25 ~

103 7 0
                                    

Serba salah pula bila ada niat jahat tadi. Buka sahaja pintu bilik air, elok sahaja Aisy sedang solat isyak. Dalam diam hatiku sedikit tersentuh melihat lelaki itu. Wajah Aisy yang tenang aku pandang agak lama. Bila lagi aku nak dapat tengok muka tenang dia selain harini. Mungkin lepas sahaja lelaki itu siap solat, wajah annoyingnya padaku akan kembali.

"Pandang apa? Tak pernah tengok orang kacak ke?"

See... Dia kembali kepada Aisy yang normal. Aku buat muka tanpa memberikan sebarang balasan.

"Sejadah tak payah lipat. Saya nak guna." Aisy menurut sebelum baring diatas katilku sambil bermain telefon bimbitnya.

Selesai solat isyak, aku menuju ke meja solek. Walaupun duduk rumah je, penjagaan wajah wajib dijaga. Memang daripada dulu aku fokus pada kecantikan dan kekemasan diri. Bukan apa, tak nak lah orang tak selesa bila dekat dengan kita lagi-lagi orang yang baru kenal. First impression is the key.

Siap semua, aku termenung di meja solek. Nak tidur mana ni. Katil aku dah ada orang duduk. Sofa pula tak ada. Toto kat bawah. Mau semua pandang bila aku angkut daripada bawah. Takkan nak tidur lantai kot. Dalam bilik sendiri pula tu. Sedih betul.

"Termenung apa? Tidur jelah sini. Jangan risau aku tak akan sentuh kau." Aisy bersuara seakan memahami apa yang aku fikirkan.

"Tak payah ulang ayat sama la. Menyampah dengar." Aku mencebik sambil berjalan menuju kearah katil. Aku duduk di birai katil. Ambil nafas sebelum mengambil tempat diatas katil sendiri.

"Jangan sesekali lebih daripada bantal ni." Aisy seakan membuat penghadang antara kami.

Tapi macam terbalik je. Patutnya aku yang cakap macam tu bukan dia.

"Awak pun jangan risau, saya tak akan sentuh awaklah." Balasku laju.

"Good!"

Aku baring membelakangkan Aisy. Itu lebih baik. Malas pandang muka dia. Macam mana lah nak terus hidup dengan mamat ni. Awal-awal lagi dah buat dosa.

Tapi dia sendiri yang tak nak. Aku tak cakap apa-apa. Bukan bermaksud aku nak, tapi tak adalah sampai cakap benda kejam macam tu. Kalau tak suka pun diam-diam jelah. Perlu ke sakitkan hati aku?

'Perlu Balqis. Lupa ke dia kahwin dengan kau pun sebab nak sakitkan hati kau je. Derita aku bahagia dia. Jangan pernah lupa ayat itu.'

Aku mengeluh perlahan tanpa sedar. Tiba-tiba aku meragui keputusan yang aku buat sendiri. Kenapa eh dah tahu tak bahagia tapi aku masih pilih untuk hidup dengan dia.

Kenapa?

📌

Lena betul aku tidur harini. Entah kenapa sedap pula memeluk bantal besar ni. Tangan sibuk berjalan-jalan diatas bantal besar itu. Tapi kenapa bantal ni macam ada sixpack? Ada haba?

'Sixpack? Haba?'

Terbuntang luas mataku dibuatnya. Perlahan-lahan aku melihat kearah bantal yang aku peluk. Aku telan liur. Macam mana aku boleh peluk dia ni?!

Mana bantal yang pisahkan kami tadi?

Laju aku mengalihkan tangan daripada badan lelaki itu. Jarak juga dijauhkan secepat mungkin sebelum lelaki itu sedar. Aku berpaling kearah wajah lelaki itu. Tenang dan biasa macam tak ada apa-apa jadi. Harapnya mamat ni tidur mati tak perasan aku peluk dia!

'Dia ni pun kenapa lah bukak baju. Tak tahu ke ni rumah orang?' Gumamku di dalam hati.

Perlahan-lahan aku menutup badan Aisy menggunakan selimut. Tak selamat betul aku tidur sebelah dia ni lah. Laju kaki menuruni katil sambil memeluk dua buah bantal dan tidur di atas lantai. Tak kisah la sejuk ke apa yang penting selamat. HAHAH!

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila cahaya lampu mula menyinari mataku. Aku blur seketika sebelum memandang keliling.

