris menutup mata seperti mencari kekuatan dalam menceritakan kisah silam yang tersimpan jauh dalam lubuk hatinya.

"Lepas bie habis degree bie lamar Melina dan Melina terima. Papa ikut je permintaan Bie masa tu nak kahwin awal. 2 minggu sebelum tarikh perkahwinan kami Melina ada cakap dekat bie yang dia dapat offer dari Syarikat besar di Amerika sana. Bie bantah sebab Bie taknak kehilangan dia tapi kegilaan supermodel Melina tu hancurkan percintaan kami yang dari bangku sekolah lagi.

Seminggu sebelum perkahwinan Melina lari pergi Amerika. Masa tu papa dengan mama tak tahu nak buat apa dah. Bie kecewa sangat masa tu. Orang yang bie sayang bie cinta tinggalkan Bie sebab nak kejar impian supermodel dia je. Sejak kejadian tu papa mula tak hiraukan Bie. Papa kecewa sangat dengan Bie. Along dengan Angah pun tak tahu nak pujuk papa macam mana. Akhir sekali Bie buat keputusan sambung Master dekat Australia setahun. Bie kembali sini apply jadi pensyarah dekat kolej sayang" ayat terakhir Haris tersenyum lebar mengingati kisahnya itu. Macam mana dia mengalami situasi move on.

"Habis tu kenapa bie terima papa kahwinkan kita dua pula?" Tanyaku. Yela dari tadi dia cerita yang apa yang dia mintak semua papa ikut je. Asal kahwin ni tiba-tiba Haris pula ikut.

"Mula-mula bie pun taknak. Yela balik-balik sini bila bie apply jadi pensyarah yang jauh sangat bidang dengan syarikat papa tu papa tak ambil peduli. Bie terasa masa tu dengan papa sebab sikit pun dia tak ambil peduli dengan bie. Lepas 5 bulan tiba-tiba papa suruh bie kahwin. Bie bantah tapi along, angah dan mama pujuk suruh terima. Sebab dengan ni je papa mungkin boleh terima bie balik. Bie pun mula ambil tahu pasal sayang" kata Haris ambil tangannya mencuit hidungku. Ish

"First dengar nama Sayang, bie dah tertarik tau. Bie cakap sayang ni mesti gadis melayu terakhir. minah-minah kampung gitu. Yela nama saffiya hahaha" tegelak-gelak Haris mengingati pertama kali papanya menyebut nama Saffiya Aliya.

"Amboi kutuk saya. Lepas tengok saya mula-mula tu macam mana ?"

"Terasa di tipu. Nama kampung tapi..-" terus aku mencubit paha Haris yang aku duduki dari tadi. Ish geramnya.

"Sakitlah sayang. Asal jadi ketam tiba-tiba malam ni?" Tanya Haris sambil mengosok permukaan kulitnya yang di cubit oleh Saffiya.

Boleh tahan pedas juga cubitan bini aku ni. Bisik hati Haris.

"Dah kutuk saya sangat. Biarlah nama kampung. Sayang memang gadis melayu terakhir pun"

"Eleh gadis melayu apa first night kita dah ambil kesempatan dekat bie"

"Sorry sikit. Siapa ambil kesempatan atas siapa ni?"

"Alaa sayang tu saja je kan buat tak sampai nak buka zip baju. Sebenarnya nak suruh bie tengok badan sayang yang tak pakai apa-apa dalam tu"

"Memang tak sampai pun nak pegang zip tu"

"Okey kalau tu memang tak disengaja kan. Habis tu masa first night dekat rumah ni. Asal tidur dengan berkemban ? Tahukan bie nak masuk bilik sayang nak panggil makan malam ? Kenapa sengaja tak pakai apa-apa masa tu ? Tutup dengan tuala konon. Tuala pun basah ikut bentuk badan dia" Terang Haris panjang lebar.

"Masa tu sayang mengantuk sangat. Penat kemas rumah. Lepas mandi terus tertidur. Alah dia yang gatal masuk bilik orang. Nak mengintai la tu" bela ku pula. Ah ingat cerita lama itu buat malu je.

Teringat balik macam mana mereka mula-mula mengadakan hubungan asmara tu.

"Eleh cakap jela nak goda bie" tersenyum senyum Haris membalas. Wajahnya terus di benamkan ke leher jinjang isterinya untuk dihidu.

"Biee gelilah" balasku bila terasa lidah Haris mula menjilat permukaan batang leherku.

"Tapi bie suka. Your neck very delicious." Bisik Haris di cuping telingaku. Tidak habis dengan itu digigit cuping telingaku dan membuatkan jantungku berdengup kencang menerima nikmat baru dalam gelombong jiwaku.

"Sayang ingat tak apa bie bisik lepas kita duet nyanyi?" Tanya Haris dan dilekatkan dahinya dengan dahiku. Matanya menikam tepat anak mataku.

Aku angguk. Mestilah aku ingat apa dia bisik. Cuma aku tak tahu nak balas apa.

"Bie serius tau. Sumpah bie dah jatuh cinta dengan sayang"

"Sejak bila?" Tanyaku. Nak tahu juga bila Haris mula jatuh cinta denganku.

"Sejak ijab kabul kita" jawapan Haris membuatku terkejut.

Ijab kabul ?

"Seriuslah bie?" Tanyaku lagi.

"Sumpah. Bie dah jatuh cinta dengan sayang masa first time kita bertentang mata. Bie suka tengok mata sayang. Mata sayang buat bie tak nak alihkan dekat mana-mana dah. Mata sayang jahat" terus Haris mencium dua buah mataku.

Terpanah aku seketika mendengar ucapan Haris. Jadi dia dah suka aku masa hari perkahwinan kami lagi. Sebab tu Haris tak kekok masa berada di depan keluarga kami. Elok je dia buat sweet depan papa mama dia.

Ingatkan dia ni part time berlakon.

"Bie tak paksa sayang balas cinta bie tapi boleh tak bie nak buat permintaan sikit?" Tanya Haris sambil melekatkan kembali dahinya dengan dahiku. Hidungnya juga di lekatkan dengan hidungku.

"Bie nak kita mulakan hubungan kita ni dengan bercinta" sambung Haris lagi dan belum sempat aku bersuara Haris mencium lembut bibirku untuk menyekat ucapanku.

Lama kami berkeadaan mencantumkan bibir bersama-sama.

Aku menolak bahu Haris apabila tidak cukup nafas untuk bernyawa. Haris tersenyum sambil menghirup udara.

"Kita start dari awal..kita couple saffiya"

Continue Reading

You'll Also Like

398K 23.4K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...
2.8M 256K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
273K 7.5K 28
RE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah meman...
718K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...