HOL6: Bella

1.8K 146 9
                                    

Hadhir's POV

"Qeen Wazir?" Norman disebelah aku berbisik.

Tak, sialan ni buat apa kat sini? Yang aku nak nengok, leader aku, bukan dia.

"Assalamualaikum"  dia memberi salam.

"Waalaikumsalam"

"Waalaikumsalam"

Kalau aku jawab dalam hati, cukup kan?

"Aku Qeen Wazir bin Qeen Jayis" siapa tak kenal kau? Mamat kaya, sombong, kerek.

"Aku leader kepada kumpulan Rantipole" what?! Nak je aku jatuh pengsan atas riba Syasya lepas aku dengar dia cakap macam tu.

Aku dengan Norman berpandangan. Rasanya dia faham kot perasaan aku sekarang ni.

"Jadi, apa kata kita buat sesi ice breaking untuk lebih mengenali ahli Band Rantipole ni. Now, buat bulatan" arahnya. Macam budak sekolah rendahla buat bulatan lagi, waduh.

Tak, seriusla dia leader band ni?

"Ok, kita perkenalkan diri dengan nama, kelas, hobi dan cita-cita. Aku mula lepastu korang sambung ikut arah jam berpusing" sejujurnya aku tak ingat arah jam berpusing, aku try check jam aku, tapi aku lupa aku pakai jam digital. Tapi disebabkan ada orang dekat kiri,kanan Qeen Wazir, so aku tahulah arah dia.

"My name is Qeen Wazir bin Qeen Jayis from class 5 Phoenix. My hobby is listening to music and my ambition is to be a composer, just like my dad" berlagak ah bapak kau composer famous dekat Malaysia?

"My name is Mond Suttirat and just call me Mond. I'm from class 5 Eagle. My hobby is fishing and i want to be a psychiatrist"  aku rasa nama dia pelik. Aku syak dia ni orang Thailand.

"Hai, nama saya Alesya Qistina binti Sufi, tapi panggil saya Syasya. Saya pelajar kelas 5 Phoenix. Pada waktu lapang, saya suka melukis dan saya bercita-cita untuk jadi artist suatu hari nanti, Insyaallah" alololo, lembut je suara dia, comel pulak tu. Tak boleh lah gini, aww.

"Saya Norman Zuhri bin Hasbullah. Panggil Norman je. Saya dari kelas 4 Linguistic. Hobi saya berjoging. Cita-cita saya nak jadi pilot" poyo ah Man hahahahaha.

Norman menolak tangan aku. Dah kenapa.

"Giliran kau lah" Norman berbisik.

"Eh, er. Nama aku Hadhir Taufiq bin Zulamri tapi lebih selesa dipanggil Dhir. Aku pelajar kelas 4 Poetics. Hobi aku, aku suka main bola sepak dan cita-cita aku nak jadi usahawan" terang aku. Boleh pulak lupa turn.

"Nama aku Rayyan bin Malik, dari kelas 4 Politic, suka dengar lagu dan nak jadi polis" dia tak senyum jugak macam Qeen, tapi dia nampak cool. Bukan macam Qeen, kerek nak mampus.

"Sekarang semua dah ingat nama bandmate. Harap boleh bekerjasamalah. Tujuan aku panggil korang meeting kat sini sebab nak bagitau yang kita akan adakan perfomance dalam masa 3 minggu lagi sebab tetamu kehormat akan datang ke sekolah kita. Jadi, bermula esok, kita akan berlatih setiap hari"

Semua terkejut dengan berita yang disampaikan tu.

"Jadi, kita akan buat persembahan dengan lagu apa?" tanya Norman disebelah aku.

"Kita akan persembahkan 3 lagu. Ternyata dari Estrella, Dugaannya dari Hujan dan Make You Mine dari PUBLIC"

Naise! semua lagu tu aku suka! Yang paling aku excited, kitorang akan mainkan lagu Hujan!

"Aku dah prepare chord untuk setiap instrument. Ambil ni. Rayyan, bassist. Syasya, keyboardist. Mond, drummer. Dhir, guitarist" aku pergi ke arah dia untuk ambil chord aku. Aku akan pretend macam ini kali pertama aku jumpa dia, okey? Benda dah settle, dia dah bayar, buat apa nak panjangkan lagi kan. Hurm.

Tapi aku tetap menyampah nengok dia, bye.

"Kau pun main instrument ke dalam band ni?" tanya Rayyan kepada Qeen.

"Yes"

"apa position kau?" tanya Rayyan lagi.

"Guitarist" dia pun guitarist?

"Aku dah dapatkan kebenaran daripada pihak atasan untuk ahli Lantipole bawak phone supaya korang dapat guna masa latihan. Jadi, mulai esok, korang boleh bawak phone. Tapi, phone tu keluarkan masa latihan je. Kalau tak, phone korang akan dirampas" Qeen memberi penjelasan. Sekolah ni memang ambil serius kalau bab bawak benda terlarang ke sekolah.

Budak perempuan pakai lipbalm yang warna pink cair gila pun kena tangkap dengan cikgu. Kau jangan main-main dengan cikgu-cikgu Sekolah Menengah Tunas Permata ni. Ada 2 orang budak budak lelaki form 2 ni rapat pun, kena panggil masuk bilik disiplin sebab disangka gay, padahal dorang bestfriend.

××××××××

Masa latihan seterusnya, macam biasa. Lepas solat Zuhur di surau, kitorang berkumpul dekat bilik muzik.

Earphone aku sumbatkan ke dalam telinga aku. Yela, aku ni rakyat marhaen, mana mampu nak beli airpod.

"Nampak ketarakah dilema di wajahku" aku menyanyikan lagu Dugaannya iaitu lagu yang aku bakal mainkan untuk persembahan nanti sambil memerhatikan chord yang Qeen bagi semalam.

Dengan berhati-hati aku cuba memetik gitar.

"Boleh tak?" terkejut aku bila ada suara menyapa dari belakang. Aku menoleh dan dapat melihat Qeen Wazir dengan muka kerek dia tu. Aku hanya mengangguk. Lepastu dia terus blah. Fuh, nasib baik.

Sejujurnya, aku ada masalah sikit dengan chord ni, but it's okay, it's okay. Ini Hadhir Taufiq la, mesti boleh punya.

Aku melihat ke arah Norman yang sibuk bernyanyi. Untung ah dia tak payah guna jari.

Pada jam 5 petang je, kitorang semua balik rumah. Macam biasa, aku balik sekolah dengan berbasikal.

Bila aku sampai di perkarangan rumah je, aku nampak ada sebuah kereta yang agak dikenali.

"Babah!" itulah nama yang muncul di dalam benak fikiran aku.

Berlari aku masuk rumah untuk tengok kalau babah betul-betul balik. Babah aku ni tak kerja dekat semenanjung, sebabtu dia jarang balik. Papa selalu busy sebab kerja sebabtu papa suruh aku tinggal dengan mama since rumah arwah nenek area sini jugak, so arwah nenek boleh jaga aku bila mama kerja. Lagipun, butik mama ada dekat daerah ni. Tapi, 2 tahun lepas nenek meninggal. Hurm.

Sangkaan aku betul, memang babah ada dekat rumah ni. Aku tersenyum lebar.

"Babah!" aku menyapanya. Baru sahaja aku mahu berganjak ke arah babah, aku sedar yang situasi sekarang ni agak tegang. Aku nampak ada sorang perempuan tak dikenali yang nampak lagi muda daripada umi duduk sebelah babah manakala umi duduk di hadapan mereka berdua.

Aku bersalaman dengan babah dan terus duduk sebelah umi.

"Dhir sihat?" babah bertanya. Yelah, dah hampir dua tahun aku tak jumpa babah. Raya pun dah dua tahun kitorang sambut tanpa babah.

"Sihat. Babah sihat?"

"Alhamdulillah. Babah sihat je" aku menganggukkan kepala aku.

Aku menukarkan pandangan aku ke arah umi. Aku risau, umi hanya mendiamkan diri dari tadi. Jaranglah umi diam macam ni, selalunya umi kecoh je dengan perangai mesra dia.

"Zya, Dhir. Sebenarnya babah nak bagitau sesuatu ni" aku hanya mendengar dengan khusyuk.

"Perkenalkan isteri babah, Bella" babah menunjukkan ke arah perempuan yang duduk di sebelahnya.

"Isteri babah?!"

_______________________

Ayo gang, aku saja nak update awal harini. Bosan punya pasal kan lol. Hope korang akan vote, 👉👈 barulah bersemangat sikit nak update hari-hari.

Chiao.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now