Sayap Sebelah

By Naureliaa__

262K 5.3K 704

Setiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam... More

prolog
cast
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 45
BAB 46

BAB 44

1.5K 75 8
By Naureliaa__

'Hate me for who I am, and I don't care. At least I'm not pretending to be someone I'm not.'

Seorang lelaki berjalan lurus dengan seraut wajah tanpa sebarang emosi terhias. Blazer hitam sentiasa terlengkap di tubuh badannya tidak kira dimana sahaja dia pergi. Tambahan pula, blazer hitam melambangkan identiti dirinya berkhidmat sebagai orang kanan peribadi secara mutlak kepada tuan Xavier. Anak mata hitam Baron daripada jauh sudah nampak bayang-bayang susuk tubuh tuan Xavier nya sedang duduk bersahaja di kerusi penonton litar circuit. Setiap langkah yang diambil Baron lurus menghampiri tuan mudanya.

"Tuan." Seru Baron saat dia berdiri di sisi Xavier.

"Ada apa-apa perkembangan di Varnhagen?" Soal si lelaki bermata biru kehijauan dengan nada mendatar.

"Setakat ini tiada apa-apa yang mencurigakan di Varnhagen. Tuan besar seperti tidak menunjukkan apa-apa sebarang rencana dan segalanya berlaku seperti biasa di Varnhagen." Lapor Baron tanpa meninggalkan sedikit maklumat.

Manakala Xavier tidak memberikan sebarang reaksi. Ada sesuatu yang sedang bermain-main difikirannya tentang kebarangkalian rencana di Varnhagen. Dua buah biji kereta lumba pantas kilat melepasi mereka langsung tidak di endahkan.

"Bagaimana pula dengan keadaan anak-anak aku?"

"Mereka dalam keadaan yang baik tuan dan Cecilia juga tidak lepas mata daripada pemantauan keadaan Xandra dan Xandria." Beritahu Baron seiring memberikan iPad kepada Xavier gambar yang membuktikan keadaan si kembar yang baik.

Jari jemari Xavier lincah meneliti setiap gambar yang terpampar untuk memastikan tiada sebarang perkara yang mencurigakan. Sampailah sekeping gambar menunjukkan wajah si kembarnya tersenyum bahagia bersama seorang lelaki yang sudah dimamah usia. Mata Xavier tajam merenung tanpa sebarang reaksi emosi ditunjukkan.

'Orang tua ini pasti ada kepentingannya kenapa tidak menglibatkan Xandra dan Xandria dalam hal ini.' Kata hati kecil Xavier.

"Tuan." Seru Baron sambil memerhatikan reaksi kosong Xavier.

"Ada sesuatu lagi perkara tetapi ia berkenaan dengan Tuan Xan-" Penerangan Baron tersangkut apabila ada seseorang mencelah tercelah secara tiba-tiba.

Serentak itu Baron menunduk lalu berundur sedikit kebelakang. Manakala Xavier masih statik dengan tanpa ekspresi wajah.

"Hei! Tengok siapa yang ada di sini." Ujar seorang lelaki berwajah cina yang berpakaian sut lumba dengan penuh keterujaan menghampiri mereka.

Namun Xavier tidak menjawab sahutan lelaki cina itu dan sebaliknya hanya mengerling sekilas sahaja. Kemudian lelaki itu tergelak kecil sebelum mengambil tempat kosong di sebelah kanan Xavier.

"Pagi-pagi dah buat muka tegang dia. Aku fikirkan bila dah buat kali kedua ini pandailah sedikit nak senyum." Selorohnya lagi tanpa berselindung. Langsung dia tidak terasa dengan sikap Xavier begitu kerana dia sudah lali dengan sikap Xavier yang agak beku dan dingin. Lelaki ini tidak akan pernah menipu dirinya sendiri.

"Walaupun untuk kali yang keseratus perkahwinan tidak akan mengubah apa-apa keadaan Li Jie." Balas Xavier mendatar. Lalu iPad di tangannya diserahkan semula kepada Baron.

Li jie hanya tersenyum senget. Kedua tangannya didepakan lalu di sangkut pada menyandar kerusi sisinya.

"Aku ada dapat utusan daripada Varnhagen tentang Xander." Ujar Li jie dengan nada berubah sedikit serius.

Litar circuit kosong di hadapannya menjadi panahan renungan kosong Xavier. Kemudian dia melepaskan keluhan berat.

"Dia sudah cukup besar untuk membuat keputusan. Jika dia memilih untuk bermain dengan 'api' maka bersedialah tanggung segala akibatnya." Xavier sememangnya sudah dapat menjangkakan apa yang akan bakal terjadi terhadap adiknya. Khabar angin berita itu memang benar-benar berlaku.

Kemudian Xavier memaling ke kanan memandang Li Jie tanpa sebarang reaksi.

"Jadi itu bukan urusan aku." Tekan Xavier.

Senyum sinis terukir di bibir Li Jie sambil membalas pandangan dingin Xavier.

"Tapi sekarang ini pun kau sedang bermain 'api' dengan dia juga bukan? Dah masuk enam bulan perkahwinan kau dengan perempuan itu.  Dan aku pasti Varnhagen juga sudah tahu khabara berita perkahwinan rahsia kau." Tempelak Lie Ji tanpa berselindung.

