26 ~

90 5 0
                                    

"Bagi jadual kau kat aku." Aisy bersuara semasa aku sedang mengemas barang yang perlu untuk dibawa semula ke Melaka. Kini aku sudah berada di rumah yang Aisy tunjukkan padaku semalam aka rumah kami. Kot lah.

"Kenapa?" Aku kerut dahi.

"Sebab aku nak tahu semua pasal kau. Biar kau tak tipu aku."

"Saya nak tipu apa?"

"Kau tu bukan boleh percaya. Sedangkan masa tengah bahagia pun kau boleh sakitkan hati aku apalagi dalam keadaan sekarang."

"Kalau tak percaya kenapa kahwin?" Bentakku tanpa sedar.

"Sebab kau tak layak untuk bahagia." Sinis.

Aku mengeluh perlahan. Lupa pula aku ni punca dia jadi macam ni.

"Fine. Buatlah apa yang awak suka." Jawabku malas.

"Dekat sana report semua aktiviti kau dekat aku. Kalau nak keluar bagitau aku. Kalau aku cakap tak boleh, jangan sesekali kali kau langgar. I have eyes on you. Sekali kau cabar aku, kau akan menyesal seumur hidup kau." Amaran keras!

"Baik. Ada lagi ke apa-apa pesanan Tengku Aisy Zulfan aka suamiku?" Aku buat muka pasrah. Buat la apa yang kau nak buat Aisy Zulfan.

"Kalau ada lagi aku akan bagitau. Jangan risau, kau takkan lepas daripada pemantauan aku."

"Ya ya baik. Kalau tak ada apa-apa saya nak gerak balik ni. Dah pukul empat dah. Melaka tu dengan Jb sama je jem ha."

"Pergi lah." Tanpa perasaan dia menuturkan kata membuatkan aku sedikit terasa.

'Macam tu je halau aku eh.'

"Salam." Tangan dihulur buat si suami. Namun hanya diberikan pandangan pelik oleh Aisy.

"Salam lah. Saya tahu awak tak suka saya. Awak pun boleh seksa saya macam yang awak nak sangat tu. Tapi saya tetap akan hormat awak sebagai suami saya. Okay?"

Sejahat-jahat Aisy, lelaki itu adalah suaminya. Syurga aku ada di bawah tapak kaki lelaki itu. Walaupun aku tak boleh nak jadi isteri yang baik, sekurang-kurangnya aku cuba untuk hormat dia walaupun dia langsung tak pandang aku sebagai isteri dia.

Aisy masih lagi diam membeku.

Aku mengeluh perlahan sebelum tangan laju mencapai tangan kanan lelaki itu. Tidak sampai sesaat, aku terus mencium tangan lelaki itu penuh kasih. Aisy juga tidak membantah dan hanya diam berdiri kaku. Terkejut mungkin.

"Okay dah. Tak sampai lima minit pun nak salam kan? Saya gerak dulu. Doakan saya selamat sampai. Ha jadual nanti saya hantar. Bye." Aku terus berlalu meninggalkan Aisy yang masih lagi berdiri di ruang tamu sambil memandang gerak-geriku sehinggalah aku berjaya keluar daripada rumah itu.

Aku menarik nafas lega apabila sudah memulakan perjalanan.

"Berani betul kau kan duk cium tangan mamat tu?" Bebelku sendiri. Tiba-tiba menyesal dengan keputusan sendiri. Padahal tadi beria kata nak hormat suami bagai. Cepat betul hati kau berubah kan?

📌

Aisy termenung panjang di beranda rumahnya. Sejak wanita itu pergi, entah kenapa hatinya kosong. Bersedih ke dia? Tidak mungkin. Kenapa dia kena bersedih sedangkan dia langsung tak ada perasaan pada wanita itu. Tapi yakin ke?

'Jujur jelah hati kau dah mula sayangkan dia semula kan? Tak.. bukan. Kau memang sayangkan dia. Perasaan cinta kau dekat dia tak pernah padam sejak dulu.'

Seperti biasa hati selalu berbolak balik dengan sendirinya. Seakan apa yang dilakukan semua ini adalah sia-sia.

Dendam? Marah? Entah kenapa semua perasaan itu hilang sebaik sahaja dia melafaz akad untuk menjadi suami kepada wanita itu.

Baru sehari hatinya sudah tewas. Bagaimana dia mahu melaksanakan apa yang telah dirancangkan selama ini?

Menyakiti wanita itu pasti akan menyakiti dirinya sendiri. Itu sudah pasti.

Lamunannya terhenti apabila telefon berdering. Taufiq. Segera dia slide untuk menjawab.

"Ha ada apa?"

"Wife kau dah balik Melaka kan? Sini la lepak rumah aku. Bosan doh kau tak ada." Taufiq

Aisy mencebik. Bosan tahu cari aku. Ni la kawan.

"Malas lah. Kau bukan function pun. Sakitkan hati aku tahu lah."

Taufiq gelak sakan.

"Aku tegur sebab aku tak nak kau menyesal. Tapi kau tak nak dengar. Dah kahwin dah pun. Malas aku nak campur hal kau."

"Aku takkan menyesal la." Jawabnya yakin.

"Sini lah." Taufiq tukar topik.

"Nanti lah. Aku malas nak keluar. Malam sikit. Aku nak pergi cafe kejap."

"Cuti-cuti pun masuk keje?"

"Aku sibuk. Bukan macam kau, makan gaji buta je."

"Eh masa kerja aku dah habis okay."

"Apa-apa jelah. Aku nak gerak ni. Jumpa nanti." Aisy terus mematikan talian.

Tiba sahaja di cafe, seperti biasa dia akan disambut dengan salam dan senyuman oleh pekerja di situ.

"Lambat masuk harini bos." Irham, salah seorang pekerja di situ.

"Banyak hal harini."

"Lupa nak cakap, kat dalam tu ada..." Belum sempat Irham menghabiskan patah perkataannya, dia terus meluru masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

"Suprise!" Teriakan Farisha membuatkan orang yang berdekatan dapat mendengarnya. Aisy jeling tajam.

"Bisinglah!" Jerkahnya tanpa menghiraukan perasaan si gadis.

"Mummy tengok Aisy layan Sha macam mana?" Farisha merengek manja kearah mummy yang berada di sebelahnya.

"Kenapa mummy datang sampai ke sini?" Aisy memulakan bicara tanpa mempedulikan Farisha yang sudah mencuka.

"Can't you treat Farisha well Aisy Zulfan?" Mummy menjeling tajam kearahnya. Namun langsung tidak diendahkan.

"Kalau mummy jumpa Abang semata-mata nak bagitau pasal ni, Abang rasa kita boleh bincang dekat rumah nanti. Or else tak payah bincang langsung sebab sangat tak penting untuk dibincangkan." Jawabnya selamba.

"Mummy tak akan datang sini kalau abang jawab bila mummy telefon semalam." Mata mummy mencerlung tajam kearahnya tanda tidak puas hati. Bukan dia tak nak angkat, cuma masa yang tidak tepat.

"Fine. Sekarang abang dah ada dekat depan mata mummy. So apa yang mummy nak cakap dengan Abang?" Aisy bertanya malas.

"Balik rumah mummy malam ni."

"Tu je? Kan boleh call."

"Salah ke mummy nak datang tempat kerja kamu? Ada simpan perempuan ke ha?" Aisy terkedu. Bagaikan terus menusuk ke dalam hatinya. Betul instinct ibu tak boleh dibuat main.

"Mana ada. Pelik je tak pernah-pernah datang."

"Ingat, jangan lupa balik malam ni."

"Iye iye. Tapi Abang nak keluar dengan Taufiq dulu. Dah janji." Terangnya.

"Dah hari-hari jumpa pun nak jumpa lagi?"

"Best friend kan?"

"Jangan lambat. Dinner sekali. Nanti mummy suruh Cik Su masakkan makanan kegemaran abang." Mummy senyum meleret.

Semudah itu emosi mummy berubah. Perempuan kan? Lama mana nak marah.

"Baik mummy."

"Mummy balik dulu. Jom Sha."

"Balik dulu Aisy!" Farisha senyum menyeringai. Kalau orang lain mungkin nampak cantik tapi bagi dia wanita itu tersangatlah annoying.

Apabila bayang mereka menghilang, Aisy membuat kerja yang belum disiapkan sebelum keluar berjumpa sahabatnya dan pulang ke rumah mummy. Entah apa la yang nak dibincangkan sampai sanggup datang kemari. Jangan yang bukan-bukan sudah lah.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now