AYSUN: The Unbend

walnutchoc

5.5K 690 109

"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasa... Еще

awalan
1 (part 1)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22 (part 2)
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40

16

172 19 3
walnutchoc

P/s: sebelum saya menempuh kebizian yang panjang, saya published la chap ni. Apa-apa pun saya memang nak buat chapter 1-20 sebagai downfall heroin. Padan muka dia.  Mana syok awal ii dah parang muka enemy.

Enjoy:>


















ENTAH kenapa.

Aku rasa sakit sangat sekarang ni.

Every trust is now broken.

Aku rasa terlalu hancur. Aku bukan boneka untuk di atur. Aku bukan wayang kulit yang bertali.

Baik sangatkah aku sampai di permainkan sebegini. Tiada maruah sangatkah aku untuk di gunakan demi manfaat mereka?

Aku mula merasakan jantung aku memberat. Bagaikan di selaput rasa pedih dan rasa kecewa. Pandangan aku semakin kabur. Larian aku semakin perlahan. Suara unggas-unggas hutan semakin perlahan di pendengaran ini.

Lutut aku rebah ke tanah. Kedua-dua tapak tangan aku turut menekap lumut tanah.

"Aysun? " Mr.Capricious menoleh. Dia berpatah kembali untuk mendapatkan aku yang tidak jauh di belakangnya.

Mata aku berkaca memandang dia yang sedang cuba menghampiri aku.

"Ha.. ha.."

"ARGHHHHHHH!!!!!! AKU BENCI AKU BENCI AKU BENCI SEMUA ORANG!!! " Kedua-dua tangan aku menumbuk tanah berkali-kali.

"AKU BENCI.."

"KENAPA?! KENAPA MESTI AKU TUHAN?!!! " air mata aku berjurai jatuh membasahi baju.

"KENAPA BUKAN ORANG LAIN?! KENAPA MESTI AKU YANG KAU UJI SEBEGINI?!!"

Tangisan aku menjadi-jadi. Raungan aku memecah hening malam. Aku tidak peduli dengan rasa sejuk malam yang mencucuk-cucuk liang roma ini. Hati aku panas bahang menahan berang.

Lelaki di hadapan aku ini melutut di hadapan aku. Tanpa bicara, coat bajunya di tanggal lalu di letakkan pada aku.

"Sakit.. sakit sangat-sangat" aku mendesis.

Matanya memandang wajah aku dengan pandangan redup. Tiada lagi pandangan sinis seperti pertama kali aku menangis di hadapan dia. Dalam sekelip mata aku di tarik ke dalam pelukan dia.

"Sakit.. sakit sangat.. kenapa mereka layan aku macam ni? Kau pun akan gunakan aku juga suatu hari nanti bukan..?" Aku mengongoi di dadanya.

"I feel like I wanted to kill them all.. tapi aku tak mampu " aku menarik-narik bajunya. Habis kotor berlumuran tanah kemeja putihnya itu.

"Are you going to betray me? Are you going to stab me? Tell me right now. So then...— I could kill your first" aku tarik kolar baju dia memaksa dia untuk pandang aku.

"I will end my life before it happened "

"Jangan taburkan janji palsu.. aku dah serik dengan janji bodoh orang sekeliling aku "

"It's not a promise it's an oath, Aysun "

"Kau tak ingat? You're my property " matanya masih tidak lepas menatap mata aku.

"Jangan tinggalkan aku, aku tak ada sesiapa lagi" aku menekup wajah aku sekali lagi. Tangisan aku masih mengalir deras.

"Let it out "

"Everything "

Akhir bicaranya, bermulanya hamburan raungan dan tangisan aku.


×××


Aku mengeliat sambil menguap perlahan. Tangan aku menghalang silau dari sinaran marahari.

Urgh, kenapa bergetar ni?

Aku tersentak. Laju-laju aku bangun.

Mata aku liar memandang sekeliling. Baru aku sedar yang aku berada dalam kereta kuda. Orang tua?! Mana orang tua tu?!

"Orang tua?! Mana kau?!!! " Aku mengeluarkan separuh badan aku melalui tingkap, ingin mencari lelaki Ziggurat itu.

"Siapa orang tua? Aku teruna lagi lah " Mr. Capricous mendengus.

Dia masih fokus menunggang kuda hitam di hadapan dua kuda di belakang kudanya.

"Who asked you to hide your name from me then " ujar aku sambil perlahan-lahan masuk kembali ke dalam kereta kuda.

"Kau nak bawa aku ke mana?"

"Ke mana-mana "

Aku mendengus.

Sret...!!

Gedebuk!

"Adeh adeh... Lelaki tak guna, tak reti bawa elok-elok ke..? " Aku mengusap belakang kepala aku yang terhantuk kuat pada dinding.

Perlahan-lahan aku bangun dan keluar dari kereta kuda ini. Aku rasa tak sedap badan sangat. Sudahlah berselemus kotor dengan tanah. Haih. Emosi betul aku malam tadi.

