"Answer me Balqis." Aisy bersuara lagi apabila aku masih diam. Bergetar suara lelaki itu melontarkan kata-katanya. Itu bermaksud yang Aisy memang marahkan aku sangat-sangat.
"Apa yang fikir tak sama dengan apa yang jadi. Saya boleh terangkan." Ujarku perlahan.
"Terangkan? Apalagi yang kau nak terangkan. Segala apa yang keluar daripada mulut kau semuanya bohonglah. Aku dah kenal kau lama Balqis. Alangkah masa bercinta pun kau boleh curang, apalagi bila dah kahwin. Gambar ni dah jadi bukti jelas yang kau curang belakang aku! Bukan sorang, tapi dua orang? Perempuan jenis apa kau ni? Kau sedar tak yang kau isteri orang ha?!"
"Tapi saya tak curang awak. Percayalah. Saya cuma..."
"Cuma apa? Nak pegang-pegang je? Nak rasa-rasa je? Come on, aku pun boleh bagi lah. Kalau kau nak lebih daripada tu pun aku boleh buat. Kau cakap je, aku boleh tolong puaskan untuk kau!"
Pangg!
Laju sahaja tanganku mendarat di pipi lelaki itu. Aisy yang tidak menjangka kan perkara tersebut memandang tajam kearahku dengan pandangan helangnya. Tapi ada aku kisah. Hati aku lagi sakit sekarang ni. Berani dia rendahkan martabat aku sebagai seorang wanita dan isteri dia.
"Watch your mouth. Jangan sampai apa yang keluar daripada mulut kau akan jadi racun dekat diri sendiri." Aku memandang tajam kearah lelaki itu.
Aisy gelak sinis.
"Betul apa yang aku cakap. Kau nak kepuasan je kan? Sebabtu kau cari jantan-jantan dalam gambar ni. Sebab kau tahu kau tak akan dapat daripada aku. Tapi kalau kau minta, aku dengan senang hatinya akan tolong kau."
"Sudah! Aku tak nak dengar dah." Aku terus membuka pintu untuk berlalu, namun pintu sudah dikunci sebelum aku membukanya.
"Siapa izinkan kau keluar?" Sinis lelaki itu memandangku. Wajahnya di dekatkan ke wajahku membuatkan hidung kami hampir berlaga. Aku telan liur. Badan sudah menggigil. Takut. Aku takut dengan lelaki ini sekarang.
"Chill. Nak takut apa? Aku ni suami kau kan?" Bulu romaku meremang setelah Aisy membisikkan ayat itu ke telingaku. Laju badan aku merespond dengan menolak badan Aisy agar jauh daripadaku. Tetapi laju sahaja Aisy menahan. Kedua-dua tanganku dipegang kuat. Disebabkan di dalam kereta membuatkan pergerakan aku terbatas.
"Lepaslah! Kau nak buat apa ha?"
"Cuma meminta hak aku sebagai seorang suami. Tak adil lah orang lain boleh pegang kau tapi aku tak kan?" Aisy senyum jahat.
Kepala hoodie yang menutupi kepalaku ditarik kasar dan menampakkan rambutku yang berikat tocang satu. Aku cuba menjarakkan diri namun tidak mampu. Sungguh aku nak keluar daripada kereta ini. Tak kisahlah kena pecahkan cermin ke apa yang penting aku nak keluar!
Tanpa menunggu lama, wajah Aisy tersembam di leherku. Kiri kanan leherku dicium dengan bernafsu membuatkan aku tidak senang duduk.
"Lepaslah! Tepi!" Sedaya upaya aku cuba melepaskan diri daripada terus diperlakukan seperti itu. Aku tahu itu tanggungjawab tapi bukan dengan cara ini dan bukan dengan emosi yang sekarang. Sekarang ni aku cuma dapat rasa yang aku seakan dirogol dengan suami sendiri. Peritnya hakikat itu membuatkan aku tekad untuk melepaskan diri dengan sisa kekuatan yang ada.
"Aisy please! Let me go." Tanpa sedar aku merayu. Sekali lagi airmataku jatuh untuk harini.
Aisy berhenti. Perlahan-lahan dia menjarakkan dirinya daripada aku. Aku menarik nafas kelegaan dalam diam.
"Aku tahu aku bukan perempuan yang baik. Tapi aku juga bukan perempuan yang engkau fikir. Aku tahu batas aku sebagai seorang isteri." Walaupun suaraku bergetar, tetap juga aku berusaha untuk bercakap.
"Bila mummy kau dan perempuan nama Sha tu hina aku perempuan murah, aku boleh sabar. Sebab aku tahu dia orang tak tahu apa hubungan kita sekarang ni." Aku berhenti kata. Cuba mencari nafas.
Kelihatan wajah Aisy sedikit terkejut. Mungkin tak sangka yang mummy dan bakal atau memang isterinya itu datang bertemu denganku.
"Tapi.. bila suami aku sendiri, orang yang kenal aku macam mana, orang yang aku sayang tuduh aku macam tu. Sumpah hati aku sakit sangat! Sakit tau tak!" Aku menepuk-nepuk dada kuat dengan tangisan yang tersisa. Namun sedikit pun aku tidak melihat raut peyesalan di wajah lelaki itu. Benci sangat ke lelaki itu pada aku?
