6 ~

114 8 0
                                    

Sinaran lampu yang memancar membuatkan mataku sukar hendak dibuka. Namun seboleh mungkin aku mencuba. Aku memandang sekeliling. Ada nurse, ada doktor dan ada pesakit. Perlahan-lahan aku cuba menghadam semula apa yang jadi. Kenapa aku ada dekat hospital?

"Cik dah sedar?" Seorang jururawat menghampiriku dengan senyuman lebar di wajah. Cantik.

"Kenapa saya ada kat sini?" Aku bertanya perlahan.

"Oh tadi cik pengsan masa datang sini. Ada sedikit gegaran dekat otak cik akibat hentakan kuat di kepala." Terang jururawat itu sambil memeriksa iv drip yang terpasang di tanganku.

"Saya datang sini macam mana?" Aku bertanya lagi. Boleh jadi aku kemalangan dan perjumpaan aku dengan Aisy hanya mimpi. Kan? Sebab sekarang ni bayang lelaki itu pun aku tak nampak.

"Cik datang dengan seorang lelaki tadi."

"Lelaki? Siapa?"

"Tu." Aku melihat kearah figura yang ditunjukkan jururawat itu. Kecil besar kecil besar aku pandang.

"Nurse tolong cubit saya boleh?" Jururawat itu kerut dahi. Pelik mungkin.

"Tolong." Aku merayu sebelum lelaki itu tiba di sini dan....

"Sakit!" Aku mendesis kesakitan apabila pipiku kini sudah menjadi tempat cubitan jururawat tadi. Sah bukan mimpi. Nak lagi yakin, Aisy tak hilang daripada pandangan dan semakin mendekat. Aku telan liur.

"Err terima kasih." Dan lelaki itu juga tiba di hadapan mataku.

"Cik Balqis boleh balik lepas iv drip ni habis. Nanti boleh pergi kaunter untuk ambil ubat." Terang jururawat itu kepada Aisy. Aisy hanya mengangguk tanpa sebarang balasan.

Tak sekarang ni kenapa tak bagitau aku je? Perlu ke bagitau dia?

Sekilas aku memandang Aisy atas bawah. Walaupun hanya memakai pakaian kasual, lelaki ini tetap nampak kacak. Sama. Sama macam empat tahun lepas. Bezanya tiada lagi senyuman di wajah kacak itu. Hanya pandangan kosong.

Aku terus berpaling apabila Aisy duduk diatas kerusi yang berada di situ. Kami diam untuk beberapa ketika. Sampaikan aku tak boleh nak agak dia ada ke tak dekat situ.

"Don't you dare to hurt yourself again. No one can hurt you but me." Perlahan tapi cukup untuk aku dengar. Aku diam. Tak faham tapi aku yakin maksud dia sangatlah mendalam. Dia akan sakitkan hati aku sampai dia puas!

"Ikutlah." Balasku malas. Aku redha je sekarang ni. Jumpa lelaki ini semula pun dah dikira tidak bernasib baik.

Tetapi pada masa yang sama...

Aku teruja. Teruja dapat bersua semula dengan lelaki ini. Lelaki yang sangat aku rindukan. Tanpa sedar air mataku menitis perlahan. Namun hanya kubiarkan. Biarlah aku lepaskan semuanya harini.

Seperti yang dikatakan jururawat tadi aku dibenarkan pulang setelah ubat habis masuk dalam badan. Terasa ada benjolan kecil di dahi kiri tapi tak berapa nampak sebab dah tertutup dengan anak tudung. Dan sekarang kami sudah tiba di hotel itu semula. Sudah pasti aku lega. Dengan harapan aku takkan jumpa lelaki itu lagi.

"Kau tahu apa aku nak buat bila jumpa kau balik?" Aku yang tadinya ingin membuka pintu kereta terhenti. Tidak memandang tapi cukup untuk membuatkan lelaki itu faham yang aku sedang mendengar.

"Aku nak buat perkara sama macam kau buat aku dulu. Aku nak kau rasa macam mana aku rasa dulu. Aku nak kau rasa betapa sakitnya hati aku bila kau lebih pilih hidup kau sendiri berbanding hidup dengan aku." Aisy diam seketika.

"I will make sure that you feel it all!" Sambungnya. Tetapi kalini suaranya penuh dendam.

"Terima kasih untuk kebaikan awak harini. Saya harap kita tak akan berjumpa lagi."

