Nak Kahwin Imam Muda!

By ZhanaMatha

407K 15.8K 505

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca NKIM yang setia :) Terima kasih banyak-banyak atas... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Announcement :)
Bab 31
Pre-Order 'Nak Kahwin Imam Muda!' (NKIM)
Dapatkan novel 'Nak Kahwin Imam Muda!' di MPH
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
The End..dan Selamat Hari Raya

Bab 12

7.3K 288 4
By ZhanaMatha

Aku duduk mengadap mummy dan daddy di ruang tamu. Hari Ahad yang selalunya dipenuhi dengan gelak tawa ceria kami sekeluarga bertukar muram dan teduh. Muncung mummy panjang sedepa. Dahi daddy berkerut seribu. Aku pula terus-terusan tunduk membisu, menanti dengan debaran apa yang hendak diperkatakan oleh kedua ibu bapaku.

"Hana, you gave us quite a shock yesterday" daddy mula bersuara. Tangannya menarik-narik butang leher baju t-shirt polonya. Daddy nampak nervous!

"Why don't you tell us.." dan belum sempat daddy menghabiskan ayatnya dia telah dipotong oleh hentakan tangan mummy ke meja.

"Hana! I have taught you everything daripada kecil. Our family values, our family lifestyle, our family social standing! Now you want to go ahead and senang-senang buat keputusan sendiri!" Muka mummy merah menyala.

"Keluarga kita ada cara kita sendiri. We have to be like everybody else to blend in our society. With your tudung, you will clearly become an outsider! How am I going to take you to dinner parties and events? Apa kata kawan-kawan mummy? Anak dah jadi ustazah pulak!"

Sesak dada aku mendengar kata-kata mummy. Itulah kisah hidupku sejak daripada kecil. Terpaksa mengikut saja telunjuk mummy demi menjaga imej dan taraf sosialnya. Perkara yang mummy paling takuti ialah sekirang dia tidak lagi diterima oleh rakan-rakannya. Mummy memang menghabiskan banyak masa dalam hidupnya untuk terus disanjungi dan dirai oleh rakan-rakannya. Agar semua orang sentiasa ingat dan tahu bahawa dirinya adalah Datin Saleha – isteri usahawan berjaya Datuk Johari. Sosialis terkemuka dan jelita. Yang pandai menjaga kecantikan diri dan penampilannya. Yang sentiasa tampil muda dan bergaya. Yang mempunyai kehidupann yang mewah dan sempurna. Suami yang kaya dan kacak, anak yang cantik dan bijak, rumah yang besar, kehidupan sosial yang meriah – Datin Saleha adalah idola semua wanita!

"Sally, biar kita dengar dia cakap pulak.." daddy cuba untuk membuka ruang aku berkata-kata.

Belum sempat aku buka mulut, mummy menyampuk lagi dengan berang.

"Nak dengar apa lagi! Jo, you yang manjakan sangat anak you ni. You langsung tak hargai usaha I didik dia dengan cara kita. Do you know how many hours I spent on teaching her everything I know!" suara mummy bertambah nyaring. Tangannya tergawang-gawang penuh perasaan.

Daddy mengunci mulut kembali. Pandangannya lesu ke arah ku.

"Hana ingat senang ke kita nak hidup mewah macam ni? Do you have any idea how hard I work to fit in?" mummy masih belum habis pelurunya.

"Hana ingat hidup di dunia ni macam dalam buku-buku yang Hana baca? Penuh ilusi dan fantasi? Kalau kita nak kekal kaya, kita kena hidup macam cara orang kaya, kawan dengan orang kaya! Itu hakikatnya yang tiada siapa tulis dalam buku! Itu yang mummy ajarkan kepada kamu daripada kecil!" mummy memandang aku dengan pandangan garangnya. Pandangan yang sudah selalu aku terima sekiranya aku tidak menepati standardnya.

Datin Saleha, mummy yang genit dan selalu ceria bertukar menjadi seperti harimau bintang. Di sebalik keletah dan keceriaan mummy, kalau ada yang tak kena di matanya walaupun sedikit, mummy memang susah nak chill. Aku sendiri kadang-kadang kurang faham dengan mood swing mummy ni.

"I want you to stop wearing the tudung now!" jari mummy dituding terus ke wajahku. Cincin diamond bertatah permata topaz di jari manis mummy berkilau terkena simbahan mentari pagi.

Berdesing telinga aku mendengar arahan mummy. Menyirap darah mudaku ke muka. Tangan aku dikepal di sisi. Dan gigi aku mula terkatup dek rasa geram dan marah.

"Mummy, Hana dan 21 tahun! Dah dewasa! Hana boleh pakai apa yang Hana suka!" suara aku menjadi keras tiba-tiba berhadapan dengan arahan mummy yang langsung tak masuk akal. Mana boleh senang-senang nak paksa aku? Ingat aku budak kecik lagi ke? Kalau kecik-kecik dulu boleh la dia nak pakaikan aku baju ropol-ropol ke. Skirt hello-kitty ke. Ni aku dah besar panjang!

"Oh, Hana dah dewasa. Fine. I will show you what dewasa looks like." suara mummy keras dan sejuk seperti ais batu.

Dengan itu mummy berjalan meninggalkan aku dengan perlahan. Tangannya disilang rapat ke tubuhnya yang genit. Pandangannya beku memandang aku tanpa sekelumit perasaan belas kasihan. Matanya menyinar dengan kemarahan yang tidak terbendung. Daddy masih terjelepuk di kerusi. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Di sudut dapur aku lihat Bibik Ani mejenguk ke ruang tamu dengan wajah yang risau. Aku memberikannya senyuman nipis. Tapi di sudut hari aku terselit kegusaran di hati aku.

Apa agaknya yang mummy nak buat pada aku?

Continue Reading

You'll Also Like

21K 946 33
😂don't worry syg ii semue...ni tips dari sis sendiri..not from google 😙vote anda amat sis hargai
158K 11.2K 19
Hidup tak sama macam cerita yang dikarang atas kertas. Hidup jugak tak semua indah macam fairytale. "Tell me, siapa je yang nak cacatkan keturunan de...
1.1K 165 26
DANDELION DITIUP ANGIN~~~ Analogi yang boleh ditafsirkan kepada dua maksud tersirat yang berbeza seperti langit ke-tujuh dan kerak bumi. Tafsiran per...
2.9K 284 6
Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : " Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama yang indah, sesiapa y...