ZER & FIYA [ COMPLETED ]

By sha_ibrahim

39.9K 2.3K 23

AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang 'lelaki' yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia an... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
EPILOG ( LAST PART )

BAB 86

386 21 0
By sha_ibrahim

BAB 86

Puan Sri Jamelah yang sedang menilik pokok-pokok bunga di taman dikejutkan dengan pelukan anak sulongnya dari belakang.

"Fiya? Kenapa pula ni?" soal Puan Sri Jamelah pelik. Terasa pelukan di pinggangnya semakin erat sehingga dia dapat merasa degupan jantung anaknya yang berdegup agak kencang daripada biasa.

"Fiya...jangan takutkan mama. Kenapa ni? Ada masalah apa-apa ke?" Risau pula Puan Sri Jamelah. Tinggal dua hari lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Aafiya pun dah ambil cuti walaupun dia tengok anak dia tu terlalu bersahaja. Macam tak ambil tahu langsung soal majlis perkahwinan sendiri. Duk sibuk pergi ke gym sambil berulang-alik balik ke rumah adik-adiknya. Tetapi hari ini...

"Ma...macam mana kalau Fiya tak mampu nak jadi seorang isteri yang kebanyakkan lelaki idam-idamkan?" soal Aafiya sebak. Menipu kalau dia tak rasa berdebar. Menipu juga kalau dia kata dia tak takut nak alami alam rumah tangga. Sebenarnya dah lama 'ketakutan' itu menyelebungi hidupnya sehingga dia malas nak fikir pasal nikah kahwin selama ini. Sehinggalah dia jumpa Qaizer. Segala-galanya berubah.

Puan Sri Jamelah senyum. Oh! Pasal ni rupa-rupanya. Lega. Sebab dia rasa benda tu tak pelik. Normallah bagi seorang gadis yang akan menempuh satu fasa baru dalam kehidupan mereka. Iaitu alam perkahwinan. Pada mulanya dia ingat Aafiya kental sangat. Jenis yang suka 'redah'dan tak takut ambil risiko. Yalah, selama ini anak sulongnya itu terkenal dengan sikap berani yang kadang-kala tak kena tempat.

"Mama ingat Fiya tak fikir semua tu."

"Ishh! Mama ni...memang la Fiya nampak macam tak kisah. Tapi bila nak dekat sangat...Fiya rasa lain macam. Macam tak bersedia pun ada. Fiya macam hilang confident la ma," luah Fiya jujur. Memang sungguh pun. Tiba-tiba rasa nak tarik diri walaupun dia tahu benda tu agak mustahil buat masa sekarang ni.

"Jangan bimbang sayang...apa yang Fiya rasa tu semua wanita kat luar sana rasa bila nak kahwin. Mama pun pernah rasa apa yang Fiya rasa. Benda tu semua normal sayang. Perkahwinan ni orang kata macam perjudian. Benda yang kita tak tahu apa yang akan jadi lepas tu. Bertuah kita...kita beroleh kemenangan. Dan begitu juga kalau sebaliknya. Pokok pangkalnya Fiya kena set dalam kepala Fiya...bila dah kahwin, siapa Fiya di sisi Qaizer. Apa tugas Fiya. Apa tanggungjawab Fiya sebagai seorang isteri. Soal mampu atau tak mampu, Fiya serahkan pada Allah janji Fiya cuba yang terbaik. Ini soal jodoh, sayang. Insya-Allah, kalau semua berjalan lancar, tiga hari lagi, Qaizer akan jadi suami Fiya. Maknanya Allah dah tetapkan jodoh Fiya dengan Qaizer. Fiya kena terima. Kena terima semua termasuklah apa yang bakal terjadi lepas tu."