"Bukan ke semalam aku tidur lantai? Ke aku mimpi?" Gumamku sendiri apabila mendapati diri berada diatas katil.

Pintu bilik air terbuka membuatkan aku sedikit terkejut. Hilang terus segala persoalan di dalam fikiran.

"Arghh!" Aku menjerit kecil sambil menutup mata. Pagi-pagi dah sarapan sixpack mamat ni! Kata tak suka aku, tapi tak payah la nak goda aku. Memang saja ke nak aku syok sendiri nanti.

"Gelabah kenapa?" Aisy bertanya dengan lagak bersahaja. Masih lagi kekal bertuala tanpa ada niat hendak menukar kepada pakaian.

"Awak tu dah kenapa macam tu? Kenapa tak pakai baju dari bilik air je?" Marahku.

"Kenapa? Tergoda ke? Mesti kau menyesal kan sebab tinggalkan aku dulu? Kalau tak mesti sekarang kau boleh bahagia dengan aku."

Aku diam.

Aku rasa ayat ini takkan jemu keluar daripada mulut mamat ni sampai aku mati agaknya.

"Apa-apalah." Jawabku malas.

"Cepat mandi. Turun sama-sama."

"Kenapa? Tak sabar-sabar ke nak berlakon jadi menantu terbaik kat dalam rumah ni ha?" Selarku pakej dengan jelingan.

"Mestilah. Aku kan orang yang akan bahagiakan kau. Takkan lah nak tunjuk perangai pelik-pelik pulak." Perkataan bahagia sengaja ditekankan. Terngiang-ngiang ayat pemanis gula yang Aisy berikan pada mama sebelum ni.

'Bahagiakan aku konon!' Aku mencebik sebelum meluru masuk ke dalam bilik air. Daripada terus berdebat, baik aku mandi lagi bagus.

📌

"Bila adik balik Melaka?" Mama

Suapan aku terhenti. Aku memandang kearah mama sebelum menjawab.

"Petang ni. Dalam pukul tiga macam tu." Terangku.

"Aisy hantar ke?" Ayah pula bersuara.

"Eh taklah. Adik drive sendiri. Kalau Aisy hantar macam mana pula adik nak pergi kerja nanti tak ada kereta."

"Aisy?" Ayah kerut dahi. Begitu juga aku.

"Dah kahwin kan? Cuba bahasakan suami tu abang. Ni panggil nama je." Mama pula menyampuk.

Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Abang? Mama nak aku panggil dia abang? Aku memandang Aisy sekilas. Sudah pasti lelaki itu sedang senyum kemenangan. Arghh! Tekanan aku lah.

"Iyalah." Redha.

"Ha Aisy kamu bila lagi nak kenalkan dengan keluarga kamu?" Ayah

Sudah pasti apabila perkataan keluarga keluar, leher aku seakan terjerut sendiri. Perkara yang paling menakutkan selain Aisy adalah keluarga lelaki itu.

"Haa Inshaallah nanti Aisy kenalkan. Cuma bukan dalam masa sekarang." Lambat-lambat lelaki itu menjawab.

"Kenapa?" Ayah

"Keluarga saya ada masalah sikit. Nanti dah selesai semua saya akan beritahu semula."

"Jangan cakap keluarga kamu tak suka Balqis?" Mama

"Eh tak adalah. Jangan risau." Yakin

"Betul ni?" Mama sudah tidak sedap hati.

"Betul. Mama dengan ayah jangan risau. Keluarga saya okay je."

"Kalau macam tu oklah." Mama

"Mama Qis nak keluar kejap. Sebelum zohor Qis balik." Aku bersuara. Namun tiada balasan daripada mama mahupun ayah.

"Apa? Tak boleh ke?"

"Tanya suami tu. Bukan tanya kami." Mama

Aku rasa nak tepuk dahi sendiri. Macam mana boleh lupa yang aku dah kahwin.

"Pergi mana pagi-pagi macam ni?" Aisy bersuara.

"Nak jumpa Sarah sebelum dia balik Kelantan."

"Kat mana?" Aisy

"Homestay hujung taman ni. Lambat sebab nak keluar dengan dia sekali." Terangku.

"Okay. Pergilah." Mataku terkebil-kebil setelah mendengar jawapan daripada Aisy. Baik pula.

Oh! Lupa dengan mama dengan ayah. Haaa

"Okay terima kasih!" Aku terus berlalu. Selagi boleh lari memang aku nak lari. Perlukan oksigen lebih untuk bernafas dengan baik.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now