59 ~

124 3 0
                                    

Aisy merenung tajam wajah Hayrul yang sedang tersenyum mengejek kearahnya. Iya Hayrul. Lelaki itu adalah dalang di sebalik semua ini. Lelaki yang pernah menjadi bekas kekasih isterinya sebelum ni. Lelaki ini lah yang telah menjadi stalker isterinya semenjak mereka berkahwin. Tapi kenapa dia mahupun Balqis tidak pernah sedar sebelum ini yang musuh kami adalah orang yang dikenali dan tersangat dekat. Betullah kata pepatah ..

'Musuh paling berbahaya adalah orang yang terdekat dengan kita sendiri'

"Kita jumpa lagi Tengku Aisy Zulfan bin Tengku Hamidi." Perkataan Tengku sengaja ditekankan. Pakej dengan senyuman mengejek yang sedia ada di terhias di mulutnya.

"Seorang anak usahawan berjaya di Malaysia. Mak kau Puan Sri Faezah Hani daripada orang biasa-biasa tapi berlagak macam ratu bila dah kahwin dengan bapak kau yang kaya raya. Kau juga ada seorang adik yang boleh tahan cantik, Mia Afrina kan?"

Aisy tersentak. Macam mana lelaki ini tahu tentang keluarganya? Sedangkan dia tak pernah cerita pada siapa pun selama ni. Atau dari cerita daddy? Rasanya perkara itu sudah lama disiarkan beberapa tahun dahulu.

"Terkejut? Macam mana aku boleh tahu semua tentang keluarga kau?" Sinis senyumannya membuatkan Aisy ketap bibir. Tak tahu hendak marah atau terkejut.

"Siapa kau sebenarnya ha?!" Jerkah Aisy sambil menepuk meja dengan kuat menggunakan tangan kanannya. Jelingan tajam yang dihadiahkan langsung tidak menggerunkan lelaki gila itu. Malah dia ketawa menyeringai dengan gari di tangan.

"Aku? Aku adalah orang yang akan musnahkan masa depan kau!" Muka Hayrul kembali series. Aisy kerut dahi.

"Aku kenal kau pun tidak. Kenapa kau nak musnahkan masa depan aku? Kau siapa? Tuhan?"

"Sumpahlah kau tak kenal aku? Sampai hati kau." Kini Hayrul berubah kepada mimik sedih pula.

Apa masalah dia ni?!

"Aku memang tak kenal kau lah!"

"Hmm tulah. Kalau mak kau tak halau aku dari sekolah tu, mesti kita akan kenal. Jadi kawan baik ke. Who knows kan?" Kalini mesra pula seakan kami kenal lama.

"Apa maksud kau?" Aisy

Hayrul diam. Menunduk memandang meja dengan wajah yang sedih.

"Sebabkan keluarga kau, aku jadi macam ni." Hayrul seakan mula bercerita.

"Kalau kau tak datang dalam hidup aku, aku tak akan jadi macam ni. Kau punca hidup aku huru hara. Kau punca mak aku mati. Kau punca segala-galanya. Sepatutnya aku yang ada dekat tempat kau sekarang! Kau tahu tak yang kau tak layak untuk bahagia! Lagi-lagi diatas penderitaan orang lain."

"Apa keluarga aku dah buat dekat kau? Apa yang aku dah buat dekat hidup kau? Kenapa aku punca mak kau meninggal?" Aisy mula bertanya untuk mendapatkan jawapan.

"Mak kau! Kalau dia tak bayar pengetua untuk plagiat markah aku untuk kau, Biasiswa aku tak akan ditarik dan aku tak akan dibuang sekolah. Tapi sebabkan orang macam keluarga kau dengan pengetua yang mata duitan, aku yang merana. Aku! tau tak!"

"Disebabkan aku dari keluarga miskin, macam tu je kau orang kaya gunakan duit untuk hancurkan masa depan aku. Mak aku mati pun sebab dia terkejut aku dibuang sekolah dengan alasan aku selalu buat masalah kat situ sebabtu keputusan aku tak okay dan biasiswa ditarik. Mak aku marah aku separuh mati sebab kesalahan yang bukan daripada aku. Dan masa tu juga mak aku mati. Kau rasa apa perasaan aku masa tu ha?! Bahagia? Gembira?"