"Fiya takut kalau orang lain tak boleh terima perangai Fiya. Mama sendiri pun tahu Fiya macam mana dengan adik-adik. Macam mana Fiya dengan orang yang rapat dengan Fiya. Ya...sekarang memang Fiya rasa Fiya nak berubah. Nak cuba yang terbaik untuk jadi isteri yang solehah untuk suami Fiya...tapi Fiya takut kalau Fiya tak mampu mama. Macam mana kalau Fiya tiba-tiba hilang sabar dan lepas tu Fiya derhaka pada suami Fiya sendiri. Fiya tentu berdosa kan mama?" pelukan semakin dieratkan. Hangat tubuh mamanya sedikit sebanyak memberi dia ketenangan yang dia perlukan saat ini.

"Fiya sayang Qaizer?"

"Sangat!"

"Fiya nak hidup dengan dia?"

"Fiya tak pernah bersedia nak jadi isteri hinggalah Fiya jumpa dia."

"Fiya rasa Qaizer sayangkan Fiya?"

"Errmmm...mungkin sayang dia pada Fiya lebih dari Fiya sayang dia kut!"

Puan Sri Jamelah senyum. Kalau bab sayang tu, dia sendiri pun boleh nampak. Sebab tu dia dan suami begitu yakin Qaizer mampu gantikan mereka untuk menjaga Aafiya.

"Kalau dah macam tu...Insya-Allah semuanya berjalan dengan lancar."

"Tapi mama...orang kata, perangai kita lepas kahwin dengan sebelum kahwin, lain. Macam mana kalau Fiya berubah? Tak pun Qaizer sendiri yang berubah. Sekarang memanglah nampak dia sayang sangat kat Fiya...tapi lepas kahwin?" Aafiya tak tahu dah macam mana dia nak hentikan kepala dia dari memikirkan perkara-perkara tersebut. Dah banyak kali dia cuba singkir, tapi benda tu tetap juga datang.

"Sebab tu tadi mama dah kata. Perkahwinan ni macam judi. Satu ramalan. Sebuah harapan. Yang kita tak tahu sama ada benda tu akan jadi seperti yang kita nak ataupun tidak. Tapi kita kan ada agama. Allah kan ada. Fiya kena percaya satu je...Allah takkan duga kita luar kemampuan kita. Dia duga maknanya dia sayang. Apa yang dia aturkan untuk kita tak pernah tak ada sebab...mesti ada sebab. Bila Fiya pegang kata-kata mama ni...ingat apa yang mama cakap, Insya-Allah anak mama akan mampu tempuh apa saja dugaan yang datang lepas ni. Lagipun soal kahwin ni...soal hidup berdua, hidup bersama. Bukan hidup Fiya seorang ataupun Qaizer seorang. Kena saling bergantung. Salah seorang tergelincir...maka pincanglah rumah tangga. Dan yang paling penting sekali...agama jangan tinggal. Selagi Fiya dan Qaizer berpegang pada agama, Insya-Allah apa yang jadi lepas ni, Fiya dan Qaizer mampu tempuh." Puan Sri Jamelah palingkan tubuh. Pandang wajah satu-satunya anak perempuan yang dia ada dengan penuh kasih. Entah kenapa, datang pula rasa sebak yang dia cuba elak selama ini.

"Fiya anak mama. Mama kenal anak mama. Mama tahu anak mama pasti dapat tempuh semua ni. Ingat tau...lepas ni syurga Fiya bukan lagi pada mama...tapi pada Qaizer. Dalam hati Fiya jangan ada sedikitpun rasa marah pada suami tanpa sebab yang munasabah. Berdosa sayang. Apa yang dia nak, apa yang dia suruh, selagi tak melanggar hukum agama, Fiya wajib patuh." sambung Puan Sri Jamelah lagi. Air mata dah bergenang. Siapa yang tak sayu apabila terpaksa 'melepaskan' satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Fiya tahu," suara Aafiya sendiri dah bergetar.

"Tapi mama ada sesuatu nak tanya pada Fiya."

"Tanya apa?"

"Fiya masih marahkan Qaizer kan? Fiya masih marahkan dia sebab tinggalkan Fiya tanpa sebab. Sebab tulah Fiya dera dia. Suruh dia uruskan semua hal nikah kahwin ni sorang-sorang. Fiya sengaja nak susahkan dia semata-mata nak hilangkan marah Fiya pada dia kan?"

