10 ~

97 7 0
                                    

Hari yang paling aku tunggu tiba juga. Hari perkhemahan sekolah di Teluk Gorek Mersing. Disebabkan perjalanan sedikit jauh harini membuatkan aku sedikit teruja. Lagi-lagi dapat naik bas sekolah. Dia punya teruja macam aku lah pelajar dekat sini.

Kami tiba di lokasi jam 12 tengahari. Selepas makan tengahari, mereka diberikan sedikit taklimat sebelum memulakan sebarang aktiviti sepanjang dua hari di sini. Setelah membebel itu ini, mereka dipinta untuk memasang khemah untuk tempat masing-masing. Bagi pelajar lelaki pula ada yang menolong pelajar perempuan yang masih lagi belum mendirikan khemah.

Aku? Aku hanya memerhati dan menolong jika perlu. Tolong pun rasanya tolong tengok jelah. Sebab budak-budak ni nampak terlalu expert untuk ditolong.

Apabila siap memasang khemah, semua orang diminta untuk berkumpul di surau yang berada di situ untuk mengerjakan solat asar berjemaah sebelum memulakan ice breaking jam lima petang nanti.

Untuk ice breaking pula mereka diberi lima kumpulan secara rawak. Tak ada istilah kau kawan aku, aku nak dengan kau, kau kelas ni, aku tak nak dengan kau. Tidak! Matlamat kem ini pun untuk menyatu-padukan dan merapatkan hubungan pelajar dengan guru masing-masing. Jadi untuk dua hari ni semua orang adalah kawan.

Selesai memberi kumpulan untuk ice breaking, tugasan pertama mereka adalah melukis gambar bendera kumpulan mengikuti kreativiti masing-masing dan pastikan ada maksud di setiap lukisan dan warna yang mereka buat. Macam-macam jenis lukisan aku tengok. Ada yang kalah pelukis dunia, ada yang melukis macam aku lukis dulu. Buat ada-ada je gitu.

Ada yang melukis kepala adudu, ada juga yang melukis ultramen. Belum lagi yang lukis one piece punya karakter tu. Luffy ke apa nama dia. Entahlah. Hahah! Ada juga yang lukis muka naruto. Betul zaman sekarang melekat dengan anime.

Kini tiba masa untuk penerangan bendera masing-masing. Kumpulan pertama datang ke hadapan untuk membentang hasil yang dilukis tadi.

"Selamat petang. Kami daripada kumpulan 1 ingin membentangkan bendera dan maksud daripadanya." Kedengaran tepukan gemuruh daripada semua pelajar. Sebabnya yang tengah membentang sekarang pelajar paling Hot spicy dekat sekolah, Aliff.

"Maksud daripada kepala adudu ini ialah tak akan putus asa selagi tak dapat apa yang kami nak. Walaupun gagal tetap mencari segala cara sehingga berhasil. Warna biru ni pula melambangkan perpaduan antara kami dan bintang lima ni bermaksud kami berlima adalah satu kumpulan. Sekian daripada kumpulan kami terima kasih." Mudah dan simple tapi cantik.

Seperti biasa tepukan gemuruh diberikan kepada mereka.

Bagi kumpulan dua dan keatas masing-masing mempunya idea yang lebih kurang sama . Bezanya hanya gambar logo sahaja. Overall memang menarik! Budak-budak sekarang punya kreatif memang lain daripada lain. Kalau aku lukis orang lidi pun senget!

Ice breaking diakhiri dengan kemenangan kumpulan satu.

📌

Tentatif seterusnya adalah night walk. Itu tentatif biasa yang akan dilakukan apabila camping. Mereka dikehendaki berjalan satu kumpulan dengan jarak 1 meter dengan kumpulan yang lain. Nampak tak jauh, tapi kalau malam auto rasa jauh. Masa nilah pelajar lelaki akan acah-acah berani dihadapan pelajar perempuan.

Kalini mereka diberi satu bungkusan yang sudah diikat. Bungkusan itu hendaklah dibawa semula dengan sepertimana kami beri sewaktu awal mula berjalan. Kalau tiba-tiba bungkusan tu jadi leper atau ikatan jadi lain, bermakna kumpulan itu tidak jujur dengan amanah yang diberikan. Sudah tentu kalah adalah jawapannya.