"Tak lama lepas aku dijadikan anak angkat dekat rumah pengasih, mama aku yang sekarang ambil aku jadi anak angkat dia. Dan terima kasih dekat dia orang sebab dah mudahkan perjalanan aku untuk hancurkan hidup kau. Sebab apa? Sebab dia orang ada duit! Duit boleh beli semuanya! Duit boleh tolong aku untuk hancurkan semuanya tentang kau!" Hayrul ketawa lagi. Tetapi kalini lebih kuat.

Aisy terdiam. Sumpah dia tak tahu tentang hal itu. Sampai hati mummy buat macam ni di belakangnya.

"Tapi kenapa kau serang Balqis? Dia tak ada kena mengena dalam hal kita." Tawanya mati.

"Salah dia satu. Dia isteri kau! Dia ada kena mengena dalam hidup kau. Kalau dia dengan aku, aku takkan bunuh dia. Tapi sebab dia dengan kau, aku terpaksa bunuh dia. Walaupun aku tak nak." Wajahku bertukar sedih semula. Seakan terpaksa melakukan itu semua.

"Kalau apa yang kau cakap tu betul, aku minta maaf bagi pihak mummy aku. Tapi kau tak patut buat Balqis macam tu! Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal ni." Tekan Aisy.

"Apa sahaja yang boleh musnahkan hidup kau, itu yang aku cari." Sinis. Aisy menunduk. Akhirnya semua punca ini bermula daripadanya. Hidup Balqis terseksa adalah disebabkan dirinya sendiri.

'Layak ke aku terus bersama wanita itu. Ya ALLAH aku buntu.' rintihnya di dalam hati.

📌

Aisy termenung panjang setelah keluar daripada balai polis. Sungguh dia tidak menyangka mummy sanggup melakukan ini semua. Tidak sangka mummy yang nampak penyayang dan lembut juga penuh kasih itu sanggup hancurkan kehidupan orang lain. Dengan alasan sebab dia! Dia!

Tapi betul ke apa yang dikatakan lelaki itu. Kalau salah macam mana? Mummy tak akan buat macam tu dekat orang lain. Tapi kalau betul macam mana? Tak mungkin lelaki itu akan berdendam seperti itu kalau semua kisah itu adalah rekaan semata-mata. Tak mungkin sampai membunuh kalau betul semua itu palsu.

Tapi...

"Tahniah abang. Mummy tahu abang boleh buat. I'm so proud of you abang." Wanita itu senyum penuh kasih. Berbangga dengan pencapaian yang dia dapat pada waktu itu.

"Kenapa? Kenapa semua ni jadi pada aku? Kenapa susah sangat aku nak rasa bahagia macam orang lain. Kenapa?" Rintihnya setelah puas memukul stereng kereta sepuas hatinya.

"Balik-balik abang juga punca Balqis menderita. Maafkan abang sayang. Abang minta maaf." Tidak semena-mena airmatanya jatuh setelah teringat kembali penderitaan yang dihadapi isterinya. Dia menghukum Balqis tanpa bukti dan dia juga punca Balqis terlantar selama dua minggu. Semuanya sebab dia. Tidak sanggup rasanya hendak berdepan dengan isterinya setelah semua ini terjadi.

Telefon yang berdering membuatkan dia tersentak. Segera dia menyeka airmata yang jatuh dan melihat skrin telefon.

Farisha.

Panggilan dijawab dengan beberapa deringan.

"Aisy angkat pun you. You balik sekarang Aisy. Mummy you sakit teruk ni. Daripada tadi dia panggil-panggil nama you." Cemas suara Farisha di talian. Tapi entah kenapa dia rasa kosong walaupun mendengar berita itu.

"Oh iye?" Hambar.

"Aisy, are you okay?" Farisha bertanya prihatin.

"Okay. Kejap lagi I balik."

"Seriesly Aisy?" Teruja suara wanita itu di talian.

"Hmm." Sepatah.

"Okay Aisy. I tunggu tau!" Talian dimatikan.

Dia balik bukan untuk melihat mummynya tapi hendak mengetahui fakta sebenar di sebalik cerita yang dia dengar sebentar tadi. Kini perasaan terkilan dan ingin tahu lebih menebal membuatkan perasaan risau pada mummy yang sakit hilang macam tu je. Sekelip mata.

Perasaannya kini betul-betul mati!

Kau Yang Ku Pilih Où les histoires vivent. Découvrez maintenant