40 ~

95 5 0
                                    

Rutin harianku kembali seperti biasa. Disebabkan peperiksaan besar akan tiba tidak lama lagi aku agak sibuk daripada bisa. Nak pulang ke Johor pun rasa tak ada masa. Aku dengan Aisy? Entah lah. Sejak aku pulang untuk berurut sebulan yang lepas, sejak itu juga kami membuat haluan masing-masing.

Aku hanya memberitahu aktivitiku kepada Aisy melalui pesanan whatsapp sahaja. Tu pun Aisy tak balas dan hanya tinggalkan bluetick. Lastly aku tutup bluetick terus sebab sakit hati. Kadang-kadang rasa tak adil pun iye jugak. Iyelah dia tahu apa yang aku buat tapi aku tak tahu apa yang dia buat. Kelakar kan? Suami isteri tapi act like pasangan bercinta yang sedang bergaduh.

Petang itu aku memandu menuju ke kedai buku. Hendak membeli buku sebagai rujukan untuk bahan pembelajaran pada esoknya. Tiba sahaja aku di kedai buku, kereta diparkir di tempat yang kosong. Nasibku baik sebab ada parking kosong betul-betul dihadapan kedai itu. Jadi tak adalah jauh sangat nak berjalan kan?

Setelah mengunci pintu, aku terus melangkah masuk ke dalam kedai buku itu.

Bukk!

Belum sempat masuk ke dalam kedai aku sudah terduduk. Senak oi punggung aku bila jatuh terduduk macam tu.

"Sorry miss I..." Lelaki itu berhenti bersuara setelah kami bersua pandang. Sumpah aku terkejut gila sekarang ni. Begitu juga dengan empuny badan yang nelanggarku sebentar tadi. Macam mana aku tahu dia terkejut? Sebab riak wajah dia dah terangkan semuanya.

"Wanna some help?" Hayrul menghulurkan tangannya seakan ingin membantu,

"No thanks." Memang tak lah aku nak pegang tangan dia. Rela bersusah payah bangun daripada kena pegang tangan dia.

Seminit juga masa yang diambil untuk aku berdiri. Okay lah tu, tak adalah lama sangat.

"Awak buat apa kat sini?" Hayrul seakan ingin beramah mesra.

"Baiki kereta." Jawabku hambar.

Hayrul gelak kecil. Entah apa yang lawak pun tak tahu.

"You're so funny Balqis."

"HA HA." Support member sikit.

"Saya sibuk ni, saya gerak dulu." Aku terus berlalu. Namun tidak sampai sesaat, lenganku seakan digenggam kejap oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan lelaki tak guna tu.

"Apa pegang-pegang ni?!" Aku merentap kasar lenganku sehingga genggamannya dilepaskan. Pandangan tajam dihalakan buat lelaki itu. Suka hati kau je kan nak pegang aku?!

"Sorry my bad." Hayrul mengangkat kedua-dua tangan tanda mengaku salah. Aku melepaskam keluhan berat.

"Saya dengar awak dah kahwin." Hayrul

"Kalau saya dah kahwin, awak ada masalah ke?"

"No. Just wonder about something." Hayrul. Aku kerut dahi. Apa masalah dia ni.

"About what?" Tanyaku malas.

"Why you married to him? Why you need to keep it secret from others and why suddenly you got married. Bukan ke perkahwinan tu perkara yang perlu diraikan dan dihebohkan pada orang lain? Kan?" Hayrul seakan memikirkan sesuatu.

"And my question is why are you curious about it? Itu hal saya, jadi awak tak perlu pun nak tolong fikirkan untuk saya. Got it?" Aku buat muka menyampah. Sibuk je nak tahu.

"Saya cuma risaukan awak. You know right relationship kita lama daripada apa yang saya jangka kan. Jadi perasaan risau tu tetap ada dalam diri saya."

"Tak payah. Saya tak perlukan perasaan risau tu daripada lelaki tak guna macam awak!"

"You're still mad at me?"

'Soalan apa dia tanya ni? Mestilah aku marah oi! Kau dah gunakan aku untuk kepentingan kau. Siapa je tak angin? Perempuan gila je yang tak marah!' Bentakku di dalam hati.

"Kalau nak mengarut sila berambus." Aku terus melangkah. Malas aku layan.

"Just one more question and i'll go." Langkahku terhenti tanpa memandang kearah Hayrul.

"Are you happy with him?"

"Of course! Sebab tu saya kahwin dengan dia. Sebab saya bahagia."

"But I doubt about it. Cincin pun tak pakai." Sinis.

