37 ~

91 5 0
                                    

Selepas berlaku pergaduhan kecil sebentar tadi, Aisy terus keluar daripada rumah tanpa sepatah kata. Mukanya yang tegang masih lagi tersemat di dalam ingatanku. Kalini Aisy betul-betul marah dengan aku. Mesti dia balik terus. Tak mungkin dia nak tengok muka aku lagi lepas apa yang jadi sebentar tadi.

Aku merenung gambar perkahwinan kami yang berada di atas meja solek. Senyum tapi tak semestinya gembira. Tapi gambar itu tetap cantik di pandanganku.

Aku senyum kecil. Namun tidak lama kemudian aku mengeluh pula. Dah macam ada kecelaruan identiti rasa.

Salah aku ke dia rasa macam tu? Tetapi aku pun sakit juga. Tetapi...

Aku mencengkam rambut dengan kedua belah tanganku. Walaupun tak kuat tetapi cukup membuatkan rambut aku serabai.

Pintu yang terkuak daripada luar membuatkan aku sedikit terkejut. Makanya terbanglah segala apa yang aku fikirkan. First impression aku orang itu adalah Hana. Namun setelah difikirkan semula, semalam Hana ada memberitahuku yang dia tidak pulang sampai harini. Terus fikiran aku menerewang ke bulan.

"Pencuri ke? Siang-siang buta macam ni? Takkan Aisy pula. Tadi bukan main marah lagi dia dengan aku. Takkanlah dia datang semula. Mungkin ada barang yang tertingal kot." Bebelku sendiri.

Namun suara mangkuk yang jatuh membuatkan aku terkedu semula. Kalau ambil barang kenapa sampai ke dapur pulak ek?

"Ish keluar jela Balqis. Tak payah nak buat andaian mengarut kau tu." Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar melihat siapakah gerangan manusia yang telah menceroboh dapur kami. Takut memang takut, tapi disebabkan sifat ingin tahu membuak-buak membuatkan aku nekad dengan keputusan sendiri walaupun kaki bersimen.

Makin dekat makin berdebar jantung dibuatnya. Perlahan-lahan aku mengintai daripada pintu bilik. Lelaki!

Tapi macam....

"Mengintai apa? Duduk kat meja makan tu." Aisy berkata tanpa memandang kearahku.

Iya lelaki itu adalah Aisy. Suami aku. Lelaki yang dah buat hati aku macam funfair sebentar tadi.

"Saya ingat awak dah balik." Aku lebih suka bersuara daripada mendengar apa yang diarahkan Aisy

"Pekak ke? Aku suruh duduk kan tadi?"

Aku mengeluh perlahan. Kalau marah tak payah lah datang balik.

Kalini aku menurut tanpa sebarang bantahan. Tidak lama kemudian, Aisy keluar daripada dapur dengan dua pinggan yang sudah terisi makanan di dalamnya. Tidak sampai sesaat dia kembali semula ke dapur dan membawa satu jug kecil air kosong juga dua cawan plastik.

Aisy duduk berhadapan denganku. Seperti biasa wajah tidak berperasaannya ditayangkan pada aku.

"Makan. Nanti mati kebulur pula kau." Aisy

"Saya mati pun bukan ada kena mengena dengan awak." Jawabku mendatar.

"Tapi aku tak nak jadi duda muda."

"Kalau macam tu sebelum saya mati kahwin jelah dengan perempuan yang awak nak sangat tu." Sindirku sedas. Haih nampaknya seketul Balqis ni memang tak habis-habis nak cari gaduh dengan suami sendiri.

"Tak habis-habis lagi ke dengan topik tu? Tak bosan?" Jelas riak malas layan.

"Saya bagitau je."

"Tak payah bagitau. Aku tahu apa yang aku nak buat." Jelasnya.

"Abaikan apa yang aku cakap tadi. Anggap je aku tak pernah cakap semua tu." Aisy bersuara.

Dia suruh aku lupakan? Dia ingat senang ke nak lupakan kalau benda tu dah tersemat dalam otak ha?

"Just forget it. Benda tu dah lama. Yes memang dulu aku bodoh sebab tunggu kau. But now it's different. No more love. Just hate. Remember that word my love." Tenang sahaja lelaki itu menuturkan ayat membuatkan hati aku semakin dirundung pilu.

'No more love, just hate.' Suara hatiku mengulang layar ayat itu. Aku menunduk memandang makanan dihadapan mata.

Sumpah sedih!

