9 ~

96 6 0
                                    

Cuti dah habis maksudnya masa untuk bekerja semula. Naik sahaja cuti penggal ni sudah semestinya aku yang sibuk ini akan berdouble triple busynya. Mana tidaknya, naik sahaja cuti terus ada peperiksaan pertengahan tahun. Habis sahaja peperiksaan sudah tentu masa untuk menanda kertas soalan.

"Cikgu nanti bagi jawapan boleh?" Hafizi tawa besar setelah membuat permintaan berani mati itu. Kini aku sedang mengagihkan kertas soalan kepada murid yang berada di dalam kelas 5 Cenderawasih ini.

"Banyak cantik muka awak." Jawapanku mengundang tawa si tuan yang bertanya.

"Ala cikgu, bukan selalu pun." Masih lagi berharap.

"Tak ada-tak ada. Saya dah bagi masa seminggu untuk awak study. Jangan bagi alasan apa-apa eh?" Tegas aku bersuara. Tapi sayang tak ada siapa takut. HAHA!

"Cuti sekolah kan untuk berehat cikgu. Mana boleh belajar." Sambung Zaidi, kawan Hafizi.

"Diamlah kau. Kalau tak ulangkaji diam-diam jelah. Macam tak biasa pula hantar kertas kosong!" Selar Nuha yang daripada tadi diam.

"Eh kau pula yang angin asal? Sibuk je." Zaidi melawan kata. Jaranglah dia orang tak gaduh. Aku syak dia orang ni mesti jodoh. Tibeh!

"Dah kau memekak. Orang nak jawab periksa kejap lagi. Cuba mulut tu diam sikit!" Nuha

"Eleyh macam lah kau jawab nanti. Tak sedar kau pun sama hantar kertas kosong!"

"Eh apa gaduh-gaduh. Cikgu kahwin kan juga kamu berdua ni." Hasilnya satu kelas kini agak riuh dengan gelak tawa mereka. Tapi tidak bagi Nuha dan Zaidi.

"Memang taklah cikgu. Siapa nak kahwin dengan budak tak ada otak macam dia tu?" Nuha jeling Zaidi sekilas.

"Macam lah kau pandai sangat!" Zaidi.

"Sekurang-kurangnya aku kena cari suami pandai. Biar genetik aku nanti ikut bapak dia." Selar Nuha laju. Aku menggeleng kepala.

"Dah dah peperiksaan nak mula ni. Ready semua!" Alhamdulillah auto satu kelas diam. Kena jerit baru tahu nak diam. Mana tidaknya tekak aku dah macam mak-mak. Kerja nak menjerit je.

"Ingat kalau nak meniru jangan sampai kantoi! Good luck!" Sempat aku memberikan kata semangat kepada mereka.

Kata semangat sangat!

📌

Setelah seminggu berperang dengan dunia peperiksaan akhirnya tamat jua. Boleh lah aku tarik nafas lega! Harini teringin pula nak makan dekat kantin sekolah. Dengar-dengar ada menu bakso harini. Lama juga teringin nak makan tapi malas nak mencari. Dah alang-alang ada kat depan mata, kita kasi redah jelah!

Sepanjang jalan aku ke kantin sekolah, tidak lepas murid memberi salam dan menegurku. Bagus pula budak-budak sekolah ni. Kalau aku masa sekolah dulu, jumpa cikgu pun lari. Lepastu mula la cikgu membebel kat perhimpunan. Kata budaya memberi salam tu tolong terapkan. Jangan jumpa cikgu lari. Awak ingat cikgu kat sini semua hantu ke?

Tapi bila dah bagi salam, tak menyahut pula. Pakej buat muka berlagak lagi. Kan dah sentap kat situ. Lebih baik tak payah bertembung terus. Sedap hati kedua belah pihak tak begitu?

Sibuk membebel sendiri dalam hati, akhirnya tiba juga di kantin. Aku masuk ke dalam kawasan yang dikhaskan untuk guru sahaja.

"Jarang-jarang makan dekat kantin, harini timbul pula iye cikgu?" Cikgu Zul, musuh utamaku sejak kejadian kecurian lepas bersuara.

"Aik cikgu, takkan saya nak makan pun salah." Jawabku bersahaja.

"Tak salah tapi pelik." Bidas Cikgu Zul sebelum berlalu. Aku buat muka. Apa sahaja tak puas hati denganku.

