Dearest Nadia [OG]

pinkguinsoo__ tarafından

4.8K 495 60

Dearst Nadia [2022] [SLOW UPDATE] Nadia seorang gadis yang kehilangan ibunya sejak kecil lagi. Secalit memori... Daha Fazla

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32

BAB 27

93 11 1
pinkguinsoo__ tarafından

"You... Tak boleh ke balik besok pagi je? Baru je petang tadi you sampaikan," rayu Rayyan tatkala melihat lelaki itu ingin pergi.

"Tak boleh... Kat rumah I ada Nadia. Dia seorang kat rumah tu," balas Zafril yang membuat Rayyan mula panas hati.

"Habis you tinggal I sorang kat sini boleh pula? " balas Rayyan kembali. Zafril menghela nafas perlahan.

"You tu kan lain... Nadia tu perempuan, dia baru je sampai sana. If anything happen to her, I yang kena tanggungjawab," jelas Zafril ringkas.

"What? Nadia tu perempuan? You ni just baru ada kesedaran ke yang I ni lelaki? Baru sekarang you nak anggap I lelaki?" bidas Rayyan kembali bertubi-tubi tatkala mendengar kata-kata Zafril itu seakan memerli dirinya.

"No... You jangan salah faham boleh tak? Nadia tu cousin I yang I dah anggap dia macam adik I sendiri dari sebelum ni lagi. Kalau tiba-tiba orang pecah masuk rumah ke apa tetak dia ke apa, apa I nak jawab kat parents I? Kalau hubungan kita ni kantoi balik macam mana?" balas Zafril kembali. Rayyan memandang sekilas wajah Zafril itu lalu menundukkan wajahnya sedikit.

"Okay, fine..." ujar Rayyan dengan nada mendatar.

"Dahlah, jangan merajuk sangat okay. I'm really sorry and I need to go now. Bye, see you..." kata Zafril sebaik sahaja selesai berpakaian rapi sebelum mengatur langkah keluar daripada rumah itu.

"Bye... Jangan lupa call i nanti," balas Rayyan diiringi pesanan.

-

Nadia terjaga daripada lenanya tatkala pundi kencingnya berasa tertekan seakan ingin membuang air kecil. Ini semua padah minum air susu soya dua cawan sebelum tidur tadi semata-mata menahan lapar di perut. Mahu makan, tetapi Zafril tiada di rumah. Rumah ini pun tiada stok makanan atau bahan masakan yang boleh dimasak melainkan mi segera.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Nadia melangkah keluar daripada kamar tidurnya seraya mengerling sekilas jam di dinding yang sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia merenung ke arah bilik tidur Zafril yang berhadapan dengan biliknya, kelihatan sunyi seakan tiada orang.

"Jumpa girlfriend sampai tak balik ke?" gumam Nadia sendirian. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik Zafril. Kepalanya dijengah melihat segenap ruangan itu. Sah lelaki itu belum pulang lagi dan mungkin bermalam di rumah Rayyan.

Dasar lelaki tak guna. Lelaki dan perempuan dia sebat! Omel Nadia dalam hati.

"Kau buat apa jengah bilik aku?"

Lantas Nadia menapak ke belakang lalu menutup semula pintu bilik tidur itu.

"Tak ada buat apa, saja tengok kau ada ke tak dalam bilik," balas Nadia tenang.

"Oh, kau nak skodeng aku tidurlah tu,"

"Sedap mulut kau je bercakap. Tak kuasa aku nak skodeng kau yang tidur serupa kerbau tu. Masalah aku sekarang, aku lapar. Tak ada apa yang aku boleh makan dalam rumah kau ni. Setakat maggi dengan susu soy bean tu je yang ada," balas Nadia membela dirinya.

Zafril menepuk dahinya perlahan tatkala baru sedar dia meninggalkan gadis itu tanpa membelikan makanan.

"Apasal kau tak order Grab Food ke Food Panda ke. McDelivery ke? Zaman sekarang kan senang je order makanan," ujar Zafril.

"Kau fikir aku tahu ke alamat rumah kau apa? Macam mana aku nak pin adress kalau tak tahu," balas Nadia pula. Zafril menghela nafas panjang, memang tidak pernah menang kalau bertekak dengan Nadia ini.

"Yelah, yelah. Jomlah, kita pergi McD ke apa sekarang," ajak Zafril.

"Sekarang?"

"Yelah, habistu nak tunggu sampai kau gastrik balik. Kan tak memasal ada yang masuk hospital lagi," omel Zafril. Nadia yang tidak peduli dengan leteran lelaki itu, lantas tersenyum lebar sambil melangkah masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

Usai sahaja Nadia selesai menukar pakaian, lantas gadis itu mengatur langkah menuruni anak tangga memandangkan Zafril sudah menunggunya di luar rumah. Pada masa yang sama, sempat dahinya berkerut apabila kedengaran bunyi motosikal berkuasa tinggi di garaj rumah itu.

"Kita naik motor ke?" tanya Nadia sebaik sahaja melihat suaminya itu sedang memulas pendikit motosikal itu.

"Yelah. Alang-alang motor ni pun dah lama tak jalan since balik kampung tu hari," jawab Zafril. Nadia mengangguk perlahan dengan pandangan kosong.

Malam-malam buta begini naik motor? Tak sejuk ke? Monolog Nadia sendirian.

"Kau tu pakai baju lengan pendek je. Tak ada jaket ke? Sejuk nanti kan," tegur Zafril apabila melihat Nadia memakai t-shirt lengan pendek dan seluar tidur sahaja. Sempoi betul.

"Tak ada. Jaket aku tinggal kat rumah sewa aku. Kau ni pun satu, dah tahu malam sibuk juga nak bawa motor," balas Nadia diiringi dengan omelan.

"Eh, kau ni. Bebel aku balik pula. Sekarang kau nak pergi ke tak? Kalau nak aku pergi ambil jaket aku. Kalau tak nak dah. Aku nak masuk and then tidur." kata Zafril pula disertai ugutan pula.

"Baiklah Encik Zafril Adham. Saya ikut sahaja mana yang awak nak," balas Nadia dengan senyuman yang dipaksa. Susah bersuamikan lelaki keras kepala, mentanglah kita bawah tanggungjawab dia sekarang. Semua ikut dia je! Omel Nadia dalam hati sambil menunggu Zafril mengambil jaket di atas.

-

"How was your date? Dapat lepas rindu dengan ucuk acam kau?" soal Nadia dua tubi dengan nada sedikit mengejek. Usai itu, dia memasukkan kentang goreng ke dalam mulutnya.

"Topik lain boleh tak?" balas Zafril yang duduk bertentangan dengan Nadia.

"Eleh kau, nak tukar topik pula. Fikir aku tak tahu kau pergi jumpa Rayyan? Tak payah nak sembunyi sangatlah dari aku, Zaf. Lepasni lagi senanglah kau nak jumpa dia. Umi dan walid mesti tak expect apa-apa," kata Nadia lagi. Entah mengapa, Zafril mulai berasa tidak selesa jika Nadia membicarakan perihal dirinya dan Rayyan.

"Nad, mulai harini boleh tak kau stop berbual pasal hubungan aku dengan Rayyan? Aku tak suka," beritahu Zafril sambil bertentang mata dengan Nadia.

"Why? Selama ni okay je?"

Zafril mendiamkan diri sahaja tatkala Nadia cuba bergurau senda dengan dirinya. Dia sekadar merenung gadis itu dengan tatapan kosong tanpa secalit senyuman seakan terusik dengan gurauan itu.

"Kau ni dahlah tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Datang sini pun ajak berbual tak layan. Bosanlah kau ni, Zaf. Nasib bulan depan aku dah balik kampus," omel Nadia sambil menepuk perlahan kedua tangannya setelah selesai menghabiskan sisa kentang gorengnya itu.