Ya ALLAH, apa masalah budak ni eh! Tanpa membuang masa aku terus berlalu. Namun sempat aku mendengar ayat terakhir daripada lelaki itu.

"Just come to me if you're not happy. I'll replace him to make you happy dear."

Dear kepala hotak kau!

📌

Hayrul memerhati wanita itu daripada dalam kereta. Sambil itu dia memandang kearah gambar yang berada di skrin telefonnya. Gambar Aisy bersama seorang wanita sedang berpelukan di tempat letak kereta yang berada di mid valley beberapa hari lepas. Sejak daripada itu bermacam-macam perkara bermain di benaknya dan banyak juga persoalan yang terus menerus menekan fikirannya.

Setelah berpisah dengan kekasihnya beberapa bulan lepas, dia agak tertekan dengan apa yang dah berlaku dengan dirinya. Mana tidaknya wanita yang dia sayang pergi meninggalkannya dengan alasan hubungan mereka tidak akan kemana atas sebab tentangan daripada keluarganya. Tidak dinafikan apa yang dikatakan bekas kekasihnya itu betul, namun egonya tidak mampu menerima dan dia mengambil keputusan untuk meraih semula kemaafan dan kasih wanita itu untuk membuatkan si bekas kekasih cemburu semula sewaktu dia dan Balqis bersama dahulu buat seketika.

Namun segala perancangan terhenti di tengah jalan apabila dia mendapati Balqis sudah berkahwin dengan lelaki yang dia temui di hotel tempohari. Walaupun terlalu banyak persoalan yang bermain di minda berkenaan perkahwinan mengejut dan tertutup mereka, dia hanya abaikan. Tak kan dia nak rosakkan rumah tangga orang semata-mata nak buat Syida cemburu? Iye dia akui dia memang jahat tapi tak mungkin dia akan lakukan semua itu. Air muka dia dan keluarga harus dihaga. Lagi-lagi keluarganya dan keluarga Balqis berkawan rapat.

Tetapi segala persoalan daripada fikirannya akhirnya terbongkar setelah dia menjadi saksi kecurangan suami Balqis di tempat umum. Dia menjadi saksi suami Balqis dan seorang wanita lain berpelukan di tempat letak kereta. Setelah melihat situasi tersebut entah kenapa dia dapat merasakan yang dia masih lagi ada peluang untuk dapatkan semula hati wanita itu. Pada masa yang sama, dapat dirasakan yang egonya sedikit tercalar. Baginya Balqis sepatutnya bersama dengannya bukan berkawin dengan lelaki yang entah siapa-siapa dan berlaku curang di belakangnya.

Telefon yang berdering membuatkan dia tersedar daripada terus mengelamun. Tertera nama ibu di skrin telefonnya.

"Kamu pergi mana? Ibu tanya Ben kamu tak masuk kerja harini. Kamu pergi jumpa perempuan tu lagi ke?" Tanpa salam ibunya terus menyergah. Hayrul mengeluh.

"Apa ibu ni, kalau telefon sekadar nak sakit hati Erul, baik tak payah telefon."

"Dah kamu tu tak pandai nak balik rumah. Kerja pun tak datang. Kenapa? Nak tunjuk protes ke sebab ibu larang kamu kahwin dengan si Syida tu?"

"Protes apanya. Ingat Erul budak-budak ke?" Bentaknya sedikit kasar. Tak suka pula apabila terus-terusan nak kaitkan dia dengan Syida walhal ibunya sendiri tahu yang hubungannya dengan Syida sudah putus.

"Entahlah. Nak jadi apa pun tak tahu lah kamu ni. Dulu elok-elok kawan dengan si Balqis tu, buat perangai. Sekarang ni Balqis pun dah kawin. Kamu juga yang masih merana sebab perempuan tu dah tinggalkan kamu." Sudah semestinya ibu tahu rancangannya dengan Syida dulu. Sebabkan itu juga, perasaan benci ibu dengan Syida makin menjadi-jadi dengan alasan dia jadi macam tu sebab kenal dengan Syida.

"What? Kalau bukan sebab ibu, sekarang ni Erul tengah bahagia tau dengan Syida? Ibu sedar tak yang ibu ni punca anak ibu merana?"

"Jaga sikit mulut kamu tu. Sedar tak kamu tengah bercakap dengan siapa sekarang?"

Hayrul mengeluh perlahan.

"Fine. Ibu nak sangat kan Balqis tu jadi menantu ibu? Then i'll do!" Talian dimatikan serta merta. Muka diraup perlahan. Entah kenapa fikirannya semakin sesak. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam sekelip mata membuatkan dia sangat tertekan.

Kau Yang Ku Pilih حيث تعيش القصص. اكتشف الآن