17 ~

145 7 0
                                    

Habis sahaja kelas tambahan petang itu, aku terus pulang ke rumah. Tak ada mood pula hendak ke mana-mana. Selalunya aku akan mencari makanan dulu sebelum pulang ke rumah. Lagipun Hana pulang ke kampung harini jadi aku sorang-sorang. Nampaknya makan maggi jela malam ni.

Tiba sahaja di rumah, aku mengeluarkan segala barang yang ada di dalam kereta. Aku yakin dan pasti aku tak akan keluar rumah sepanjang cuti sekolah dua harini melainkan merempit menggunakan motor Hana sahaja. Jadi segala sampah sarap wajib dibersihkan.

Setelah selesai semuanya, tangan terus membuka pintu rumah. Tetapi baru sahaja dia hendak menutup pintu, pintu rumahku ditolak kasar membuatkan aku terduduk diatas lantai.

"Adui!" Bisa punggung dibuatnya. Nasib baik ada karpet. Tapi tu tak penting. Yang penting sekarang siapa yang tolak?

Bunyi pintu dikunci membuatkan aku telan liur. Perlahan-lahan aku mengangkat muka melihat siapakah gerangan manusia itu.

Pandangan yang sangat jahat ditujukan buat aku !

Kecil besar aku pandang lelaki di hadapanku. Kenapa dia ada kat sini?

"Apa awak buat ni?" Laju aku bangun daripada terduduk tadi. Misi menyelamatkan diri!

Aisy tidak menjawab tetapi kakinya terus melangkah membuatkan aku terpaksa jalan mengundur dan langkahku mati. Tiada tempat yang boleh aku tuju apabila sudah tertangkap dengan dinding rumah sendiri.

Aku telan liur. Apalagi dalam fikiran lelaki ni. Ya Allah janganlah benda bukan-bukan jadi lepasni. Aku tahu dia tak jahat. Tolong jangan buat dia jahat Ya Allah. Rintihku di dalam hati.

Tangan lelaki itu melekat di dinding untuk menyekat aku untuk keluar daripadanya. Jarak antara kami agak rapat membuatkan aku dapat bau minyak wangi sebakul yang dia pakai. Wangian yang sangat aku rindukan.

'Balqis! Bukan sekarang kau nak ikut perasaan.' Bentaknya di dalam hati.

"Awak buat apa dalam rumah saya?" Aku mengumpul segala kekuatan yang ada untuk bertanya apabila keadaan kami kekal sebegitu agak lama. Tak selesa. Sumpah!

"Aku nak kau kahwin dengan aku. I will torture you for the rest of your life. Takkan ada perasaan bahagia dalam hidup kau. Langsung!" Aku terkedu. Kahwin? Dengan lelaki ini? Kalau lah semudah itu, tak mungkin aku pergi dahulu.

"Awak boleh seksa saya macam mana pun, tapi untuk kahwin dengan awak saya tak boleh." Perlahan aku bersuara.

"Apa yang you boleh bagi pada anak I? Harta? Pangkat? Good education? Fresh graduate? What? You have nothing untuk dibanggakan oleh anak I. I tak nampak langsung kebaikan yang you boleh bagi. Hence you will bring bad luck to our lineage!"

Aku menggeleng perlahan setelah ayat itu bergema daripada ingatan.

"Aku tak minta izin daripada kau. Aku cuma bagitau apa yang aku nak." Dia menekan bahuku kuat. Aku menutup mata menahan sakit.

"Keluarga awak tak akan terima saya!" Suaraku naik satu oktaf. Jelas perubahan daripada wajah lelaki itu. Namun hanya sementara sebelum dia menunjukkan muka sinisnya.

"Come on. Aku lelaki. Aku tak perlukan persetujuan sesiapa untuk kahwin!"

"Apa maksud awak?" Hati aku makin berdegup lagi apabila wajah Aisy semakin dekat dengan wajahnku. Tanpa buang masa aku menolak kuat dada bidang lelaki itu membuatkan lelaki itu hilang keseimbangan dan terdorong ke belakang.

Aku terus berlari menuju ke pintu utama. Namun tidak sampai beberapa saat badanku sudah dipeluk daripada belakang. Erat. Aku tergamam. Tiada kata buat seketika.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now