HOL42: come out

1.6K 117 55
                                    

Dhir's POV

"Qif?!" Aku terkejut melihat sosok yang berada di hadapan aku.

"Jantan sial! Berani kau sentuh kawan aku!" Tengking Qif.

"Sabar Qif sabar. Bawak mengucap" Johan cuba untuk tenangkan Qif.

Tiba-tiba muka lelaki yang sudah terduduk di atas tanah tadi ditendang kuat oleh Kaisan.

"Gatal! Pervert! Dasar sampah! Pui!" Kaisan meludah tepat di atas lelaki tadi.

"Korang dah dah, jangan buat apa-apa lagi. Aku dah panggil cikgu. Karang korang pulak yang kena gantung sekolah" kata Zul yang baru muncul.

"Dhir, kau okay tak?" Tanya Avri. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa ni?" Tanya Cikgu Nazim yang berjersi kuning.

"Lelaki ni buat sexual harassment dekat Dhir"   Yap menudingkan jarinya.

Lelaki tadi hanya menunduk.

"Kamu bangun, saya bawak kamu masuk bilik kaunseling" Cikgu Nazim terus menarik tangan lelaki tadi pergi sehingga hilang dari pandangan.

"Jom ar duduk dekat pondok" ajak Johan.

Aku hanya menyertai dorang tanpa banyak cakap.

Dengan berhati-hati, aku melabuhkan punggung aku di tempat duduk sebelah Yap.

"Dhir, amik ni" Kuhan menghulurkan aku sebungkus roti butterscotch.

"Kau tak makan pun lagi. Kau bukannya boleh kalau tak makan. Tengok tu, muka kau pun dah pucat" sambung Avri pula.

Aku hanya menunduk. Tanpa aku sedar, air mata aku mula menitis.

"Woi, woi jangan nangis" Yap bersuara.

"Ayokk, kau ar ni buat dia nangis"

"Aku pulak"

"Ye ar kau"

"Dah tu kau?"

"Aku tak"

"Aku tak jugak"

"Yeye je bukan korang"

"Aku bagi dia roti je kot"

"Kau bagi butterscotch dah kenapa. Lain kali bagilah chocolate"

"Butterscotch sedaplah!"

"Tak!"

Aku hanya mendengar perbualan dorang. Cis, pernah ke dorang ni jadi bijak sikit? Air mata aku dilap, dan satu senyuman nipis diukir.

"Korang tak benci aku ke?" Sebaik sahaja aku bersuara, perbualan tadi terus terhenti.

"Apa kau cakap ni? Takkanlah kitorang nak benci kau disebabkan ni je?" Ujar Zul dengan kening yang bertaut.

"So memang betullah rumor tu?" Tanya Kuhan.

Aku menarik nafas dalam. Dengan perlahan aku mengangguk.

"Cis, dah agak dah" balas Kaisan.

Ha?

"Kau kata cincin tu bukan orang kasi, tapi kau tak ingat kau beli kat mana. At the same time, masa pergi Langkawi, aku nampak Qeen pakai cincin yang sama. So, ada possibility yang sebenarnya Qeen yang bagi kau cincin tu" Avri menuding jarinya ke arah cincin yang aku pakai.

"Lagipun ada banyak hint yang obvious. Contohnya masa kau cakap 'i love you' dekat Qeen masa call, kau bukannya jenis yang cakap benda-benda macam tu, then bila ada pergi mana-mana, kau always dengan Qeen instead of dengan kitorang" sambung Kaisan pula.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now