13 ~

91 6 0
                                    

Langkah diatur untuk masuk ke dalam bilik. Panggilan masih lagi bersambung namun tiada suara yang kedengaran. Tiba sahaja di dalam bilik, kami masih diam. Apa aku nak cakap? Patut ke aku matikan? Tapi kenapa tangan aku tak nak bergerak? Ya Allah kenapa ni.

Entah kenapa hatiku sayu tiba-tiba. Perasaan sedih menerpa tanpa sedar. Rindunya aku pada lelaki ini. Kalau boleh, aku ingin peluk erat lelaki itu untuk menghilangkan segala beban rindu di dada. Tapi tak boleh. Semua itu mustahil. Tak ada apa yang aku boleh buat melainkan cuba untuk berlagak kuat apabila berada di hadapan lelaki itu seperti sebelum ini.

"Kenapa diam?" Bergema suara di talian membuatkanku sedikit tersentak.

"Kau siapa?"

"Don't act like you don't know me my love. It's hurt me more and more." Aisy

Suaranya tenang. Tapi seakan penuh dengan maksud tersirat. Seakan perumpamaan air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

"Mana awak dapat nombor saya?" Aku menukar topik. Buat apa pura-pura kalau dah kantoi.

"Well It's me. Aisy Zulfan. Bila aku nak, aku mesti dapat." Jawabnya sinis.

Aku telan liur. Tiba-tiba teringat kereta hitam itu. Bila dah kantoi duk usya rumah aku, ni dia contact aku pula. Tiba -tiba perasaan seram menerpa. Jangan cakap dia betul-betul nak balas dendam dekat aku tak?

"Kenapa? Tak boleh ke? Aku tak patut derita sorang-sorang. Kalau aku tak bahagia, Aku akan pastikan hidup kau pun akan menderita!"

Ayat itu terngiang-ngiang semula di ingatanku. Ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu sejak pertama kali kami bertemu.

"Kenapa awak buat macam ni?" Perlahan suaraku bertanya. Lelaki itu diam buat seketika.

"Sebab kau layak. Derita kau, bahagia aku. Ingat tu my love." Talian dimatikan.

Aku terdiam. Dada sesak tiba-tiba. Telefon yang ku pegang terlepas daripada tangan.

"Ya Allah ini ke yang harus aku lalui lepas apa yang aku dah buat dulu? Kenapa hati aku sakit sangat Ya Allah!" Rintihku sambil menumbuk dada sendiri. Air mata yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.

Aku baring bagaikan bayi yang berada di dalam janin. Tangisan yang mulai teresak-esak tetap cuba dikawal agar Hana tidak mendengarnya. Tidak mahu sesiapa pun tahu keadaannya yang sekarang.

📌

Hafiy melepaskan rayban apabila tiba di tempat yang dituju. Tempat kedua yang dituju setelah dia tiba di Malaysia adalah menemui wanita itu. Tempat pertama sudah semestinya keluarga tercinta.

Walaupun hanya tiga tahun, tapi baginya bagaikan tiga puluh tahun. Tidak langsung berbalas pesanan, apalagi panggilan telefon. Walaupun dunia sudah ada teknologi canggih, namun tidak pula dia menggunakannya dan lebih selesa begitu.

Hanya menanti dan berharap wanita itu baik-baik sahaja.

Kawasan perkarangan sekolah dipandang. Kini keadaan agak sesak disebabkan pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Ada yang naik motor, ada yang keluarga ambil dan ada juga yang menaiki kereta ke sekolah. Budak-budak sekarang level up betul. Dia dulu sekolah naik motor kapcai ex5 je.

Di senyum sendiri mengenangkan kisah lalu.

Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang di dail. Tidak sampai dua deringan, panggilannya terjawab. Bibirnya terus menguntum senyum tanpa henti.

"Hai Balqis Rizman. Jumpa jom." Tanpa salam dia terus aci redah.

"Kau kat mana?" Laju wanita itu bertanya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now