HOL29: Jealousy

1.5K 130 16
                                    

Qeen's POV

Macam hari-hari yang biasa, aku pergi sekolah menaiki kereta. Tapi kalini Asyraf naik dengan aku sekali sebab Pak Mad pengsan. Tak tahu kenapa, kurang gula kot.

"Tengok, kalau takde aku, mesti teruk jadinya kau. Ni lah namanya wira malaya. Ha, dah boleh masuk hero remaja ni. Muka dah handsome, pandai, berbakat pulak tu"

Aku hanya mendengar kata-kata tak berilmiah daripada Asyraf. Ha yelah busu, kau lah hero, kau lah penyelamat aku, terima kasih lah ye.

"Alang, kau.. Kau dah confess ke?" Asyraf bertanya dengan gaya teragak-agak. Dengan abang sendiri pun nak takut. Ceh, cakap orang.

"Dah" aku membalas ringkas.

"Serius ah! Dia balas apa?" teruja Asyraf yang dah macam beruk terloncat-loncat atas seat.

"Dia tak suka aku" Asyraf terus terdiam.

"How? Macam mana dia boleh tak suka someone seperfect alang. Cannot brain ah, cannot!" macam mana kau nak brain kalau brain pun kau takde.

"Dia lelaki sejati lah" aku membalas sambil fokus kepada pemanduan.

"Dahtu, alang lelaki jadian?" Asyraf, you don't have to attack me like this.

"Takpelah kalau alang cakap macam tu. Dhir lelaki sejati. Along lelaki sejati. Angah lelaki sejati. Asyraf pun lelaki sejati. Alang je lelaki jadian" dasar adik gak punya akhlak.

Aku teruskan pemanduan sampai tiba di sekolah. Asyraf pula terus berlari pergi ke kantin. Tak sempat makan tadi sebab dia yang tolong heret Pak Mad bawak masuk bilik masa Pak Mad pengsan.

Dalam kelas 5 Phoenix pulak dah macam pasar ikan. Maklumlah excited sangat sebab harini 4 cikgu matapelajaran tak masuk kelas.

Aku pulak hanya melayan karenah Karl dengan Danny yang serupa beruk.

"Qeen!" aku terus menoleh ke arah datangnya suara tadi.

"Ha kenapa?"

"Sini kejap" aku terus bangkit menuju ke arah Syasya.

"Qeen Asyraf tu adik awak kan?" tanya Syasya dengan matanya yang bulat. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Macam mana dia dapat nombor saya?"

"Ha?" Asyraf.. Apa lagi yang kau buat kalini.

"Semalam dia chat saya, dia cakap dia Qeen Asyraf" aku terus mendapatkan tempat duduk di sebelah Syasya.

"Dia cakap apa?" aku bertanya lagi.

"Dia ada lah bagi pujian, tapi it's kinda.. Make me feel uncomfortable"

"Just tell me dia chat apa. Takpe, nanti saya ajar dia cukup-cukup"

"He said something about my body and i felt like i was sexually assaulted" i know Syasya is not that kind of people yang akan menipu.

But, adik aku pun bukan jenis macam tu jugak. Dia bila jumpa perempuan je mesti malu sampai tahap muka dia dah macam tomato.




Dhir's POV

Aku tak dapat tidur dengan lena malam tadi sebab peristiwa tu. Aku rasa macam aku dah buat salah, tapi aku tak ada buat apa-apa pun. Stres.

"Dhir" aku menoleh kebelakang selepas terdengar satu suara memanggil nama aku.

"Ya, cikgu" aku terus menuju ke arah cikgu Munirah yang sedang memegang timbunan buku.

"Tolong ambil beg ni, letakkan atas meja guru dekat kelas 5 Phoenix" aku terus mengambil dua buah beg galas di bahu cikgu. Kadang-kadang aku respect jugak dekat cikgu ni, bawak barang banyak-banyak, lepastu kena jalan pergi blok sana, blok sini. Patutlah masing-masing sado, respect.

Dengan gigihnya aku berjalan menghampiri kelas 5 Phoenix. Ya, aku tak lupa yang Qeen pelajar kelas 5 Phoenix. Aku harap tak awkward bila aku jumpa dia.

"Assalamualaikum" aku memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam kelas 5 Phoenix.

Beg yang berat tadi aku letakkan atas meja guru.

Aku fikir aku masuk kelas ni, adalah yang tegur aku. Tapi, hampeh.

Mata aku meliar mencari Qeen. Akhirnya mata aku tertangkap dua kelibat yang sedang khusyuk berbual di sudut kelas.

Qeen dengan Syasya.

Dorang tak sedar langsung kehadiran aku. Seriously?

Aku tak ingat yang Syasya sama kelas dengan Qeen.

Mesti dorang rapat kan. Lagi rapat dari aku.

I can see how Qeen looks at Syasya. I can feel the sincererity. And that make...

My heart breaks.

Stop it Hadhir Taufiq.

Syasya cantik orangnya, baik, berbudi pekerti. Bukan macam aku. Dia sesuai untuk Qeen.

Tanpa disedari oleh sesiapa, aku melangkah keluar daripada kelas 5 Phoenix.

Aku tak tahu kenapa, tapi hati aku rasa sakit. Rasa macam nak menangis tanpa sebab.

Atau..

Aku yang masih tak sedar sebab yang sebenar?

×××××××××××××××

"Qeen" aku menahan lengan Qeen sebaik sahaja melihat dia di depan pintu pagar sekolah.

"Eh, Dhir" dia menyedekahkan senyuman manisnya kepada aku.

"Nak hangout tak?" aku bertanya dengan penuh harapan tapi Qeen hanya merenung aku dengan riak wajah bersalah.

"Qeen, tunggu apa lagi? Jom" Syasya muncul di sebelah Qeen sambil menyandang beg bercorak flamingo merah jambunya.

"Eh, hai Dhir" Syasya menyapa bila sedar akan kehadiran aku.

Aku hanya tersenyum nipis.

"Erm, Dhir. Sorry. Tapi harini tak boleh. Aku ada something to do with Syasya. Sorry okay" kata Qeen lalu pergi ke arah keretanya bersama Syasya.

For the first time dia tolak bila aku ajak hangout.

Aku hanya memerhatikan mereka pergi jauh dari sudut pandangan.

Di bawah panas terik matahari, aku mengayuh basikal dengan perlahan.

Aku rasa macam kehilangan something tapi tak tahu apa.

Masa?

Kawan?

Perhatian?

Aku ni mesti replaceable kan. Senang diganti.

Yelah, siapa jelah aku untuk berharap.

Harta tak ada. Pelajaran pulak tak seberapa. Rupa memang ada, tapi nak dibandingkan dengan Leonardo Dicaprio, memang kosong. Adab lagilah, ke laut.

Lupakan jelah Dhir.

______________________
Another sampah thingy. Weyh, aku rasa aku dah lama tak update! Dahla sikit! Apa punya author lah. Okk sorry gang. Support lah biar author bersemangat sikit nak update.

Okie, chiao

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now