HOL39- Balik

1.2K 108 13
                                    

Dhir's POV

"Weyh bangun" Kaisan mengejut aku bangun.

Kaisan ni pernah ke bangun lambat. Sementara tu aku melihat Avri yang baru keluar dari bilik mandi. Awal.

"Qeen, Qeen bangun" tangan kanan aku gunakan untuk menggoyangkan bahu Qeen manakala tangan kiri menggosok-gosok mata aku.

Aku solat subuh secara berjemaah dengan Qeen. Lepas solat, aku kena ambil makanan yang dah disediakan bawak masuk dalam bilik memandangkan kalini giliran aku. Nama pun hotel bajet, kau expect ada buffet dekat sini?

Dengan selipar flip flop siapa entah aku main kebas, aku berjalan menuju ke kaunter. Baru sampai orang dah ramai. Ingatkan pagi-pagi ni orang tidur lagi.

Aku terus menuju ke arah barisan untuk beratur.

Lama betul orang depan ni, ambil makanan ke kutip padi.

"Ehem!" Aku dengar orang berdehem dari belakang, tapi aku hanya hindarkan.

"Ehem, Dhir" dia panggil aku ke? Aku terus berpaling ke belakang.

"Good morning Dhir, awal bangun" senyum Olivia.

Kenapa, kenapa, kenapa dah banyak kali aku cakap jangan kacau aku.

Aku hanya membiarkan sapaan Olivia tidak terbalas. Malas lah aku.

"Wah, makin sombong eh" sekali lagi aku tidak membalas.

"Em. Wah, lawalah cincin you. Sejak bila you suka pakai aksesori" tak dengar tak dengar.

"Tapi kan, cincin tu macam I pernah nampak lah" jantung aku mula berdegup laju. Apa yang dia cuba sampaikan ni.

"Ouh, I ingat. Macam cincin yang Qeen pakai"  jantung aku terasa seakan terhenti. Macam mana dia tahu.

"Sweet lah you dengan Qeen ni, siap ada matching ring. Masa dengan I dulu, you taknak pun matching matching ni. Best friend forever betul korang. Tapi yeke bestfriend, macam lebih dari tu je" wh-

Aku mengambil makanan dan terus berlari menuju balik ke bilik. No way dia tahu. No, no dia tak boleh tahu.

Aku meluru ke arah pintu dan menutup pintu secepat mungkin.

"Woi, terkejut aku" Kaisan yang sedang berbaring mengurut dadanya akibat terkejut.

"Kenapa?" Tanya Qeen bimbang.

"Ha? Aa, haha lapar!" Tipu aku. Takkan nak bagitahu benda sebenar.

Aku terus meletakkan makanan di atas meja dan makan makanan aku dengan senyap.

Hari terakhir di Langkawi.

"Okay semua. Harini hari terakhir kita di Langkawi. Sekarang kita akan pergi ke kedai coklat. Tak sah lah kan pergi Langkawi tapi tak beli coklat. Nanti bila turun, ambil kupon untuk diskaun pelajar" ujar cikgu.

Coklat!!!

Maka semua pelajar turun bas dengan berhati-hati. Sesampai sahaja di dalam kedai, aku dan Qeen mengambil bakul. Senang sikit nak bawak barang.

Aku mengambil Peppero, coklat Daim, dan Toblerone. Cukuplah kan, dekat rumah aku ada dua orang je.

"Kau beli apa Qeen" aku melihat Qeen yang masih terpinga-pinga.

"Aku tak tahulah nak beli apa. Kau dah siap ke?" Aku mengangguk.

"Aku nak beli something untuk family aku, tapi aku takut family aku tak suka" kata Qeen lagi .

Hater Or Lover?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora