31 ~

96 5 0
                                    

"Saya tak dapat balik bulan ni. Budak nak SPM, banyak kelas tambahan nak attend. Maaf iya."

Pesanan hanya dibaca melalui notification sambil melihat beberapa keping gambar yang baru sahaja diterima beberapa minit tadi.

Aisy mengetap bibir menahan marah sebelum pesanan lain pula yang muncul. Kalini bukan setakat hati tapi dengan jantung-jantung sekali ikut debarannya. Laju sahaja tangan mencapai kunci kereta yang berada diatas meja.

"Pergi mana oii?" Taufiq

"Melaka." Sepatah namun sudah cukup buatkan si sahabat senyum senget.

"Dah pukul 11 malam dah. Esok jelah." Taufiq

"Ingat aku perempuan ke tak boleh keluar malam ha?" Aisy terus meluru menuju ke pintu utama dan...

"Suprise! Im here." Farisha senyum manis dihadapan pintu.

"Suprise otak kau. Buiat apa malam-malam kat rumah lelaki ni? Tak malu ke?" Sergah Aisy tanpa lesen.

"How dare you cakap I macam tu Aisy?" Farisha buat muka sedih. Tapi seperti biasa, ada dia kisah?

"Betul apa? Kalau masih ada perasaan malu, you tak akan ada depan rumah ni waktu sekarang."

"I nak jumpa you. Lama sangat you tak balik rumah mummy."

"You dah ada kat situ, buat apa I nak kena ada?"

"Ish mana boleh. Bila I ada, you mesti kena ada. You kan bakal suami I." Farisha senyum lebar.

"In your dream. Dah lah tepi. I nak keluar."

"Pergi mana?" Tangannya dipaut Farisha.

"Tak payah sibuk lah." Segera ditepis laju membuatkan wanita itu semakin bengis. Sakit hati agaknya apabila ditolak terus-terusan.

"I nak ikut!"

"Kau siapa nak ikut aku ni?" Bentak Aisy geram. Orang nak cepat boleh pula ditahan-tahan.

"I bakal isteri you Aisy. Jadi I patut tahu mana you nak pergi."

"Serabut lah kau ni."

"Aisy! Kalau you tak bagi I ikut you I akan jerit kat sini." Yakin.

"Kau bawak dia pergi Aisy. Jangan buat hal kat rumah aku eh?" Taufiq yang dari tadi menjadi pemerhati mula bersuara. Risau juga kalau Minah ni betul-betul menjerit kat sini malam-malam. Ada yang kena halau dari rumah sendiri.

Aisy mengeluh berat.

"You nak apa sebenarnya?" Aisy cuba untuk berbincang. Cara menyakitkan hati nampaknya dah immune dalam diri wanita yang bernama Farisha itu.

Farisha mula menarik senyuman lebar apabila Aisy sudah melayannya dengan baik.

"Mummy you suruh I datang jemput you balik rumah. Selagi you tak ikut I balik rumah mummy, I akan terus ikut you sampai you kata yes. Dan I tak kisah pun kalau you tak nak balik, means I and you akan terus bersama."

"Okay. I akan balik sekarang. Dan you pun tolong berambus daripada mata I." Aisy terus memasuki kereta miliknya dan berlalu meninggalkan Farisha yang sedang termangu-mangu. Mungkin sedang menghadam situasi yang telah berlaku.

"Pergilah. Buah hati kau tu dah blah." Sempat Taufiq melaung kearah Farisha sebelum menutup pintu rumahnya.

Farisha ketap bibir menahan geram.

"Macam tu je kau tolak aku Aisy!" Gumamnya perlahan sebelum berlalu.

📌

"I'm home. Puas hati mummy?" Aisy bersuara hambar setelah tiba di rumah keluarganya. Walaupun hati separuh rela tetap juga dia melepaskan nafas kelegaan apabila bayang Farisha tidak lagi kelihatan. Sah la si Farisha tu hanya umpan untuknya pulang ke sini.

"Ha tau pun jalan balik rumah ni. Ingatkan dah lupa." Perli Puan Sri Faezah Hani pakej mimik muka sekali.