Tidak lama kemudian muncul sebuah kereta motorsport keluaran Porsche berhenti  tepat di sisi bahu litar lumba. Daylon keluar dari kenderaannya dengan bersut lumba melangkah laju menuju ke anak tangga. Lalu dia menaiki sambil menatap dua orang lelaki sedang memandangnya.

"Yow man, dah lama aku tak nampak kau beraksi di atas litar." Komen Lie Ji. Sambil menyuakan buku limanya.

Lantas Daylon hanya membalas laga buku lima Li Jie sambil gelak kecilnya. Tubuhnya di sandarkan pada penyandang besi. "Aku cuma nak bagi kau peluang saja tadi."

Berdecit kecil Li Jie dengan jelingan. Kemudian keadaan menjadi agak sepi sebentar sebelum Xavier mengkhabarkan berita yang agak mengejutkan.

"Aku akan pulang semula ke Varnhagen." Beritahu Xavier tenang.

Daylon berkerut dahi mendengar apa yang dikatakan Xavier. Wajah kosong Xavier direnung dalam mencuba untuk menafsirkan apa yang dikatakan tadi adakah sesuatu yang serius.

"Maksud kau pulang semula tanpa kembali ke Deiderich?" Tanya Daylon meminta kepastian.

Pertanyaan itu dibiarkan sepi. Lalu Xavier mula bangun daripada tempatnya. Kedua tangannya dimasukkan kedalam saku seluarnya sambil membuka langkah perlahan ke arah penghadang besi.

Li jie dan Daylon menganggap kebisuan Xavier adalah jawapan bahawa Xavier tidak akan kembali ke rumah agam Deiderich.

"Macam mana dengan Farisya? Kau plan nak-"

Pertanyaan Daylon pantas di pintas Xavier dengan nada yang tegas.

"Dia tiada kaitan dengan keluarga aku dan dia tak perlu tahu tentang Varnhagen. Malah kehidupan aku juga dia tidak perlu tahu."

Li Jie mengurut dahinya apabila mendengar keputusan yang dibuat Xavier. Sungguh pun dia tahu pasti ada sebab kenapa sahabatnya itu membuat keputusan begini. Tindakan rancangan Xavier sukar untuk dijangka kerana lelaki maskulin itu lebih gemar menyelesaikan masalah tanpa menglibatkan orang luar. Perkara ini sungguh berbeza dengan Xander lebih gemar lari daripada masalahnya.

"Jadi kenapa kau tidak tamatkan sahaja perkahwinan kau ini? Kuasa ada di tangan kau." Li Jie pula bersuara. Walaupun dia tidak begitu faham dengan konsep agama Islam yang dianuti mereka tetapi dia tahu di dalam agama Islam lelaki ada kuasa untuk memutuskan akad ikatan.

Kedua tapak tangan mula memaut kuat ganggang penghadang besi. Matanya dipejamkan sebentar kemudian dibuka semula. Mindanya mahu bertenang daripada pelbagai celaruan di fikirannya.

"Aku tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin buat kali kedua. Apatah lagi berniat ingin berkahwin dengan budak perempuan itu. Dia cinta adik aku sendiri." Luah Xavier tanpa berselindung.

Daylon dan Li Jie hanya berdiam sahaja. Manakala Baron masih setia berdiri di belakang tanpa ada sebarang niat ingin mencelah.

"Tapi malam itu aku tidak gila nak biarkan dia hidup tiada hala tuju ditepi jalan setelah apa yang keluarga dia dah lakukan apa dia. Apatah lagi dia sudah bersandang atas nama keluarga Knightley." Kata Xavier lagi.

Daylon melepaskan nafasnya perlahan lalu dia menegakkan tubuhnya dari menyandar pada penghadang. Lalu dengan perlahan menghampiri Xavier yang sedang membelakanginya.

"Kalau kau tiada niat untuk tamatkan akad perkahwinan kau dengan buat masa sekarang. Jadi aku rasa dia patut tahu realiti sebenar hidup kau Xavier. Kau tak boleh terus sorok Farisya disini. Kau pun sedar tempat kau sepatutnya di Varnhagen dengan status mutlak kau. Kau tidak boleh lari."

Ketawa sinis dilepaskan Xavier sebelum berpaling membalas pandangan serius Daylon.

"Ya, aku memang tidak boleh lari sebab aku tidak pernah dapat lari daripada kenyataan hidup aku. Tapi bukan untuk Farisya, dia tidak akan mampu untuk terus hadap menyeksaan yang kejam lagi daripada apa yang pernah dia lalui." Tekan Xavier dengan tegas.

"Kau terlalu banyak ambil berat tentang dia berbanding dulu." Komen Daylon bersahaja. Bukan matanya tidak nampak ada sedikit perubahan dalam diri Xavier semenjak sepupunya ini mengkahwini Farisya. Persis Xavier seolah ingin mendapatkan sesuatu tetapi malangnya Daylon tidak dapat meneka.

Ekspresi wajah Xavier mula berubah menjadi suram.

