RAZIA [ C ]

Av leesophielia

563K 22.2K 888

Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang... Mer

PROLOG
BAB 01 (edited)
BAB 02 (edited)
BAB 03 (edited)
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
EPILOG
SPECIAL CHAPTER I 🍪
SPECIAL CHAPTER II 🎁
SPECIAL CHAPTER EID 🎇

BAB 34

6.4K 259 6
Av leesophielia

Razia mencelikkan matanya. Segenap inci ruang bilik tidurnya sudah terang dengan simbahan cahaya matahari. Razia terpisat-pisat menahan kantuk. Seketika, ruang disebelahnya diraba-raba.

Kosong.

Razia terus tegakkan badannya. Mana Harith? Takkan dah pergi kerja? Kalau dah pergi, kenapa tak kejut dia dulu?

Apa yang Razia ingat, selepas solat subuh tadi, dia kembali terlelap. Lenguh dibadannya, alhamdulillah sudah kurang, cuma pening di kepala masih tersisa. Koyok masih ditampal di kedua belah dahinya. Razia ikat rambutnya gaya messy bun sebelum dia terus turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik tidurnya.

Turun sahaja anak tangga, aroma masakan yang sangat menyelerakan menyucuk rongga hidung Razia.

Sedapnya bau...

Razia menganggap yang sedang memasak di dapur sekarang, adalah Mak Jah. Orang gaji yang diambil Harith tempoh hari. Sebab selalunya, Mak Jah saja yang rajin memasak di dapur. Razia melangkah dengan senang hati. Perutnya yang sudah berkeroncong diusap lembut.

Apa agaknya Mak Jah masak...

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk dapur, tubuh Razia mengeras. Sangkaannya tadi jauh meleset. Dia sangkakan Mak Jah, rupa-rupanya...

"Abang?" tegur Razia, hairan. Apa Harith buat disini? Bukan ke sepatutnya Harith sekarang ada di pejabat. Bekerja. Harith masih khusyuk di hadapan dapur gas dengan siap memakai apron bewarna hitam.

Harith menoleh isterinya dengan pandangan lembut. "Sayang dah bangun? Badan macam mana? Sakit lagi?" soal Harith bertalu-talu.

Razia berjalan merapati suaminya yang sedang berperang dengan kuali panas itu. Keningnya terjongket sedikit.

"Abang buat apa ni? Tak pergi kerja ke?" Soalan yang ditanya Harith tadi, dibiarkan sepi. Sebaliknya, Razia pula yang menyoal.

Harith senyum segaris kemudian menggeleng. "Tak. Abang ambil cuti harini. Razia kan tak sihat lagi. Nanti, siapa nak jaga sayang?"

"Mak Jah?"

"Mak Jah tak ada sayang... Maj Jah minta cuti balik kampung. Anak dia sakit," terang Harith.

Razia hanya mengangguk faham. "Tapi Razia dah sihat la... Lenguh semalam pun dah hilang," kata Razia dengan yakinnya.

Harith menggeleng. Api gas ditutup sebelum dia memusingkan badannya menghadap Razia. Kemudian, tangan isterinya ditarik mengikutinya.

"Tak ada maknanya dah sihat yang, kalau kiri kanan dah bertampal-tampal macam gitu," ujar Harith. "Duduk dulu, bagi abang sambung masak."

Razia menurut. Punggung dilabuhkan di atas kerusi di meja makan disitu. Baru sahaja Harith malu melangkah pergi, Razia pantas menyambar lengan suaminya.

"Abang masak apa?" soal Razia sambil menyengih.

Harith senyum segaris. "Razia nak makan apa? Abang boleh tolong masakkan?" soal Harith berbalik pada Razia. Kemudian, Harith kerling jam dinding. "Tapi sekarang baru pukul sembilan pagi, kita makan ringan-ringan dulu. Nanti, tengahari abang masak lauk lain," tambah Harith lagi.

"Emm... Kalau macam tu, Razia nak makan bihun goreng boleh? Dulu, kalau kat Rumah Kak Dibah, Kak Dibah selalu masakkan bihun untuk sarapan," pinta Razia sambil dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

Harith mengangguk. "Bihun goreng aje?"

"Tambah telur mata! Tapi pastikan kuning telur tu cair tau abang," pesan Razia. Dah macam oder kat mamak dibuatnya.

Harith tergelak. Pucuk hidung isterinya dicuit lembut. "Baik! Anything for my queen!" Setelah itu, Harith terus berlalu ke arah dapur gas semula.

Razia hanya memerhatikan Harith dengan senyuman tipis. Haila... Untungnya dapat suami macam ini.

Razia menongkat dagunya. Jari telunjuknya mengetuk meja makan. Bosan pula menunggu. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Razia bingkas bangun dari duduknya. Terjengket-jengket kakinya, punyalah taknak Harith perasan.

Razia menuju ke arah akuarium. Bibirnya menguntum satu senyuman. Tapi sayangnya, ikan di dalam akuarium itu hanya tinggal seekor. Razia masih tidak dapat melupakan peristiwa Oscar mati tempoh hari. Punyalah dia bangga, dapat memberikan nama pada ikan itu, alih-alih kejung terus.

Razia membongkokkan sedikit tubuhnya. Bakul makanan ditarik dan dilemparkan beberapa butir makanan ke dalam.

"Makan banyak-banyak... Awak jangan mati macam kawan awak pula," pesan Razia kepada ikan itu.

"Siap!" Harith senyum bangga. Kepalanya menoleh ke arah meja makan. Seketika, kening lebatnya bertaut. Mana Razia? Harith terus berlalu ke arah meja makan sambil membawa pinggan ditangannya.

"Sayang..." seru Harith lembut. Pinggan diletakkan.

Sunyi.

"Mana pula dia pergi?" gumam Harith, hairan. Harith membuka apronnya dan menyangkutkan sebentar di kerusi kayu itu. Kemudian, dia terus berlalu mencari bayang isterinya. Kaki Harith terhenti tatkala melihat isterinya yang sedang rancak berbual dengan ikannya.

Harith merapati Razia dengan senyuman tipis.

"Sini rupanya sayang... Jenuh abang cari," tegur Harith sambil dia menggelengkan kepalanya.

Razia tersentak. Pantas dia menoleh ke arah Harith dengan senyuman hambar. "Sorry, Razia bosan tadi. Saja nak tengok-tengokkan ikan abang ni."

Harith hanya mengangguk faham. Tak jadi nak marah.

"Razia baru teringat, abang tak sempat bagitahu Razia lagi apa nama ikan abang..." kata Razia tiba-tiba.

"Oh—" Harith juga seakan baru teringat benda itu. "Razia nak tahu?"

Razia mengangguk. Mestilah dia nak tahu juga.

"Abang dah fikir haritu, nama dia—" Sengaja Harith mematikan ayatnya untuk melihat reaksi isterinya.

Razia masih setia menunggu. "Apa dia?" soal Razia tidak sabar.

Harith diam untuk beberapa saat sebelum menjawab, "Queen..."

Hanya dengan satu patah kata itu mampu membuatkan dahi Razia berkerut. "Queen?" ulang Razia semula.

Harith mengangguk. "Ya, Queen. Sedap tak?"

"Sedap tu sedaplah... Tapi kenapa Queen? Queen dalam bahasa melayu, maksudnya ratu kan? Ikan ni ratu abang la ya?" soal Razia dengan nada memerli. Terbit sekelumit rasa cemburu dalam dirinya. Entahlah, dengan ikan pun dia boleh rasa cemburu sekarang. Ke perasaan dia saja?

Harith tergelak kecil. Bahu Razia dipaut lembut.

"Alahai... Comelnya dia cemburu," usik Harith. Pipi Razia dicubit geram.

Razia mencebirkan bibirnya. "Siapa kata Razia cemburu? Oh, nanti kalau abang nak tidur malam ni, abang ajak la 'Queen' abang tu teman," sindir Razia geram.