"Abang dah ada depan mata mummy sekarang, So can I go now?" Aisy bertanya malas. Sejak kes dia tolak cadangan mummy bulat-bulat, sejak itu ada sahaja yang mummy tidak puas hati dengannya. Sebabtu malas nak balik. Bukan nak jadi anak derhaka Okay. Disebabkan nak elak jadi anak derhaka la dia tak pulang ke sini.

"Pergi mana? Pergi dekat perempuan simpanan Abang tu ke?" Jelingan maut kini terserlah di wajah Puan Sri Faezah Hani.

Aisy terkedu buat seketika namun cepat sahaja dikawal ekspresi muka sebelum tertangkap.

"Perempuan mana ni mummy?" Aisy

"Abang jangan ingat mummy tak tahu apa yang Abang dah buat belakang kami." Serentak itu beberapa keping gambar bertaburan diatas meja.

Sekali pandang dah tahu gambar apa. Sudah tentu gambar Balqis yang sedang memasuki rumahnya sejak dua minggu lalu sehingga dua hari lepas dan juga diikuti gambarnya.

Laju tangan mengambil gambar tersebut sebelum sekali lagi nafas kelegaan dilepaskan. Semua gambar yang diambil hanya menampakkan sisi belakang sahaja. Nasib baiklah tak pandai cari sudut.

"Are you put spy on me?" Aisy buat muka tidak puas hati.

"Yes! Mummy nak tahu apa yang abang buat sampai tolak Farisha. Rupa-rupanya dah pandai simpan perempuan kat luar. Siap bawak masuk rumah lagi. Siapa ajar abang buat kerja terkutuk macam tu ha?!" Puan Sri Faezah Hani sudah menyinga membuatkan Aisy mati kata.

Tak mungkin dia cakap Balqis itu isterinya. Itu namanya gali kubur sendiri.

"Apa awak merepek ni Hani?" Tengku Hamidi yang baru keluar daripada bilik bacaannya bersuara daripada tingkat atas sebelum menuruni anak tangga dan menuju kearah kami.

"Anak kesayangan awak ni lah. Dah pandai buat benda terkutuk macam tu. Simpan perempuan dekat rumah sendiri!"

"Awak ada bukti ke? Tak tahu jangan nak tuduh. Aisy tak akan buat perkara macam tu. Saya kenal anak saya macam mana." Bangkang Tengku Hamidi.

"Ni gambar ni dah buktikan semua la. Bukti apa lagi yang awak nak ha?" Puan Sri Faezah Hani menunding kearah gambar yang berselerak diatas meja.

Tengku Hamidi memandang sekilas sebelum pandangan terarah kepada Aisy yang sudah menunduk ke lantai.

"Betul ke abang ada buat macam tu?"

"No. Abang dah besar. Abang tahu halal haram." Jawabnya mendatar.

"Tau halal haram? Tapi ni apa? Nak kata gambar ni tipu? Siapa perempuan tu? Biar mummy ajar dia cukup-cukup!" Nafas Puan Sri Faezah Hani turun naik menahan marah. Tak pernah lagi dia nampak mummy semarah ini. Bayangkan kalau dia cakap dia dah kahwin, risau dengan rumah-rumah ni sekali terbalik sebab kahwin senyap-senyap.

"Apa yang mummy nampak tak sama dengan apa yang mummy fikir. Tolong faham. Abang tak akan buat benda tak elok. Percaya lah." Aisy

"Then bagitau la apa yang patut mummy tahu? Buktikan yang abang tak buat benda tu. Terangkan kenapa perempuan tu boleh masuk dalam rumah abang masa abang tak ada. Dan terangkan kenapa abang boleh masuk dalam rumah tu sedangkan abang tahu perempuan tu ada dalam rumah tu."

Aisy diam. Sungguh fikirannya kosong. Tak ada satu ayat pun yang akan mengena jika dia membuka mulut nanti.

"Kita bincang hal ni besok je Hani. Aisy pun baru balik. Aisy pergi naik atas. Biar daddy cakap dengan mummy kamu."

Tengku Hamidi membuat isyarat agar mengikut kata-katanya. Aisy mengeluh perlahan. Lain yang hendak dituju, lain pula sampainya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now