7 ~

106 6 0
                                    

Majlis yaasin dan doa selamat sempena abangku akan terbang ke Korea telah selamat dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dan janji abang untuk belanja aku mcd pun telah terlaksana pagi tadi. Sarapan mcd kau pagi tadi. Omputih style sangat!

Tetamu yang hadir sudah mulai berkurang. Kini hanya tinggal keluargaku dan keluarga Hayrul sahaja. Mereka kata ada benda yang hendak dibincangkan. Sudah pasti berkenaan kami.

Namun hatiku mulai tidak enak. Lagi-lagi dengan kejadian semalam. Adakah lelaki itu sudah membuat satu situasi untuk menyalahkan ku dengan semua hal? Entahlah.

"Tujuan kami nak berjumpa dengan keluarga kau ni sebab nak bagitau berkenaan anak kita." Puan Roza, mama kepada Hayrul bersuara.

"Pasal apa tu?" Puan Khalsom, mamaku pula bersuara.

"Aku rasa kita tak jadi lah nak berbesan." Hilang segala senyuman di bibir mama apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut kawan baiknya.

Aku pula memandang Hayrul sekilas. Macam biasa, riak bersahaja dan tidak bersalah!

"Kenapa? Balqis ada buat sesuatu yang kau tak suka ke?" Mama memandang aku sekilas sebelum berpaling semula kearah Puan Roza.

"Err aku bukan nak menuduh apa, tapi bukti dah ada depan mata." Teragak-agak Puan Roza bersuara. Aku memandang laju kearah mama Hayrul. Bukti apa ni?

Beberapa keping gambar diberikan kepada mama dan ayah. Gambar aku dan Aisy semalam. Terbuntang mataku dibuatnya. Sejak bila Hayrul mengambil gambar kami pun aku tak pasti. Pantas betul dia bertindak.

Hasilnya sebuah jelingan tajam dihadiahkan buatku. Aku telan liur. Janganlah mama dengan ayah fikir bukan-bukan. Dah la kat hotel. Omaigod!

"Apa ni Qis? Kenapa Qis boleh ada dalam gambar ni? Siapa lelaki tu?" Encik Rizman, ayahku mula bersuara dengan muka ketatnya.

"Ha maaf menyampuk. Bad lupa nak bagitau semalam Bad ada minta tolong adik ambilkan barang kat hotel. Mungkin masa tu adik terjumpa kawan dia. Kan Qis?" Abangku yang daripada tadi diam bersuara. Cuba hendak membelaku. Perlahan-lahan aku menarik nafas kelegaan.

'Thank you ma bro!'

"Oh iyeke? Tapi kenapa kena sampai ikut masuk kereta Qis?" Kalini Hayrul pula bersuara. Seakan ingin menambah api yang tadinya sudah mulai reda. Sah! Lelaki ini nak tamatkan segalanya harini.

"Err..."

"Pasal perkara tu biar kami bincang sekeluarga." Mama menjawab laju. Jelas riak tidak selesa dengan soalan yang diutarakan Hayrul sebentar tadi.

"Baiklah. Tapi berkenaan anak kita tu aku betul-betul maksudkan. Iyelah, mungkin salah kita juga tak selidik anak kita dulu dah ada yang punya ke belum." Puan Roza senyum sebaris. Cuba menghilangkan ketegangan antara kami.

"Iyelah. Aku tak kisah. Mungkin kita tak ada rezeki nak berbesan. Tapi aku harap persahabatan kita tak renggang la sebab ni." Mama pula bersuara.

"Eh tak adalah. Jangan risau." Mereka berbalas senyum.

Sebelum mereka beransur pulang, Hayrul sempat membisikkan sesuatu padaku.

"Terima kasih kepada hero yang tidak diundang awak. Tak sangka secepat ini masa ini tiba." Bisik Hayrul sebelum dia berlalu bersama keluarganya.

Aku mengetap bibir menahan marah. Dasar jantan tak guna! Tak malu gunakan perempuan semata-mata nak dapatkan apa yang dia nak. Memang patut pun aku tak kahwin dengan kau.

📌

"Now explain yourself Balqis." Encik Rizman bersuara setelah semua telah pulang. Aku telan liur. Alasan apa yang aku kena buat ni? Arghhh tekanan!

"Err macam yang abang cakaplah. Tu kawan adik." Mereka diam mendengar jawapan daripadaku. Senang cerita tak puas hati dengan alasanku.

"Tiba-tiba terjumpa mesti nak ajak makan kan? Tu yang adik ikut dia. Dia nak belanja makan bakso kat tempat kita orang selalu lepak dulu."  Laju aku membongak. Entah dari mana idea tu datang pun aku tak tahu. Layanlah.

