HOL38- Langkawi II

1.3K 115 13
                                    

Qeen's POV

Second day in Langkawi. Destinasi pertama untuk harini, Gua Kelawar.

Untuk pergi ke Gua Kelawar, kena naik boat dulu.

Aku naik boat dengan Danny, Karl, Avri, Kaisan, Yap, Qif dan of course boyfriend aku. Mana boleh tinggal dia.

"Danny, ni first time lagi ke kau naik boat?" Tanya Karl sambil memeluk life jacket Danny.

Danny hanya mengangguk sebagai balasan.

"Dahtu kau ni pernah naik apa je?" Tanya Karl lagi seakan tak percaya.

"motor, kereta, basikal, van, bas ha.. lagi.." Danny menyenaraikan senarai kenderaan yang pernah dinaikinya satu persatu.

Sementara tu, aku memerhatikan Avri dan Kaisan yang sedang memakaikan cermin mata masing-masing. Suspicious betul lah dua orang ni. Ada apa-apa ke sebenarnya.

"Qeen, nengok apa?" Dhir yang berada di sebelah menegur aku.

"Ha? Tu permandangan lawa" aku cuba mencari alasan.

"Lawa? Ada batu besar je"

"Ha besar apa batu lawa. Eh! Lawa apa batu besar tu. Nampak unik. Kan kan" Dhir hanya memberikan aku pandangan 'benda-apa-dia-cakap-ni'.

"Okay, semua dah bersedia? Kita bergerak sekarang" ujar seorang lelaki berumur 30-an yang akan bawak kitorang ke Gua Kelawar.

"Weh, weh, weh dia gerak!" Teruja Qif.

Bot mula bergerak dengan laju. Angin bercampur dengan bau laut membuatkan aku rasa tenang. Atau mungkin aku yang sentimental sangat.

"Woah, kuat gila angin!" Jerit Yap.

"Woi! Topi aku!" Jerit Karl pulak bila topi yang dia pakai terbang entah pergi ke mana.

"HAHAHAHAHA! LAIN KALI JANGAN PAKAI TOPI" Danny mempersendakan kawan baiknya sendiri.

Tak lama kemudian, boat terhenti di tengah sungai.

"Kenapa ni?! Habis minyak ke?!" Gelabah Yap.

"Habislah kita kena berenang" sambung Kaisan.

"Ish bukanlah. Tengok tu" pakcik tadi menudingkan jari ke arah langit.

"Woww" Dhir bersuara.

Jujur eh, aku pun impressed.

"Helang!" Jerit Danny.

"Aip, shh!" Pakcik tadi meletakkan jari telunjuknya di bibir.

"Janganlah bising sangat" sambungnya.

"Hehehe sorry pakcik" bisik Danny.

Masing-masing mula mengeluarkan kamera.

"First time aku tengok helang banyak-banyak macam ni" bisik Dhir.

"Samalah" senyuman manis dilemparkan. Aku kan always manis.

Selepas lebih kurang 5 minit menikmati permandangan helang-helang yang berterbangan, akhirnya perjalanan diteruskan sehinggalah tiba di gua kelawar.

"Okay, semua boleh keluar sekarang"

"Weyh tarik aku" Qif menarik Yap yang bersusah-payah untuk keluar dari boat.

Sementara itu, aku membantu Dhir untuk keluar.

Di hadapan ada jambatan untuk ke gua kelawar yang aku rasa agak panjang.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now