"Kan aku kata, bual topik lain. Kau nak juga bual pasal hal Rayyan dengan aku. Itu privasi aku, kau kena faham," ujar Zafril. Nadia tergelak sinis.

"Sejak bila hal kau dengan Rayyan jadi hal privasi untuk kau bualkan kat aku? Sedangkan aku je jadi penutup hal kau yang konon privasi sangat tu," bidas Nadia sedas lalu bangun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana?" tegur Zafril yang agak terkejut melihat Nadia tiba-tiba sahaja berdiri itu. Kelihatan riak sedikit cuak pada wajah Zafril itu.

"Aku nak pergi toilet dengan cuci tangan. Kenapa? Kau fikir aku nak merajuk and then sentap dengan kau? Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau pasal si Rayyan tu," kata Nadia sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Oh... Kalau macam tu aku keluar dululah, aku tunggu kat parking motor," kata Zafril. Nadia mengangguk perlahan sebagai tanda faham sebelum mengatur langkah ke tandas.

Hampir 5 minit menunggu, kelihatan Zafril sudah bersedia duduk di atas motor berkuasa tinggi itu dengan lengkap bertopi keledar. Sebaik sahaja melihat Nadia semakin menghampiri dirinya, lantas tangan Zafril mencapai topi keledar yang terletak di cermin sisi motosikal itu untuk dipakaikan kepada Nadia.

"Meh sini, aku pakaikan. Kan ada pakai helmet terbalik lagi," bebel Zafril yang lantas membuat wajah Nadia bertukar menjadi cemberut. Dengan redanya dia berdiri menadahkan sahaja wajahnya di sisi suaminya itu.

"Panjang muncung kau tu bukan main. Aku kiss baru tahu," usik Zafril lagi sambil mengemaskan sedikit rambut gadis itu sebelum menyarungkan topi keledar tersebut.

Nadia pula lantas mengemamkan kedua ulas bibirnya setelah menerima amaran berbaur ugutan daripada Zafril itu.

Bukan boleh percaya sangat lelaki itu, tidak padan homoseksual. Tetapi boleh ke anggap dia homoseksual sedangkan dia masih mempunyai keinginan terhadap wanita? Jadi, sebenarnya Zafril Adham biseksual? Monolog Nadia sendirian.

Tuk!

Kepalanya yang diselindungi dengan topi keledar itu diketuk oleh Zafril tanpa rasa bersalah langsung.

"Kau ni, bergegar kepala otak aku tahu tak!" marah Nadia yang membuat Zafril tertawa kecil.

"Siapa suruh kau berangan? Cepat naik,"

Tanpa membuang masa, terus Nadia memegang bahu lelaki itu lalu naik ke atas motosikal itu. Tangannya pula sekadar mencubit jaket kulit pada bahagian belakang pinggang Zafril itu. Tanpa aba-aba, Zafril menarik kedua tangan Nadia lalu memeluk dirinya. Terbuntang kedua mata Nadia dek terkejut dengan tindakan tiba-tiba Zafril yang luar jangkaannya itu.

"At least kalau macam ni, kau tercicir ke apa aku perasan. Tak ada lah aku rasa kosong je belakang aku," kata Zafril. Nadia sekadar mendiamkan diri dan akur dengan suaminya itu. Dapat juga dia rasakan pipinya membahang saat ini. Usai itu, barulah Zafril menunggang pergi dari perkarangan parkir restoran makanan segera itu.

Untuk merubah diri aku perlahan-lahan, aku akan manfaatkan masa bersama kau sebaik mungkin Nadia. Sebab tu aku tak suka bercerita pasal hal aku dan Rayyan dengan kau sekarang. Mungkin buat masa ni aku seakan tamak dan pentingkan diri sendiri, tapi aku harap perlahan-lahan aku dapat menerima kau dalam hidup aku dan kau tak penat dengan hubungan kita. Bisik hati kecil Zafril.

BERSAMBUNG

Vote and comment guys!❤️

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

400K 14.1K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
124K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
422K 36.4K 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Real...
660K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...