HOL14: Kuhan

1.6K 119 12
                                    

Hadhir's POV

Harini Qeen yang ambil aku pergi sekolah. Baguslah, aku pun rasa malas nak jadi rajin kayuh basikal harini.

"Kau dah makan ke?" Qeen bertanya kepada aku sambil memandu dengan sebelah tangan je. Maklumlah, tangan belum elok lagi.

"Dah"

"Makan apa?"

"Cereal!" aku membalas dengan teruja. Of course la, i'm addicted to cereal kot.

"Taknak tanya aku ke dah makan ke belum?" hek eleh dia ni. Dah aku tak nak tau, haih. Aku meng-'roll' kan mata aku kepada dia.

"Ha, kau dah makan ke belum?" nampak sangat ke tak ikhlas dia tu.

"Saya tak makan lagi. Huhuhu. Kesian saya"

"Dapat gastrik baru tau"

"Relax la, aku memang jenis tak suka makan pagi lah. Waktu rehat nanti aku makanlah" terang Qeen. Suka hati kau lah weyh, perut kau, bukan perut aku.

Semasa di sekolah, aku bertembung dengan Kuhan semasa dalam perjalanan pergi ke kelas.

"Oi Kuhan. Tak perasan orang eh kau" aku menepuk bahu dia.

"Eh, kau ni. Terkejut aku" aku hanya menggelengkan kepala.

"Awak! Awak! Kuhan! Dhir!" kepala aku terpusing-pusing mencari arah datangnya suara tersebut.

"Kamu ni Dhir, dah kenapa. Terpusing-pusing" aku memandang Cikgu Syamil yang sedang memegang banyak barang di belakang aku.

"Eh cikgu" aku dan Kuhan terus berpaling ke arah cikgu.

"Boleh tak kamu tolong letakkan barang atas meja cikgu. Cikgu ada hal sikit lah"

"Oh, boleh" cikgu menghulurkan buku-buku yang dipegangnya kepada aku dan begnya kepada Kuhan.

"Terima kasih ya"

"Sama-sama" balas Kuhan.

Jadi, kami berdua menuju ke arah bilik guru lelaki.

"Kuhan, bukakkan pintu" disebabkan tangan aku yang sibuk memegang buku, aku menyuruh Kuhan untuk bukakkan pintu.

Pada mulanya, Kuhan menarik pintu tu tapi tak dapat dibuka. Pintu ni memang boleh ditarik dengan ditolak dari mana arah pun.

Dia tarik lagi sekali, tak dapat dibukak lagi.

Kali ketiga, dia tarik dengan lagi kuat.

"Warghh!" seorang budak perempuan yang juga tengah pegang pintu tu dari belah dalam tertarik keluar disebabkan tarikan Kuhan yang kuat.

Jatuh tersembam budak tu di atas lantai. Aku dengan Kuhan terkejut menyaksikan apa yang baru terjadi.

"Awak okay?" Kuhan menunduk untuk periksa budak tu.

"Insyirah" Kuhan membaca nametag budak tu.

"Insyirah okay? Sorry, saya tak perasan ada orang dekat dalam nak bukak pintu jugak" Insyirah memandang ke arah Kuhan dengan matanya yang berair.

Agak lama jugaklah mereka berada dalam posisi macam tu. Aku yang dekat sini dah sakit tangan pegang buku banyak ni lama-lama. Takde masa lah nak tengok drama ni.

"Adik, tolong bukakkan pintu boleh?" aku meminta tolong seorang budak yang lalu sebelah aku untuk tolong bukakkan pintu. Taknaklah ganggu dorang an. Budak tu pun tengok Insyirah dengan Kuhan dengan pandangan 'kau-buat-drama-apa-dekat-sini'.

Lepas aku letak buku atas meja pun, dorang masih tak berganjak. Aku mengambil beg cikgu Syamil yang tergantung di bahu Kuhan lalu meletakkannya di atas kerusi cikgu.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now