"Dia ada sesuatu yang aku tidak pernah ada." Kata Xavier separa berbisik. Fikirannya terimbas kembali saat ketika dia melihat sendiri kekejaman Farisya dihalau oleh keluarga dia sendiri.

Kemudian Li jie mula membuat bunyi siulan mengejek.

"Jangan kata yang kau-"

Potong Xavier pantas sambil merenung tajam ke arah Li Jie.

"Berhenti buat tanggapan bodoh Li Jie. Aku tiada masa untuk bercinta. Tujuan aku cuma satu, aku nak bantu dia untuk merasa hidup normal yang sebenar sahaja." Tegas dan wajahnya kembali kosong tanpa reaksi seperti selalu.

Langsung Li Jie tidak berasa gentar sebaliknya dia tergelak sinis.

"Kehidupan yang normal? Kau sendiri tidak pernah hidup dalam keadaan yang normal Xavier." Bidas Li Jie selamba.

"Xavier Knightley! A man who never give a fuck about anyone else. A sense of sympathy? Are you kidding me? A term never in the dictionary of this man's life. What is it that pervades you so that you can change into what you are now?"

Tiada balasan daripada Xavier. Dia tidak menafikan apa yang sahabatnya itu bidas tidak betul. Cara dia membesar tidak sama yang sepatutnya seorang kanak-kanak lain rasa. Melihat seksa hidup Farisya membuatkannya tersedar akan kehidupannya yang dahulu. Apatah lagi membayangi wajah adiknya Xander yang menunjukkan hilang sebuah kepercayaan terhadapnya.

Melihat Xavier yang masih berdiam diri membuatkan Daylon lantas menepuk bahu kiri Xavier dengan perlahan.

"Kau masih simpan rasa serba salah pada Xander?" Tembak Daylon.

Xavier tidak kalut untuk menjawab. Wajah Daylon dipandang kosong olehnya pula.

"Sesungguhnya."

"Aku cuba menghalang dan aku juga merampas daripada dia." Sambung Xavier separa berbisik.

"Kali ini Xavier aku tak akan biarkan kau bertindak sendiri lagi seperti sebelum ini." Beritahu Li Jie.

Manakala Xavier membalas pandangan kosong Li Jie. Idea ini benar-benar gila. Menglibatkan orang luar di dalam masalahnya bukan suatu tindakan yang dia gemar.

"Aku dah tak nak dengar kata-kata arahan daripada kau. Lagipun aku dah lama tak jumpa dengan orang tua tak guna itu." Katanya berseloroh.

"Aku yakin Vladmir pasti akan gembira bila nampak anak dia yang hilang ini tunjukkan muka di Varnhagen." Celah Li Jie sengaja ingin mengusik Daylon.

Serta merta raut wajah Daylon berubah menjadi tegang. Jelik sekali perasaan saat mendengar nama bapanya disebut dihadapannya. Manakala Xavier langsung tidak memberi endah terhadap usikan Li Jie kepada Daylon. Malah dia amat lali sekali akan ketegangan yang terjadi di dalam Varnhagen.

'Maaf aku Farisya.' Ungkap Xavier di dalam isi hatinya.

---------------------------

Kelihatan suasana bilik istirehat agak suram dan dingin. Farisya berbaring santai di atas sofa gothic berwarna coklat gelap. Matanya tekun menonton rancangan siarangan yang menyiarkan sebuah filem di kaca televisyen. Sungguhpun rumah agam ini mempunyai bilik teater namun Farisya lebih selesa untuk menonton rancangan televisyen di dalam ruangan istirehat ini.

Tidak lama kemudian sesekali Farisya mengerling ke arah Kimberlyn yang sedang fokus dengan kerja-kerjanya di ruangan meja. Tetapi kadang kala Farisya mengerut dahi gelagat Kimberlyn yang tertiba sahaja tersenyum sendiri. Ia seperti fikiranya bukan tertumpu pada kerjanya tetapi pada perkara-perkara lain.

"Semenjak kau balik daripada semalam kau asyik tersenyum-senyum saja." Tegur Farisya.

Lantas Kimberlyn tersentap mendengar teguran daripada Farisya. Matanya berkelip-kelip beberapa kali sambil memandang Farisya yang sedang memandang tidak jauh daripadanya.

"Terlalu nampak sangat ke?" Tanya Kimberlyn teragak-agak.

Lalu Farisya bangkit daripada terus berbaring kemudiannya bersila di tengah sofa gothic sambil memandang lurus kearah Kimberlyn yang berlagak tenang. Bahunya dijongketkan sedikit.

"Ya, boleh dikatakan juga." Kata Farisya dengan mata menjengkelkan sebelah seakan menafsir sesuatu.

Senyuman kecil mula terlekuk dibibir merah Kimberlyn. Helaian rambut diselitkan di belakang telinga.

"Aku cuma teringatkan hal-hal semalam." Beritahu Kimberlyn separa berbisik.

Farisya agak terdiam untuk beberapa saat sebelum menyimpulkan senyuman. Bantal diatas ribanya di alihkan ketepi sebelum melangkah pantas menghampiri Kimberlyn di meja. Kerusi dihadapan Kimberlyn ditarik dengan perlahan-lahan lalu diduduki Farisya bertentangan dengan Kimberlyn.

