RAZIA [ C ]

Par leesophielia

556K 22.1K 878

Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang... Plus

PROLOG
BAB 01 (edited)
BAB 02 (edited)
BAB 03 (edited)
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
EPILOG
SPECIAL CHAPTER I 🍪
SPECIAL CHAPTER II 🎁
SPECIAL CHAPTER EID 🎇

BAB 71

6.3K 239 10
Par leesophielia

Kosong. Celik sahaja mata, sosok isterinya sudah tiada disebelah. Harith bingkas bangun dari baringannya. Jam di dinding sempat dikerling sekilas. Baru pukul 8.00 pagi. Awalnya Razia bangun?

Harith terus bangun dan keluar dari bilik tidur mereka. Bayang Razia dicari-dicari. Tatkala sesuatu aroma masakan menyucuk rongga hidungnya, disitulah Harith tahu dimana keberadaan isterinya sekarang. Tak menunggu lama, kaki terus diatur ke arah dapur.

Melihat Razia yang masih khusyuk memasak sampai langsung tidak menyedari kehadiran suaminya, buatkan Harith terpaksa masuk ke dapur dengan penuh berjaga-jaga.

"Good morning sayang... Masak apa tu?" bisik Harith sambil kedua tangannya melingkar di sekitar pinggang ramping isterinya. Dagu direhatkan di atas bahu isterinya.

Razia tersentak. Pantas dia menoleh kebelakang.

"Ish abang ni! Terkejut Razia..." Sambil itu, api gas dikecilkan sedikit.

Harith menyengih.

"Bila abang bangun? Razia tak habis lagi masak ni. Nanti lepas Razia dah siap, Razia panggil abang," ujar Razia lembut.

"Nak abang tolong?" pelawa Harith.

Razia terus menggelengkan kepalanya. "Tak apa... Lagipun dah nak siap dah. Abang pergilah mandi dulu. Busuklah bau abang, macam bau kambing. Pergi mandi sana," halau Razia selamba.

Tercebik Harith. Seketika, segenap inci tubuh badannya dihidu-hidu. Wangi aje, apa yang busuknya?

"Abang cium wangi aje... Cuba sayang cium abang pula. Manalah tahu deria bau kita berbeza.." ujar Harith polos. Sejurus itu, pipi kanannya terus dihalakan ke arah isterinya.

Razia terus mengangkat sudip kayunya. "Kalau rasa nak kena katuk dengan sudip ni buatlah. Razia taknak!" Bila terasa pipinya sudah berbahang, pantas Razia memusingkan badannya dan buat-buat sibuk semula.

Harith ketawa bebas. Lucu dengan reaksi yang ditunjukkan isterinya tadi. Harith masih tidak berganjak dari situ sebaliknya dia terus menyandarkan badannya di kabinet. Matanya masih kekal merenung isterinya dihadapan.

"Razia..." panggil Harith sekali.

"Hmm?" Razia pusingkan badannya semula.

"Lepas makan nanti, kita pergi rumah mummy nak tak? Semalamkan, mummy cakap nak datang rumah kita, tapi dia tak sempat. Kita ajelah yang pergi rumah dia. Sayang nak?" tanya Harith inginkan kepastian.

Razia senyum dan angguk. "Boleh. Razia pun dah lama nak jumpa dengan mummy. Rindu..." Selepas itu, Razia terus sambung memasak. Selang beberapa minit kemudian, Razia menutup api gas.

"Tengok, Razia dah siap masak pun, abang tak mandi-mandi lagi." Sambil itu, nasi goreng tadi diletakkan di dalam mangkuk.

Harith sekadar menyengih disitu.

"Abang... Razia nak minta sesuatu boleh tak?" Mangkuk tadi dibawa ke meja makan. Harith pula hanya mengekori saja kemana isteri pergi.

"Sayang nak tanya apa?" Duduk dilabuhkan.

"Lepas semua ni dah reda nanti, kita balik Kuantan boleh? Razia nak pergi rumah mak long. Razia nak cari adik-adik Razia balik. Boleh tak abang?" tanya Razia kendur, seraya dia terus melabuhkan duduk dihadapan suaminya.

Harith senyum dan anggukkan kepalanya.

"Boleh sayang... Nanti kita cari adik-adik Razia tu sama-sama. Kalau kena pusing satu Kuantan tu pun abang kesah." Satu senyuman lebar dilemparkan ke arah isterinya. Razia hanya senyum tipis. Memang boleh dicari satu Kuantan tu, tapi persoalannya, jumpa ke?

