Nak Kahwin Imam Muda!

Od ZhanaMatha

407K 15.8K 505

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca NKIM yang setia :) Terima kasih banyak-banyak atas... Viac

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Announcement :)
Bab 31
Pre-Order 'Nak Kahwin Imam Muda!' (NKIM)
Dapatkan novel 'Nak Kahwin Imam Muda!' di MPH
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
The End..dan Selamat Hari Raya

Bab 19

7K 280 8
Od ZhanaMatha

Bunyi vibrate phone mengejutkan aku yang sedang asyik menyiapkan assignment.

Carl: Could you come down for a while?

Ark, mesej whatsapp daripada Carl? Tanpa berlengah aku menyarung tudung dan terus menapak turun tangga. Apa yang mamat ni nak sampai datang kolej aku?

Sampainya di bawah asrama, aku lihat Carl sedang berdiri di sebelah BMWnya dengan sejambak bunga mawar merah. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati aku dan menghulurkan jambangan bunga itu. Bau harum semerbak menyapa hidungku.

"Erm, what is this for?" aku bertanya kehairanan.

"For a beautiful girl who made my weekend" dengan suara sehalus caramel Carl membisikkan kata-kata itu kepadaku. Tidak semena-mena aku rasakan muka aku menjadi merah semerah jambangan bunga mawar yang kini erat di genggamanku.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Carl berjalan menuju ke keretanya. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia memandang ke arahku dan mengenyitkan matanya. Aku berdiri terpaku bagai dipukau. Keretanya dipacu laju meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

Aku membelek jambangan bunga itu. Terselit sekeping kad di sebalik 5 kuntuman mawar yang berkembang mekar.

Dear Hana,

Would you like to go out with me sometime?

Best,

Carl

Alamak, Carl pula menunjukkan minatnya? Aku tak sangka pulak mamat stylo kaya raya ni boleh minat dengan budak kolej hingusan macam aku? Aku meletakkan jambangan bunga itu di tepi katil. Entah kenapa, tiba-tiba hati aku digamit perasaan sayu. Sayu kerana orang yang aku cintai langsung tidak menunjukkan minat. Tetapi, lelaki yang aku tidak ingini seringkali datang berkunjung. Apakah memang ini nasib aku?

*******

Mesyuarat AJK Minat Surau bermula seperti biasa. Kali ini, mesyuarat dihadiri oleh Ustazah Fauziah. Dia akan menjadi memberi nasihat tentang isu cadangan hijab styling yang aku cadangkan minggu lepas. Setelah dia mendengar segala penerangan, Ustazah Fauziah memberi cadangan bahawa sesi hijab styling untuk pelajar muslimah Kolej Kejora boleh diadakan dan beliau sendiri akan turut hadir dan memberikan pendapatnya kepada setiap style yang digayakan. Aku berasa cukup gembira adanya ustazah yang begitu mengambil berat tentang para pelajarnya. Sumaiyyah cuma membisu seribu bahasa sepanjang mesyuarat. Sekali sekala dia menjeling ke arahku dengan jelingan yang amat tajam.

Tamat saja mesyuarat aku menghampiri Ustazah Fauziah untuk mengucapkan terima kasih.

"Assalamualaikum Ustazah, terima kasih sebab ustazah sudi untuk turut sama dalam sesi hijab styling kami nanti" aku memulakan bicara.

"Sama-sama Hana. Ustazah sendiri ada anak dara seorang kat rumah tu. Ustazah faham sangat kehendak anak remaja" beliau memberikan senyuman manis penuh keibuan kepadaku.

"Ye ke. Anak ustazah umur berapa tahun?"

"Umur dia 15 tahun. Belajar dekat sekolah asrama dekat Rawang"

"Ye ke. Beruntung dia dapat ibu penyayang macam ustazah"

"Semua ibu sayangkan anaknya Hana. Kamu pun beruntung juga dapat mak macam mak kamu kan?"

Aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Sesungguhnya kadang-kadang aku berharap yang mummy mempunyai ciri-ciri keibuan seperti Ustazah Fauziah. Yang lembut cakapnya, yang teduh pandangan matanya, dan yang sering memberi perhatian kepada para pelajarnya.

