56 ~

110 4 0
                                    

Hafiy memandang langit biru yang terbentang di hadapan mata. Pulang sahaja daripada tempat kerja sudah pasti hospital yang akan dituju. Sarah pula sudah pulang ke Kedah untuk bekerja. Tu pun selalu menghantarkan pesanan suruh jaga Balqis elok-elok dan bagitau secepat mungkin kalau dah sedar.

Selalunya dia terus menjenguk sahabatnya. Tapi kalini dia hanya duduk di taman yang berada di kawasan hospital itu. Fikirannya merewang jauh setelah mendapat panggilan daripada Asp Zaini sebentar tadi.

"Kami dah jumpa Hayrul dan soal siasat dia semalam. Tapi nampaknya dia bukan suspek yang kami cari." Asp Zaini.

"Maksud tuan?"

"Dia ada alibi semasa kejadian berlaku. Dan sempat dirakam oleh cctv yang berdekatan." Terang Asp Zaini.

"Habistu kenapa dia larikan diri? Hilangkan jejak lepastu?"

"Lepas dia dapat tahu Puan Balqis ditikam, dia terus melarikan diri. Takut menjadi suspek utama sebab dia orang yang terakhir berjumpa dengan Puan Balqis."

"Macam mana dia tahu? Setahu saya kejadian ini tak ada masuk akhbar ataupun berita kan?"

"Kebetulan dia berada di situ semasa kejadian. Sebabtu dia menjadi suspek utama dalam kes ni sebelum ni." Penerangan Asp Zaini agak mengejutkan. Jadi Hayrul nampak lah siapa yang buat Balqis macam tu?

"Jadi dia tahu la siapa yang buat ni dekat Balqis?" Laju Hafiy bertanya.

"Jawapan dia samar-samar. Yang penting lelaki tu memakai hoodie hitam. Dia tak dapat nak cam wajah suspek sebab suspek membelakangi dia. Dia cuma nampak Balqis ditikam sebelum lari dari tempat kejadian. Tu pun sebab dia nampak encik menghampiri tempat itu." Terang Asp Zaini dengan lebih jelas.

"Boleh saya tau Hayrul dekat mana? Masih lagi dekat balai?"

"Tak. Kami dah lepaskan setelah jumpa bukti yang dia tidak bersalah."

Setelah perbualan tamat, Hafiy mengeluh kecil.

"Siapa lah agaknya yang sanggup buat kau macam ni Balqis." Gumamnya perlahan.

"Kalau mummy masih berdegil macam ni, jangan harap mummy akan jumpa anak mummy lagi. Abang tak akan balik sampai bila-bila!" Suara Aisy yang agak kuat itu membuatkan dia kembali ke alam nyata dan memandang kearah tempat tersebut. Kelihatan seorang wanita berusia tapi masih bergaya itu sudah masam mencuka setelah Aisy berkata begitu.

"How dare you cakap dengan mummy macam tu? Apa perempuan tu dah ajar abang sampai jadi kurang ajar macam ni?" Bentak si wanita itu pula.

"For your information, she's the best wife ever mummy. In fact, abang yang jahat sebab tak mampu nak protect dia. Jadi jangan sesekali cakap perkara buruk atau buat perkara yang bukan-bukan dengan wife abang. I'll do everything even it will cost my own life!" Tegas Aisy. Manakala wanita itu sudah menjeling tajam.

"I think you know me well mummy." Sambung Aisy seakan mengugut membuatkan wanita itu mengaku kalah dan berlalu.

Hafiy senyum sekilas tanpa sedar.

"Kau patut bangun Balqis. Tengok sendiri macam mana suami kau pertahankan kau daripada mummy dia."

📌

Setelah mendapat nombor Hayrul daripada telefon Balqis, dia terus menghubungi lelaki itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara tersebut. Mulanya Hayrul seakan mengelak. Namun setelah dia memujuk sedikit akhirnya mereka beersetuju untuk bertemu di kafe berdekatan hospital.

"Sorry lambat." Hafiy.

"It's okay. So kenapa kau nak jumpa aku?" Hayrul

"Aku nak tanya pasal kejadian tempohari."

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now