                                   _____•_____

Tombol pintu dipulas dengan lemah. Berat hati mahu melangkah masuk ke dalam, tetapi demi satu kebenaran, Harraz gagahkan juga kakinya masuk ke dalam bilik yang pernah diduduki Mariam sebelumnya.

Masuk sahaja ke dalam, masih tiada apa yang berubah. Segala barangan Mariam masih ada di tempat asalnya. Anak-anak patung, buku-buku sekolah, semuanya masih dalam keadaan yang sempurna. Cuma sudah lama ditinggalkan, bilik yang dahulunya ceria kini sudah semakin suram. Habuknya pun sudah semakin banyak.

Harraz melabuhkan duduk di hujung birai katil. Anak patung Mickey Mouse yang dibelinya sewaktu pertama kali dia mengambil Mariam ke dalam rumah ini ditenung lama.

"Abang ada belikan Mariam anak patung. Mariam suka tak? Nah ambil ni." Anak patung ditangannya dihulurkan ke arah Mariam.

Mariam sengih dan bersorak gembira. Patung tadi disambut lalu dipeluk seeratnya.

"Comelnya! Mayam cuka. Telima kaceh abang..."

Harraz terus melutut dihadapan Mariam. Kepala Mariam diusap penuh kelembutan.

"Kalau abang nak minta Mariam sesuatu boleh tak?" tanya Harraz lembut.

Tanpa memandang ke arah Harraz, Mariam hanya mengangguk. Tangannya masih sibuk membelek patung Mickey Mouse tadi.

"Boleh tak Mariam panggil abang, dengan panggilan 'papa'? Abang teringin nak dengar, Mariam panggil abang macam tu. Boleh tak sayang?" Pipi Mariam dielus lembut.

Mariam angkat wajahnya dengan kerutan.

"Tapi Mayam tak ada ayah."

Harraz terdiam sesaat. "Kalau macam tu, abang boleh jadi ayah Mariam. Tapi Mariam kena panggil abang dengan panggilan papa dulu."

"Kalau Mayam panggil, abang janji abang akan beyikan Mayam patung tu lagi tau." Mariam sengih tak bersalah.

Laju Harraz mengangguk setuju.

"Papa..."

Air mata yang semakin galak turun, dikesat Harraz berkali-kali. Tuhan... Rindunya dia pada panggilan itu. Rindunya saat Mariam memanggil dia dengan panggilan 'papa'. Tapi dia tahu, semuanya hanya tinggal kenangan semata.

Harraz bangun dari duduknya. Meja belajar Mariam dikemas sedikit. Habuk-habuk yang melekat dicuci menggunakan tisu basah. Buku-buku yang berselerak disusun semula sehingga kemas. Seketika, tangan Harraz terhenti pada satu bingkai gambar yang terletak di atas meja belajar itu.

Gambar raya Mariam sewaktu di Rumah Jagaan Bakti.

Melihat betapa mekarnya senyuman Mariam di dalam gambar itu, buatkan mata Harraz kembali berkaca-kaca. Senyuman yang dahulunya lebar, kini terus mati tatkala Mariam dibawa tinggal bersamanya. Itu satu benda yang dia harus tahu.

"Papa rindukan Mariam sayang..." Badan Harraz terus jatuh melorot ke bawah, dengan ditangannya masih menggenggam kemas bingkai gambar tersebut. Beberapa titis mutiara jernih jatuh di atas bingkai gambar tersebut. Setelah itu, Harraz mengucup gambar itu lama.

"Maafkan papa sayang... Kalau la dulu papa tak ambil Mariam dari Rumah Jagaan Bakti tu, mesti Mariam tak menderita macam sekarang kan? Papa kejam. Dari dulu sebenarnya papa layak langsung nak jaga Mariam. Papa ayah yang paling tak guna dalam dunia ni..." Rambutnya ditolak kebelakang beberapa kali.

Selang beberapa saat begitu, Harraz kesat air matanya. Dari kejauhan beberapa meter, anak matanya dapat menangkap satu buku berwarna pink yang terselit di celah almari baju Mariam. Harraz terus bangun dan mencapai buku tersebut.

"Diari Mariam?"