Masa night walk mengambil masa dalam satu jam setengah. Dua daripada lima kumpulan telah kalah serta merta apabila bungkusan mereka terlihat meragukan. Walaupun mereka sampai dulu, tapi tetap kalah.

Keesokkan hari, hari terakhir dimulakan dengan senamrobik sebelum sarapan pagi. Jelas wajah mengantuk di setiap wajah pelajar di situ. Walaupun masa kuliah subuh tadi ramai yang terbongkang daripada mendengar. Sama la tu dengan aku dulu. Hahah.

Usai bersarapan, kami membuat satu aktiviti pengurusan diri di dalam hutan. Maksudnya mask dengan bahan apa yang ada tanpa menggunakan periuk elektrik mahupun dapur gas. Hanya menggunakan kayu dan arang untuk membuat unggun api. Sudah pasti ini juga pertandingan. Kumpulan mana yang masak paling sedap akan diumumkan sebagai pemenang.

Tepat jam 1 petang, aktiviti memasak pun tamat. Pemenang pertandingan memasak juga sudah diumumkan di tempat itu juga. Selepas mengemas apa yang patut, mereka diminta untuk mengemas khemah dan membersihkan tempat sekitar daripada sampah yang mereka buat sebelum meneruskan tentatif yang terakhir.

Penutup sebelum pulang semula ke Melaka.

Dan seperti yang dapat diramal, kumpulan satu telah memenangi bagi keseluruhan pertandingan. Mana tidak, satu je dia orang tak lepas. Part memasak. Lain semua menang. Macam ni la agaknya ada budak pandai dalam kumpulan. Tibeh!

Tapi keseluruhannya yang penting semua pelajar gembira termasuk cikgu-cikgunya juga.

📌

Sebelum pulang ke tempat asal kami, kami menyimpang sehingga ke Kluang Mall. Disebabkan masing-masing masih lagi dalam mood nak berjalan, aku dan cikgu yang lain bersetuju untuk cuci mata sebelum pulang. Boleh la dia orang beli apa yang patut untuk dibawa pulang nanti.

"Pastikan semua dah ada dekat sini jam enam petang. Lambat tinggal." Pesan Cikgu Hasni, cikgu yang bertanggungjawab untuk kem kalini.

"Baik cikgu!" Maka bersurai lah mereka mencari apa yang patut di dalam mall ini.

"Cikgu nak apa-apa tak? Saya belanja." Hafizi sengih sambil memandang aku.

"Awak nak belanja cikgu?"

"Haah. Cikgu nak apa?" Masih lagi dengan soalan sama.

"Cikgu nak awak jalan-jalan dengan kawan awak sana tu. Tadi nak cuci mata sangat kan?"

"Ala cikgu, nak baik-baik pun kena halau." Hafizi buat muka.

"Awak belanja kawan awak jelah Fizi. Tu Zaidi panggil." Aku menunjukkan kearah Zaidi yang semestinya memandang kearah kami. Tidak sampai sesaat, dia pun berlalu.

Aku memandang sekeliling. Nak pergi mana eh? Cikgu-cikgu lain ni pun menghilang macam tu je. Bukan nak ajak aku jalan sekali. Bebelku sambil berjalan tanpa arah. Sudah pasti aku berjalan di tempat yang ada makanan.

Langkahku terhenti di sebuah cafe yang berada di dalam mall itu. Aku sekadar melihat daripada jauh. Macam kenal. Melihat kemesraan dia dengan wanita itu sudah cukup buatkanku sedikit terasa. Namun segera aku tepis segala perasaan yang hadir.

"Jangan macam ni Balqis. Dia pun layak untuk bahagia." Gumamku sendiri dengan senyuman sebaris.

'Tapi kenapa cara dia cakap macam dia tu menderita sangat? Bukan ke sekarang dah win win situations? Aku bahagia begitu juga dia kan?'

Suara hatiku bersuara secara tiba-tiba. Namun segera aku hilangkan daripada fikiran. Kau tak boleh fikir macam tu. Kalau dia bahagia, baguslah.

'Tapi bukan ke kau pun menderita jugak?'

"Arghh!" Aku menjerit kecil. Penatlah perang dengan perasaan sendiri. Kat tempat awam macam ni pulak tu!

Dengan pantasnya aku berlalu daripada situ. Daripada terus dekat situ, makin banyak aku fikir nanti.

"Wait." Sekali lagi langkahku terhenti. Aku telan liur. Dia perasan ke aku kat situ tadi?

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now