52 ~

110 4 0
                                    

"Hafiy! Hafiy! Hafiy!" Laung Sarah agak kuat membuatkan semua mata yang berada di situ memandang kearahnya dengan pandangan tidak puas hati. Apabila dirasakan dia menjadi perhatian, segera Sarah membongkok badan berkali-kali tanda meminta maaf. Terlajak jerit kat hospital. Memang cari pasal!

"Padan muka!" Hafiy geleng kepala. Buat perangai lagi.

"Terlepas oi. Balqis macam mana? Dia okay ke?" Terus soalan diajukan. Terkejut betul tadi lepas dapat tahu hal ini daripada Hafiy. Nasib baiklah dia belum balik Kedah lagi, kalau tak mesti lagi lambat nak sampai ke sini.

"Masih lagi dalam keadaan kritikal. Dia hilang banyak darah dan perlukan penderma untuk menampung darah yang kurang." Hafiy menunduk.

Sarah tutup mulut yang ternganga. Airmatanya automatik terkeluar dengan sendirinya. Kenapa? Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Ya ALLAH siapalah yang berani buat kawan aku macam ni?!

"Ya ALLAH teruk tu Hafiy. Habistu macam mana sekarang? Kita tak boleh tengok dia ke?" Segera dikesat airmata yang keluar secara tiba-tiba itu. Walau apa pun jadi dia kena kuat demi Balqis!

"Buat masa ni Balqis masih lagi dalam dewan bedah. Laki dia baru je derma darah dekat dia tadi."

"Laki dia? Mamat tak guna tu?!" Sekali lagi suaranya naik satu oktaf. Geram! Tau pula dia derma darah dia dekat Balqis. Nak tunjuk baiklah tu.

"Iye, aku laki tak guna dia." Serentak itu Sarah memandang kearah Aisy yang muncul entah daripada mana. Lengan baju melayunya terselak hingga ke paras siku menampakkan yang dia baru sahaja menderma darah seperti mana yang yang dikatakan Hafiy sebentar tadi.

"Kau! Dah lama aku nak bersemuka dengan kau." Sarah jeling tajam. Entah kenapa hatinya sakit melihat lelaki itu. Mungkin effect dari apa yang lelaki itu buat pada Balqis membuatkan dia terikut benci sekali.

"Kenapa?" Aisy duduk di tempat yang disediakan. Kepalanya agak pening sedikit. Mungkin dia perlukan rehat sekarang ni.

"Kenapa kau derma darah dekat Balqis? Bila dia sihat kau nak seksa dia lagi ke? Tak puas lagi ke hati kau sakitkan hati kawan aku masa dia sihat ha?" Sarah

"Kau boleh fikir apa yang kau nak." Aisy bersandar di kerusi itu dan melelapkan matanya sebentar. Hendak berehat di surau tapi hendak tahu keadaan isterinya. Jadi dia ambil keputusan untuk berehat di situ sahaja.

"Kau ni kan memang jenis menyakitkan hati orang ke ha?"

"Sarah, lupa ke kau kat hospital? Biarlah dia."

"Biar? Kau lupa ke apa dia dah buat dekat Balqis ha?" Sarah buat muka menyampah.

"Iye aku ingat. Tapi sekarang bukan masanya untuk kita bincang hal ni. Kesihatan Balqis adalah keutamaan kita sekarang."

Sarah diam setelah mendengar ayat pujukan daripada Hafiy.

"Assalamualaikum." Serentak itu tiga pasang mata memandang kearah suara yang menegur. Kelihatan tiga orang lelaki datang menghampiri Hafiy yang sedang berdiri bersebelahan Sarah. Daripada gaya bukan orang biasa-biasa.

"Waalaikumsalam. Iye?" Hafiy. Mereka berjabat tangan. Begitu juga dengan Aisy yang sudah bangun daripada lena kejapnya.

"Saya Asp Zaini daripada unit siasatan jenayah berat. Boleh saya jumpa sebentar dengan encik..." Asp Zaini berhenti kata seketika.

"Hafiy. Saya Hafiy."

"Oh, boleh saya berjumpa sebentar dengan Encik Hafiy untuk siasatan lanjut tentang kes Puan Balqis? Sebab daripada rakaman cctv yang kami tengok, encik ada bersama Puan Balqis sebelum kejadian itu berlaku." Terang Asp Zaini.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now