Duduk dilabuhkan semula di atas lantai tadi. Satu persatu muka surat diari itu dibaca Harraz. Makin lama dia baca, hati dia semakin dilanda sebu. Sungguh tak menyangka dengan apa yang dibacanya tadi.

Kenapa mama Elma tak pernah suka dengan Mayam? Mayam dah buat semua benda yang mama Elma suruh, tapi mama Elma tetap benci Mayam. Mayam buat apa pun, mama Elma tetap tengking Mayam. Apa salah Mayam?

Mayam cuma nak rasakan kasih sayang seorang ibu. Walaupun mama Elma bukan ibu kandung Mayam, tapi Mayam sayang sangat-sangat dengan mama Elma. Kan best kalau mama Elma pun sayangkan Mayam...

Harraz terkaku disitu. Menggigil tangannya saat membaca isi dalam diari itu. Walaupun begitu, Harraz paksakan diri untuk membaca lagi.

Mayam sakit... Mama Elma selalu pukul Mayam. Mayam takut. Mayam nak umi. Mayam nak Kak Noor. Bila Mayam balik sekolah, mama Elma mesti akan marah-marah Mayam. Mayam tak ada tempat nak mengadu. Dengan buku ni je Mayam boleh meluah.

Papa pula asyik sibuk dengan kerja dia. Bila papa balik kerja, papa akan marah-marah Mayam. Mayam minta maaf kalau Mayam selalu susahkan papa. Tapi Mayam cuma nak bermanja dengan papa. Mayam nak papa sayangkan Mayam.

Diari,

Tolong cakap dengan papa dan mama Elma yang Mayam sayangkan dia orang sangat-sangat. Mayam bersyukur yang Mayam masih ada mama dan papa. Kalau Mayam pergi nanti, siapa nak jagakan papa dan mama? Ya Allah, tolong jagakan papa dan mama untuk Mayam nanti...

Cukup. Harraz terus tutup buku diari tersebut dan diletakkan di atas pahanya. Wajahnya ditekup dengan kedua belah tangannya. Air mata yang ditahan sedari tadi kembali pecah. Kalini dia tidak boleh tahan. Menggigil tubuh badannya. Ya Allah, besarnya derita yang ditanggung Mariam selama ini...

"Harraz, you buat apa dalam bilik Mariam ni?" tanya Elma yang sudah berdiri dihadapan muka pintu. Jenuh dia mencari bayang suaminya serata rumah. Rupa-rupanya disini suaminya berada.

Harraz terus mengangkat wajahnya. Susuk isterinya dipandang lama.

"Mummy ada?" Hanya dua patah perkataan yang disoal Harraz kepada Elma.

Dalam kelu, Elma gelengkan kepala. "T...tak ada. Mummy keluar. Katanya malam ni Harith dengan Razia nak datang rumah," beritahu Elma takut-takut. Melihat diari pink yang berada di atas riba Harraz, buatkan dada Elma berdetak kencang.

"You pernah baca diari anak you ni?" tanya Harraz dingin.

"T...tak. I tak pernah baca," bohong Elma. Walaupun dahulunya dia pernah baca, dan dia sendiri pernah mengherdik Mariam kerana tulis sebegitu di dalamnya. Tapi kalau diberi pilihan untuk baca sekarang, Elma tak mampu. Banyak dosanya pada anak kandungnya sendiri.

"You nak baca apa yang Mariam tulis tentang you? You nak tahu tak apa yang Mariam rasa tentang you Elma? Nah, baca sekarang!" Diari tadi dicampakkan, betul-betul ke arah isterinya.

Elma hanya kaku dengan mata yang sudah berkaca. Diari yang dicampakkan Harraz tadi selamat mendarat di atas kakinya. Elma hanya merenung diari tadi tanpa sebarang kata.

"Bacalah!" jerkah Harraz kuat.

"T...taknak. I taknak Harraz. I takut..." gumam Elma dengan suara yang bergetar.

Harraz bangun dari duduknya sambil dia ketawa terbahak-bahak. Kaki diatur mendekati susuk isterinya.

"Takut? You nak takut apa Elma? Bukan ke selamani you berani? Kenapa sekarang nak takut pula? Aik, kalau you takut, you takkan berani nak dera anak I Elma! Kalau I tak baca diari tu, sampai sekarang I tak tahu, yang you pernah naik tangan pada anak I Elma! Kenapa you buat Mariam macam tu Elma? Kenapa!?"  jerkah Harraz dingin. Tangan yang sudah separa naik mahu menampar isterinya akhirnya dijatuhkan perlahan-lahan.

