14 ~

154 6 0
                                    

Kalau dulu cuti sekolah ada hari yang paling ditunggu-tunggu sebab nak balik Johor tapi sekarang adalah hari yang paling aku tak nak jumpa. Bukan nak jadi anak derhaka tak nak balik rumah keluarga sendiri, tapi entahlah setiap kali aku balik kampung, hati mesti tak sedap. Macam ada sesuatu je yang tak kena.

Tapi minggu lepas aku balik tak ada pula benda pelik jadi. Alhamdulillah. Dan aku harapkan ia berkekalan sampai bila-bila. Walaupun aku tahu perkara itu seakan mustahil.

'Derita kau, bahagia aku.' Terus meremang segala bulu romaku apabila ayat itu bermain-main difikiran. Aku tak pastilah dia betul-betul maksudkan apa yang cakap atau dia saja nak takutkan aku. Tapi kenapa pula dia nak takutkan aku? Jadi aku lebih prefer pilihan pertama. Dia betul-betul maksudkannya.

Tiba sahaja di Johor, aku terus mencari makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Takkan nak balik dengan tangan kosong pula. Sekurang-kurangnya bawak lah barang dapur ke makanan. Sedap sikit hati mereka melihatnya.

Tiba sahaja di pasaraya NSK, telefonku berdering. Setelah melihat nama di talian, terus bibirku terukir senyuman lebar. Macam tahu tahu je aku kat sini.

"Mana?" Tanpa salam, orang di talian menyerbu.

"NSK."

"Sini ke Melaka?"

"Mestilah sini. Kat Melaka memang tidak ler aku nak shopping barang dapur." Terdengar tawa halus di talian.

"Nak aku teman tak?"

"Haa maghi, boleh la aku paw kau mcd nanti."

"Anything for you." Talian dimatikan dan aku pula sambung melangkah memasuki pasaraya besar itu.

Lima belas minit kemudian, telefonku berdering lagi. Sudah pasti Hafiy yang ingin bertanyakan di mana aku. Dan tidak sampai lima minit, bayangnya kini sudah berada di hadapan mata sambil melambai kearahku.

"Kemain belanja. Kau masak ke?" Hafiy berkata sambil melihat barang dapur yang hampir memenuhi troli.

"Mestilah.... Tak!" Kami jalan beriringan sambil mata memandang kiri dan kanan mencari barang yang perlu dibeli.

Hafiy gelak mengekek. Dah agak la tu jawapan aku.

"Tau dah. Kau masak? Risau dapur terbakar je."

"Cantik bahasa. Kau ingat aku tak tahu masak ke ha?" Aku buat muka.

"Masak apa? Maggi? Tu aku pun tahu." Cebik Hafiy

"Okay lah tu maggi. Daripada tak tahu langsung."

"Memang botak lah bakal suami kau nanti Qis." Ketawa Hafiy masih lagi tersisa.

"Biar botak. Nanti tak ada siapa nak. Biar aku je yang nak." Aku gelak besar.

"Tamak nau."

"Eh laki aku. Sukati aku lah. Kongsi kasih tak ada dalam kamus hidup aku tau. Never!"

"Ehh? Sama la dengan aku." Aku pandang sekilas sebelum juling mata keatas.

"Tiberhhhh!" Hasilnya ketawa lelaki itu meledak sekali lagi membuatkan kami menjadi perhatian buat seketika.

"Woi cover sikit."

"Sorry sorry. Kau kelakar dohh! Lama gila tak nampak kau buat muka macam tu."

"Muka apa? Muka comel?" Aku kelip kelip mata memandang Hafiy.

"Stop. Jangan buat muka macam tu."

"Kenapa?"

"Kau buat jantung aku kerja lebih masa."

"Ha? Lah jantung kau pun exercise juga ke?" Hafiy buat muka annoying setelah mendengar soalan daripadaku.

"Sudah la kau. Aku nak cari barang. 15minit nanti jumpa mcd."

"Bereh." Sempat Hafiy kenyit mata sebelum berlalu. Aku senyum kecil.