Aafiya diam. Tertunduk. Air mata yang cuba ditahan sejak tadi akhirnya mengalir juga.

"Kenapa? Susah sangat ke Fiya nak maafkan kesilapan dia tu? Fiya...mama tak nak, Fiya bawa rasa marah tu sampai Fiya dah sah bergelar isteri dia. Ya Allah, sayang. Jangan mulakan sebuah perkahwinan dengan marah, dengan dendam. Tak baik, Fiya. Berdosa," wajah Aafiya dielus perlahan.

"Fiya marah dia sebab tu je mama...tapi Fiya sayang dia. Kalau Fiya tak sayang, Fiya takkan kahwin dengan dia. Fiya tak tahu kenapa...rasa marah sebab dia tinggalkan Fiya tu macam susah sangat Fiya nak lupakan. Fiya takkan puas hati selagi Fiya tak buat perhitungan dengan dia."

"Habis tu kenapa tak buat perhitungan sekarang? Sebelum kahwin?"

"Payah!" Jawab Aafiya dengan esakan kecil.

"Apa yang payahnya?"

"Tak tahu. Fiya pun tak reti nak cakap macam mana. Tapi mama jangan bimbang...Fiya sayang dia. Fiya memang nak kahwin dengan dia. Fiya memang nak dia yang sentiasa di sisi Fiya sampai Fiya tua. Fiya tak nak orang lain. Fiya nak dia je," rengek Aafiya perlahan. Akhirnya Puan Sri Jamelah tarik anaknya itu ke dalam pelukan. Dipeluk erat dan dihadiahkan ciuman berkali-kali dia ubun-ubun Aafiya.

"Fiya selesaikan benda tu elok-elok tau. Mama percayakan Fiya dan sentiasa doakan kebahagiaan Fiya dengan Qaizer," Puan Sri Jamelah sendiri pun akhirnya menangis juga.

"Mama..." Seru Aafiya perlahan. Air mata masih enggan berhenti mengalir.

"Iye, sayang."

"Nanti lepas Fiya kahwin pun, Fiya tetap nak peluk mama macam ni, boleh kan?"

"Ya Allah, sayang. Dah tentulah boleh. Memanglah lepas kahwin Fiya dah jadi isteri Qaizer. Syurga Fiya ada pada Qaizer. Tapi semua tu tak memutuskan hubungan Fiya dengan mama. Fiya tetap anak mama sampai bila-bila. Cuma..."

"Cuma apa mama?" Aafiya leraikan pelukan. Sapu air mata sendiri sambil pandang mamanya dengan wajah cuak. Apa lagi yang dia tak tahu dan patut tahu setelah bergelar seorang isteri? Adeh!

"Cuma mama tak pasti sama ada Fiya masih nak peluk mama bila ada orang lain yang jauh lebih sedap untuk dipeluk!"

"Mama!" Jerit Aafiya kuat. Panas muka.

"Percayalah cakap mama. Fiya tak rasa lagi. Dah rasa baru Fiya tahu!"

"Ahh! Malas nak cakap dengan mama lagi. Fiya nak keluar!" cepat-cepat Aafiya melangkah tinggalkan mamanya yang sudah tergelak kecil. Kenapalah dengan semua orang ni? Adik-adik dia pun sama. Semakin dekat tarikh dia kahwin, semakin kuat pula mereka menyakat. Kepala masing-masing dah tercemar. Aihhhh!

Continue Reading

You'll Also Like

2K 218 48
Pertemuan yang tak dirancang menyebabkan aku jatuh cinta kepada seseorang yang sukar untuk ku miliki-Xavier Smith Kau lelaki yang berani mendekati ku...
1.2M 34.6K 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya W...
557K 10.4K 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapia...
7.1K 468 34
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š สแด€ษดแด€sแด€แดแด_ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ ๐“ง ๐“๐“ฒ๐“ด ๐“›๐“ฒ๐”‚๐“ช๐“ท๐“ท๐“ช Kau Jalan pakai...