"You memang syaitan Elma..."

Elma sudah menangis teresak-esak disitu. Tanpa dipinta, dia terus melutut di hadapan suaminya.

"Harraz I minta maaf. I tahu I salah. I banyak dosa dengan Mariam Harraz. Masatu I tak tahu yang Mariam tu anak I. I cemburu tengok you dengan dia. I cemburu bila you bahagikan kasih sayang you dengan dia. I minta maaf Harraz..." rayu Elma sambil dia memegang kaki suaminya.

"Jangan sentuh aku la!" Kakinya ditarik menjauh.

"Harraz, please jangan buat I macam ni... I sedar I salah. Kalau you nak hukum I, you hukumlah. I tahu kesalahan I ni tak dapat nak dimaafkan, tapi I betul-betul menyesal Harraz. I dah hilang anak kandung I pun..." lirih Elma dengan bahu yang terhinjut-hinjut.

"Fikirkan yang kau tengah mengandungkan anak aku je Elma, aku masih boleh bersabar dengan kau. Kalau tak aku dah lama—"

"Jangan ceraikan I Harraz. I dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. I ada you je Harraz. Tolong jangan lepaskan I..."

Harraz terus jatuh terduduk di atas birai katil. Wajahnya kembali ditekup.

"Harraz..." panggil Elma perlahan.

Harraz hanya diam tidak membalas.

Melihatkan tiada sahutan dari suaminya, buatkan Elma terpaksa bangun dari duduknya dengan perlahan-lahan. Disebabkan keadaannya sudah semakin sarat, jadi pergerakannya sedikit terbatas.

"Kalau you memang dah benci sangat nak tengok muka I, izinkan I keluar dari rumah ni buat sementara waktu Harraz. Lepas I dah selamat bersalin nanti, I janji I akan bawa anak ni jumpa dengan you. I takkan pisahkan you dengan dia..." ujar Elma seraya dia terus berura-ura mahu keluar dari bilik tersebut. Namun suara Harraz terus menghalangnya daripada pergi.

"Stay Elma... Cukuplah I dah hilang Mariam, I taknak hilang I anak I buat kali yang keduanya. Sebenci apa pun I dekat you, anak yang you kandungkan tu masih I anak I. Tanggungjawab I. Jangan pernah sesekali, keluar dari rumah ni tanpa izin I Elma," pesan Harraz tegas.

Elma terkaku dengan arahan suaminya tadi. Akhirnya dia akur tinggal disini.

                                    _____•_____

Pukul lapan malam, barulah Harith dan Razia tiba di rumah Datin Kalsom. Razia hanya memakai jubah hitam dan dikenakan dengan tudung sarung hitam. Sehingga harini, dia masih tiada mood mahu bersolek. Lagipun mereka disini sebentar sahaja.

Sampai sahaja di muka pintu, wajah Datin Kalsom menerpa pandangan kedua mereka.

"Mummy..." sapa Harith terlebih dahulu. Tangan tua Datin Kalsom disalam. Begitu juga dengan Razia.

Setelah itu, mereka bertiga terus masuk ke dalam.

"Harraz dengan kak long mana mummy?" tanya Harith sambil dia mengambil tempat di atas kerusi kayu meja makan tersebut. Razia melabuhkan duduk disisi suaminya juga.

"Dekat atas kut. Mummy balik dari beli barang dapur tadi pun, mummy tak nampak laki bini tu. Tak apalah, Harith dengan Razia duduk dulu, mummy nak naik atas panggilkan dia orang berdua."

Razia dan Harith hanya mengangguk.

Selang beberapa minit kemudian, kelibat Datin Kalsom mula turun diikuti Harraz dibelakangnya. Manakala Elma pula tiada disitu.

"Elma kata dia nak berehat... Biasalah dah sarat mengandung ni badan pun asyik letih-letih aje." Datin Kalsom ketawa tipis. "Duduk Harraz."

Harraz akur. Duduk dilabuhkan bertentangan dengan adiknya. Dan setelah itu, keadaan di
meja makan itu kembali senyap. Masing-masing menjamu makanan tanpa sebarang kata.

"Razia dah berhenti study ke?"