Apa-apa pun, aku tak akan maafkan Emperor Ziggurat. Apa dia ingat dia tampan, dia boleh suka-suka hati peristerikan aku ke?!

Padahal kalau nak di bandingkan pada mata aku; Mr. Capricous lagi menarik daripada dia yang acah-acah macho.

Pipi aku terasa panas.

Apa benda aku merapu ni?!!

Sejak bila pula orang tua tu menarik?!!!?

Aku menggeleng-geleng laju.

"Belum across the world lagi ni Aysun, tak kan lah dah sewel? "

Bahu aku terhenjut.

Lelaki itu menggeleng kepala perlahan sambil bersandar pada kereta kuda. Tangan kanannya di dalam poket manakala sebelah lagi menggaru belakang kepalanya.

Ee buruknya perangai.

"Bila masa aku sewel?! "









AKU mengelap wajah. Aku berada di rumah ibu Mr. Capricous buat masa ini. Bagi aku, rumah kayu ini cukup jauh dari kota bandar Ziggurat.

Teringat pula aku waktu pertama kali lelaki itu membawa aku ke sini. Habis segala sumpah seranah aku keluarkan hanya kerana rumah ini terlalu jauh.

Dia benar-benar mengotakan janjinya, dia bagi aku naik kereta kuda pula kali ini.

Aku ketawa.

Ketawa aku perlahan-lahan hilang. Mata aku terancap pada pintu kayu di belakang.  Perlahan-lahan aku melangkah ke arah pintu itu lalu membukanya.

Terpejam sesaat apabila yang aku lihat sekarang ini adalah tasik luas dengan air terjun. Aku menggosok mata aku berkali-kali bagi memastikan fatamorgana ini adalah nyata. Pergerakan aku bagai tidak di pandukan akal.

Aku sendiri tidak sedar bagaimana tiba-tiba sahaja aku berada di hadapan tasik ini. Mata aku memberat. Badan aku terasa seperti semakin ditarik.

Kenapa dengan aku ni?

Dan selangkah.

Aku tenggelam ke dalam fatamorgana ini.














"Mulai hari ini, nama anak ibu.. "

"Nusaybah Al-khawlah"

"Kalau ayah tak mahukan Nusaybah. Ibu tetap mahukan Nusaybah"

"Nusa. Kalau Nusa ada pilihan sama ada untuk jadi Raja atau permaisuri.. Nusa nak jadi apa? "

"Ratu "

"Nusa nak jadi Ratu Al-Andalus "

"Kenapa Nusa nak jadi Ratu? "

"Nusa nak jadi pemerintah tersohor Al-Andalus. Nusa akan buktikan dekat ayahanda, Nusa ni tak lembik. Lagipun Nusa sukalah panggilan Ratu, nampak hebat sangat ibu! "

"Ayah tak peduli pasal nyawa ayah, Nusa"

"Nusa.. "

"La-lari "


Aku mula terbuai dalam kelemasan ini. Terasa bagai suara-suara indah terngiang-ngiang memeluk aku. Dan juga..

"Bukan aku dah bagitahu engkau ke Nusaybah, kau bukan anak aku. Walaupun kau boleh bergerak bebas di istana aku, suatu hari nanti saat Putera Razeen gantikan tempat aku...

You will be expelled from this castle "

"Kalau kau bagi aku anak lelaki, semuanya tak akan jadi macam ni Mawaddah. I'll never replace you and we can rule this empire until our last breath"

"Jawablah bodoh!! "

"Perempuan biadap! "






Suara yang murka ingin membunuh aku.

Jiwa aku semakin memberat.  Seperti di isi dengan batu dan di toreh dengan pisau tajam.

Kalau aku tidak wujud dari awal, pasti semua ini tidak akan berlaku. Kalau bukan aku yang di lahirkan ibu tetapi Razeen, pasti hidup ibu dan ayahanda bahagia. Ibu tak perlu menanggung rasa sedih di duakan dan di pulaukan. Kalau tidak ada aku, ayah dan ibu tak akan mati sebegitu kejam hanya demi aku.

Kalau tiada aku, pasti aku tak perlu menyusahkan lelaki Ziggurat itu untuk sentiasa membahayakan dirinya semata-mata untuk menyelamatkan aku. Air mata aku bersatu dengan air tasik ini.

Kalau aku tidak ada dari awal;

Pasti aku tak perlu tempuh rasa sakitnya hidup seperti ini.

Lari.

Lari.

Lari.

Tanpa ada penghujung.

Mata aku terpejam rapat.

Baik aku mati saja.




"NUSAYBAH AL-KHAWLAH!!! "





























Продолжить чтение

Вам также понравится

53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
MR PIRATE نور ذاليك

Любовные романы

3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
TUANKU DAEEN MATEEN (COMPLETED) poppy's

Любовные романы

649K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...