HOL19: Care

1.5K 137 15
                                    

Hadhir's POV

"Qeen! Norman! Tolong aku!"

"Umi! Tolong Dhir umi! Dhir takut!"

Aku menjerit sekuat hati. Aku cuba untuk bangun tapi tak boleh.

Aku mengambil batang kayu disebelah supaya dapat membantu diri aku untuk bangun.

"Ergh!"

Pakk!

Kayu yang aku gunakan tadi terpatah menyebabkan aku jatuh terduduk.

Aku memerhatikan sekeliling. Apa yang aku buat dekat tengah hutan malam-malam buta ni.

"Dhir" aku terdengar bisikan suara memanggil nama aku membuatkan bulu roma aku meremang.

"Dhir" bisikan tu muncul lagi.

Lidah aku terkelu, aku tak mampu untuk berkata apa-apa.

Aku terasa sesuatu menjalar di leher aku. Deruan nafas aku menjadi semakin laju akibat ketakutan.

"Lain kali, jangan meninggi diri!" tiba-tiba satu rupa yang cukup mengerikan dengan mata yang terbuntang keluar, gigi kuning yang berdarah dan rambut yang panjang muncul betul-betul di hadapan muka aku.

"Arghhh!" aku menjerit ketakutan.

Aku melihat diri aku yang sedang terduduk di atas katil. Baju aku pula lembap dibasahi peluh.

"Dhir?" Qeen di katil sebelah memanggil.

"Kenapa ni?" dia terus bangun menuju ke arah katil aku.

"Kau berpeluh-peluh" dia menyelak lembut rambut yang menutupi dahi aku.

"Qeen, aku takut. Stay dengan aku" aku menggenggam pergelangan tangan dia.

"Ya, aku stay. Aku dekat sini je dari tadi. Dah, tidur balik" dia membaringkan aku semula di katil. Aku tak mengalihkan pandangan daripada Qeen, takut-takut kalau dia menghilang.

"Ya, aku tak pergi mana-mana" dia menepuk lembut bahu aku.

"Qeen, tidur sebelah aku please. Aku takut"

Qeen mengusapkan kepala aku sebelum berbaring di atas katil yang sama. Walaupun katil single, masih muat untuk kitorang tidur dengan selesa. Kesian katil ni, nasib dia sama macam kitorang, single.

Kini, kami berbaring secara bertentangan.

"Don't worry. I'm here" Qeen berkata lembut sebelum memeluk bahu aku.

I feel safe.

Aku rasa selesa bila berada dalam dakapan dia. Pelik ke untuk rasa macam ni?

Jam terus berdetik dan mata aku mulai kuyu. Akhirnya, aku lena di dalam dakapan lelaki yang dulunya aku sangat benci.

×××××××××××

"Dhir! Qeen!"  dengan tak bagi salamnya, Norman dan Rayyan meluru masuk ke dalam bilik kitorang.

"Ack!" Norman dan Rayyan terkejut sehingga menutup mulut apabila melihat keadaan aku dan Qeen yang sedang tidur berpelukan di atas katil.

"Patutke kita keluar balik?" tanya Rayyan.

Aku yang terdengar bunyi bising tadi terus terbangun daripada tidur.

"Eh, Norman? Rayyan?" aku menggosok-gosok mata aku.

"Erm, aku nak ajak Qeen pergi aktiviti pagi ni" kata Rayyan. Norman pulak masih terkejut.

"Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah kau" aku mencampakkan bantal aku ke arah dia. Tapi dia dapat tangkap bantal tu, dah nama pun Norman.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now