HOL35:Confession II

1.7K 120 18
                                    

Dhir's POV

Pada hujung minggu, aku membuat keputusan untuk mengajak Qeen keluar date naik bas.

Maksud aku, it just a date. Keluar, luangkan masa sama-sama.

"Dhir, kenapa nak naik bas? Bukan ke naik kereta aku lagi senang" kata Qeen dengan muka yang berkerut disebabkan panas.

"Saja, bagilah kelainan sikit. Bosanlah naik kereta. Lagipun kalau naik kenderaan awam, boleh save the environment" aku memberi alasan.

Sebaik sahaja bas tiba, aku dan Qeen melangkah masuk ke dalam bas. Dalam bas tu ada 4 orang je termasuk pemandu. Biasalah, zaman sekarang ni semua nak naik kereta je. Asal naik kenderaan awam, dikatanya low class. Tak sedar ke kitorang ni tengah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Demi generasi akan datang jugak nanti!

Aku dan Qeen mengambil tempat duduk di belakang sekali di mana tak ada orang yang duduk berdekatan.

Aku rasa dah tiba masanya untuk aku buat benda ni. Aku tak boleh tahan lagi. I need to. Aku dah fikir masak-masak.

"Qeen, jom dengar lagu" ajak aku.

Qeen memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil Airpod milik dia.

"Taknak guna Airpod. Guna earphone aku je lah" Qeen membuat muka keliru.

"Kenapa?"  tanya Qeen.

"Lagi sweet" aku membalas bersertakan dengan senyuman manis.

Aku nampak senyuman yang diukir di muka Qeen dari sudut pandangan ekor mata aku.

"Nah" aku menghulurkan sebelah earphone kepada Qeen dan sebelah lagi aku sumbatkan ke dalam telinga.

Dengan berhati-hati aku memilih lagu di Youtube.

Baby takes my hand
I want you to be my husband
Cause you're my iron man
And i love you 3000

"Lagu ni" Qeen tersenyum.

Aku memainkan lagu love you 3000 oleh Stephanie Poetri.

I see you standing there in your hulk outawear
And all I can think
Is where is the ring
Cause I know you wanna ask
Scared the moment will pass
I can see it in your eyes
Just take me by surprise

"Qeen" aku memanggilnya perlahan.

"Hmm?"

"Aku tak pandai luahkan perasaan aku. Jadi, dengar betul-betul tau" aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung.

"Baby takes my hand,
I want you to be my boyfriend,
Cause you're my iron man,
And I love you 3000,
Baby take a chance,
Cause I want this to be something,
Straight out of the hollywood movie"

Aku menyanyi serentak dengan lagu yang dimainkan. Matanya aku tatap dalam. Senyuman yang manis aku cuba ukirkan. Aku rasa malu. Tangan aku dah mula basah, berpeluh, jantung aku berdegup laju bak baru lepas sertai marathon.





Qeen's POV

Aku tergamam. Degupan jantung aku semakin kuat.

Rasa macam out of the blue sangat je ni.  Apa yang Dhir cuba buat sebenarnya.

"Ma-maksud kau?"

"8 huruf, 3 perkataan. Mula dengan I dan berakhir dengan U"

Otak aku cuba memproses apa yang Dhir sampaikan tadi. Is it....

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now