📌

Tiga minggu telah pun berlalu dengan pantas. Alhamdulillah kaki aku sudah pulih sedikit. Sakit-sakit sikit tu biasalah. Mungkin dah masuk angin agaknya. Sebabtu lah aku ambil keputusan untuk balik ke rumah keluargaku sementara masih lagi ada baki cuti tiga hari untuk berurut.

Mama dengan ayah pun aku ada bagitau berkenaan kaki aku ni. Terus kena bebel non stop masa telefon sebab tak bagitau awal. Pada mulanya aku memang tak nak bagitau mama dengan ayah sebab tak nak mereka risau tapi Aisy yang beriya-iya suruh aku bagitau. Katanya mereka perlu tahu apa yang dah jadi pada aku sekarang.

Aku hanya pulang seorang diri setelah Aisy memberi amaran kepadaku semasa dia menjagaku dua hari itu. Kenapa dua hari? Sebab mamat tu berkeras tak nak balik selagi muka Hana tak muncul di hadapan matanya. Tengah gaduh-gaduh pun masih lagi nak jaga aku. Sudah semestinya aku terharu sangat dengan effort dia yang sudi jaga aku walaupun pada hakikatnya itu sekadar untuk membalas dendam dengan apa yang telah aku lakukan padanya dulu.

"Buat masa ni jangan sesekali balik rumah aku selagi aku tak suruh. Jejak pun jangan. Faham?"

Itulah yang dikatakan Aisy kepadaku. Mesti dia dah menyampah sangat dengan aku sampaikan nak tengok muka aku dua kali seminggu pun dia tak nak. Tapi tak apalah. Aku faham yang aku bukan sesiapa bagi dia.

"Assalamualaikum." Salam dilaung apabila rumah sunyi sepi. Sampai hati tak nak sambut aku balik. Sob sob.

Tanpa menunggu balasan daripada sesiapa, pintu rumah dibuka. Tak kunci? Rumah tak ada orang tapi tak kunci. Baik hati betul mama dengan ayah nak sedekah barang-barang dalam rumah ni dekat perompak iye?

Perlahan-lahan sliding door itu aku buka. Sekeliling aku pandang. Sah memang tak ada orang. Aku mengambil telefon di dalam beg tangan untuk membuat panggilan. Ada satu notification daripada mama.

Mama dengan ayah pergi kenduri kahwin rumah Cik Asma. Nanti kalau adik sampai Johor terus pergi rumah Cik Asma tau. (13:30)

Selesai membaca pesanan ringkas mama, aku melihat jam yang tertera di skrin telefon. Dua petang. Patut tak perasan, tengah drive. Maka aku pun mengambil keputusan untuk keluar semula dan pergi ke rumah Cik Asma. Kebetulan perut pun dah berkriuk-kriuk mencari makanan adalah lebih baik aku mencari makanan pengantin. Dah lama rasanya tak makan nasi kenduri. Kahwin sendiri pun makan nasi putih je. Ish ish.

Prang!

Langkahku mati apabila kedengaran bunyi barang kaca yang pecah. Aku telan liur. Baru teringat sewaktu aku masuk tadi, pintu rumah ini tidak berkunci. Takkanlah ada pencuri siang-siang buta? Kucing? Jauh sekali sebab di dalam rumah ni memang tak bela kucing. Jadi mana datangnya kucing ye dak?

'Nak tengok ke nak keluar? Tapi tak bahaya ke kalau usya? Buatnya pencuri betul lepastu ada pisau, pistol kan menggali kubur sendiri namanya.' Aku bermonolog sendiri di ruang tamu.

Namun perbuatan aku melakukan yang sebaliknya. Kaki terus melangkah menuju kearah tempat yang menarik perhatianku sebentar tadi iaitu di dapur. Liur diteguk berkali-kali. Sempat juga aku mengambil kayu besbol coklat yang sememangnya berada di ruang tamu untuk pertahankan diri. Maklumlah aku ni langsung tak ada seni atau bakat dalam apa-apa seni pertahankan diri. Harapnya kayu ini okay lah. Sekurang-kurangnya dapatlah ketuk kepala orang jahat.

Tiba sahaja di dapur, kelihatan seorang lelaki sedang menunduk mengambil kaca yang pecah di atas lantai. Siapa lelaki itu? Macam mana dia boleh masuk dalam rumah ni? Ah lantaklah. Yang penting dia orang jahat. Siapa suruh dia masuk dalam rumah aku siang-siang buta macam ni!

Dengan bacaan bismillah, perlahan-lahan aku merapati lelaki itu. Baru sahaja ingin menghayunkan kayu besbol itu di badan pencuri itu, dia berpaling dan tanganku berhenti daripada bergerak serta-merta. Mulut ternganga. Omaigod!

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now