29 ~

84 3 0
                                    

Aisy Zulfan ~

Diam tak diam perkahwinannya sudah genap sebulan. Walaupun sudah berkahwin tetapi tidak banyak yang berubah. Sebab yang berkahwin hanya jasad bukan hati.

"Macam mana kahwin? Syok tak?" Taufiq senyum senget sambil menghirup air yang sudah berada di tangannya. Apabila Balqis tiada, sudah semestinya dia akan tinggal semula dengan si kawan baik. Kalau mood nak berseorangan, barulah dia kembali semula ke rumahnya.

"Kalau nak tahu, kahwin lah." Selarnya laju. Hasilnya tawa si kawan pecah.

"Aku tak ready lagi nak kahwin. Aku bukan macam kau. Asal boleh."

"Kau kalau tak perli aku sehari tak boleh ke eh? Memang tak lengkap ke hidup kau bila tak sakitkan hati aku?" Aisy jeling sekilas.

"Maaf. Dah terbiasa." Taufiq masih lagi mentertawakannya. Bezanya kalini boleh dikawal.

"Tak balik rumah mummy kau ke? Selalu dalam seminggu dua tiga kali juga kau balik. Ni aku tengok selalu ada dekat sini. Tolak Jumaat Sabtu jela kau tak ada kat sini."

"Malas lah. Sibuk nak suruh aku kahwin." Jawab Aisy malas. Mata kini fokus pada kaca televisyen. Topik Taufiq sangatlah tidak menarik.

"Kahwin? Dengan perempuan yang kau kata gila tu ke?" Taufiq.

"Siapa lagi kalau bukan dia." Malas layan pun jawab juga.

"Kahwin jela. Kan pilihan mummy kau. Mesti helok."

"Kau gila. Aku dah kahwin kot. Nak kahwin lagi buat apa?"

Tidak semena-mena tawa sahabatnya pecah lagi.

"Lah kata tak sayang. Kahwin jelah. Lagipun lelaki ada empat kuota. Kalau kahwin lagi bukan bagi kesan apa-apa dekat kau kan?"

"Kalau aku nak kahwin lagi sekalipun, yang penting bukan perempuan tu." Jawab Aisy malas.

"Wuu... ada niat."

"Habistu takkan aku nak hidup dengan dia sampai mati?"

"Apa salahnya. Bini kau juga."

"Hanya atas kertas." Sambung Aisy

"Agungkan lah ego kau tu Aisy. Jangan sampai betul-betul hilang baru kau tahu apa maksud menyesal." Taufiq

"Jangan buat aku ulang ayat sama."

"Iye iye kau tak akan menyesal." Taufiq

Ting ting ...

Taufiq bangun daripada duduk dan menuju ke pintu utama. Pintu dikuak kecil untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang datang.

Dia tergamam melihat si tetamu. Sebuah senyuman meleret dihadiahkan buat dirinya.

"Tak apa. Nanti bagi dia. Saya terbawa tadi. Nasib baik perasan sebelum masuk highway. Nasib baik dia ada dekat sini. Sebab tadi cari kat rumah tak ada. Call pun tak jawab." Terang wanita itu.

"Tak nak jumpa?" Taufiq separa berbisik. Wanita itu hanya menggeleng. Senyuman masih terbiasa dibibir wanita itu. Walaupun lebar tapi jelas hambar.

"Saya gerak dulu." Taufiq angguk sebelum menutup semula pintu rumahnya.

"Siapa? Bukan main lama borak?" Aisy

Tanpa kata Taufiq melempar wallet hitam tadi kearah Aisy.

Dia tergamam buat seketika.

"Mana kau dapat?"

"Bidadari kau bagi tadi. Saja nak bagitau yang dia dengar apa yang kita cakap tadi." Taufiq terus berlalu ke dapur. Tu tak lain tak bukan cari makanan.

📌

Aku termenung lama. Tiba sahaja di dalam perut kereta myvi kesayanganku, terus sahaja air mata turun dengan lajunya. Sedih. Entah kenapa ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu bagaikan pisau belati tajam yang telah mencorek-corek hatiku.

Sakitnya sangat sukar untuk diluahkan.

'Habistu takkan aku nak hidup dengan dia sampai mati?'

'Apa salahnya. Bini kau juga.'