"Come on. I love to seeing you again my love." Kalau dulu mungkin hati aku akan berbunga-bunga keriangan. Tapi sekarang hanya degupan yang tidak menyenangkan. Nak telan liur sendiri pun rasa kelat. Bayangkan betapa aku gerun dengan ayat yang keluar daripada mulut dia. Sungguh lelaki yang ada dihadapanku ini seakan lelaki asing.

Mungkin keadaan yang memaksa dia berubah. Dan puncanya adalah aku.

Tanpa kata aku terus berlalu. Makin lama duduk situ, makin panas punggung dibuatnya. Serba tak kena jadinya.

Masuk sahaja di dalam kereta sendiri. Aku melepaskan nafas kelegaan. Betul hari yang panjang. Tengahari sampai, malam baru jumpa rumah. Sudah pasti perkara pertama yang aku dapat dibebel oleh mama dan ayah apabila aku tak dapat dihubungi.

Betul mencabar hari aku harini.

📌

Mata memerhati kenderaan lalu lalang daripada balkoni rumahnya. Perasaannya bercampur baur. Marah, sedih, gembira semua menjadi satu. Tidak tahu mana satu perasaan yang sebetulnya. Dia mengeluh perlahan sekali lagi. Entah kali ke berapa pun dia tak pasti. Tak dan nak kira la mengeluh berapa kali ha.

"Aku nak buat perkara sama macam kau buat aku dulu. Aku nak kau rasa macam mana aku rasa dulu. Aku nak kau rasa betapa sakitnya hati aku bila kau lebih pilih hidup kau sendiri berbanding hidup dengan aku."

"Mampu ke aku nak sakiti dia?" Aisy mengeluh lagi. Berkata memang mudah. Tapi untuk membuat sesuatu yang tidak pasti cukup membuatkannya termenung sendiri.

'Tapi dia memang patut pun rasakan apa yang kau rasa selama ni. Kau lupa ke apa yang dia dah buat kat kau dulu? Jangan pernah kalah dengan perasaan kau sendiri Aisy. Wake up. You need revenged now!'

Suara hatinya bersuara membuatkan dia sedikit tersentak. Tersedar akan kebenaran yang pasti. Sayang macam mana pun dia pada wanita itu, rindu macam mana pun dia pada wanita itu, semua hanyalah masa silam. Masa yang tidak ingin dia putar semula.

Dia cukup terseksa dahulu, kenapa perlu berlembut hati apabila bertemu semula? Kan?

"Kau boleh buat Aisy. Dia hanya masa silam kau." Gumamnya sendirian. Penuh tekad.

"Bro macam mana blind date tadi? Okay?" Soalan mengejut daripada sahabatnya mematikan lamunannya. Taufiq, teman serumah dan juga teman perniagaannya.

"Like always. Worst." Jawabnya bersahaja. Aisy bangun daripada duduknya dan menutup pintu balkoni lalu menuju kearah Taufiq. Dia mengambil tempat diatas sofa empuk itu dan mata mula melihat siaran di kaca televisyen yang terbentang dihadapan mata.

"Kali ni apa pula taste mummy kau?" Taufiq gelak kecil. Masuk ni sudah tiga orang menjadi calon blind date untuk seorang Tengku Aisy Zulfan. Namun tak ada seorang pun yang mengena dengan citarasa si tuan badan.

Sorang terlalu annoying, sorang terlalu banyak mulut sampai tak berhenti bercakap dan kalini tak tahu lah apa masalahnya.

Mungkin sebab citarasa seorang Tengku ni dah di lock sejak dahulu lagi. Jadi siapa yang dapat buka memang dia salute dengan wanita itu.

"American sangat. Lama nau duduk oversea sampai cakap Melayu pun tak pandai. Aku sampai habis tatabahasa nak balas dia cakap tadi."

Taufiq gelak kuat. Apa punya alasan la tu.

"Lain macam alasan kau Aisy. Dah settle dengan mummy kau pasal dia?"

"Belum. Nanti lah. Aku malas nak fikir jawapan dengan soalan mummy nanti." Jawab Aisy selamba. Sudah pasti dia wajib karang satu ayat yang munasabah untuk menolak. Walaupun cadangan blind date ini daripada mummy, tapi tetap juga dia kena berusaha kalau hendak menolak.

Mummy bukan macam Taufiq, gelak je bila dengar jawapannya. Selagi tak dapat jawapan yang puas hati, selagi itu membangkang. Nasib baik lah mummy sendiri.

Kau Yang Ku Pilih Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum