28 ~

85 5 0
                                    

Rutin harian aku berubah setelah aku mendirikan rumahtangga. Selalunya aku pulang ke Johor dua minggu sekali tetapi kalini seminggu sekali. Selalu aku pulang ke rumah mama ayah tapi kalini aku pulang ke rumah suami aku. Kalau mamat tu baik hati, kami akan pulang ke rumah mama dan ayah dan tidur satu malam di situ.

Waktu lapang pula aku habiskan untuk belajar masak. Memang bukan diri aku yang sebenar tapi aku terpaksa buat. Bukan takut dengan suami tapi lebih baik buat daripada memikirkan apa yang akan jadi nanti.

Rumah teres dua tingkat itu dipandang kosong. Tiap kali balik ke rumah ni, hati aku mesti tak syok. Sebabnya aku kena menghadap lelaki itu di rumah ni. Bukan tak suka. Suka je. Siapa je tak suka kalau dapat jumpa encik suami. Tapi yang tak syoknya muka lelaki itu tak pernah senyum bila nampak aku. Gelak jauh sekali.

Namun tak ada apa yang aku boleh buat selain melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan beberapa bungkusan plastik di tangan. Seperti biasa barangan dapur untuk dimasak sebelum suami tercinta pulang.

Tercinta sangat !

Walaupun selalu kena maki apabila tekaknya tak kena dengan selera sendiri, tetap juga balik dan nak makan apa yang aku masak. Pernah sekali dia angin satu badan sebab aku masak nasi jelantah.

Flashback ~

"Aku penat-penat balik kerja. Ni kau masak? Kau masak apa ni? Ni nasi ke beras?" Pinggan yang sudah berisi nasi disuakan kearah aku dengan pandangan tajamnya.

Aku telan liur. Ingatkan dah cukup air. Tak tahu pula kurang. Dah cakap dah masak nasi pun aku fail tau!

"Ni lauk apa ni? Maggi? Kau nak aku makan nasi beras ni dengan maggi?"

Percaya atau tidak aku hanya masak nasi dan maggi kari sahaja. HAHAHA! Pertama kali kot aku masak sendiri kat rumah orang macam ni. Kalau kat rumah sewa biasa masak-masak macam ni Hana yang buat. Aku sudah pasti tolong itu ini dan menyibuk je. Selebihnya mestilah masak maggi.

"Okay lah tu ada makanan. Bersyukur sikit awak. Kat luar tu berapa ramai lagi yang tak ada makanan nak makan." Entah kenapa laju sahaja aku menjawab membuatkan mata lelaki itu makin mencerlung memandang kearahku.

"Menjawab!"

"Iyelah maaf. Saya dah cakap dah saya tak pandai masak. Awak nak juga saya masak." Aku menunduk ke lantai. Terkesan apabila dijerkah begitu.

"Kau tak belajar ke? Aku dah cakap kan kalau tak pandai belajar? Ke otak kau bebal sangat nak belajar masak pun tak tahu ha? Banyak sangat makan maggi sampai otak tu pun mengecut. Macam mana kau boleh jadi cikgu pun tak tahu lah." Aisy

Sekali lagi aku menunduk. Dia panggil aku bebal oii. Aku ni isteri dia tau tak. Tak boleh ke cakap elok-elok sikit.

'Derita kau bahagia aku.'

Terus tak jadi nak merajuk apabila ayat itu bergema di benakku secara tiba-tiba. Aku mengeluh perlahan. Macam mana lah aku boleh lupa kenapa aku kahwin dengan dia ni.

"Iyelah baik." Hanya itu sahaja jawapan yang aku mampu jawab. Sudah pastinya lelaki itu memilih makan maggi daripada nasi.

Walaupun aku sedikit terasa namun tetap juga ada sedikit perasaan terharu sebab Aisy sudi untuk makan apa yang aku masak masa tu daripada terus keluar rumah dan makan di luar. Maggi pun maggi la.

📌

Siap! Setelah berpuas hati dengan menu harini, aku senyum lebar. Tapi bila pandang dapur semula, auto mati senyuman aku. Sudah pasti dapur akan menjadi medan perang bila aku yang guna.

Masak dah siap. Tinggal kemas sahaja. Perkara paling malas aku nak buat lepas masak. Tak boleh ke pinggan mangkuk tu kemas sendiri eh?

"Daripada kau bebel sorang baik kau buat kerja Balqis. Kejap lagi mamat tu balik. Ada yang kena maki free tengok rumah dia bersepah." Bebelku sendiri sambil melangkah menuju ke dapur semula.