"Betul tak ngam eh dengan Cikgu Zul tu?" Bisik Cikgu Mira sambil ketawa kecil. Aku senyum sebaris.

"Dia tu yang tak puas hati. Saya Okay je."

"Haah Aliff tahun ni tercalon pelajar straight A sekolah. Bukan dia je, ada empat lagi orang yang tercalon dekat kelas saya cikgu." Bergema satu kawasan suara Cikgu Zul bercerita dengan Cikgu Zamani.

"Kelas aku pun ada sorang Zul. Si Baizura tu. Kalau keputusan pertengahan tahun ni Okay, nama dia naiklah." Ujar Cikgu Zamani. Tapi hanya bersuara biasa sebab aku tahu dia memang sekadar hendak bercerita bukan menunjuk-nunjuk.

"Okay lah tu Zul ada. Daripada tak ada macam kelas orang tu."

Okay kali ni memang tepat kena muka aku setepek. Angin je aku tengok orang tua ni. Nak makan pun tak tenang.

"Alah cikgu yang tercalon tu belum tentu dapat masa peperiksaan besar nanti. Selagi belum ada keputusannya, selagi tu siapa pun ada peluang untuk dapat." Selar aku laju sambil mengambil tempat yang agak jauh daripada mereka.

"Aik cikgu ke macam tu? Mendoakan kegagalan anak murid sendiri?"

"Saya tak cakap pun yang tercalon tu akan gagal. Saya cakap belum tentu. Tapi kalau dia orang buat yang terbaik dan dapat keputusan yang baik Alhamdulillah. Saya sebagai cikgu akan meraikan dengan dia orang sekali. Tak gitu Cikgu Mira?"

"Betullah tu. Kita ni cuma mampu merancang je cikgu. Tapi yang tentukan semua Allah." Sokong Cikgu Mira pula. Terus terdiam Cikgu Zul mendengar sedikit tazkirah daripada Cikgu Mira. Ha kan kena setepek jugak! Rasakan.

📌

"Bulan depan sekolah akan adakan perkhemahan kepimpinan untuk pelajar tingkatan 5. Jadi cikgu harap awak semua dapat libatkan diri dalam perkhemahan ni. Kumpul segala sijil yang ada bagi memudahkan awak semua diterima untuk menyambung pengajian nanti." Bebelku panjang lebar.

"Kalau tak nak boleh ke?" Anas, selaku penolong ketua kelas bertanya.

"Kenapa tak boleh? Ada sebab yang munasabah ke?"

"Saya tak suka pergi camping cikgu." Jawabnya bersahaja.

"Mana boleh macam tu. Target saya awak semua akan pergi. Nanti boleh bagi nama dekat cikgu selewat-lewatnya seminggu sebelum perkhemahan."

Terdengar keluhan daripada beberapa orang pelajar di dalam kelas itu.

"Kenapa mengeluh? Awak tahu tak masa ni lah awak nak cipta kenangan dengan kawan-kawan sekolah. Habis je alam persekolahan, percayalah awak semua akan rindu moment yang macam ni."

"Cikgu pernah ke rindu zaman sekolah?" Hafizi bertanya.

"Eh mestilah! Zaman sekolah adalah zaman yang paling cikgu rindu. Walaupun cikgu dah jadi cikgu sekolah tapi keadaan dah berbeza."

"Cikgu ada crush ke masa sekolah dulu?" Anas bertanya tiba-tiba. Lain betul topik dia ni.

"Cerita la cikgu. Cerita la!" Sokong pelajar lain.

"Crush? Mestilah ada. Tapi crush cikgu dah kahwin dah." Simple dan padat. Haha

"Tu je? Tak menariknya." Zaidi

"Alah cikgu. Bosanlah." Farhana

"Cikgu tak cakap pun cerita cikgu menarik." Aku gelak kecil.

"Dah-dah jangan tukar topik. Cikgu harap awak semua boleh join tau. Cari pengalaman selagi masih muda."

"Cikgu pergi ke?" Hafizi

"Mestilah! Cikgu orang kuat sekolah tau!"

Rugi lah tak pergi camping. Aku dah la minat aktiviti berkaitan fizikal ni. Walaupun tak berapa nak kuat, tapi suka kan cabaran. Lagi-lagi hiking, kalau boleh setiap minggu nak pergi. Tapi disebabkan masa yang mencemburui, jadi aku akan join sekurang-kurangnya sebulan sekali.

"Kalau cikgu pergi, saya pergi lah." Hafizi sengih.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now