HOL21: Crush

1.6K 118 6
                                    

Qeen's POV

Harini hari terakhir kitorang dekat music camp.

Aku melihat ke arah Dhir yang sejak pagi tadi taknak pandang aku.

Majlis penutup diadakan sebagai majlis terakhir sebelum kami bersurai.

"Sekarang, kita akan mengumumkan kedudukan setiap pasukan. Bermula dengan pasukan yang mendapat tempat ke-10, iaitu kumpulan 4" pelajar memberikan tepukan.

Nampaknya kumpulan Dhir dapat tempat terakhir. Kesian Dhir dengan Fathiah jadi mangsa perlakuan tamak ketua kumpulan dorang.

"Akhir sekali, yang mendapat tempat pertama jatuh kepada. Kumpulan 1" tepukan gemuruh diberikan.

"Ini bermakna kumpulan 5 mendapat tempat kedua" tempat kedua pun oklah.

Aku melihat Norman yang pergi ke depan untuk menerima hadiah lalu berpaling ke arah Dhir yang sedang tersenyum lebar melihat kawannya. Kan comel senyum macam tu.

Selepas tamat majlis, akhirnya tiba masa untuk kami bersurai. Kami sempat mengucapkan terima kasih kepada abang Udin, abang dan kakak fasi sebelum pulang.

Baru sahaja kami mahu masuk ke dalam bas, satu suara membuatkan kami terhenti.

"Dhir"

Dhir berpaling selepas mendengar suara tu.

"Dhir, aku nak cakap sikit" aku melihat ketua kumpulan 4 yang menyebabkan Dhir sesat di dalam hutan malam yang lepas.

"Apa dia? Cakap cepat. Aku takde masa"  Dhir membalas dengan dingin.

"Aku, nak mintak maaf" dia menunduk memandang kasutnya sendiri.

"Hurm, ok" Dhir membalas acuh tak acuh.

"Ikhlas ke tak ni? Serius, aku mintak maaf sangat. Sorry"

"Ye, aku malas dah nak fikir pasal kau. Pergi balik bas kau" kata Dhir. Ahli kumpulan Spectra dan Rantipole yang lain semua dah masuk dalam bas. Aku tunggu Dhir dekat depan bas sebab aku takut kalau benda buruk terjadi, lagi-lagi bila Dhir dengan ketua kumpulan 4 ni.

"Nah" ketua kumpulan 4 tu menghulurkan satu tin air anggur kepada Dhir.

"Aku harap kau maafkan aku. Aku pergi dulu lah" Dia memandang aku dan Dhir sebelum berlalu pergi. Dhir membelek air anggur yang dia bagi tadi.

"Dhir, jom masuk dalam bas" aku mengajaknya. Dhir hanya mengangguk.

Masuk sahaja dalam bas, aku mencari ahli band Rantipole yang lain.

Aku tengok Norman dan Rayyan yang sibuk main game. Syasya pulak tengah tidur sebelah Mond.

Aku memandang ke arah Dhir yang berada di belakang aku.

"Kau duduk sebelah aku lah" Dhir bersuara sebelum mengambil tempat duduk di belakang Norman dan Rayyan.

Aku mengikuti Dhir duduk di sebelah dia.

Aku memerhatikan muka dia yang agak muram.

"Kau tak suka duduk sebelah aku ke?" aku bertanya.

"Eh, aku suka lah! Maksud aku, bukan macam tu. Just, mood aku tak ok sangat sejak jumpa ketua group aku tu. Kau janganlah fikir bukan-bukan" bersungguh dia bercakap.

Aku hanya mengangguk.

Selepas lebih kurang 15 minit perjalanan, aku dah mula rasa mengantuk. Baru je aku nak terlelap, aku rasa macam ada sesuatu di bahu aku.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now