"Macam ni lah, kalau awak dah benci sangat dengan saya. Just let me go. You get what you want. You're mission is totally complete. Saya tak rasa awak perlukan saya lagi. Saya dah cukup terseksa sekarang."
"Kau keluar." Aisy.
"Terima kasih untuk semua. Saya tunggu surat mahkamah daripada awak." Aku terus berlalu keluar daripada kereta dan terus masuk ke dalam bilik.
Badan diselubung di bawah selimut. Hari ini merupakan hari yang paling teruk dalam sejarah hidup aku. Semuanya datang bertimpa-timpa. Aku tak kuat. Sungguh aku tak mampu nak hadap semuanya.
📌
Aisy melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Kakinya hanya memiliki satu tujuan. Mummy dan Farisha. Sebab apa dia tahu Farisha ada di dalam rumah itu sebab kereta wanita itu ada di dalam garaj rumahnya.
"Abang?" Puan Sri Faezah Hani senyum manis melihat anaknya sudah pulang ke rumah.
"What have you done mummy?" Suaranya bergetar perlahan. Emosinya berkecamuk. Menahan geram dan perasaan pelik yang menerpa hatinya sebentar tadi. Entah kenapa rayuan Balqis tadi berjaya menyentakkan tangkai hatinya. Hatinya turut sakit apabila melihat wanita itu menangis. Lagi-lagi disebabkan dirinya sendiri.
"Abang cakap apa ni?"
"Kenapa mummy jumpa Balqis? Kenapa mummy?"
"Oh jadi perempuan tu dah mengadu la iye? Dasar perempuan murah. Berani dia mengadu dekat Aisy mummy datang sana. Mesti dia lagakan mummy dengan Aisy kan?" Farisha seakan menambah minyak di atas api yang marak. Aisy memandang tajam kearah Farisha membuatkan wanita itu bersembunyi di belakang Puan Sri Faezah Hani.
"Mummy jumpa perempuan tu sebab nak selamatkan abang daripada terus digunakan. Perempuan tu ada niat jahat dekat abang tau tak."
"Niat jahat apa mummy? Tell me. Apa yang mummy tahu tentang Balqis!"
"Tak payah jerit-jerit dengan mummy abang. Abang lupa ke abang tengah cakap dengan siapaa sekarang ni?" Lantang mummy bersuara membuatkan emosi Aisy sedikit menurun.
"Dia dekat dengan abang sebab nak balas dendam dengan mummy dengan hancurkan keluarga kita."
"For what?"
"Sebab mummy suruh dia pergi daripada hidup anak mummy dulu. Mummy tak akan restu hubungan kamu berdua tapi mummy tak boleh nak halang apa sahaja keputusan kamu. Sebabtu mummy jumpa dia dan buat dia pergi."
Penerangan mummy membuatkan dia terkedu. Jadi sebab ini ke Balqis pergi daripada hidupnya?
"Oh jadi semua ni angkara mummy la? Balqis tinggalkan abang selama ni sebab mummy la macam tu?!" Jerkah Aisy tanpa sedar. Entah kenapa emosinya tidak mampu hendak ditahan lagi. Tidak kisah dengan siapa dia bercakap asalkan dia dapat jawapan yang dia mahu.
"Yes! Sebab dia tak sekufu dengan kita Aisy. Tak ada apa yang kita boleh banggakan daripada perempuan tu kalau dia masuk dalam keluarga kita!"
Aisy senyum sinis.
"Apa yang mummy banggakan sangat dengan harta pangkat ni semua ha? Mummy bahagia ke bila dah hancurkan kebahagiaan anak mummy sendiri? Mummy bahagia ke dah buat abang terseksa macam ni? Mummy bahagia ke?!" Bergema suara Aisy di seisi rumah agam itu membuatkan Farisha sedikit mati kutu di belakang Puan Sri Faezah Hani. Mungkin tidak menyangka yang Aisy akan semarah itu sekarang ni.
"Aisy Zulfan. Sedar sikit kamu tengah bercakap dengan siapa tu!" Tengku Hamidi mendekati kami yang berada di ruang tamu sambil memandang kearah si anak yang seakan sudah kehilangan kewarasan diri. Dia mengeluh perlahan.
"Tapi mummy dah melampau! Sampai hati mummy sanggup musnahkan kebahagiaan anak mummy sendiri. Aisy ni anak mummy bukan orang luar!" Aisy terduduk diatas anak tangga yang ketiga sambil memandang lantai.
"Mummy buat semua ni demi kepentingan abang. Mummy tak nak abang dekat dengan perempuan murah macam tu!"
"She's my wife! Dia bukan perempuan murahan dan dia bukan perempuan simpanan. Tapi dia isteri abang yang sah! So stop judge her. Please!" Aisy merenung tajam wajah dua orang wanita yang berada di hadapannya. Jelas wajah terkejut dengan apa yang baru di sampaikan sebentar tadi.
Hatinya sakit dan perit. Ya ALLAH apa aku dah buat pada isteri aku. Kenapa? Kenapa aku sanggup menghukum dia sebegitu tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada dia. Teruknya diri ini sebagai seorang lelaki bergelar suami.