RAZIA [ C ]

By leesophielia

565K 22.3K 888

Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang... More

PROLOG
BAB 01 (edited)
BAB 02 (edited)
BAB 03 (edited)
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
EPILOG
SPECIAL CHAPTER I 🍪
SPECIAL CHAPTER II 🎁
SPECIAL CHAPTER EID 🎇

BAB 43

5.8K 229 7
By leesophielia

Langkah kaki yang terasa longlai dibawa perlahan-lahan ke arah muka pintu. Tombol dipulas, dan Razia terus meloloskan diri ke dalam rumah. Badannya dihempaskan di atas sofa. Surat yang diberi Malik tadi masih didalam pegangannya.

Razia membuka surat tersebut semula sambil air matanya mula kembali menitis.

Kawan baik yang aku paling sayang,

Aku harap surat ini dapat pada kau dalam keadaan baik... Sebelum itu, aku nak minta maaf sangat-sangat pada kau Razia. Mungkin masa kau baca surat ini, aku dah tak ada di Malaysia. Aku tahu hati kau tengah sakit sekarang. Hati aku berat nak pergi, tapi aku tak cukup kuat untuk tinggal disini.

Patah hati adalah luka yang susah untuk diucapkan. Aku nak kau tahu yang setiap tangisan dan kesedihan kau ibarat racun yang perlahan-lahan membunuh aku Razia. Hidup ini tak selalunya adil. Kadang kita menghadapi kehilangan yang paling menyakitkan dalam hidup ini.

Silap aku. Semua ini salah aku sebab aku taruh harapan dan perasaan pada kau. Aku sendiri tak tahu bila masa aku ada perasaan ini. Mungkin dari Rumah Jagaan Bakti. Dulu, aku selalu nampak kau menangis sorang-sorang Razia. Dan waktu tu, aku tanam dalam diri aku, yang aku nak jaga kau dan rawat kau bila kita dah besar nanti...

Tapi siapa sangka, aturan Allah itu lebih indah. Allah kurniakan kau seorang lelaki yang jauh lebih baik dari aku Razia. Lelaki yang mampu bimbing dan jaga kau ibarat seorang Ratu. Kau beruntung Razia. Aku jadi tak bimbang sangat, sebab aku tahu Harith boleh jaga dan sayang kau lebih dari apa yang aku lakukan...

Aku tak pernah putuskan persahabatan kita. Cuma aku perlukan masa untuk rawat hati aku. Andai suatu hari nanti, aku dah pulih, aku nak kita berjumpa dalam versi yang lebih baik. Sampai saat itu, izinkan aku jadi kawan yang paling berguna untuk kau? Aku sayang kau Razia...
Sebagai seorang kawan.

- Mirza Tabari -

Surat tadi terjatuh dari pegangan Razia, tatkala kilat sabung menyabung disusuli dengan bunyi guruh yang berdentum-dentum. Razia kerling luar jendela. Kelihatan air hujan sudah mulai menitik dengan lebatnya. Kemudian, Razia menjeling pula jam di dinding. 5:15 pm.

Selalunya waktu-waktu sebegini, suaminya sudah pulang ke rumah. Tapi kenapa masih tiada kelibat Harith sehingga sekarang? Sibuk sangatkah dia disana? Razia mula bangkit dari duduknya. Kakinya dibawa ke arah dapur. Pintu belakang dibuka.

This feelings...

Melihat titisan air hujan yang jatuh menyemai bumi, buatkan tubuh Razia diselubungi rasa ketenangan. Suara hujan yang jatuh ibarat meladi damai dari okestra langit. Razia majukan langkah dan berdiri di tengah-tengah sambil air hujan mula membasahi dirinya. Seketika, tubuh Razia jatuh melurut di atas rumput.

Air matanya sudah sebati dengan air hujan. Hanya alam sahaja yang tahu betapa berkecamuknya hati dia sekarang. Razia meraung dalam tangisan. Jeritan, raungan buatkan Razia suara batinnya menjadi lega. Rambut basah yang hampir menutupi separuh mukanya dibiarkan begitu sahaja.

Razia pegang dada kirinya.

Tuhan...

Kenapa rasa sakit sangat-sangat?

_____•_____

Harith keluar dari perut keretanya. Hari ini memang dia pulang lewat sikit dari pejabat. Kerja yang bertimbun tambah pula dengan kegusaran memikirkan keadaan Mariam buatkan Harith melangut tidak berbuat apa-apa disana. Seketika, baru dia tersedar untuk pulang. Jalan pula sedikit jem tatkla orang ramai mula berpusu-pusu pulang dari tempat kerja.

Perkara pertama yang Harith cari sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah ada isterinya, Razia. Harith naik ke tingkat atas. Menolak pintu bilik dan berharap isterinya ada di dalam sana. Namun, sangkaan jauh meleset tatkala bayangan Razia langsung tiada di dalam bilik tidur mereka.

Dada Harith mula berubah rentak. Anak tangga dituruni dengan pantas. Nama Razia diseru berkali-kali, namun masih tiada sebarang sahutan.

"Razia... Razia kat mana sayang?" panggil Harith.

Harith melangkah masuk ke dalam. Dan apabila kornea matanya menangkap pintu dapur yang sedikit terkuak buatkan Harith serasa, deja vu.

Tanpa fikir panjang, Harith terus berlari keluar. Hampir pitam dia tatkala melihat Razia yang sedang melutut sambil menundukkan kepala. Badannya sudah basah lencun dan tubuhnya jelas menggigil dek kesejukan.

"Allahuakbar, sayang!" jerit Harith cemas.

Harith berlari mendapatkan isterinya. Kut kerjanya dibuka lalu dililitkan disekitar tubuh Razia. Kemudian, badan Razia ditarik ke dalam pelukannya.

"Sayang kenapa buat macam ni? Tolong jangan buat abang risau," ujar Harith sambil dia mengucup dahi Razia berkali-kali.

Razia jatuhkan kepalanya di atas dada bidang Harith. Badannya jelas sudah tiada tenaga. Mahu bercakap pun dia sudah letih.

"Sakit..." kata Razia sepatah.

Harith nampak makin cemas dan risau. "Sakit? Sakit kat mana? Biar abang tengok..."

Tangan kanan Harith ditarik dan diletakkan di atas dada kirinya. "Sakit kat sini," balasnya.

Makin bertambah kerutan di dahi Harith. Kurang mengerti.

"Tengok Razia sakit, lagi buatkan abang sakit sayang... Ceritalah dekat abang. Abang sudi dengar. Kenapa? Siapa yang berani buat isteri abang sakit, hmm?" Rambut yang hampir menutupi wajah isterinya diselitkan dibelakang telinga.

Razia mendongak melihat wajah Harith. Baru sahaja setitis air jernih mahu menitis, ibu jari Harith lebih pantas menyekanya pergi.

"Shh... I know it hurts, but please don't cry... Abang tahu isteri abang kuat.Abang ada untuk Razia dekat sini..." pujuk Harith, lembut.

Razia rasa terharu kerana ada Harith disisinya yang setia mendengar segala luahan tatkala dirinya ditimpa rasa sedih. The only man who can truly make her feel as though this world is hers...

"Mirza dah pergi... Dia dah keluar dari Malaysia," cerita Razia pada akhirnya.

"Kenapa? Dia dapat sambung belajar dekat luar negara ke?" soal Harith ingin tahu.

Razia menggeleng kecil. "Razia tak tahu... Tapi Razia terasa dengan Mirza sebab dia pergi tanpa bagitahu Razia pun. Razia dapat tahu pun daripada Malik."

Harith menghela nafas pendek. Kepala Razia diusap perlahan. "Mungkin ada sebab kenapa Mirza tak bagitahu sayang bila dia pergi. You know what, bila kita sayangkan seseorang itu, kita tak akan sanggup pun tengok dia sedih. Mirza tahu dengan pemergian dia nanti, akan buatkan Razia sedih," ujar Harith.

Tubuh Razia mengeras serta-merta. Sayangkan seseorang? Harith dah tahu ke yang Mirza pernah taruh harapan padanya dulu?

"Tapi bukankah itu lagi sakit? Boleh aje dia maklumkan pada Razia awal-awal," kata Razia lagi.

"For what?" tanya Harith ringkas. Keningnya terjungkit sedikit.

Razia gamam. Huh, untuk apa? Dia juga tiada jawapan.

"Sayang... Bila seseorang tu tinggalkan kita tanpa sebarang kata, it's a painful reminder that not every chapter in life comes with a proper goodbye. Dengan permergian seseorang itu, barulah kita boleh belajar untuk menghargai kenangan yang tinggal."

Razia hanya mampu menganggukkan kepalanya akur. Kelopak matanya dipejam seketika. Sesaat kemudian, suara Harith memukul gegendang telingannya.

"Eh sayang, jangan tidur dekat sini pula... Jom kita masuk dalam. Tengok sampai dah kecut dah tangan ni." Tangan runcing Razia dibelek-belek Harith.

"Tapi Razia nak mandi hujan lagi," ujar Razia sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

"I wish I could answer yes, but the answer is no. Mandi hujan lama-lama sangat pun tak elok juga. Nanti sayang demam panas. Kita mandi dalam rumah aje ya?" Harith memujuk, lembut. Kemudian, dia juga sudah bangun berdiri.

"Mandi dalam rumah tak sama dengan mandi air hujan abang. Boleh la... Sekejap aje lagi," pujuk Razia sambil dia mendongak melihat suaminya. Hujung baju Harith ditarik-tarik.

Harith sudah menggelengkan beberapa kali. Ah, tahu sangat permainan isteri dia ni. Mulalah tu nak mengampu. Sebelum Harith makin cair dengan pujukan isterinya, Harith terus mencempung tubuh genit Razia.

"Abang!" Razia menjerit kecil dek kerana terlalu terkejut. Tangannya sempat dililitkan di sekitar leher Harith.

"Dalam bilik air tu ada air pancut. Sayang nak mandi ke berkubang lama-lama pun, abang tak kesah. Tapi, kalau nak mandi hujan is a big no sayang..."

Razia mencebirkan bibirnya tanda kurang berpuas hati.

"Kenapa? Tak suka juga? Kalau macam tu, abang tak ada cara lain dah," kata Harith sebelum dia menolak rapat pintu dapur menggunakan kakinya.

Kening Razia bertaut. "Huh? Abang nak buat apa?" soal Razia ingin tahu.

Bibir Harith merekah dengan senyuman tipis sebelum dia mula berbisik, "Kendi su çeşmemi yapmak." Matanya dikenyitkan sekali.

Razia sudah terkebil-kebil memandang suaminya. Sungguh sepatah perkataan pun dia tak faham. Rasa macam baru dengar bahasa alien. Seketika, baru Razia teringat yang suaminya dulu adalah graduan dari luar negara. Padanlah tahu bahasa pelik-pelik ni.

Apa yang dikatakan Harith tadi hanya dibiarkan seperti angin lalu sahaja. Razia hanya menganggap apa yang dikatakan Harith tadi adalah...

"Dah pergi mandi, nanti abang marah."

_____•_____

Mangkuk dan segelas air kosong diletakkan di atas meja kecil yang berada di tepi katil. Harith melabuhkan duduknya. Deja vu kuasa dua.

"Macam mana ya abang nak nasihatkan isteri abang yang degil sangat ni?" Pundak hidung Razia dicuit lembut.

Razia senyum tipis. Ya, dia tahu salah dia. Kalau dia tak mengada mahu mandi hujan tadi, tak adanya dia terlantar sahaja di atas katil ni, dengan koyok yang sudah bertampal-tampal. Lepas mandi, suhu badannya mula mencanak naik. Sudah dipesan beberapa kali yang antibodinya sangat lemah, dan mudah sangat jatuh sakit.

Dan sekarang Razia mula rasa serbasalah lagi, tatkala harus melihat suaminya yang nampak sangat keletihan dalam menjaga dirinya.

"Razia minta maaf sebab banyak susahkan abang..." ucap Razia dalam rasa serbasalah yang menghurungi diri.

Harith hanya membalas dengan senyuman. Sambil-sambil itu, tangannya masih sibuk mengurut kedua belah kaki Razia.

"Tak ada istilah 'menyusahkan' dalam rumah tangga sayang... First of all, I'm a man, and I'm a husband. Tanggungjawab seorang lelaki ni besar Razia. Bukan sekadar menyediakan keperluan harian atau bagi kasih sayang semata-mata. It's not enough. Tugas suami dan isteri melibatkan banyak perkara. Antaranya, kerjasama. Rumah tangga yang bahagia itu, dibangun atas dasar kerjasama. Setiap langkah yang kita ambil akan mengukuhkan lagi sesebuah masjid itu."

"A happy marriage is a masterpiece that evolves with love, patience, and the art of understanding. The point is, dua-dua memainkan peranan yang penting. Tak ada abang, maka tak adalah Razia. Dan tak ada Razia, maka tak adalah abang. Faham sayang?" soal Harith lembut.

Razia mengangguk dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

"Sayang nak makan? Abang boleh tolong suapkan?" soal Harith sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah bubur nasi yang baru dimasaknya tadi.

Razia menggeleng. "Taknak, Razia nak abang."

Hampir nak terjojol biji mata Harith. "Hah?" Suaranya ternaik sedikit.

Melihat reaksi pelik yang diberikan suaminya buatkan Razia jadi kelu. Pantas sahaja di cover balik. "Tak, maksud Razia, Razia nak abang baring dekat tepi Razia. Razia nak peluk abang," terang Razia.

Harith hembus nafas lega. Fuh! Ingatkan apalah tadi. Perlahan-lahan, Harith mengubah posisinya dan bersandar disebelah Razia. Razia terus melentokkan kepalanya di atas riba Harith.

Dia sukakan posisi ini. Sangat nyaman dan tenang.

Mereka berdua hanya senyap buat beberapa minit.

"Abang, Razia nak tanya sikit boleh?" pinta Razia.

"Hmm? Apa tu?"

Razia mengisyaratkan supaya Harith berbaring disisinya. Setelah Harith sudah berbaring menghadapnya, Razia hanya merenung wajah tampan suaminya buat beberapa minit. Tangannya dililitkan di atas pinggang Harith.

"Kenapa abang pilih untuk kahwin dengan Razia?"

Tergamam sekejap Harith dengan soalan yang ditujukan Razia tadi. Rambut isterinya dibelai lembut. "Kenapa sayang tanya macam tu?"

"Saja. Razia cuma nak tahu kenapa abang pilih perempuan yang tak ada apa-apa sedangkan abang ada segalanya. Lepas Razia kahwin dengan abang, Razia selalu rasa yang Razia masih tak layak untuk jadi isteri abang. Razia tak matang dan Razia tak pandai nak kawal perasaan Razia. Razia selalu terasa walaupun benda tu kecil aje sebenarnya..." luah Razia dalam dakapan hangat suaminya.

"The way you look at yourself and the way I see you are totally opposite sayang... Abang nampak apa yang orang tak nampak pada Razia. Kalau dia orang nampak Razia macam batu, abang pula nampak Razia macam berlian. Kalau Razia hujan bagi dia orang, tapi bagi abang pula Razia adalah pelangi. It's the way we see ourself sayang. Kita hanya akan cantik dimata orang yang tepat." Pipi Razia dielus lembut.

Razia ketatkan lagi pelukan mereka. Wajahnya disembamkan di dada bidang Harith.

"To make it fair, giliran abang pula nak tanya sayang. Kenapa Razia tetap terima pinangan abang, dalam pada Razia rasa Razia tak layak jadi isteri abang?" soal Harith.

Razia mengangkat wajahnya dalam senyuman. "Sebab abang lain daripada yang lain. Razia tak tahu, tapi Razia rasa selamat bila berada dengan abang. Masa itu, Razia yakin, abang adalah orang yang tepat buat Razia. Razia yakin abang boleh bimbing dan jaga Razia dengan baik. You're like a protector in the gentle strength of a man," jawab Razia jujur.

Harith cubit pipi kiri Razia. "Abang tak tahu pula yang isteri abang ni pun mulut manis."

"I guess it comes from you," jawab Razia selamba.

Tawa mereka berdua bersatu. Seketika, Harith memeluk tubuh isterinya sambil dia mengucup dahi Razia lembut. "Let's promise not to walk away from each other," bisik Harith penuh syahdu.

"Seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekori cahaya, my presence will always follow yours. Razia sayangkan abang. Sangat-sangat," ucap Razia dengan air mata yang sudah bergenang.

"I love you too sayang, for sure lebih lagi dari Razia cintakan abang... Abang harap abang boleh jaga Razia sampai akhir hayat abang. Dan abang harap, hanya maut yang boleh memisahkan kita..."


tbc

Continue Reading

You'll Also Like

465K 27.4K 56
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023
1.3K 343 12
2022/2023 Kalaupun bicara atma itu didengari, belum tentu yang mendengar itu memahami apatah lagi mendalami. ••• PUBLISHED ON, 15 OCTOBER 2022.
496K 20.2K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
1M 53.5K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...