"Sampai malam lepak bakso?" Mama pula menyambung.

"Ha masa tu kereta dia rosak pula. Tu lambat sikit sementara tunggu kereta dia siap." Sumpah nak menangis masa cipta alasan macam ni. Makan bakso apa kat dalam hospital!

"Iyeke? Kenapa mama tak pernah tahu adik ada kawan lelaki selain Hafiy? Ke pakwe adik?" Mama serkap jarang tiba-tiba membuatkan aku telan liur.

'Iye dia kekasih adik. Tapi dulu lah. Sekarang dah jadi bekas. Sob sob.' Jawabku di dalam hati.

"Adik mama tanya ni." Terbang melayang jawapan sendu aku tadi mendengar suara mama yang sudah naik satu oktaf.

"Eh bukan. Kawan je. Err dia kawan Hafiy, jadi secara teknikalnya dia kawan adik juga la macam tu. Selalu lepak sama-sama dulu." Tipu lagi! Hafiy pun allergic bila tengok Aisy, mana mungkin boleh berkawan.

"Adik selalu keluar dengan dua orang lelaki dulu?" Pertanyaan menjerat daripada ayah membuatkan aku semakin gugup. Aduh macam salah je.

"Bukan bukan. Ingat tak kawan adik nama Sarah dulu? Sebelum dia pindah Kedah, kan adik kata nak keluar dengan Sarah dan Hafiy." Okay kalini nasib betul! Terima kasih Sarah sebab dah selamatkan aku.

Mereka diam buat seketika. Mungkin sedang menghadam jawapan daripadaku.

"Betul ni?" Mama bertanya lagi dengan muka penuh keraguan.

"Sungguh!" Jawabku yakin.

"Kenapa banyak-banyak tempat, hotel juga adik jumpa dia?" Mama mengeluh tiba-tiba. Mungkin terkilan sebab tak dapat nak berbesan dengan kawan baiknya. Mulut mungkin kata tak apa, hati kita tak tahu.

"Kalau yang tu kena tanya abang. Siapa yang suruh adik pergi hotel semalam." Aku menunding jari kearah si abang pula.

"Eh abang pula yang kena." Bad kerut dahi.

"Betullah. Kalau abang tak suruh adik pergi tempat kerja abang semalam, adik takkan jumpa dia." Bersungguh-sungguh aku menerangkan. Iya betul. Faktanya memang begitu. Kalau abang tak suruh aku pergi situ, sudah tentu aku takkan jumpa Aisy lagi. Mungkin sampai bila-bila takkan jumpa.

Tiba-tiba perasaan sedih menerpa apabila nama Aisy menjadi sebutan di ingatanku.

"Ok fine. Im sorry. My bad." Abang mengalah akhirnya apabila melihat riak wajahku. Mungkin baginya aku sedih sebab dia. Tapi tidak sama sekali.

"Kalau tak ada apa lagi adik nak naik dulu. Adik minta maaf sebab dah buat mama dengan ayah risau." Aku menunduk. Serba salah. Sebab dah menipu dan malukan mereka.

"Iyelah. Lain kali jangan buat lagi. Kalau ada yang berkenan terus je bagitau kami. Jangan diam-diam. Bukannya kami nak halang pun." Mama

"Baik mama." Aku sengih.

"Dah ada ke dik?" Laju abang menyampuk. Aku buat muka menyampah.

"Mana ada lah. Adik sekarang tengah in relationship dengan kerja ja. Kerja dan terus kerja sampai kaya!" Aku gelak sedikit kuat. Hasilnya sebuah cubitan manja menghinggap pinggang kananku. Bisa oi cubitan mama.

"Haah nak tunggu kaya memang sampai mama dengan ayah tutup mata la kami tak bercucu."

Aku senyum sebaris. Klise mak mak betul ayat mama ni.

"Iye ma Inshaallah ada jodoh nanti adik kahwin. Abang tu ha, suruh dia kahwin dulu. Adik tak nak langkah bendul."

"Hm abang kamu ni sibuk nak belajar. Entah bila bercintanya. Bercinta dengan buku tahu lah." Selar ayah. Abang gelak kuat setelah mendengar ayat yang keluar daripada mulut Encik Rizman.

"You're my dad. Sangat memahami."

"Haah manjakan sangat anak awak tu." Kalini giliran mama pula bersuara membuatkan aku pula gelak besar. Comel pula bila tengok mama merajuk.

Dalam hati mengucap syukur aku tidak dipersalahkan 100%. Bersyukur juga dikurniakan keluarga yang tidak akan menghukum selagi belum tahu kebenarannya. Alhamdulillah.

Kau Yang Ku Pilih حيث تعيش القصص. اكتشف الآن