HOL25: Qeen Asyraf

1.4K 119 16
                                    

Qeen's POV

Dengan badan yang sakitnya aku melangkah memasuki rumah yang seperti neraka bagi aku.

Sebaik sahaja kaki kanan aku melangkah masuk, pandangan aku terpaku kepada seorang lelaki yang sedang berbaring di atas sofa.

"Asy?" apa adik aku buat dekat sini? Bukan dia sepatutnya dekat asrama ke sekarang? Takkanlah outing harini.

"Eh, alang!" dia terus berlari kepada aku.

"Kenapa kau ada dekat rumah?" aku bertanya dengan penuh rasa keliru.

"Eh, nak balik rumah sendiri pun tak boleh?"

"Maksud aku, bukan ke kau patut berada dekat asrama sekarang ni?" aku memandang tepat ke dalam matanya.

"Ouch, garangnya mata. Nanti mata alang keluar laser macam mana, ah, sakit! Panas!" dia menutup-nutup mata dia kononnya sakit. Aku dah kata perangai dia ni binawe sikit.

"Busu" aku memanggilnya perlahan. Dia terus mengalihkan tangannya ke dalam poket.

"Alang ni, ketinggalan zaman lah. Asy keluar asrama" aku menjungkitkan kening.

"Bukan ke tu sekolah berasrama penuh? Kenalah duduk kat asrama kan?"  busu menepuk dahinya. Dah kenapa pulak ni?

"Busu keluar asrama, maksudnya busu nak pindah sekolah lah" ouh.

Ha?!

Pindah sekolah?!

"So, busu sekolah dekat mana nanti?" aku bertanya lagi.

"Dekat sekolah yang sama dengan alang lah" dia memberikan senyuman penuh makna. Ah, mampus dia jadi CCTV aku nanti.

Aku hanya mengangguk.

"Kenapa busu keluar asrama tiba-tiba? Takde kawan?"

"Pfft, takde kawan? Berpusu-pusu orang datang nak berkawan dengan busu lah" eh, berlagak!

"Ha, habistu kenapa?"

"Tulah, kawan je ramai. Tapi semua fake!" terkejut aku bila dia menjerit. Suara dah garau pulak tu.

"Ceritanya sejak tahun lepas tau. Busu pernahlah gossip pasal satu cikgu ni. Sekali je tau, itu pun masa busu belum matang. Lepastu sorang kawan busu ni bagitahu cikgu tu. Sejak itulah, busu selalu kena perli dengan cikgu-cikgu lain sampailah sekarang, kawan pulak, sorang-sorang hilang. Yang dekat pulak kerjanya asik mintak busu belanja macam-macam" sambungnya. Hurm, sian kau dik.

"So, bila kau start sekolah?"

"Minggu depan kot" awalla.

"Alang" dia memanggil aku.

"Memandangkan busu dah ada dekat sini, ceritalah pasal dia" busu tersenyum sinis ke arah aku.

"Ah, kepala aku sakit" aku berpura-pura memegang kepala manakala tangan aku ditarik-tarik oleh busu.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Tumpuan kami semua beralih kepada pintu tersebut.

Angah yang mukanya penuh dengan lebam menyusun kasut di rak.

Aku dan busu cuma melihat angah berjalan menaiki tangga.

"Alang, ceritalah" busu sambung menarik tangan aku sebaik sahaja angah hilang daripada pandangan.

Aku melepaskan genggaman busu daripada tangan aku dan terus ke dapur.

"Mak Mah, boleh tak amikkan ais" aku meminta kepada Mak Mah selaku maid nombor satu aku.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now