2 ~

148 6 0
                                    

Hayrul tiba di rumah sewaku lima belas minit awal daripada masa yang dijanjikan. Nasib baik lah dah sampai rumah awal, kalau tidak sia-sia kena sidai dengan kekasih sendiri. Masa tu hanya satu ayat sahaja yang sesuai.

'Padan muka! Siapa suruh datang awal.'

Hampir setengah jam juga Hayrul menungguku di dalam kereta. Perempuan bersiap jarang lah sekejap. Walaupun bukan jenis bersolek tetap lambat. Mana tidak, nak pilih baju, tudung. Bila dah pilih nak gosok lagi kalau berkedut. Tu pun dah ambil masa, belum mandi lagi.

Apabila siap semuanya, laju aku berjalan menuju kearah Hayrul yang sedang bersandar di sisi kereta myvi hitam milik lelaki itu. Hayrul menghadiahkan senyuman semanis gula apabila melihat aku sedang menuju kearahnya.

Jujur hati aku berubah rentak sedikit apabila melihat dia senyum begitu. Nampak comel.

"Sorry lambat."

"I'ts okay. Hayrul tak kisah tunggu berapa lama pun sebab Hayrul tahu Qis nak bersiap cantik untuk Hayrul kan?" Terangnya bangga. Bab bersiap tu betul. Tapi kalau bab nak cantik untuk dia tu kurang sikit. Sebab aku kalau keluar, kekemasan adalah paling utama.

Imej diri sendiri kena jaga orang kata. Kalau selebet sangat pun tak boleh juga. Akan mengundang ketidakselesaan orang yang memandang nanti.

"Kita nak pergi mana?" Aku terus mengubah topik. Tak tahu hendak balas apa.

"Makan western nak? Semalam Hayrul dah cari tempat yang best untuk kita jalan-jalan." Teruja lelaki itu menerangkan kepadanya membuatkan sekali lagi perasaan serba salah muncul. Sebabnya sungguh aku tak pernah rasa teruja apabila keluar dengan lelaki ini.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Walhal aku juga yang menerima lelaki ini menjadi kekasihku dua bulan yang lepas.

"Boleh je. Saya tak kisah mana-mana." Jawabku dengan senyuman sebaris.

"Masuklah." Pintu bahagian penumpang dibuka luas untukku. Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam perut kereta myvi itu.

Perjalanan ke kedai makanan pilihan Hayrul mengambil masa setengah jam daripada rumah. Kalau ikutkan lima belas minit boleh sampai. Tapi disebabkan namanya Melaka, bandar traffic light yang paling banyak juga paling lama membuatkan perjalanan kami agak jauh.

Jadi tentatif kami untuk harini adalah makan dan berjalan-jalan di mall yang terdekat. Bila dah sampai mall sudah pasti panggung wayang akan menjadi tumpuan utama kami. Kebetulan ada cerita baru keluar, memang langkah kanan namanya.

Apabila jam sudah menginjak sebelas malam, kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

"Terima kasih untuk harini." Aku senyum manis kearah Hayrul sebelum keluar daripada kereta itu dan menuju kearah bahagian pemandu. Hayrul membuka cermin keretanya sebelum menunjukkan seluruh wajahnya daripada cermin itu.

"Sama-sama. Terima kasih juga sudi keluar dengan Hayrul harini." Kalini giliran Hayrul pula berterima kasih kepadaku. Aku hanya membalas dengan senyum seperti biasa.

"Tidur mana malam ni? Ke terus shoot balik JB malam ni?"

"Tidur sini la sayang. Dah malam sangat ni. Bahaya."

"Tidur dekat mana?"

"Kalau nak tidur rumah Qis boleh?" Seloroh Hayrul dengan senyuman nakalnya.

"Penumbuk nak?" Aku menggenggam tangan seperti penumbuk sebelum dihalakan dihadapan mata Hayrul. Hasilnya lelaki itu ketawa mengekek.

"Garangnya buah hati saya ni." Aku buat muka.

"Saya tidur hotel semalam. Add on sehari guna duit sendiri." Terangnya apabila aku tidak lagi bersuara.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now