HOL26: Asyraf's first day

1.3K 141 12
                                    

Qeen's POV

Akhirnya Asyraf akan mula bersekolah di Sekolah Menegah Tunas Permata harini. Tapi macam biasa, aku tetap drive pergi sekolah sorang-sorang.

Kenapa?

Sebab katanya dia taknak orang tahu yang aku ni abang dia and dia dah tak nak ada fake friend.

Aku tak tahulah adik aku ni bodoh ke apa. Dah nama pun QEEN ASYRAF BIN QEEN JAYIS, siapa je dekat sekolah tu tak kenal. Lagipun muka dia paling berlambak dekat dalam Instagram mama.

Masa dekat pagar sekolah, aku terserempak dengan Dhir yang rapi berpakaian uniform sekolah bewarna putih. Selalunya dia datang sekolah awal sikit daripada aku, tapi tersama pulak harini. Kalau dah jodoh tak kemana. Eh?

"Dhir" aku menyapanya yang tak sedar akan kehadiran aku.

"Eh Qeen, awal kau harini" dia memandang ke arah aku.

"Kau kot yang lambat" dia hanya tertawa kecil.

"Kau free tak lepas sekolah ni?" aku bertanya dengan penuh harapan.

"Free je. Kenapa? Nak hangout?" Eh, tau-tau je.

Aku hanya mengangguk.

"Weyh, aku masuk kelas dulu lah, homework BM tak siap lagi ni" dia meminta diri sebelum menghilang daripada pandangan aku.

Seketika itu, aku ternampak Asyraf yang terlalu try hard untuk pura-pura tak kenal aku. Tah pape dia ni.

Tanpa menghiraukan dia, aku terus menuju ke kelas 5 Phoenix.

Di dalam kelas, aku terus mendapatkan tempat duduk di sebelah Karl yang sedang lena tidur. Aku melihat ke arah Danny pulak yang sibuk menyapu lantai kelas yang dah macam setahun tak sapu. Baik betul kawan aku ni.

Disebabkan rasa bosan, mata aku melilau melihat keadaan sekeliling.

Aku melihat classmate aku ada yang sibuk meniru homework budak pandai, ada yang tengah berangan, ada yang tengah membawang. Mostly girls lah.

Mata aku tertumpu kepada Syasya yang nampak macam tengah ada masalah. Kedua-dua tangan dia memaut perutnya sendiri, dahi dia pulak berpeluh-peluh.

Dengan perlahan aku bangkit menuju ke arah Syasya.

"Syasya?" aku memanggilnya perlahan.

"Qeen, tolong" Syasya bersuara perlahan.

×××××××××××××××

Selepas bawak Syasya pergi nurse office, baru aku tahu Syasya sebenarnya gastrik. Sekarang dia tengah berehat dekat sana.

"Kenapa dengan Syasya?" Karl yang baru bangun tidur bertanya.

"Dia gastrik"

"La, sian dia" Danny mencelah.

Semua pelajar diam apabila cikgu matematik masuk ke dalam kelas.



Dhir's POV

"Padan muka dia"

"Ye doe"

"Orang susah-susah buat, dia tiru gitu je. Padan muka"

Aku hanya mendengar perbualan kawan-kawan aku yang bertopikkan 'Isma si peniru folio'.

Kisahnya Isma ni hantar kerja kursus lambat, lepastu meniru kerja kursus orang lain pulak. Dey, kerja kursus buat sendiri lah.

Tengah sedap aku menikmati mee goreng ayam, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang aku tak berapa nak kenal di sebelah aku. Kami semua terdiam.

"Eh, kau Hadhir Taufiq kan?" dia menudingkan jarinya ke arah aku. Aku hanya mengangguk. Siapa budak ni? Tak pernah aku nampak dia dekat sekolah ni. Tapi muka dia familiar pulak.

Hater Or Lover?حيث تعيش القصص. اكتشف الآن