"Mesti seronokkan. Tak dapat aku bayangkan rasa.. You know kind of share a same and sincere feeling." Kata Farisya tanpa terus.

Wajah Farisya ditatap Kimberlyn dengan senyuman nipis. "Perasaan itu normal yang semua manusia ingin rasai didalam kehidupan. Sense of belonging daripada ikatan keluarga, kawan, pasangan atau sesiapa sahaja."

Sedikit sebanyak jauh didalam sudut hati Farisya agak berasa cemburu. Mungkin kerana dia dapat melihat bertapa bahagianya Kimberlyn bersama pasangannya. Tidak sepertinya dia tidak memiliki sesuatu yang ada pada Kimberlyn. Perasaan di sayangi dan di cintai oleh seseorang. Ya, Farisya mendambakan perasaan itu, perasaan diberikan perhatian, dilindungi, dihargai dan disayangi. Namun tidak pernah perkara itu wujud didalam kamus hidupnya sebaliknya hanyalah tomahan dan diperalatkan semata-mata walaupun saudara kandungnya sendiri membencikan dirinya.

Kebisuan Farisya membuatkan Kimberlyn sedar akan perasaan yang sedang mula menyebulungi hati gadis itu. Tangan berkulit cerah Farisya diraih Kimberlyn dengan penuh cermat. Digenggam tangan gadis itu dengan erat berjaya menyedarkan Farisya daripada terus tenggelam dengan perasaannya.

"Sungguhpun berat dan aku tak nafikan apa tomahan yang telah kau lalui mudah. Tapi itu semua bukan pengakhiran untuk kau. Kau ada aku dan orang-orang di dalam Deiderich ini ada untuk sentiasa menerima kau sebagai keluarga. Sampai tiba masanya seseorang yang istimewa itu akan datang sendiri mendambakan hati kau."

Farisya membalas dengan senyuman. Membalas semula genggaman erat Kimberlyn sambil mengangguk perlahan menanda setuju.

"Aku tak pernah rasa senyaman seperti sekarang. Aku tak pernah rasa dihargai seperti sekarang. Orang-orang di dalam Deiderich ini sangat baik sehinggakan aku terlupa akan bagaimana kehidupan diluar sana sekarang." Luah Farisya perlahan.

"Aku faham, memang bukan mudah. Terlama kau mengalami trauma masa kecil kau. Tapi aku yakin seseorang akan sentiasa setia disisi kau di saat kau bersedia dengan kehidupan luar nanti. Malah kau sendiri mampu untuk menghadapi sendiri." Kata Kimberly memberikan sokongan kepada Farisya.

Menghadapi masalah kesihatan mental bukanlah mudah seperti kata-kata yang dapat dizahirkan oleh golongan yang tidak merasainya. Rasa sedih yang berpanjangan tanpa henti, hilang harapan hidup dan sebagainya bukan sesuatu yang dibuat-buat atau boleh dikawal. Malah Kimberlyn tidak mahu membebankan lagi kesakitan Farisya akibat masa lampaunya. Bahkan dia sedar tujuan kenapa Xavier memanggilnya kesini untuk membantu Farisya sendiri supaya suatu hari nanti Farisya sendiri dapat kehidupannya yang lebih baik.

"Terima kasih sebab ada dengan aku." Sungguh Farisya berasa sedikit lega setelah mendengar kata-kata Kimberlyn. Benar dia perlu kuat demi kehidupan barunya ini dan tidak akan dia mempersiakan usahanya ini.

"I will." Balas Kimberlyn lembut.

Kemudian, Kimberlyn mencapai sebuah fail biru. Lalu menyemak sesuatu dengan penuh teliti sebelum mengambil sebatang pen. Beberapa perkara penting dicatatnya.

Farisya hanya memerhatikan tingkah laku Kimberlyn sebelum perempuan itu mengangkat wajahnya memandang Farisya.

"By the way Farisya, ada beberapa perkara yang aku nak tanya tentang ubat yang aku sediakan untuk kau tempoh hari? Ada apa-apa rasa kesan sampingan tak?" Tanya Kimberlyn di penuh berhemah. Sungguhpun layanan Kimberlyn terhadap Farisya sudah dianggap sebagai kawan. Namun waktu sesi Kimberlyn akan berubah menjadi seorang profesional. Dia tidak boleh melanggar etika kerjanya dan mencampur adukkan urusan peribadinya dan urusan kerja.

"Aku cuma rasa yang selera makan aku macam bertambah sedikit tapi aku rasa better sikitlah daripada sebelum ini aku memang tak ada selera langsung." Jelas Farisya tanpa berselindung.

Kepala Kimberlyn diangguk-anggukkan perlahan.

"Boleh bagi skala diantara 1 sampai 10 yang selera mula bertambah tu?"

"4."

"Ada kesan sampingan lain?" Tanya KImberlyn lagi.

"Kadang-kadang lepas amik ubat itu kepala jadi pening sedikit." Jawab Farisya ringkas.