'Hanya atas kertas.'

"Hanya atas kertas." Aku senyum kecil.

"Wake up Balqis. Kenapa kau nak menangis sebab dia. Kau jangan lupa kenapa kau kahwin dengan dia dan kau jangan lupa macam mana kau dengan dia boleh berkahwin. Kau bukan sesiapa. Jangan terlebih rasa walaupun kau dengan dia dah ada ikatan." Aku bermonolog sendiri sebelum menarik nafas panjang.

Cuba untuk menyedarkan diri agar tidak terlena dengan mimpi yang tak pasti.

Cincin di jari manis dipandang lama sebelum ditanggalkan. Cantik. Tapi sayang, langsung tidak ada erti dan nilainya. Ia hanya sebuah cincin.

"Masa untuk kau berkhidmat dah tamat. Sila kau masuk semula ke dalam sarung merah ni dan kembali pada minggu hadapan. Sekian terima kasih." Bebelku sendiri sambil meletakkan semula cincin itu ke dalam bekas baldu merah itu. Buat apa pakai kalau hati sendiri sakit bila pandang kan?

"Okay Jom balik." Stereng dipegang. Kaki sudah bersedia di pedal minyak. Biarlah cerita situ habis situ. Aku harap tak akan dibawa sampai malam nanti. Mahu aku tak boleh tidur malam nanti bila terfikir je.

Baru sahaja hendak melepaskan brek, mataku tertancap pada sebuah kenderaan yang berada di bawah pokok tidak jauh daripada rumah Taufiq. Macam pernah nampak je.

Setelah beberapa saat berfikir, terus sahaja adengan beberapa bulan lepas terlakar di benakku. Kereta yang hampir sahaja melanggarku suatu masa dulu.

Tapi bukan ke tu Aisy? Tapi kenapa dia parking jauh? Tak-tak, kereta Aisy lain. Kereta dia ada depan mata aku je ni ha. Elok je parking belakang kereta Taufiq.

"Perasaan aku je kot. Macam lah dia sorang je guna kereta tu kat Malaysia ni." Aku mengiyakan telahanku sendiri.

Klak..

Pintu kereta terbuka sendiri. Aku telan liur perlahan-lahan sebelum palingkan muka kearah manusia yang membuka pintu kereta aku sesuka hati. Sekali pandang, nafas kelegaan dilepaskan.

"Awak! Janganlah buat macam ni. Bagi lah salam ke ketuk pintu ke." Bebelku sampai menarik nafas lega.

"Buat apa datang sini?" Celotehku tidak diendahkan.

"Taufiq tak bagi ke wallet awak tadi?" Aku membalas dengan soalan

"Lepastu kenapa tak gerak lagi? Tunggu apa?"

"Yang awak kat sini kenapa?" Masih lagi dengan soalan.

"Cuba jawab soalan aku bukan tanya soalan lain." Aku diam. Baru perasan yang aku tak jawab langsung soalan daripada dia.

"Saya nak gerak lah ni." Jawabku perlahan.

"Dah pergi sana." Halau Aisy tanpa perasaan. Aku buat muka. Kalau menyampah tak payah la jumpa aku. Errrr

"Saya tahu lah. Tak payah halau pun saya tahu nak pergi lah." Jelingku sekilas.

"Elok sangat lah tu jeling dekat suami?"

"Awak mengaku ke saya ni isteri awak ha?" Bidasku laju.

"Melawan." Aisy

Aku mencebik. Tak ada modal nak balas la tu.

"Dah la nak balik. Bye." Aku terus menutup pintu kereta yang sudah terbuka. Namun cepat saja ditahan Aisy.

"Apa lagi? Tadi nak saya pergi sangat."

"Kunci pintu."

"Tahu la."

"Tahu tapi tak buat."

"Tadi saya lupa."

"Makan maggi banyak-banyak lagi. Kan dah..."

"Stop! Tahu dah nak cakap apa. Tak nak dengar. Err." Aku menutup kedua telinga yang ditutupi tudung itu.

"Apa-apalah. Dah cepat gerak."

"Baik baik." Jawabku malas. Kalini pintu kereta aku tidak ditahan dan aku boleh memandu dengan aman.

Sejak bila jadi penyibuk pun tak tahu lah.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now