Aku menghantar ustazah ke pintu keretanya sebelum beredar pulang ke bilik. Sumaiyyah datang menghampiri tiba-tiba daripada belakang.

"Ustazah Fauziah pun awak nak bodek?" Sumaiyyah bersuara sinis.

"Sumaiyyah saya tak ada masa nak gaduh dengan awak"

"Awak ni memang cukup pandai bermuka-muka kan. Tapi awak jangan ingat semua orang boleh termakan dengan lakonan awak tu" Sumaiyyah mencebik.

Eh minah ni makin lama makin macam watak penjahat dalam drama melayu pulak..

"Saya tak peduli apa awak nak fikir pasal saya" aku menjawab acuh tidak acuh.

"Saya ada bukti yang awak ada boyfriend di luar" Sumaiyyah memandang tepat ke wajah aku dengan mata yang sarat dengan khianat.

Sumaiyyah mengeluarkan smatphonenya dan menunjukkan gambar Carl yang sedang memberi bunga kepada aku tempoh hari.

"Siap datang asrama bagi bunga lagi." Sumaiyyah tersenyum sinis sambil menyimpan kembali smartphonenya ke dalam beg.

Jantung aku bagai terhenti berdegup. Macam mana dia boleh dapat gambar ni? Siapa yang sempat curi ambil gambar Carl dengan aku?

"Awak jangan nak tuduh sembarangan. Itu bukan boyfriend saya"

"Ye lah Cik Hana oii. Pelakon wanita terbaik Kolej Kejora. Kita tengok nanti sampai bila filem sandiwara awak ni boleh bertahan yea.." Sumaiyyah ketawa mengekek sambil beredar.

Berderau sekali lagi darah di muka ku. Kenapalah Sumaiyyah ni suka sangat nak cari pasal dengan aku? Apa yang aku dah buat dengan dia? Ah, malas la aku nak layan. Selagi aku tak buat silap apa-apa, buat apa aku nak takut.

*******

Carl: I am still waiting for your answer.

Sebaris ayat whatsapp Carl masuk ke smartphoneku. Sudah 3 hari berlalu sejak dia datang ke asrama memberiku sejambak bunga. Aku sudah hampir terlupa dengan peristiwa itu dengan kesibukan hidup di kolej. Lagipula, peperiksaan akhir semester semakin hampir. Aku tak ada banyak masa nak memikirkan perkara-perkara lain.

Hana: I am sorry I have been busy.

Ish, alasan apa aku nak kasi ni?

"I am not interested"?

"I am actually deeply in love with somebody who might not even notice my existence"?

Pathetic reply! Takpe lah aku pun balas satu ayat saja lah. Niat di hati agar mesej itu terhenti di situ sahaja. Tetapi simbol whatsapp terus berkelip lagi.

Carl: Even the busiest people must take a break. Meet me for coffee tomorrow?

Wah, persistent sungguh mamat Carl ni. Hmm, macam mana ni. Mungkin aku patut jumpa sekali and berterus terang saja yang aku tidak berminat. Aku tak suka kalau aku terus-terusan jadi bahan gosip Sumaiyyah dan konco-konconya.

Hana: Okla. I will meet you at the café tomorrow at 5. I can't go out now because I don't have a car.

Carl: Great! I will see you tomorrow at 5. J

Betul ke keputusan aku ni? Macam mana kalau Sumaiyyah nampak lagi? Ah biarla aku jumpa dekat tempat public pun. Aku tak akan biarkan karenah Sumaiyyah menganggu kehidupan aku!


Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

48K 840 4
JANDA.. Satu kata yang sarat dengan pelbagai perasaan.. JANDA. Salah wanita. Hukuman pada wanita. Namun tahu kah bertapa peritnya hidup seorang janda...
20.2K 4.5K 70
Hanya perkongsian semata-mata untuk tatapan hati dan mata yang sentiasa terlupa. Baca, amal dan share...
158K 11.2K 19
Hidup tak sama macam cerita yang dikarang atas kertas. Hidup jugak tak semua indah macam fairytale. "Tell me, siapa je yang nak cacatkan keturunan de...
91.2K 5.6K 101
Berdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Se...