Setelah lima belas minit berperang dengan perkakas dapur, akhirnya siap juga. Sekali lagi aku senyum puas hati. Tak sangka aku akan buat kerja-kerja macam ni sekarang. Ada hikmah juga aku jadi isteri orang ni.

Apabila merasakan pintu sudah terkuak daripada luar, laju sahaja aku melangkah menuju ke muka pintu untuk menyambut Aisy seperti biasa.

"Awak nak air apa? Saya buatkan." Seperti sudah menjadi ayat keramat apabila lelaki itu masuk ke dalam rumah itu.

"Aku dah cakap kan tak payah nak jadi isteri mithali sangat. Kau ingat kau buat macam ni aku akan suka dekat kau ke?" Dan ini juga jawapan keramat daripada Aisy. Tapi ada aku kisah. Dah nama tanggungjawab, nak tak nak aku kena buat.

"Saya dah masak. Awak nak makan ke mandi dulu?" Seperti biasa aku hanya abaikan sahaja suara tadi. Buat macam tak ada apa berlaku.

"Tak payah sibuk dengan apa yang aku nak buat. Tepi lah." Aisy terus berlalu menaiki anak tangga menuju ke ke bilik.

Aku mencebik. Tanya pun salah. Memang tiap kali nampak muka aku nak marah je ke?

Setelah bermonolog dengan hati sendiri aku kembali semula ke dapur untuk menyiapkan makanan buat si suami harimau. Malas aku nak dengar dia memetir lagi. Telinga aku dah cukup berdesing dengar 2 hari seminggu suara petir dia.

Setengah jam kemudian, Aisy sudah menuruni anak tangga. Aku yang sedang menonton televisyen auto bangun dan menuju ke dapur. Aku tak tahu kenapa tapi lama-lama aku rasa yang aku ni memang orang gaji dia. Takut kena marah dengan tuan rumah dan sentiasa kena ada dengan tuan rumah.

"Masak apa?" Aisy

Aku membuka penutup makanan. Maka terbentang lah makanan yang aku masak tadi.

"Sardin?" Aisy kerut dahi.

"Haah."

"Sampai bila kau nak bagi aku makanan tak sihat ni? Sayur mana? Memang suka buat satu lauk je ke?" Bebelnya seperti biasa.

"Err awak kan tak suka makan sayur, jadi saya tak beli la." Terangku lambat-lambat.

"Kau tahu aku tak suka makan sayur dan kau tak beli. Habistu aku tak suka sardin ni kau tau tak?" Aku diam.

"Awak tak suka ke? Kejap saya masak lain. Saya tengok apa yang ada dalam peti."

"Tak payah. Membazir masa. Kau tu masak dah la setahun. Nak aku mati kebulur ke tunggu kau masak lain?"

"Tapi awak kata awak tak makan? Ke awak nak saya order makanan luar?"

"Aku cakap tak payah. Diam je boleh tak?" Aku menunduk memandang lantai. Aku rasa lama-lama lantai rumah ni dengan aku boleh jadi kawan baik.

"Kau letak gula ke Qis? Gula dengan garam takkan tak boleh beza?" Sergahan Aisy membuatkan aku sedikit tersentak.

"Apa dia?"

"Kau letak gula ke dalam ni?" Aisy menunjukkan kearah sardin yang sudah terusik sedikit. Aku mengambil sudu dan menyentuh kuah sardin itu di hujung hari.

Rasa.

Aku jelir lidah. Manis!

"Tak payah makanlah awak. Saya order kat luar je. Tak lama pun." Tergopoh-gopoh aku berbicara. Aduh, macam manalah boleh komfius gula dengan garam ni.

"Lembab betul. Entah-entah anak murid kau pun dah sesat agaknya." Bebel Aisy. Tapi mulut masih lagi mengunyah nasi.

"Awak..." Perlahan aku memanggil Aisy apabila lelaki itu masih khusyuk dengan makanannya.

"Kalau rasa tak nak makan berambus daripada mata aku." Aku telan liur.

'Berambus Balqis. Buat apa lagi tunjuk muka depan dia.' Gumamku dalam hati sebelum kaki melangkah keluar daripada ruang dapur itu.

"Ambilkan aku garam." Sempat lelaki itu mengarah sebelum sempat aku keluar daripada ruang dapur.

Aku hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Dia tak lempar sardin aku ke lantai pun dah cukup bersyukur.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now