'Sorry Hafiy.' Gumamku di dalam hati sebelum berlalu.

📌

"Bahagia nampak." Langkahku terhenti setelah suara itu menyapaku. Tak payah toleh pun aku tahu siapa. Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini? Serieslah dia memang stalk aku selama ni? Bukan nak buruk sangka, tetapi kebetulan yang ada nampak sangat tak logik.

Aku menoleh kearah suara tersebut. Tersinggung senyuman sinis daripada lelaki itu. Aku? Cukuplah senyuman sebaris yang tak seberapa nak ikhlas.

"Kenapa? Kecewa sebab orang lain yang tegur? Bukan kawan baik kau tu?" Aisy

Sungguh aku paling takut nak dengar bila dia dah mula buka mulut. Sebab setiap kata yang keluar daripada mulut lelaki itu pasti sesuatu yang sangat menyakitkan.

"Kawan baik? Tak kot. Tak mungkin. Mana ada lelaki dengan perempuan berkawan. Setia pula kau dengan dia kan? Kenapa? Sebab dia lagi kaya daripada aku ke?" Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut lelaki itu.

"Awak nak apa sebenarnya ni? Kenapa awak ikut saya?" Aku bersuara tegas.

"Ikut? Aku ikut kau? Bila?"

"Kalau tak ikut, mana awak tahu saya ada dekat sini?"

"Mungkin takdir."

"Nonsense!" Aku terus berlalu. Namun laju sahaja tangan lelaki itu memegang besi troli yang aku pegang dan dicengkam kuat membuatkan troli itu tidak boleh bergerak.

"What are you doing Tengku Aisy Zulfan?!" Aku terkedu sendiri dengan ayat yang keluar daripada mulut aku. Begitu juga lelaki dihadapanku. Namun cepat saja riak lelaki itu berubah seperti tiada apa yang berlaku.

"To annoy you for sure!"

"Macam budak-budak!"

"Budak? Aku budak? Oh Sebabtu la kau suka-suka hati je sakitkan hati aku kan?" Aisy

"It's up to what you think." Perlahan aku bersuara. Iye memang salah aku sebab dah buat lelaki ini terluka. Jadi aku tak perlu nak membantah apa-apa.

"Qis?" Aku memandang kearah suara tersebut. Laju kaki Hafiy melangkah kearahku dengan muka riak kerisauan.

"Kau buat apa kat sini?" Hafiy bersuara setelah dia berhadapan dengan Aisy. Suasana agak hening seketika. Hanya bunyi vacuum dan suara orang sahaja kedengaran.

"Aku nak rampas dia daripada kau." Aisy

Aku telan liur yang sedia kelat.

"Kau gila? Kau ingat Balqis ni barang ke kau nak rampas-rampas ha?"

"Well It's depend on what she can do for me later." Sinis. Aku tergamam. Sedih. Ia adalah ayat paling kejam yang pernah aku dengar sepanjang perjumpaan kami sebelum ni.

"Kurang ajar!" Sebuah tumbukan dihalakan kearah Aisy secara tiba-tiba.

"Hafiy jangan!" Aku menutup mata laju. Takut dengan apa yang bakal aku lihat nanti. Apabila dirasakan suasana agak sunyi, aku membuka mata perlahan-lahan. Lagi sedikit sahaja tumbukan Hafiy mengena muka Aisy.

Aku menghela nafas kelegaan.

"Chill, aku tak ambil dia lagi. Selagi boleh jaga, jaga elok-elok." Aisy senyum sinis sebelum berlalu meninggalkan kami.

"Hafiy jom." Aku bersuara membuatkan riak Hafiy sedikit tenang daripada tadi. Dah lama aku tak nampak muka Hafiy merah menahan marah sebegitu.

Tanpa kata Hafiy berjalan mendahuluiku. Aku mengeluh perlahan. Mungkin kesalahan aku terlalu besar sehingga kehidupan aku agak bercelaru sekarang.

Mungkin...

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now