"Hei, takkan la sayang sanggup nak suruh abang tidur dengan ikan? Daripada abang tidur dengan ikan, baik abang tidur dengan sayang. Sayang boleh peluk abang, ikan tak boleh peluk," balas Harith. Mengusik.

Razia menjeling. Ah, apa-apa ajelah. Malas nak dengar. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Harith menarik lembut lengannya.

"Nak pergi mana? Abang tak habis lagi bercerita..."

Dan akhirnya Razia mengalah. "Hmm... Sambunglah cerita. Razia dah lapar ni," balasnya sekadar basa-basi.

"Razia tahu kenapa abang bagi nama ikan ni Queen?"

Soalan dari Harith buatkan Razia terkulat-kulat. Kepalanya digaru. Haisy! Manalah dia nak tahu. Dan akhirnya, Razia mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Empat tahun dulu, abang pernah cerita dekat Razia, kenapa abang suka dengan nama Razia. Ingat tak?"

"Ouh... Sebab apa entah. Razia lupa." Mudah Razia membalas.

Harith senyum tipis. Banyak makan semut bini aku ni...

"Razia ingat, kan abang pernah cakap, nama Razia sama macam seorang sultan sewaktu zaman Kesultanan Delhi dahulu. Razia Sultan namanya."

Razia mengangguk kepalanya beberapa kali. Hah! Baru teringat. Kan dia pernah beritahu, bab-bab sejarah ni dia kelaut sikit. Sebab itu susah sikit nak mengingatnya.

"Jadi apa kena mengena nama Razia dengan Razia Sultan ini?" soal Razia hairan.

"Kalau Razia Sultan adalah ratu sewaktu zaman Kesultanan Delhi, maka Razia adalah ratu untuk hati abang."

Razia terkedu. Boleh dirasakan wajahnya kini mula membahang. Mukanya menunduk memandang lantai. Tak ada kekuatan nak merenung anak mata Harith. Namun, tiga saat kemudian, Razia mendongak.

"Habistu Queen abang ni nak campak mana?"

Harith senyum simpul. "Ada sebab kenapa abang bagi nama dia Queen..." Harith mematikan ayatnya. Seraya, tangan runcing Razia ditarik dan dilekapkan di atas dada kirinya. "Sebab abang nak setiap kali abang tengok dia, abang akan teringatkan ratu hati abang ni," sambung Harith, lembut.

Razia termangu dengan kata-kata suaminya. Tangan Harith yang berada di atas tangannya buatkan tubuh Razia terasa longlai. Razia simpan senyum. Tipulah, kalau dia tak terkesan dengan ayat-ayat lembut Harith tadi. Rasa nak meletup juga jantung ni.

"Err... Jom kita makan? Razia lapar." Pantas Razia menukar topik perbualan. Kekok sungguh!

Harith tergelak. Comel...

"Jom..." Tangan isterinya ditarik.

Razia hanya menurut tanpa sebarang kata.

_____•_____

Pintu bilik Mariam ditolak kasar. Elma menerjah masuk tanpa sebarang salam. Kemudian, pintu tadi ditutup menggunakan kakinya. Ditangannya ada sepinggan nasi berisi lauk-pauk. Disebabkan dari pagi, Mariam tidak turun makan, jadi Datin Kalsom yang beria-ia menyuruh Elma menghantar makanan kepada Mariam. Macam dah tak kaki nak hantar sendiri! Urgh!

Mariam tersentak. Tangannya yang sedang menconteng diari tadi terhenti. Kepalanya menoleh ke arah muka pintu. Bila kornea matanya menangkap wajah bengis Elma, Mariam mengeluh perlahan.

"Mama Elma—" sapa Mariam perlahan.

Elma menjeling. Pinggan tadi dihempaskan di atas meja kopi yang berada di dalam bilik Mariam. "Lain kali jangan nak menyusahkan orang je kerjanya. Nak makan turun sendiri. Aku ni mengandung. Tak pasal-pasal kena jadi kuli tak berbayar kau!" Kata-kata Elma tadi penuh dengan sindiran yang sinis.

Mariam bangkit dari duduknya dengan rasa serbasalah. "Maaf mama Elma, tapi Mayam tak lapar pun."

Elma merengus. Tangannya mencekak pinggang. "Wow! Macam itu aje kau cakap? Tak lapar? Kau tahu tak betapa susah payahnya aku nak bawa makanan kau kesini? Lepastu, senang-senang kau cakap kau tak lapar?!" marah Elma.

Mariam menunduk.

"Sini sekejap," panggil Elma, dingin.

Mariam telan liur. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Elma dengan penuh rasa ketakutan.

"Duduk..." arah Elma sepatah.

Mariam menurut. Elma juga melabuhkan duduknya disisi Mariam.

"Kau tak ada selera sebab tak ada orang nak suap kau kan? Sebab dulu kalau ada Harith, dia aje yang rajin nak melayan kau. Memandangkan sekarang Harith tak ada, biar aku yang gantikan dia..." Pinggan tadi dibawa dan diletakkan di atas pahanya. Tanpa ada rasa sedikit belas kasihan, sesuap nasi disumbat ke dalam mulut Mariam dengan kasar.

"Uhmp!" Mariam terbatuk. Beberapa butir nasi tersembur keluar dari mulutnya. Hampir sahaja dia mahu tercekik disitu.

"Kutip nasi tu," arah Elma senada. "Aku bukan bibik nak sapu lantai bilik kau pula..." sambung Elma.

Lekas-lekas Mariam mengutip beberapa butir nasi yang berterabur di lantai. Baru sahaja dia mahu meletakkan sisa nasi itu di atas meja, Elma pantas menghalang. "Makan nasi tu. Jangan nak membazir."

"Tapi, nasi ni dah kotor?" balas Mariam berani.

Elma berdecit. "Ada nampak muka aku kesah? Makan ajelah! Tak mati pun la Mariam!" herdik Elma.

Terhinjut bahu Mariam dengan jerkahan Elma tadi. Perlahan-lahan dia memasukkan sisa nasi tadi kedalam mulutnya. Kolam matanya sudah bergenang dengan air mata.

Pak ngah, Mayam nak pak ngah...

Sesuap nasi lahu disumbat ke dalam mulut Mariam. Mariam tak mampu nak berbuat apa-apa. Dalam payah dia cuba menelan nasi tersebut. Walaupun sudah rasa seperti mahu tercekik, tetapi Mariam tetap mendiamkan dirinya.

Setelah beberapa suapan, Elma bangun dari duduknya. "Kalau kau harapkan, aku suap kau macam mana Harith suap kau, alamatnya kau silap Mariam. Kalau kau rasa kau tak suka dengan cara aku, kau boleh berhambus dari rumah ni!"

"Satu lagi, jangan pernah buka suara pada papa kau. Kalau aku tahu, nahas kau Mariam!" Setelah menuturkan, Elma terus berlalu pergi dari bilik Mariam.

Mariam menepuk dadanya beberapa kali. Botol air yang berada di atas meja belajarnya pantas dicapai dan diteguk sehingga licin. Air mata yang ditahan sedari tadi, akhirnya jatuh gugur ke bumi.

Tubuh genit Mariam serta merta jatuh melorot di sisi katilnya. Air matanya semakin galak jatuh, sehingga tubuhnya terhinjut-hinjut dek tangisan itu. Bingkai gambar yang terletak di atas mejanya dicapai.

Gambar sewaktu dia di Rumah Jagaan Bakti.

"Mayam nak keluar dari rumah ni... Mayam nak umi. Mayam taknak duduk sini dah," gumam Mariam sambil dia mengelus bingkai gambar tersebut. Setitis demi setitis air matanya mula jatuh di atas bingkai gambar tersebut.

"Bawalah Mayam pergi dari sini..."


tbc

Fortsätt läs

Du kommer också att gilla

259K 23K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
921K 81.4K 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap wak...
1M 53.4K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
25.6K 3.2K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...