"Okay. Tak apa nanti aku akan buat analisis kalau ada apa-apa kesan sampingan lagi atau makin teruk segera bagitahu aku. Aku akan cuba tukar ke ubat yanglain atau pengambilan dose." Jelas Kimberlyn sambil mencatatkan sesuatu di dalam fail. Lalu dia menghulurkan sehelai kertas dan diletakkan di hadapan Farisya.

"Boleh kau isikan borang soal selidik ini?" Minta Kimberlyn dengan nada yang lembut.

Manakala Farisya mengangguk kecil tidak membantah dan hanya menurut sahaja arahan Kimberlyn. Setelah borang soal selidik siap di isinya lalu diserakan semula kepada KImberly.

"Terima kasih. Jadi next session kita on tuesday, next week." Pesan Kimberlyn. Manakala Farisya hanya diam memerhatikan tingkah Kimberlyn dengan kerjanya.

Dalam pada masa yang sama, ada sesuatu yang sedang bermain-main di dalam kotak fikirannya. Tetapi jauh disudut hatinya agak berasa sengan untuk meminta. Lantas Farisya berdehem kecil membuang rasa janggalnya.

"Kim." Seru Farisya separa berbisik.

Kimberlyn tidak menyahut sebaliknya mengalih perhatiannya memandang Farisya di hadapannya.

"Boleh tak aku nak pinjam laptop kau?

Kerutan di dahi dapat dilihat oleh Farisya. "Boleh. Tapi kau nak buat apa?" Soal Kimberlyn sangsi. Perempuan itu mahu menarik tali.

Farisya mengosok-gosok perlahan belakang lehernya.

"Hmm. Aku ingat nak cari kerja." Beritahu Farisya dengan teragak-agak.

"Kau nak berkerja?"

Anggukan diberikan sebagai jawapan.

"Kau ada tanya Xavier yang kau nak berkerja?" Tanya Kimbelyn lagi. Hal ini kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang isu atau masalah sekiranya dia bertindak sendiri tanpa mendapatkan persetujuan daripada Xavier.

Keluhan berat dilepaskan oleh Farisya. Wajah Kimberlyn ditatapnya sedalam mungkin. Sudah tiba masanya dia perlu menyuarakan rasanya.

"Aku tak rasa selesa tumpang rumah ini tanpa aku berbuat apa-apa. Aku rasa yang aku sekarang ini dah macam puan besar pula. Sedangkan kau tahukan kenapa Xavier boleh terkahwin dengan aku Aku tak nak bebankan dia dengan tanggung kehidupan aku."

Leretan senyuman Kimberlyn mula pamerkan. Namun Farisya mula berasa kehairanan.

"Aku tak rasa yang Xavier akan rasa terbeban malah kau memang isteri dia yang sah. Setakat ini pun dia tak ada cakap apa-apa. Tapi aku faham kenapa kau boleh terfikir nak kerja secara tiba-tiba ni."

Sebaliknya Farisya melepaskan keluhannya lagi. Bukan kerana dia mahu menolak kenyataan namun dia tidak berasa senang untuk terus hidup atas kesenangan orang lain. Bahkan dirinya dengan Xavier pada awalnya bukanlah di dalam keadaan yang baik-baik. Walaupun kadang-kala Farisya berasa curiga dengan layanan Xavier terhadapnya berubah secara mendadak.

"Betul, memang Xavier tak ada cakap apa-apa. Tapi aku rasa tak selesa nak tinggal dekat dalam Deiderich ini tanpa aku berbuat apa-apa. Please, bagi aku peluang nak kerja." Rayu Farisya.

Namun kebisuan Kimberlyn membuatkan Farisya dapat menjangkakan jawapan yang sebenarnya. Farisya menghelakan nafas perlahan.

"Lagipun status ini tidak memberikan jaminan apa-apa. Kalau suatu hari nanti kami sudah tiada ikatan dan sekurang-kurangnya aku ada kerja tetap untuk aku terus bertahan." Kata Farisya lagi dengan nada mengendur.

Pada masa yang sama dia memahami bahawa Kimberlyn tiada kuasa untuk memutuskan jawapan. Masakan Kimberlyn sendiri bekerja di bawah Xavier. Sesuatu yang membuatkan Farisya tersedar bahawa Xavier mempunyai kuasa yang besar didalam rumah agam Deiderich ini.

Kesunyian memenuhi ruangan bilik istirehat ini.

"Kau plan nak jadi lawyer balik ke?" Soal Kimberlyn lembut.

Sebaliknya Farisya menggeleng perlahan.

"Tak. Aku tak nak jadi lawyer lagi dan lesen aku sudah ditarik." Mendatar. Wajahnya diangkat memandang Kimberlyn yang sedang memandangnya.

"Aku plan nak buat pekerjaan lain." Sambung Farisya.

"Aku akan cuba berbincang dengan Xavier mengenai perkara ini. Tapi aku tidak akan meletakan jaminan yang kau dibenarkan bekerja. Aku buat semua ni sebab nak kau survive suatu hari nanti."

Kelihatan ada sinaran yang terpancar di mata Farisya. Dia benar-benar saya seronok disaat dirinya mendapat sokongan. Lantas Farisya bangkit dan menuju ke arah Kimberlyn sebelum memeluk perempuan itu.