Soalan yang agak tiba-tiba daripada Datin Kalsom tadi buatkan Razia tersentak. Razia angkat wajahnya. Tak lama kemudian, dia hanya angguk mengeyakan.

"Razia tangguhkan study dulu mummy. Bila Razia dah sedia nanti, Insya-Allah, Razia sambung balik," jawab Razia dengan senyuman.

"Maaflah kalau soalan mummy tadi tu agak sensitif."

"Eh tak apa..."

Senyap semula. Setelah beberapa lama, keadaan kembali seperti itu, akhirnya semua orang sudah siap menjamah selera. Razia terus mengemas pinggan kosong yang berada di atas meja makan itu.

"Eh Razia, tak apa mummy boleh buatkan."

"Sikit aje ni mummy. Razia boleh tolong kemaskan sekali." Razia masih tegas dengan pendiriannya mahu membantu.

Datin Kalsom sekadar ukir senyum. Akhirnya, mereka sama-sama mengemas meja makan tersebut. Harraz dan Harith pula sudah ke ruang tamu.

Beberapa pinggan tadi dibawa Razia ke dapur untuk dicuci.

"Kak long dah makan ke mummy? Kalau belum, Razia boleh bawakan makanan untuk dia," tanya Razia sambil dia menoleh ke arah Datin Kalsom yang sedang khusyuk mencuci pinggan tadi.

"Mummy dah ajak dah kak long kamu makan tadi, tapi katanya dia tak ada selera makan. Razia boleh tolong mummy? Tolong tengok-tengokkan kak long kamu dekat atas tu. Mummy risaulah dia buat benda yang bukan-bukan. Dia pun tengah sarat mengandung tu. Yang ini mummy boleh uruskan. Razia pergi temankan kak long dekat atas.

Razia angguk perlahan.

"Kalau macam tu, Razia naik dulu mummy," pamit Razia sopan.

"Iyalah..."

                                  _____•_____

Selesai mencuci segala pinggan mangkuk tadi, Datin Kalsom bergerak ke arah kedua anak lelaki yang masing-masing sedang bermain dengan telefon bimbit mereka.

"Mummy... Isteri Harith mana?" tanya Harith sambil matanya melilau mencari bayang isterinya.

"Razia mummy suruh dia temankan Elma dekat atas tu... Ni Harith mummy ada benda nak bincang dengan kamu."

Harraz hanya curi dengar sahaja dengan perbualan mereka berdua.

"Mummy nak bincang apa dengan Harith?"

Datin Kalsom hela nafas pendek. Serbasalah pula dia mahu berkata.

"Perjanjian yang kamu buat dengan mummy dulu, kamu masih nak teruskan?"

Zap! Soalan dari mummynya tadi buatkan Harith terus mengangkat wajahnya. Harraz juga terus meletakkan telefon bimbitnya ditepi.

"Apa mummy cakap ni?" Soalan berbalas soalan.

"Harith tahu kan apa maksud mummy... Ikutkan, perjanjian yang kita buat dulu tu, dah terbatal dah pun. Mummy bagi Harith peluang sekali lagi, Harith masih nak teruskan atau..."

"Harith teruskan."

Datin Kalsom dan Harraz pandang sesama sendiri.

"Kamu biar betul? Tapi anak kamu kan dah tak ada Harith. Kan kita pernah janji, kalau kamu tak dapat nak—"

"Harith tetap nak teruskan mummy. Tapi boleh tak kita jangan bincangkan dekat sini. Nanti Razia dengar la mummy... Nanti-nanti la kita cakap pasal benda ni balik. Harith serabut."

Razia yang baru sahaja turun dari anak tangga, terus terhenti kakinya tatkala terdengar akan perbualan anak beranak itu. Perjanjian? Perjanjian apa yang Harith pernah buat, sampai taknak dia tahu? Razia masih statik di posisi dengan pelbagai persoalan yang kembali bermain dalam fikirannya.

Datin Kalsom mengeluh sendiri.

"Mummy ingatkan kamu dah taknak teruskan... Tapi  nampaknya kamu pula yang bertegas nak teruskan. Tak apalah Harith, mummy ikut keputusan kamu. Kamu ada masa lagi..."

Harith hanya mendiamkan dirinya. Betul ke apa yang dia buat ni?


*2nd conflict coming soon...

                                              tbc

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.4M 46.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
73K 4.5K 33
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke...
266K 9.8K 61
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? K...
17.8K 2.3K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...