Dearest Nadia [OG]

By pinkguinsoo__

4.9K 495 60

Dearst Nadia [2022] [SLOW UPDATE] Nadia seorang gadis yang kehilangan ibunya sejak kecil lagi. Secalit memori... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32

BAB 20

176 15 7
By pinkguinsoo__

"Kak... Betul ke akak nak kahwin dengan Abang Zaf? Akak yakin?"

Nadia terdiam seketika dan cuba menghadam soalan Hanna yang tiba-tiba itu. Tiada angin tiada ribut, keyakinannya terhadap perkahwinan ini dipersoalkan lagi.

"Kenapa Hanna tanya tiba-tiba ni? Kalau akak nak tolak, dari awal dah buat," balas Nadia.

"Bukan macam tu kak, bagi Hanna akak terlalu baik untuk Abang Zaf. I mean, he doesn't deserve you. Tengok ni, students pun sayang akak sampai macam ni sekali. Hanna risau kalau Kak Nad akan banyak makan hati selepas berkahwin dengan abang," jelas Hanna yang membuatkan Nadia tersenyum nipis.

"Hanna... Akak sekarang redha je dengan apa yang Tuhan takdirkan untuk akak. Satu lagi akak nak pesan dekat Hanna, Zafril tu abang kandung Hanna. Apa kata kita cuba bersangka baik je dengan Zafril? I mean, I know that being gay is wrong, but kita cuba bersangka baik dulu? Bagi akak, orang macam abang Hanna tu ada chance untuk berubah. Sebab dia tahu silap dia. Kita doakan jelah baik-baik untuk dia eh?" kata Nadia. Hanna termenung seketika mencerna pesanan Nadia sebentar tadi.

"Dah, tak payah nak difikirkan sangat. Akak ni pun ada je buruk celanya. Antara orang nampak dengan tak nampak je," sambung Nadia lagi sambil mengusap perlahan bahu Hanna.

Hanna mampu tersenyum nipis sahaja sebagai balasan. Kalau cakap dia memang baik hati nanti dia tak terima. Sekarang terang bersuluh dia memang baik gila. Bukan main lagi bersangka baik dengan Zafril yang menjadi punca masalah ini.

Ke kakak sepupunya ini ada hati dengan Zafril sebenarnya?

-

"Nadia, nanti kau tolong ambil Mak Long Yati kat airport ye. Dalam pukul 2 nanti sampai kat airport dari Kuching sana," kata Tok Ali kepada Nadia yang sedang menyapu rumah itu.

"Lah, bukan kata Zafril ke yang ambil? Dia kan dah on the way balik sinikan?" tanya Nadia dua tubi.

"Zafril sangkut jammed, takut tak sempat nak pergi ambil. Jadi terpaksalah minta tolong Nad," balas Tok Ali. Nadia melihat sekilas jam di dinding yang menunjukkan pukul 12.50 tengah hari.

"Atok, Hanna nak ikut Kak Nad boleh?" celah Hanna yang baru sahaja selesai basuh pinggan di dapur.

"Tak payah. Kau tolong sambung sapu rumah ni dengan tolong atok masak. Risau tak muat nanti kereta, sebab Mak Long Ida tu datang dengan anak menantu dia sekali," larang Tok Ali. Terserlah riak sedikit hampa pada wajah Hanna.

"Kerja kau asyik nak berkepit je dengan Nadia. Dekat sebulan kau kat sini, sebulan lah kau nak duduk bawah ketiak Nadia," kata Tok Ali mengenakan cucunya yang seorang itu. Hanna sekadar tersengih menunjukkan baris giginya yang tersusun dan bersih itu.

"Atok kata Mak Long Ida bawa anak menantu dia ke?" tanya Nadia.

"Yelah, si Angah tu dengan isteri dia yang tu hari kata kahwin janda anak satu. Yang lain tak ikut. Inilah alang-alang nak jumpakan atok dengan isteri dia. Haritu kan atok tak jadi nak ikut ayah kau ke Kuching sebab tak sihat," balas Tok Ali. Nadia mengangguk perlahan.

"Okaylah, Nad pergi tukar baju dulu. Nah, Hanna. Tolong sambungkan sapu. Hehe..." kata Nadia lalu menyuakan sapu lidi kepada Hanna.

"Atok, tak ada ke penyapu biasa? Sapu lidi ni buat Nadia sakit pingganglah," rungut Hanna seraya mengambil sapu lidi tersebut dari tangan Nadia. Usai itu, Nadia pula terus berlalu ke bilik tidurnya untuk menukar baju.

"Aik kau yang muda takkan kalah dengan atok yang dah tua ni? Aku pakai sapu lidi ni lah berpuluh tahun. Kau setakat sekali sekala dah merengek. Meh sini biar atok sapu, kau pergi masak sorang-sorang sana," balas Tok Ali. Lantas kepala Hanna menggeleng laju. Berbanding masak seorang diri, dia rela sakit pinggang membongkok sapu rumah ini menggunakan sapu lidi.

"Yelah, yelah... Hanna sapu. Atok pergi masak sana dulu, dah siap nanti baru Hanna tolong," balas Hanna dengan senyuman terpaksa.

Tok Ali sekadar menggeleng kepala sambil mengatur langkah ke dapur. Ada sahaja rungutan anak muda zaman sekarang. Susah sedikit tak boleh langsung. Semua nak yang senang sahaja.
-

Nadia termengah-mengah berdiri di balai ketibaan lapangan terbang itu. Hampir sahaja dia terlambat disebabkan kesesakan lalu lintas tadi. Sudahlah dari rumah Tok Ali ke lapangan terbang mengambil masa satu jam, kereta pula terpaksa diparkir agak jauh kerana kebanyakan ruang parkir yang dekat penuh.

Kelihatan Puan Faridah melambai ke arahnya dari jauh. Dengan senyuman lebar, Nadia berlari anak ke arah Puan Faridah sebelum mengucup tangan wanita yang lebih kurang sebaya Datin Halimah. Tubuh kecil Nadia pula dirangkul dan dipeluk erat seketika bagi melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa.

Inilah dia Puan Faridah, memerangkap ibu saudara tirinya. Puan Faridah merupakan anak kepada arwah neneknya dengan lelaki lain sebelum berkahwin dengan Tok Ali. Namun, Puan Faridah amat menyayangi Tok Ali walaupun sekadar bapa tiri sahaja kerana Tok Ali tidak pernah memilih kasih atau membezakan antara Puan Faridah dengan anak-anak yang lain iaitu Datin Halimah dan Tuan Daud. Disebabkan itu jugalah dia mempunyai dua 'mak long'.

"Nadia apa khabar? Sihat? Rindunya Mak Long dengan budak lawa sorang ni," ujar Puan Faridah.

"Samalah dengan Nad, mak long. Lama sangat tak jumpa, haritu pun tak pergi majlis Angah sebab Nad ada kat kampus," balas Nadia.

"Hi, Angah. Sorry tau aku tak datang wedding kau last year. Biasalah namanya pun student kan. Busy sikit," kata Nadia pula kepada Farid.

"It's okay, Nad. Bukan majlis besar-besaran pun. Buat yang wajib je, sama dengan kau. Yang penting kebahagiaan rumah tangga tu," balas Farid pula.

"And this is my wife, boleh je panggil Kak Tiz," sambung Farid lagi memperkenalkan isterinya.

"Hi, kak. Nice to meet you," sapa Nadia lalu pandangannya jatuh ke arah bayi dalam gendongan Tiz itu.

"Akak pun sama, nice to meet you too," balas Tiz lemah lembut.

"Alolo, kesiannya baby tidur macam ni. Mesti penat. Kalau macam tu, Nad pergi ambil kereta dululah kat parking. Mak Long semua tunggu sini kejap. Kesian pula kalau nak berjalan tengah panas ni, lelagi Kak Tiz bawa baby," ujar Nadia. Mereka sekadar mengangguk faham sebagai balasan.

-

Sebaik sahaja tiba di kampung, rumah kayu kampung Tok Ali ini sudah kelihatan penuh dan meriah dengan kehadiran anak cucu Tok Ali. Keluarga Tuan Daud dan Dato' Halim juga sudah tiba di rumah ini demi majlis nikah yang akan dijalankan pagi esok.

Usai menghantar Puan Faridah sekeluarga ke bilik mereka, Nadia lantas mengatur langkah ke arah biliknya. Dia cuba memulas tombol pintu itu seperti biasa, namun pintu kayu tersebut tetap tidak boleh dibuka. Memang dia tahu belakangan ini pintu biliknya seakan rosak sehingga dia terkunci di dalam bilik dua hari yang lepas.

Tanpa berfikir panjang, lantas Nadia menggunakan tubuhnya dan menghentak pintu tersebut. Setelah beberapa kali, akhirnya pintu bilik terbuka dan membuatkan dirinya secara tiba-tiba menjerit.

"Ahhhh! Apa kau buat dalam bilik aku?!" soal Nadia dengan nada separa menjerit kerana terkejut. Tiada angin tiada ribut kenapa ada lelaki ini dalam biliknya?!

"Aku tumpang pakai baju sekejap jelah. Bukan aku buat benda tak senonoh kat dalam bilik kau. I mean, bilik kita," balas Zafril dengan selamba. Nadia menggeleng laju lalu menyandarkan tubuhnya pada pintu.

"No, this is my room. Bilik kau kat dapur sanakan? Apahal kat sini pula," balas Nadia.

"Kau ni dah kenapa? Kau tak nampak setiap sudut rumah ni penuh? Family kau, family aku, family Mak Long Ida. So, umi aku suruh aku letak je barang and bag aku semua ke bilik kau ni terus sebab bila kita dah nikah, bilik ni jadi bilik kita," jelas Zafril dengan sengaja menekankan perkataan 'kita' kepada Nadia.

Nadia menghela nafas panjang sambil memejamkan kedua matanya. Jijiknya rasa apabila mengenangkan dia perlu berkongsi bilik dengan Zafril.

"Don't imagine benda yang kuban-kuban. Malam ni aku tidur dengan atok. Kau fikir aku nak sangat ke sekatil dengan kau," sambung Zafril lagi mengomel tatkala melihat reaksi Nadia itu.

"Tak kisahlah, aku bagi kau 5 minit. Aku tahu lepas ni kau keluar. Aku nak rehat," balas Nadia lalu terburu-buru meninggalkan ruangan itu. Pintu kayu pula terus ditutup rapat tanpa sempat Zafril membalas.

'Ini baru tumpang bilik aku rasa segan and awkward. I don't know what's gonna happen tomorrow!' teriak Nadia dalam hati.

BERSAMBUNG...

Continue Reading

You'll Also Like

197K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
1M 36.2K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
73.3K 9K 24
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
356K 22.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...