"Farisya! Jangan peluk kuat sangat." Kerah Kimberlyn. Namun Farisya buat tidak endah kerana bahagia yang dirasainya tika ini.

--------------------------------

Suasana pagi yang indah bersertakan dengan siulan burung-burung yang berkicauan telah menaikan suasana nyaman di laman bunga di tepi rumah agam Deiderich. Tugasan kerja bagi para pekerja pembantu rumah tidaklah begitu padat. Malah ia adalah rutin kerja seperti biasa yang harus dilakukan.

Alat penyiram pokok yang terletak elok di atas para diambil Farisya lalu di bawa keluar daripada gudang menuju ke pili paip di tepi gudang. Lantas bekas siram pokok dibiarkan diisi air sehingga ia penuh. Farisya tidak mahu menganggu pekerja-pekerja yang sibuk dengan rutin kerja mereka dan begitu juga Kimberlyn mempunyai tugasan kerja di luar.

Bekas siram pokok yang agak berat diangkatnya dengan bersusah payah menuju ke laman bunga. Setiba sampai di situ lantas dia meletakkan kasar bekas siram pokok di atas tanah seiring dengan keluhan berat.

"Fuh, selalu nampak tukang kebun sekolah angkat bekas ini ringan saja." Omel Farisya sendiri sambil bercekak pingang.

Kemudian, lirikan mata Farisya mula beralih ke arah salah satu juntaian sekuntum mawar putih yang segar. Meraih kuntuman mawar putih itu dihalakan ke hidungnya sambil mengambil bau segar. Lekukan senyuman terhasil di wajah Farisya.

Sepanjang dirinya tinggal di Deiderich ini dirinya sedar hampir seluruh laman bunga ini di hiasi oleh bunga mawar putih. Bagi Farisya pasti bunga mawar putih ini membawa maksud yang tersendiri bagi pemilik rumah agam Deiderich. Atau lebih tepat Xavier Knightley. 

Bekas siram pokok di angkat lalu terus disiram perlahan di atas permukaan tanah dari satu tempat ke satu tempat sehingga kontang. Berasa puas hati dengan kerjanya lalu Farisya mula mengelilingi laman bunga yang agak luas keluasannya. Namun masih Farisya tidak habis mengelilingi. Tidak lama matanya mula tertangkap tanaman bunga mawar pelangi di tengah sudut laman bunga. Kakinya melangkah menghampiri bunga mawar pelangi yang sedang mengembang mekar.

"Cantik. Tak sia-sia aku tanam benda ini dulu. Tapi tak salah-"

"Tuan Xavier minta saya pindahkan tanaman puan ke sini." Pintas seseorang dari arah belakang.

Farisya tersentak terus berpaling kebelakang memandang gerangan tersebut.

"Maaf terkejutkan puan." Tunduk hormat lelaki separuh abad itu.

"Eh tak apa. Cuma saya ingatkan bunga yang saya tanam itu dah mati." Balas Farisya lembut. Wajah lelaki tua ini sering Farisya lihat di kawasan kebun namun masih dirinya tidak ketahui.

"Mana mungkin Tuan Xavier mahu hasil tanaman puan mati macam itu sahaja. Lagipun tuan Xavier sudah berpesan dengan saya untuk menjaga dengan baik bunga mawar pelangi ini dengan baik." Beritahu lelaki tua itu sambil melangkah menghampiri tanaman bunga mawar pelangi.

Reaksi wajah Farisya berubah seakan tidak mempercayainya.

"Xavier pesan macam itu? Mungkin dia suka dengan tanaman bunga. Itu sebab dia berpesan dengan pakcik-" Penyataan Farisya tergantung.

"Azhar. Nama saya Azhar puan." Beritahu lelaki tua perlahan.

"Oh ya. Maaf sebab tak pernah tanya nama pakcik walaupun selalu saya nampak pakcik di kawasan laman." Senyum kecil Farisya berasa sedikit kekok.

"Tidak apa puan." Kata Azhar sambil mengambil peralatannya sebelum membuat kerja-kerja kebun.

Langkah Farisya mula menghampiri juntaian pokok bunga mawar putih yang mengembang mekar. Pasti penjagaanya tanaman ini agak teliti masakan hasil bunga ini sungguh indah sekali.

"Sepanjang saya kenal Xavier tidak pernah pula saya tahu yang tuan awak ini sangat obses dengan bunga mawar putih. sehingga dengan tanaman bunga pun penuh dengan mawar putih." Kata Farisya tanpa memandang Azhar yang sedang mencangkung sambil membaja.

"Tuan Xavier tidak pernah kisah dengan tanaman bunga ini puan."

Lantas Farisya berpaling memandang Azhar dengan wajah keliru. Menafsir sama ada lelaki tua itu sedang bergurau namun wajah yang dipamerkan tidak menunjukkan ia adalah sebagai gurauan.

"Tak pernah kisah? Tapi hampir setiap sudut hiasan rumah ini penuh dengan bunga mawar putih. Bilik perpustakaan itu pun penuh dengan bunga mawar putih. Tanaman bunga mawar dekat laman ini pun mesti tuan Xavier yang suruh memandangkan dia Deiderich ini pun milik dia bukan?" Beritahu Farisya.

Azhar memberikan reaksi terkejut. Kemudian Azhar meletakkan penyodok lalu berdiri bertentangan dengan Farisya.

"Saya rasa mungkin puan salah faham. Hasil tanaman bunga mawar ini bukan milik Tuan Xavier tetapi milik puan besar Deiderich. Lagipun Tuan Xander yang menyuruh saya menjaga laman bunga mawar ini dengan baik dan begitu juga dengan hiasan bunga mawar putih di setiap sudut Deiderich. Bunga mawar putih ini amat berharga bagi tuan Xander." Jelas Azhar.

Manakala Farisya tidak memberikan sebarang kata-kata.

"Tuan Xavier tidak pernah masuk campur tentang urusan di Deiderich. Cuma semenjak puan menanam pokok bunga pelangi itu kali pertama tuan Xavier meminta saya menjaga tanaman dengan baik." Sambung Azhar lagi.

Kotak minda Farisya mula teringat akan sekuntum bunga mawar putih yang diberikan oleh Xavier kepadanya. Dirinya sangka lelaki itu amat obses dengan mawar putih ternyata dirinya langsung tidak mengenali siapa diri Xavier yang sebenarnya.

"Tapi puan saya yakin bunga mawar putih ini masih memberikan maksud dan simbolik tersendiri kepada mereka berdua. Begitu juga dengan mawar pelangi yang puan tanam pasti ia amat berharga bagi Tuan Xavier."

Farisya hanya sekadar mampu tersenyum nipis.

"Mungkin saya ada terlepas pandang sesuatu." Kalih Farisya sedikit janggal. Pasti lelaki tua itu akan menyesyaki sesuatu di antara perhubungannya dengan Xavier.

"Pakcik buatlah kerja pakcik dulu. Maaf menganggu." Pinta Farisya sambil mengosok belakang lehernya.

Manakala Azhar hanya menunduk. Lantas Farisya berlalu meninggalkan perkarangan laman bunga dengan sesuatu yang berbaik difikirannya.

Namun malangnya, dalam beberapa langkahnya kaki telah tersandung bekas siram pokok. Dapat dirinya merasakan wajahnya tersembam sesuatu dihadapannya. Kemudian sesuatu sedang melingkar di pinggangnya. Lantas wajah diangkat memandang wajah di hadapannya dan serta merta dirinya kaget.

"Xavier?! Apa yang kau buat dekat sini?" Tolak Farisya sedikit kasar.

Manakala Xavier menjongketkan bahunya. "Sama-sama." Jawab Xavier selamba.

Wajah Farisya berubah sedikit merah padam kerana terlalu kalut melihat bayang Xavier dihadapannya. Terus dirinya berdehem kecil.

"Terima kasih." Kata Farisya tanpa memandang kearah Xavier. Dadanya tertiba sahaja berasa berdebar-debar. Pakaian lelaki itu lebih nampak kasual  dengan t shirt turtleneck hitam berbanding sebelum ni lebih gemar dengan berpakaian kameja.

Xavier mengangguk perlahan. Kemudian matanya mengecil menumpukan sesuatu pada jumpsuit seluar kord depan gadis itu. Lantas Xavier mendekati Farisya sebelum merendahkan tubuhnya. Dikebas-kebas kotoran tanah yang melekat pada seluar Farisya.

"Ehh! Apa yang kau buat ni?" Katanya sambil mencuba menarik lengan Xavier supaya berdiri. Namun langsung Xavier tidak beranjak.

"Ala, kotor biasa saja. Biasalah buat kerja-kerja dekat laman ini. Nanti aku basuh bersihlah."

Tingkah Xavier lantas berhenti.

"Semenjak bila kau mula buat kerja-kerja dekat laman bunga ini?" Soal Xavier mendatar.

"Rasanya dah sebulan. Aku tak tahu nak berbuat apa lagi dekat rumah besar ini. Jadi aku siram pokok bunga mawar ini lah." Terus terang Farisya tanpa berselindung.

Xavier berdiri mengembalikan postur tubuhnya dan membalas pandangan Farisya dengan reaksi kosong.

"Jangan buat kerja-kerja di kebun ini lagi." Sebaik itu Xavier memalingkan tubuhnya untuk berlalu.

Farisya terkerut. Dirinya benar-benar tidak memahami diri Xavier. Dalam beberapa langkah Xavier berhenti.

"Jika dengan aktiviti menyiram pokok bunga mawar putih ini membuat kau senang. Maka aku tidak menghalang." Kata Xavier lagi sebelum menyambung langkah.

Tingkah Xavier itu selalu buat dirinya keliru dan sukar untuk dirinya meneka sifat keperibadian Xavier yang sebenarnya. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Justeru, lantas dia mengekori langkah Xavier.

"Hei Xavier! Tunggu dulu." Jerit Farisya dengan berlari anak menghampiri lelaki kacukan itu.

Xavier berhenti daripada terus melangkah.

"Kau mesti ada sesuatu cakapkan? Biasanya aku yang selalu datang dekat kau. Tapi hari ini lain. Pagi-pagi kau dah datang cari aku." Tembak Farisya memandang tepat ke arah belakang tubuh lelaki itu.

Tubuh Xavier berpusing agar dapat melihat Farisya yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Ya, memang ada sesuatu yang aku ingin katakan pada kau. Tapi kau tiada dibilik atau di perpustakaan."

Farisya memandang tepat kearah Xavier yang masih mempamerkan reaksi kosong dan dingin. Reaksi yang sama sebelum mereka berdua berdua melafazkan akad ikatan yang sah. Farisya yakin ada sesuatu yang bermain-main di fikiran Xavier.

'Dia memang cari aku. Tapi sebab apa. Tak mungkin-' Bisik hati kecilnya. Dirinya mula disebulungi rasa kurang senang.

"Apa yang kau cubakan katakan dengan aku." Soal Farisya.

"Aku ubah fikiran. Tiada apa yang penting." Balas Xavier dengan senyuman senget lalu dia menyambung langkahnya meninggalkan Farisya di situ.

'Dia lain hari ini.'

----------------------------------

Sebuah kereta mewah meluncur laju memasuki perkarangan kawasan rumah agam Deiderich. Kereta tersebut berhenti tepat di hadapan pintu gerbang Deiderich. Keluar seorang wanita anggun daripada perut kereta mewahnya lalu mata wanita itu tajam memerhatikan sekeliling kawasan yang tidak asing baginya.

Lantas langkah kaki jinjangnya lurus memasuki ke dalam Deiderich. Pembantu rumah yang menjaga pintu hanya sedia membuka untuk membenarkan wanita itu masuk kerana dia tiada kuasa untuk menghalang wanita yang pernah menjadi orang besar di Deiderich.

Langkah wanita itu sungguh perlahan sambil memerhatikan sekeliling perubahan hiasan.

"Sudah lima tahun. Banyak juga yang berubah tapi tak apalah bukan aku pernah tinggal dekat sini pun." Omelnya sendiri. Kakinya terus menuju ke ruangan tamu. Selok belok di dalam Deiderich masih dia dapat ingat dengan teliti.

"Puan-" Sapa Karen seorang wanita separa abad sebagai ketua pembantu rumah yang sedang menghampiri wanita itu.

"Panggil Xavier. Aku nak berjumpa dengan dia dan juga isteri baru dia itu." Potong wanita itu dengan angkuh tanpa memandang langsung.

"Baiklah." Pamit si ketua pembantu rumah itu. Dia sudah masak dengan sikap wanita itu setiap kali dia datang melawat di Dedeirich.

"Olivia, pergi sediakan minuman." Arahnya kepada Olivia yang berdiri di bingkai pintu gerbang ruangan tamu.

Manakala Olivia hanya mengangguk faham tanpa bercakap banyak.

Farisya bersahaja menuruni anak tangga lalu melangkah melepasi ruangan tamu. Namun mata Farisya terlihat susuk tubuh wanita yang sedang membelakanginya sambil merenuh tepat ke arah sebuah gambar potret keluarga yang berukuran besar tergantung elok pada dinding.

Sesuatu terlintas di hatinya ingin menegur siapa gerangan wanita yang berpakaian elegent itu Sepanjang dirinya tinggal di Deiderich tidak pernah seorang pun tetamu luar yang datang berkunjung di Deiderich.

Kemudian Farisya mula menghampiri wanita itu dan lalu menyapa.

"Hai."

Wanita itu tersentak. Lalu berpusing memandang gerangan yang berani menyapanya sebegitu rupa.

Manakala Karen sedang berlari tergesa-gesa menghampiri bilik perpustakaan yang tertutup rapat. Pintu diketuk dengan cermat.

"Masuk." Arah suara dari dalam.

Air muka Karen yang cuak dengan tercungap-cungap mengundang rasa ada sesuatu yang tidak telah berlaku. Wajah Baron dan Tuan Xavier dipandang silih berganti sebelum Karen membuka mulut.

"Puan Jessica, dia ada di sini."

Serta merta wajah Xavier berubah kelat. "Apa yang dia nak sehingga sampai datang ke Deiderich?" Tanya Xavier kasar sambil melangkah pantas keluar daripada ruangan bilik perpustakaan.

"Dia datang nak berjumpa dengan tuan dan-" Gantung Karen. Tidak dapat dia membayangkan reaksi wajah Xavier jika dia meneruskan. Manakala langkah Xavier berhenti terus memandang tajam ke arah Karen seolah mahu memakan mangsanya.

"Dan apa?!" Gesa Xavier dengan wajah amat tegang.

Terhenjut bahu Karen apabila mendengar suara tegang secara tiba-tiba.

"Dia ingin berjumpa dengan puan Farisya." Beritahu Karen separa berbisik. Kepalanya menunduk tidak sanggup untuk melihat wajah dingin tuannya.

"Dekat mana Farisya sekarang?"

Kebisuan Karen berjaya mengundang rasa amarah yang semakin meluap keluar.

"Fuck!"

'Farisya tak boleh tahu! Dia tidak patut tahu!' Jerit hati Xavier sambil melangkah laju.








Continue Reading

You'll Also Like

599K 23.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
256K 16.8K 41
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
76.6K 7.7K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
477K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...